Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KONSEP

KARNIVAL BAHASA INGGERIS

KELOMPOK 7

LATAR BELAKANG

Karnival ini dilaksanakan bagi memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
memperkasa Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar serta memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan Bahasa Inggeris dalam era globalisasi.

Melalui pertandingan yang dianjurkan diharap dapat memberikan peluang kepada para
pelajar mengetengahkan bakat serta minat yang dipupuk selama ini. Selain itu, penyertaan
pelajar secara berpasukan dan individu juga diharap dapat membentuk keyakinan diri mereka.

MATLAMAT

Merealisasikan program Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kelompok Tahun 2014 serta
pemilihan wakil kelompok ke Karnival Bahasa Inggeris Peringkat daerah Hilir Perak.

OBJEKTIF

1. Mendedahkan pelajar kepada aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dalam


meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Inggeris.
2. Menyediakan platform untuk pelajar mengetengahkan bakat dan kebolehan dalam
Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dan berketerampilan dalam
mengaplikasikan Bahasa Inggeris dalam kehidupan.

RASIONAL

Penganjuran karnival ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ia juga
merupakan salah satu usaha untuk menggilap kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar yang secara tidak langsung membantu Kementerian Pendidikan Malaysia
melaksanakan misi MBMMBI. Selain itu, ia turut memupuk kerjasama dan semangat juang
yang tinggi dalam kalangan pelajar.
JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL BAHASA INGGERIS KELOMPOK 7

Penanung : Tn. Hj. Zainal Abiddin bin Osman, A.M.N., A.M.P.

Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

Pengerusi : En. Abd Rahim bin Ayub

Guru Besar SK Bagan Pasir

Naib Pengerusi : En. Romli bin Abdul Hamid

Penolong Kanan Korurikulum SK Bagan Pasir

Pn. Fazlinah binti Ali

Penolong Kanan Pentadbiran SK Bagan Pasir

Pn. Jamaliah binti Man

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Bagan Pasir

Setiausaha : En. Mohamad Azizi bin Yusof

Naib Setiausaha : En. Lee Peng Kien

Bendahari : Cik Ang Siew Cheng

AJK : Guru Besar sekolah-sekolah Kelompok 7

MAKLUMAT PERTANDINGAN

Tarikh : 28.06.2014

Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat : SK Bagan Pasir

Pengelola :

1) Pengelola pertandingan adalah seperti berikut.


a) Action Songs (Level 1) : SK Khir Johari (Dewan)
b) Storytelling : SK Selekoh (Bilik Kaunseling)
c) Public Speaking : SK Sungai Hj. Muhammad (B. Tayangan)
d) Choral Speaking : SK Sungai Tiang Darat (Kantin)
e) Poetry Recitation : SK Sungai Batang (Tahun 6 Gemilang)
f) Scrabble : SK Sungai Tiang Baroh (Makmal

Komputer)

2) Pengelola pertandingan hendaklah menyediakan :


a) Juruacara
b) Penjaga masa
c) Loceng
d) Jam randik
e) Mikrofon
f) Borang pemarkahan
g) Syarat dan peraturan pertandingan
3) Undian akan dijalankan pada hari pertandingan
4) Set permainan Scrabble perlu dibawa sendiri oleh setiap pasukan yang mengambil
bahagian.

PENDAPATAN

Sumber Jumlah

Yuran Penyertaan RM 80.00 x 13 buah sekolah RM 1040.00

PERBELANJAAN

Bil. Perbelanjaan Butiran Jumlah


(RM)
Hadiah dan cenderahati
Johan RM 3.50 x 1 = RM 3.40
1. Storytelling N. Johan RM 3.50 x 1 = RM 3.50 RM 10.50
Ketiga RM 3.50 x 1 = RM 3.50
Johan RM 3.50 x 1 = RM 3.40
2. Public Speaking N. Johan RM 3.50 x 1 = RM 3.50 RM 10.50
Ketiga RM 3.50 x 1 = RM 3.50
Johan RM 3.50 x 2 = RM 7.00
3. Poetry Recitation N. Johan RM 3.50 x 2 = RM 7.00 RM 21.00
Ketiga RM 3.50 x 2 = RM 7.00
Johan RM 3.50 x 3 = RM 10.50
4. Scrabble N. Johan RM 3.50 x 3 = RM 10.50 RM 31.50
Ketiga RM 3.50 x 3 = RM 10.50
Johan RM 3.50 x 15 = RM 52.50
5. Action Songs (Level 1) N. Johan RM 3.50 x 15 = RM 52.50 RM 157.50
Ketiga RM 3.50 x 15 = RM 52.50
Johan RM 3.50 x 35 = RM 122.50
6. Choral Speaking N. Johan RM 3.50 x 35 = RM 122.50 RM 367.50
Ketiga RM 3.50 x 35 = RM 122.50
7. Penghargaan hakim RM 5.00 x 26 = RM 130.00 RM 130.00
8. Cenderahati majlis penutup RM 20 x 1 = RM 20.00 RM 20.00
Jamuan
9. Jamuan guru, urus setia & RM 4.00 x 50 = RM 200.00 RM 200.00
hakim
Persiapan
10. Bahan fotostat & cetakan RM 66.00 RM 91.50
Jumlah keseluruhan RM 1040.00

PENUTUP

Diharap pelaksanaan Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kelompok 7 ini akan mencapai
matlamatnya. Sesungguhnya kejayaan program ini akan menggambarkan komitmen semua
pihak dan menjadi platform terbaik dalam melahirkan murid-murid yang berkeyakinan tinggi
dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik khususnya dalam Bahasa Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai