Anda di halaman 1dari 6

TEKS TUAN YANG DIPERTUA DEWAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA

MELAYU
Sebelum memulakan sidang pastikan semua peserta dan panel juri sudah mengambil tempat
masing-masing.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sidang dewan yang dihormati. Selamat bertemu dalam
persidangan kita bagi sesi kali ini. Persidangan kita akan dimulakan sekarang. Izinkan saya untuk
mempersilakan dan memperkenalkan Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan menyampaikan
hujah-hujah serta bidasan pada persidangan kali ini.
PIHAK KERAJAAN
Dari SK
………………………………………………………………………………………………………
Diwakili oleh
YAB Perdana Menteri : ………………………………………………………………………
YB ………………………………………………………………………….. (Menteri Kedua)
YB …………………………………………………………………………….(Menteri Ketiga)

PIHAK PEMBANGKANG
Dari SK
…………………………………………………………………………………………………….
Diwakili oleh
YB ………………………………………………………………….(Ketua pembangkang)
YB ………………………………………………………………….(Pembangkang Kedua)
YB ………………………………………………………………….(Pembangkang Ketiga)

PANEL JURI
Dengan penuh takzimnya diperkenalkan Encik/Puan/Cik
………………………………………………………………………………………….
Dari.. …………………………………………………………………………….
Encik/Puan/Cik
………………………………………………………………………………………….
Dari ……………………………………………………………………………………….
Encik/Puan/Cik
………………………………………………………………………………………….
Dari ……………………………………………………………………………….
Encik/Puan/Cik
………………………………………………………………………………………….

Ahli-ahli Yang Berhormat, Sidang Dewan yang Dihormati


Izinkan saya memperingatkan ahli-ahli Yang Berhormat akan peraturan dan tatacara semasa
Dewan kita bersidang.
1. Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi
seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk
mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.

2. Setiap pembahas diberi masa LIMA minit untuk berucap. Masa bagi ucapan
penggulungan pula ialah TIGA minit. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas
berucap.

3. Loceng akan dibunyikan sekali pada akhir minit kedua (awal minit ketiga) menandakan
bahawa ruang dibuka kepada pasukan lawan untuk membuat izin laluan. Manakala pada
akhir minit keempat loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa telah tamat untuk
pihak lawan membuat izin laluan

4. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kelima menandakan bahawa masa untuk
pembahas berucap sudah tamat.

5. Bagi sesi penggulungan, kedua-dua pasukan akan diberi masa 3 minit sebagai masa
persediaan sebelum membuat ucapan penggulungan masing-masing.

6. Pada minit ketiga masa penggulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada minit ketiga,
loceng akan dibunyikan dua kali menandakan masa untuk penggulungan telah tamat.
7. Semasa satu pihak sedang berucap, ahli pasukan lawan boleh memohon Izin laluan
dalam bentuk

a. Persoalan
b. Kenyataan
c. Fakta/penjelasan/pembetulan

8. Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap Izin laluan. Izin laluan haruslah
padat dan bernas.

9. Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan

10. Izin laluan dipohon dengan seorang pembahas berdiri atau mengangkat tangan dan
menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin
laluan.

11. Pembahas tidak dibenarkan berdiri di tempat masing-masing, sebaliknya hendaklah


keluar ke hadapan di kawasan yang dibenarkan.

12. Pembahas tidak dibenarkan bergerak ke kawasan pasukan lawan.

13. Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang mendapat undi majoriti daripada
panel hakim.

14. Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.


Sidang dewan yang dihormati
Usul yang akan dibahaskan pada sesi kali ini ialah …………………..........................
………………………………………………………………………………………………………

Adalah diharapkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan menumpukan hujah dan bidasan kepada
usul tersebut
Sidang dewan yang dihormati,
Kita mulakan tirai perbahasan pada hari ini. Dengan ini saya mempersilakan YAB Perdana
Menteri ………………………………………………………………………. Tampil untuk
mengemukakan usul perbahasan, menyampaikan difenisi dan membahaskan isu tersebut bagi
pihak KERAJAAN. Dipersilakan YAB

(YAB Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapan)


Bagi Pihak Dewan, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas hujah
yang dikemukan.
Seterusnya dipersilakan pula YB…………………………………………………………… selaku
Ketua Pembangkang untuk menyampaikan hujah serta membahaskan isu tadi bagi pihak
PEMBANGKANG. Dipersilakan
(YAB Ketua Pembangkang selesai menyampaikan hujah)
Terima kasih kepada YB Ketua Pembangkang atas hujah yang dikemukakan tadi.
Sidang dewan yang dihormati,
Perbahasan dalam Persidangan Parlimen sesi ini diteruskan lagi. Dengan ini saya mempersilakan
YB …………………………………………………………………………Menteri Kedua
KERAJAAN untuk mengemukakan bidasan dan hujah-hujah beliau.
Dipersilakan YB.
(YB Menteri Kedua selesai menyampaikan ucapan)
Terima kasih diucapkan kepada YB ……………………………………
Isu perbahasan yang semakin hangat dibahaskan ini diteruskan lagi. Dengan ini saya
mempersilakan YB ………………………………………………… Pembangkang kedua bagi
pihak PEMBANGKANG untuk mengemukakan bidasan dan hujah-hujahnya. Dipersilakan YB
(YB Pembangkang Kedua selesai menyampaikan hujah)
Terima kasih YB
Sidang dewan yang dihormati,
Dewan pada sesi kali ini akan lebih bergema lagi dengan bidasan daripada kedua-dua belah
pihak Dengan ini saya mempersilakan Menteri Ketiga KERAJAAN untuk mengemukakan
bidasan-bidasan seterusnya memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak KERAJAAN.
Dipersilakan YB.
(YB Menteri Ketiga selesai menyampaikan ucapan)
Terima kasih diucapkan kepada YB ……………………………………
Perbahasan diteruskan lagi dengan memperkenalkan YB Pembangkang Ketiga bagi pihak
PEMBANGKANG tampil untuk mengemukakan bidasan-bidasan dan seterusnya
memperkukuhkan kes yang dibawa oleh pihak PEMBANGKANG.
Disilakan YB………………………………………………………………….
(YB Pembangkang Ketiga selesai menyampaikan ucapan)
Terima kasih YB.
Sidang dewan yang dihormati
Demikianlah tadi kita melihat dan mendengar hujah-hujah serta bidasan-bidasan daripada Ahli-
ahli Yang Berhormat pihak KERAJAAN dan pihak PEMBANGKANG. Untuk memberi peluang
kepada Ahli-ahli Yang Berhormat membuat persediaan ucapan bagi sesi penggulungan, Dewan
ditangguhkan selama tiga minit.
(PERBINCANGAN SELAMA TIGA MINIT)
Pastikan penjaga masa mengambil masa persediaan selama 3 minit. Bunyikan loceng sekali
setelah tiga minit tamat.
Sidang dewan yang dihormati,
Cukup tempoh tiga minit masa perbincangan diperuntukkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Perbahasan usul akan diteruskan dengan sesi penggulungan. Saya mulakan dengan
mempersilakan YB wakil pihak PEMBANGKANG tampil untuk menyampaikan ucapan
penggulungan.

Dipersilakan YB ………………………………………………………………………………….
(YB wakil PEMBANGKANG selesai menyampaikan penggulungan )
Terima kasih YB.
Ahli-ahli Yang Berhormat
Sidang dewan yang dihormati. Seterusnya kita mempersilakan wakil pihak KERAJAAN pula
tampil untuk menyampaikan ucapan penggulungan.
Dipersilakan YB………………………………………………………………..
(YB wakil KERAJAAN selesai menyampaikan penggulungan)
Terima kasih YB

Ahli-ahli yang Berhormat, Sidang dewan yang dimuliakan,


Dengan ucapan penggulungan oleh pihak KERAJAAN itu tadi maka berakhirlah persidangan
Dewan kita pada kali ini. Sehingga bertemu semula pada Sidang Dewan yang akan datang.
Dengan ini saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta
seluruh Sidang Dewan yang telah bersama-sama menjaga keharmonian Dewan ini.
Saya selaku Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan dengan ini menangguhkan Persidangan
Dewan pada kali ini.
Sekian, Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum, wm wb. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai