Anda di halaman 1dari 5

Assalmu'alaikum, ustaz...

minta perjelaskan, soal


tawakal...masih ramai yg anggap, usaha dulu kemudian
baru tawakal! Dan meletakkan hadis sbg hujah...
Jawapan :
Tawakal berasal dari perkataan wakalah yang bererti
memilih wakil. Kita mengetahui bahawa kredibiliti seorang
wakil yang baik boleh dilihat, paling tidak dari empat sifat,
iaitu pengetahuan yang cukup, kepercayaan, mempunyai
kemampuan, dan penuh perhatian.
Jelas bahawa memilih seorang wakil untuk sebuah
pekerjaan dilakukan ketika seseorang tidak mempunyai
kemampuan lagi untuk bertahan. Pada saat inilah ia boleh
mengunakan kekuatan orang lain untuk membantunya
dalam menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.
Oleh kerana itu, tawakal kepada Allah swt. tidak
mempunyai maksud lain, kecuali bahawa manusia
menjadikan Allah sebagai wakilnya dalam menghadapi
persoalan, musibah, musuh, para penentang, dan masalahmasalah yang sedang dihadapinya. Ketika seseorang telah
sampai pada jalan buntu dalam upaya mencapai tujuan dan
tidak mempunyai kemampuan lagi untuk menyelesaikan
dan memecahkan persoalannya, ia akan menyandarkan diri
kepadaNya dengan tanpa menghentikan usahanya.
Bahkan, ia sendiri mempuyai kemampuan untuk melakukan
pekerjaannya, ia tetap menganggap bahawa faktor utama
yang boleh menyelesaikan masalahnya adalah Allah swt
sahaja. Firman Allah yang bermaksud :

Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah


cukuplah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan
Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun
menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap
sesuatu. (At-Talaaq : 3)
Tawakal merupakan salah satu cara yang dikurniakan oleh
Allah swt kepada hamba-hambaNya dalam mereka mencari
jalan dalam mencapai sesuatu. Tawakal ini adalah satu
elemen yang penting dalam kehidupan seorang Muslim.
Rasulullah saw bersabda :
"Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-sebenar
tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu
sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung,
pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petang
hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang." (At
Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah)
Ramai umat Islam sekarang ini tersalah faham tentang
konsep tawakal, ada yang bertawakal sebelum berusaha
dan ada juga yang bertawakal tanpa usaha dahulu.
Contohnya seorang pelajar hanya berdoa dan bertawakal
sahaja kepada Allah supaya ia lulus dalam peperiksaannya
tanpa berusaha. Ini pasti tidak akan lulus dalam
peperiksaan. Ataupun parking kereta tanpa kunci dan
kuncinya ditinggalkan di suisnya dan bertawakal kepada
Allah, ini juga pasti hilang. Kemudian mereka ini
menyalahkan Allah dengan mengatakan Allah tiada kuasa,

Allah tak dengar tawakalnya dan sebagainya. Inilah yang


dikatakan umat Islam yang jahil tiada ilmu dalam
mengerjakan sesuatu.
Tetapi berlaku juga kepada orang yang berusaha, berdoa
dan bertawakal dalam usahanya itu, tetapi tetap tidak
berjaya dan Allah tidak memberikan kejayaan kepadanya.
Hal ini perlu kita cermin dahulu diri kita, adakah usaha kita
mencukupi atau kita abaikan ibadah-ibadah wajib, sering
melakukan dosa atau sebagainya. Sebab itulah tawakal kita
perlu bersama dengan redho dan sabar dengan apa yang
akan diberikan oleh Allah. Orang yang bersabar itu adalah
orang yang mempunyai iman dan keyakinan akan
kekuasaan Allah. Sabda Rasulullah yang bermaksud :
Bersabar itu separuh daripada iman.
Konsep tawakal
Ibnu Rajab Rahimahullah dalam Jamiul Ulum wal Hikam
berkata :
Tawakal adalah penyandaran hati pada Allah untuk meraih
berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam
urusan dunia maupun akhirat, menyerahkan semua urusan
kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya
bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi,
mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat
kecuali Allah semata.
Perlu diketahui bahawa tawakal bukanlah hanya sikap

bersandarnya hati kepada Allah semata-mata, namun


disertai juga dengan melakukan usaha.
Ibnu Rajab berkata lagi :
menjalankan tawakal tidaklah berarti seseorang harus
meninggalkan sunnatullah yang telah ditetapkan dan
ditakdirkan. Kerana Allah memerintahkan kita untuk
melakukan usaha, sekaligus juga memerintahkan kita
untuk bertawakal. Oleh kerana itu, usaha dengan anggota
badan adalah termasuk ketaatan kepada Allah, sedangkan
tawakal dengan hati merupakan keimanan kepadaNya.
Sahl At Tusturi berkata bahawa :
Barang siapa mencela usaha (meninggalkan sebab), maka
dia telah mencela sunnatullah (ketentuan yang Allah
tetapkan). Barang siapa mencela tawakal (tidak mau
bersandar pada Allah), maka dia telah meninggalkan
keimanan.
Penutup
Sebagai umat Islam yang taat kepada Allah, maka
berusahalah dengan kekuatan, tenaga dan ilmu yang
dikurniakan oleh Allah, selarikan berusaha, berdoa dan
bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
supaya Allah memudahkan dan memberikan kejayaan atau
hasil segala usaha kita. Sabda Rasulullah saw yang
bermaksud :

Barang siapa yang berusaha dia akan berjaya.

Anda mungkin juga menyukai