Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT MEWAH

JALAN MEWAH RIA 3/1, TMN. BUKIT MEWAH


81200, JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA :
MINGGU BAHASA TAMIL 2022

(SECARA ONLINE)

ANJURAN :
PANITIA BAHASA TAMIL
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT MEWAH
JOHOR BAHRU

'Bahasa Cemerlang Warga


Gemilang'
1. TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Sekolah

Kebangsaan Taman Bukit Mewah bagi mendapatkan kelulusan dan kebenaran untuk

melaksanakan Program Minggu Bahasa Tamil 2022 secara online.

2. PENDAHULUAN
Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan bahasa ibunda

masing-masing. Lanataran itu, pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyertaan

warga sekolah khasnya murid-murid agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya

melahirkan semangat cinta akan bahasa ibundanya. Sebagai satu cara supaya murid-murid

lebih meminati Bahasa Tamil sebagai bahasa komunikasi di sekolah kebangsaan, program

seperti minggu bahasa perlu diadakan agar murid-murid dapat menggunakan Bahasa

Tamil dengan lebih yakin dalam kehidupan seharian. Melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan

diharap dapat meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Tamil sebagai bahasa komunikasi

dalam kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Mewah.

3. MATLAMAT
Meningkatkan penguasaan Bahasa Tamil murid dalam kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.

4. RASIONAL
Sebagai aktiviti pengukuhan kepada PDPC dan PDPR yang telah diikuti oleh murid-murid.

5. OBJEKTIF
 Memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan
bakat mereka dalam ativiti-aktiviti yang akan diadakan.
 Menyemai semangat daya saing yang sihat di kalangan murid-murid.
 Mengharapkan murid-murid akan lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Tamil.
 Meningkatkan minat membaca di kalangan murid-murid.
 Memilih murid-murid yang terbaik dan berbakat untuk menyertai Karnival Bahasa
Tamil Peringkat Daerah JB yang akan datang.
6. JUSTIFIKASI
Dapat mencapai aspirasi kerajaan untuk menggalakan penggunaan Bahasa Tamil dalam
sekolah kebangsaan sebagai bahasa komunikasi.

7. SASARAN

Darjah Bilangan murid


Tahun 1 14
Tahun 2 14
Tahun 3 14
Tahun 4 16
Tahun 5 22
Tahun 6 17

Jumlah murid : 97 orang

8. ANJURAN
Panitia Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Mewah Tahun 2022.

9. TARIKH / MASA / TEMPAT


Tarikh : 2 Jun 2022 – 12 Jun 2022
Masa : Semasa waktu PDPR dan luar waktu PDPR
Temapat : Lokasi tinggal masing-masing

10. PERTANDINGAN

 Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-kanak (Tahap 1)


 Pertandingan Mendeklamasi Sajak (Tahap 2)
 Pertandingan Bercerita (Tahap 2)

11. PERATURAN PERTANDINGAN


Seperti dalam Lampiran 2.

12. KEWANGAN
Sumber pendapatan dari peruntukan wang Panitia Bahasa Tamil

TBA: BAHASA TAMIL


12. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Pertandingan Nilai Hadiah Jumlah
1 Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-
Johan – RM 9 X 3
kanak (Tahap 1)
N.Johan – RM 5 X2
-mengikut setiap aliran
Ketiga – RM 3 X 2
Tahun 1 RM 43
(Alat tulis & buku
Tahun 2
cerita)
Tahun 3
2 Pertandingan Mendeklamasi Sajak (Tahap Johan – RM 9 X 3
2)
N.Johan – RM 5 X 2
-mengikut setiap aliran
Ketiga – RM 3 X 2
Tahun 4
(Alat tulis & buku RM 43
Tahun 5 cerita)
Tahun 6
3 Pertandingan Bercerita (Tahap 2) Johan – RM 9 X 3
-mengikut setiap aliran N.Johan – RM 5 X 2
Tahun 4
Ketiga – RM 3 X 2
Tahun 5
Tahun 6 RM 43
(Alat tulis & buku
cerita)

4. Saguhati RM 5.00
Saguhati- RM 2.50 X 2
(Alat tulis)

Jumlah Anggaran RM 134.00

13. FASILITATOR
Guru matapelajaran Bahasa Tamil

14. PENUTUP
Berharap program ini akan mendapat kerjasama daripada semua warga sekolah Sekolah
Kebangsaan Taman Bukit Mewah dan meningkatkan minat murid-murid serta
mempertingkatkan kualiti Pdpc dan Pdpr Bahasa Tamil.

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

PN.V.SIVAPPRIYA PN.RODZIAH BINTI AHMAD


Ketua Panitia Bahasa Tamil Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tmn Bukit Mewah Sekolah Kebangsaan Tmn Bukit
Johor Bahru
LAMPIRAN 1 :

PERATURAN PERTANDINGAN
PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU KANAK-KANAK (TAHAP 1)

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-Kanak (Rakaman Video)

2. OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Tamil dalam kalangan murid.


2.2 Mencungkil bakat.
2.3 Meningkatkan keyakinan diri.

3. KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid Tahap 1 (Tahun 1–3) di Sekolah Kebangsaan layak mengambil bahagian.
3.2 Nyanyian mesti berdasarkan pilihan lagu yang diberikan.
3.3 Props dan muzik tidak dibenarkan.
3.4 Pergerakan setempat dibenarkan.
3.5 Perkusi badan dibenarkan.
3.6 Pakaian yang sesuai dan sopan.
3.7 Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif seperti ras, agama, politik, peribadi
dan sebagainya.
3.8 Nama sekolah dan logo sekolah tidak perlu didedahkan semasa pertandingan
3.9 Rakaman video (link sahaja) perlu dimuatnaik ke google drive yang disediakan oleh pihak
JK

4. BILANGAN PESERTA
4.1Seorang peserta daripada Tahap 1 bagi setiap sekolah yang mengambil bahagian.

5. HAD MASA

5.1 Setiap peserta menghantar 1 rakaman video berdurasi tidak kurang dari 1 minit.

6. CARA PENGHAKIMAN

6.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria berikut :


Kelancaran : 20 markah
Irama : 15 markah
Persembahan : 10 markah
Kreativiti : 5 markah
Jumlah : 50 markah

6.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya akan
ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi mengikut kriteria seperti
dibawah.

6.2.1 Persembahan
6.2.2 Sebutan
6.3 Keputusan hakim adalah muktamad.
1. கட கட வண்டி

https://www.youtube.com/watch?v=FCzalC0Zj-k

2. தோட்டத்தில் மேயுது வெள்ளை பசு

https://www.youtube.com/watch?v=PgcuNWv_AaY

3. மயிலைப்பாரு

https://www.youtube.com/watch?v=nJbd1rPVE8w&t=18s

4. குவா குவா வாத்து

https://www.youtube.com/watch?v=_pQjjtxWU2Q

5. கொக்கு பாரு கரையிலே

https://www.youtube.com/watch?v=2T1xa_gbbqk
PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK (TAHAP 2)

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Mendeklamasi Sajak ( Rakaman Video)


2. OBJEKTIF

1.1 Meningkatkan kemahiran mendeklamasi sajak


1.2 Mencungkil bakat.
1.3 Meningkatkan keyakinan diri.
2.4 Menghayati unsur-unsur kesusasteran Tamil

3. KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid Tahap 2 (Tahun 4–6) di Sekolah Kebangsaan layak mengambil bahagian.
3.2 Isi sajak mesti mengandungi unsur-unsur nilai murni dan pengajaran.
3.3 Peserta hanya dibenarkan memilih satu (1) sajak sahaja
3.4 Peserta dilarang menyanyi dan melakonkan sajak yang dipilih.
3.5 Peserta dilarang mendeklamasi sambil melihat teks sajak.
3.6 Nama sekolah dan logo sekolah tidak perlu didedahkan semasa pertandingan
3.7 Rakaman video (link sahaja) perlu dimuatnaik ke google drive yang disediakan oleh pihak
JK

4. BILANGAN PESERTA

4.1 Seorang peserta daripada Tahap 2 bagi setiap Sekolah Kebangsaan yang layak
mengambil bahagian.

5. TAJUK

5.1 Deklamasi sajak mestilah berunsurkan motivasi atau nilai murni.

6. HAD MASA

6.1 Setiap peserta diberi masa 1-2 minit.

7. CARA PENGHAKIMAN

7.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria berikut :


Intonasi : 10 markah
Sebutan : 10 markah
Gaya : 10 markah
Persembahan : 10 markah
Kelancaran : 10 markah
Jumlah : 50 markah

7.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya akan ditentukan
berdasarkan markah yang lebih tinggi mengikut kriteria seperti dibawah. 7.2.1
Persembahan
7.2.2 Isi
7.2.3 Sebutan
7.3 Keputusan hakim muktamad.
PERTANDINGAN BERCERITA SK (TAHAP 2)

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Bercerita SK Tahun 4, 5 dan 6 (Rakaman Video)

2 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kemahiran bercerita.


2.2 Menggalakkan berfikir secara kreatif.
2.3 Mengukuhkan pembacaan dan penghayatan karya kreatif.
2.4 Meningkatkan keyakinan diri.

3 KELAYAKAN / SYARAT

3.1 Murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) di Sekolah Kebangsaan layak mengambil bahagian.
3.2 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran atau nilai murni
3.3 Peserta tidak dibenarkan membaca teks cerita
3.4 Props, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan
3.5 Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif seperti ras, agama, politik, peribadi dan
sebagainya.
3.6 Nama sekolah dan logo sekolah tidak perlu didedahkan semasa pertandingan
3.7 Rakaman video (link sahaja) perlu dimuatnaik ke google drive yang disediakan oleh
pihak JK
4 BILANGAN PESERTA

4.1 Seorang peserta daripada Tahap 2 bagi setiap Sekolah Kebangsaan yang layak
mengambil bahagian
.
5 TAJUK

5.1 Unsur pengajaran atau nilai murni.

6 HAD MASA

6.1 Setiap peserta diberi masa 3 minit hingga 5 minit.

7 CARA PENGHAKIMAN

7.1 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria berikut :

Persembahan : 30 markah
Kelancaran : 10 markah
Sebutan : 10 markah
Jumlah : 50 markah

7.2 Bagi peserta yang mendapat jumlah markah yang sama, kedudukannya akan
ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi mengikut kriteria seperti di bawah.
i. Persembahan
ii. Kelancaran
iii. Sebutan
7.1 Keputusan hakim adalah muktamad.
KERTAS CADANGAN MINGGU BAHASA TAMIL

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan (Minggu Bahasa Tamil)

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan (Minggu Bahasa Tamil)

Ulasan :

......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

PN.RODZIAH BINTI AHMAD


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tmn Bukit

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai