Anda di halaman 1dari 2

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT PRASEKOLAH SK TAMAN SEROJA 2021

SENARAI PERTANDINGAN
BIL. NAMA PERTANDINGAN TARIKH
1. Pertandingan Mewarna 24 Ogos 2021 – 6 September 2021
2. Pertandingan Tulisan Cantik 24 Ogos 2021 – 6 September 2021
3. Pertandingan Busana Kemerdekaan 24 Ogos 2021 – 6 September 2021
4. Pertandingan ‘Wefie’ Keluarga Merdeka 24 Ogos 2021 – 6 September 2021
5. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik 24 Ogos 2021 – 6 September 2021

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA


1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid prasekolah SK Taman Seroja
sahaja.
2. Tempoh masa pertandingan adalah dari 24 Ogos 2021 – 6 September 2021.
3. Poster pertandingan akan disediakan oleh urus setia program.
4. Hanya penggunaan pensel warna dibenarkan dan peralatan perlu disediakan
oleh peserta.
5. Hasil karya haruslah hasil kerja murid sahaja tanpa bantuan ahli keluarga.
6. Aspek yang dinilai adalah kreativiti, kekemasan, kebersihan dan ketepatan
warna yang digunakan.
7. Setiap penyertaan perlu dihantar ke pondok pengawal SK Taman Seroja
selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang 6hb September 2021.
8. Semua keputusan hakim adalah muktamad.

SYARAT PERTANDINGAN TULISAN CANTIK


1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid prasekolah SK Taman Seroja
sahaja.
2. Tempoh masa pertandingan adalah dari 24 Ogos 2021 – 6 September 2021.
3. Murid perlu menyalin lirik lagu Negaraku sama ada pada kertas kosong
ataupun bergaris dan menghiasnya mengikut kreativiti masing-masing.
4. Murid boleh menggunakan pensel ataupun pensel warna untuk menulis lirik
lagu Negaraku.
5. Aspek yang dinilai berdasarkan tulisan yang kemas, bersih, teratur serta
mengikut lirik dan ejaan yang betul.
6. Setiap penyertaan perlu dihantar ke pondok pengawal SK Taman Seroja
selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang 6hb September 2021.
7. Semua keputusan hakim adalah muktamad.
SYARAT PERTANDINGAN BUSANA KEMERDEKAAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid prasekolah SK Taman Seroja
sahaja.
2. Tempoh masa pertandingan adalah dari 24 Ogos 2021 – 6 September 2021.
3. Murid boleh memakai pakaian kebangsaan atau pakaian yang bersesuaian
dengan tema.
4. Penggunaan Jalur Gemilang sebagai pakaian adalah tidak dibenarkan dan
peserta yang memakainya akan dibatalkan penyertaannya.
5. Pertandingan ini adalah dalam bentuk rakaman video.
6. Kreativiti dan cara memperagakan pakaian akan diambil kira dalam penilaian
markah.
7. Sila hantar video rakaman kepada guru kelas masing-masing selewat-
lewatnya pada jam 10.00 malam 6 September 2021.
8. Semua keputusan hakim adalah muktamad.

SYARAT PERTANDINGAN ‘WEFIE’ KELUARGA MERDEKA


1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid prasekolah SK Taman Seroja
dan keluarga masing-masing.
2. Tempoh masa pertandingan adalah dari 24 Ogos 2021 – 6 September 2021.
3. Foto yang diambil perlu melibatkan murid prasekolah dan ahli keluarga.
4. Bilangan ahli keluarga yang terlibat tidak dihadkan.
5. Tema pakaian dan latar belakang adalah bertemakan kemerdekaan dan
pengunaan Jalur Gemilang sebagai pakaian tidak dibenarkan.
6. Penggunaaan sebarang props adalah dibenarkan dan mengikut kreativiti
masing-masing.
7. Sila hantar gambar ‘wefie’ keluarga kepada guru kelas masing-masing
selewat-lewatnya pada jam 10.00 malam 6 September 2021.
8. Semua keputusan hakim adalah muktamad.

SYARAT PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK


1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid prasekolah SK Taman Seroja
dan keluarga masing-masing.
2. Tempoh masa pertandingan adalah dari 24 Ogos 2021 – 6 September 2021.
3. Murid boleh memilih mana-mana lagu yang bersesuaian dengan tema
kemerdekaan.
4. Penggunaan minus one dan props adalah dibenarkan.
5. Rakaman video nyanyian perlu dihantar kepada guru kelas masing-masing
selewat-lewatnya pada jam 10.00 malam 6 September 2021.
6. Semua keputusan hakim adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai