Anda di halaman 1dari 6

BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU

TURUTAN PENYAMPAIAN HUJAH


(Dilengkapkan oleh Speker Dewan Sebelum memulakan
persidangan)

KERAJAAN

.

PEMBAHAS NAMA PENUH
YAB Perdana Menteri

YB Menteri Kedua

YB Menteri Ketiga

YB Menteri Keempat

YB Menteri Kelima


PEMBANGKANG

.

PEMBAHAS NAMA PENUH
YAB Perdana Menteri

YB Menteri Kedua

YB Menteri Ketiga

YB Menteri Keempat

YB Menteri Kelima









TEKS PENGACARA BAHAS ALA PARLIMEN(THE SPEAKER'S NOTE)
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat sejahtera, selamat petang
Yang Arif Panel Hakim, peserta perbahasan, hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Sidang dewan akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

Sebelum itu, sebagai speaker dewan izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli dewan yang
akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul, pegawai-pegawai dewan dan para hakim.
Seterusnya, saya akan menggariskan beberapa peraturan asas perjalanan persidangan agar
sesi perbahasan usul pada petang ini dapat dikendalikan sebaik mungkin.

Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai parlimen dan pemerhati sekalian

Persidangan ini dikenali sebagai Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Kelab In-
Smartive UMP. Mohon kerjasama ahli-ahli Yang Berhormat dan pemerhati sidang mematuhi
segala peraturan persidangan. Selaku speaker dewan, saya mempunyai kuasa untuk memberi
sebarangan arahan yang dikira perlu bagi memastikan kelancaran persidangan.

Hanya tiga orang ahli Yang Berhormat kerajaan dan Yang Berhormat pembangkang akan
mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
terlebih dahulu akan mengemukakan usul dan satu hujah. Yang Berhormat Ketua
Pembangkang akan membahaskan usul berkenaan juga dengan satu hujah sahaja. Pembahas
kedua kerajaan dan pembangkang akan mengutarakan dua hujah, manakala pembahas ketiga
hanya perlu membidas hujah pasukan lawan.

Pembahas simpanan dibenarkan berada di sebelah belakang pembahas yang mengambil
bahagian untuk mencatat nota dan memberikan bantuan hujah yang diperlukan, tetapi
hendaklah dilakukan secara senyap.

Masa untuk berhujah bagi setiap pembahas ialah 8 minit sahaja. Apabila pembahas telah
bersedia untuk memulakan hujah, loceng akan dibunyikan sebanyak sekali (Q: penjaga masa
menekan loceng sekali). Setelah seminit, loceng akan dibunyikan sekali lagi (Q: penjaga
masa menekan loceng sekali) menandakan bahawa izin laluan dibenarkan hinggalah ke minit
yang ke-7 apabila tempoh izin laluan tamat. Loceng dibunyikan sekali (Q:penjaga masa
menekan loceng sekali) menandakan pembahas mempunyai baki masa seminit untuk
menamatkan hujahan. Apabila loceng dibunyikan sebanyak dua kali (Q: penjaga masa
menekan loceng 2 kali) segala perbahasan Yang Berhormat selepas waktu berkenaan tidak
akan diambil kira untuk penghakiman.

Semasa satu pihak sedang berucap, ahli pasukan lawan boleh memohon Izin laluan dalam
bentuk
o Persoalan
o Kenyataan
o Fakta/penjelasan/pembetulan
Masa selama 30 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin laluan. Izin laluan haruslah padat
dan bernas.
Izin laluan dipohon dengan seorang pembahas berdiri atau mengangkat tangan dan
menyebut Izin Laluan. Pembahas yang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin
laluan.


Usai ketiga-tiga Yang Berhormat kerajaan dan pembangkang berhujah, ucapan penggulungan
akan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Bagi meneliti dan menyediakan hujah, dewan
membenarkan perbincangan sesama anggota pasukan dilakukan di tempat masing-masing
sebelum wakil pasukan dijemput membuat penggulungan. Hanya empat minit sahaja
diperuntukkan bagi setiap pembahas penggulungan. Loceng dibunyikan pada minit ketiga
sebagai peringatan, manakala loceng dibunyikan dua kali pada minit keempat menandakan
masa penggulungan telah tamat.
Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan
Pembahas tidak dibenarkan bergerak ke kawasan pasukan lawan.
Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang mendapat undi majoriti daripada panel
hakim.
Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.
Sebelum memulakan sesi persidangan, dewan ingin mengingatkan bahawa sebarang isu
sensitif yang menyentuh agama, kaum dan peribadi adalah dilarang. Penggunaan ayat al-
Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah juga adalah dilarang sama sekali. Peraturan-
peraturan lain seperti yang telah dimaklumkan lebih awal, termasuk kaedah izin laluan,
adalah berkuat kuasa.

Sekarang, tibalah masanya saya memperkenalkan ahli-ahli Yang Berhormat kepada sidang
dewan.

Pasukan kerajaan dari ______________ diwakili oleh:

1 Yang Amat Berhormat _____________________ selaku Perdana Menteri

2 Yang Berhormat _______________________________ Menteri Kedua

3 Yang Berhormat _______________________________ Menteri Ketiga

4 Yang Berhormat ___________________________ Menteri Keempat

5 Yang Berhormat Kelima ______________________ Menteri kelima

Pasukan pembangkang dari ____________________ dibarisi oleh:

1 Yang Berhormat __________________________ selaku Ketua Pembangkang

2 Yang Berhormat ____________________________ Pembangkang Kedua

3 Yang Berhormat ____________________________ Pembangkang Ketiga

4 Yang Berhormat ____________________________ Pembangkang Keempat

5 Yang Berhormat _________________________ Pembangkang Kelima

Panel hakim yang akan mengadili sesi perbahasan ialah:

1 Yang Arif, Tuan / Puan ________________________________ selaku Ketua Hakim

2 Yang Arif, Tuan / Puan ________________________________, dan

3 Yang Arif, Tuan / Puan ________________________________.

Dengan kuasa yang diberikan kepada saya, maka saya mengisytiharkan sidang dewan
bermula.

(Q: pastikan keadaan tenteram untuk memulakan perbahasan)

Pihak dewan dengan sukacitanya mempersilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi
menegemukakan usul dan hujah beliau. Dipersilakan.

***************************************************************************
***************

(Q: usai hujahan pembahas pertama kerajaan)

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Seterusnya dewan menjemput Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk membahaskan
usul berkenaan. Dipersilakan.

****************(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga
masa)***************************
(Q: setelah pembahas pertama pembangkang duduk semula)

Terima kasih Yang Berhormat. Demikian tadi hujah ketua pembangkang bagi menolak usul
kerajaan. Dewan mengucapkan terima kasih.

Persidangan diteruskan dengan hujah kerajaan. Yang Berhormat Menteri Kedua dipersilakan.

****************(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga
masa)***************************

(Q: setelah pembahas kedua kerajaan duduk semula)
Terima kasih atas hujahan Yang Berhormat Menteri Kedua. Terima kasih juga kepada semua
ahli dewan dan pemerhati. Kini, dewan menjemput pula Yang Berhormat Pembangkang
Kedua untuk menyanggah usul kerajaan. Dipersilakan.

****************(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga
masa)***************************
(Q: setelah pembahas kedua pembangkang duduk semula)
Demikian hujah bernas Yang Berhormat Pembangkang Kedua. Sidang dewan dihangatkan
lagi dengan menjemput Yang Berhormat Menteri Ketiga. Silakan Yang Berhormat.

****************(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga
masa)***************************
(Q: setelah pembahas ketiga kerajaan duduk semula)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Ketiga. Bahagian pertama sesi perbahasan usul
disudahi dengan hujah Yang Berhormat Pembangkang Ketiga. Dipersilakan.

****************(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga
masa)***************************
(Q: setelah pembahas pembangkang ketiga duduk semula)
Dengan berakhirnya hujah Yang Berhormat Pembangkang Ketiga, bahagian pertama
perbahasan usul ditamatkan. Terima kasih Yang Berhormat Pembangkang Ketiga.

Sekarang, majlis berhenti rehat selama tiga minit bagi memberi peluang kepada kedua-dua
pasukan kerajaan dan pembangkang bagi menyediakan hujah-hujah penggulungan. Masa tiga
minit dikira bermula dari sekarang.

(Q: penjaga masa menekan loceng sekali)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@

(Q: Tempoh 3 minit berakhir. Penjaga masa menekan loceng 2 kali)

Terima kasih atas kesabaran sidang dewan. Dewan memohon perhatian sekalian ahli dewan
dan pemerhati untuk kembali menumpukan perhatian kepada hujah-hujah penggulungan bagi
kedua-dua pihak.

Jangka masa penggulungan ialah selama 4 minit sahaja. Pihak pembangkang akan berhujah
terlebih dahulu sebelum pihak kerajaan.

Dewan dengan sukacitanya menjemput pihak pembangkang mengemukakan hujah-hujah
penggulungan. Dipersilakan.

****************(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga
masa)***************************


(Q: setelah pembahas penggulungan pembangkang duduk semula)

Terima kasih Yang Berhormat (Ketua) / Pembangkang Kedua atas hujah penggulungan
sebentar tadi.

Kini tibalah giliran pihak kerajaan menyampaikan hujah-hujah penggulung bagi
mengukuhkan usul yang dibentangkan. Yang (Amat) Berhormat (Perdana) / Menteri (Kedua)
dipersilakan.

****************(Q: loceng terakhir ditekan oleh penjaga
masa)***************************
(Q: setelah pembahas penggulungan kerajaan duduk semula)
Terima kasih Yang Berhormat (Ketua) / Pembangkang (Kedua).

Dengan itu berakhirlah kedua-dua bahagian perbahasan usul pada persidangan kali ini.
Dewan sekali lagi berhenti rehat bagi memberi masa kepada Yang Arif Ketua Hakim
bersama dua orang hakim yang lain memuktamadkan keputusan sama ada Dewan menerima
atau menolak usul yang dikemukakan.

Hadirin dipohon tidak berganjak ke mana-mana. Dewan berhenti rehat...

(Q: setelah ketua hakim menyerahkan keputusan muktamad)

Terima kasih Yang Arif Ketua Hakim. Terima kasih juga kepada hakim-hakim yang lain,
pegawai dewan, ahli-ahli Yang Berhormat, dan seterusnya pemerhati persidangan.

Kini, keputusan sudah berada di tangan saya.

(Q: berhenti sejenak untuk mewujudkan suasana saspens)

Dengan kuasa yang diperuntukkan kepada saya sebagai speaker dewan, maka dengan ini
diisytiharkan bahawa usul yang dibentangkan telah . diterima / ditolak.

Tahniah kepada pasukan pembahas (kerajaan / pembangkang) dari
_______________________

Pembahas terbaik ialah Yang Berhormat kerajaan / pembangkang pertama / kedua / ketiga,
Saudara / Saudari _______________________________ dari
_________________________________.

Tahniah kepada pemenang. Pasukan lawan teruslah berusaha untuk pertandingan pada masa
akan datang.

Saya akhiri majlis dengan lafaz (Assalamu alaikum Warahmatullahi wabarakatuh / Selamat
petang)

Anda mungkin juga menyukai