Anda di halaman 1dari 6

SK TAMAN SEROJA

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


BANDAR BARU SALAK TINGGI
43900 SEPANG, SELANGOR

KARNIVAL BAHASA PERINGKAT DAERAH


2018

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN BERCERITA SWARAKAM
TAHAP 2

ANJURAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN
SEROJA
1.0 PENDAHULUAN

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk


memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam
masyarakat Melayu, tokoh-tokoh seperti Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga
dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita.
Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu
mempengaruhi malah memukau audiens.

Aktiviti bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang sesuai


digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan
turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu
dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk
dipertandingkan. Oleh yang demikian, maka Panitia Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan Taman Seroja mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan
Bercerita Tahap 1.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
meyakinkan.
2.2 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.
2.3 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar,bertutur, membaca dan
menulis.
2.4 Meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam bahasa Melayu.

3.0 PENGELOLAAN

Pertandingan Bercerita Tahap 2 ini dikelolakan oleh SK Taman Seroja di bawah


Kebitaraan Bahasa Melayu.
4.0 PENYERTAAN

4.1 Terbuka kepada murid dari Tahun 4 hingga 6 sahaja.


4.2 Terdiri daripada seorang peserta sahaja bagi setiap sekolah.
4.3 Terbuka kepada semua sekolah daerah Sepang.

5.0 HADIAH

5.1 Hadiah utama disediakan untuk tempat pertama hingga ketiga.


5.2 Peserta tempat keempat dan kelima diberikan hadiah sagu hati.

6.0 TARIKH PERLAKSANAAN

Tarikh : 10 Oktober 2018

7.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Tarikh akhir : 25 Oktober 2018


Hari : Khamis

8.0 KATEGORI PERTANDINGAN

8.1 Pertandingan terbahagi kepada satu bahagian sahaja.


8.2 Pertandingan ini melibatkan penceritaan tema bebas yang mempunyai unsur-
unsur pengajaran dan nilai-nilai murni.
8.4 Salinan teks cerita perlu diemel dan dihantar bersama-sama video yang telah
dirakam.

9.0 SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA

9.1 Tema bercerita adalah bebas tetapi isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur
pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik,
kaum dan agama.

9.2 Teks bercerita boleh diambil daripada buku cerita di pasaran, cerita dalam buku
teks, majalah, media masa dan internet atau karya sendiri.
9.3 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap
peserta diberi masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit.
9.4 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa
persembahan telah tamat.

9.5 Prop, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita dibenarkan tetapi tiada
sebarang markah.

9.6 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak
melebihi satu 1 minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur
tersebut).

9.7 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan adalah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak
sahaja setiap kali pergerakan.

9.8 Peserta digalakkan memakai kostum, tapi tiada sebarang peruntukan


markah. Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

9.9 Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta membuat


persembahan cerita kurang daripada enam (06) minit atau melebihi lapan (08)
minit.

* kurang daripada enam (06) minit dipotong 10 markah

Dari (minit) Hingga (minit) Markah Dipotong


05.59 05.30 1 markah
05.29 05.30 2 markah
04.59 04.30 3 markah
04.29 04.00 4 markah
>04.00 ke bawah 5 markah

* Lebih daripada lapan (08) minit

Dari (minit) Hingga (minit) Markah Dipotong


08.01 08.29 1 markah
08.30 08.59 2 markah
09.01 09.29 3 markah
09.30 09.59 4 markah
>10.00 ke atas 5 markah
* Pemotongan markah hanya dilakukan oleh Ketua Hakim sahaja.

9.10 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta:


* menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;
* membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;
* dibantu oleh orang lain semasa peserta sedang bercerita;

9.11 Tiada bahagian spontan dalam pertandingan ini.

10.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA

BIL KRITERIA MARKAH


1. Teknik Persembahan 20 markah
2. Bahasa dan pertuturan 20 markah
3. Penghayatan cerita 20 markah
4. Interaksi dengan audiens 15 markah
5. Mesej/nilai dalam cerita 05 markah
6. Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah
7. Kawalan suara 10 markah
Jumlah 100 markah

11.0 PENGHAKIMAN

11.1 Keputusan Hakim adalah muktamad.


11.2 Keputusan Hakim akan ditentukan melalui sistem juri.
11.3 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan
pemenang :
* teknik persembahan
* bahasa dan pertuturan
* penghayatan cerita

12.0 AM

12.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur iaitu SK Taman
Seroja.
12.2 Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada
pihak penganjur.
12.3 Sebarang perubahan akan dimaklumkan dalam kumpulan ‘Whatsapp’ Karnival
Bahasa yang telah ditubuhkan.
12.4 Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada Pn. Razea Hazlin binti Rajab,
Penyelaras Karnival Bahasa SK Taman Seroja di talian 019-7787044.

Anda mungkin juga menyukai