Anda di halaman 1dari 23

TEKNIK BERKESAN

MENGHADAPI PEPERIKSAAN

 Persediaan Akademik
 Persediaan Mental
 Memulakan
Peperiksaan
 Menjawab Soalan
Renungkan Sebentar……
 Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?

 Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru


atau dibaca sendiri ?

 Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat


yang tinggi ?

 Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-


soalan lepas ?

 Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab


soalan nanti ?
PERSEDIAAN AKADEMIK
 Persediaan Peringkat Awal
Tumpuan dalam kelas
Melengkapkan nota
Membaca semua mata pelajaran
Fahamkan apa yang dipelajari
Rujuk guru jika ada masalah
PERSEDIAAN AKADEMIK
 Persediaan Peringkat Pertengahan
Kira-kira 2 bulan sebelum peperiksaan
Membaca semula nota ringkas
Buat kata kunci bagi setiap nota ringkas
Untuk ingat, tulis kembali isi nota ringkas
Berbincang dengan kawan
Buat latihan untuk soalan-soalan lepas
PERSEDIAAN AKADEMIK
 Persediaan Akhir
Seminggu sebelum peperiksaan
Baca kembali semula nota ringkas
Nota ringkas seharusnya ada kata-kata
kunci sahaja
Semak nota sekerap yang boleh
PERSEDIAAN AKADEMIK
 Malam Peperiksaan

Semak semula nota-nota ringkas


Kalau boleh tidur bersendirian dlm. bilik
Buka lampu sepanjang malam
Elak dari mengalami rasa takut
PERSEDIAAN MENTAL
 Malam Peperiksaan
Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam
terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan.
Anda boleh tidur lewat sekiranya anda sudah biasa
dengan keadaan itu. Tidur awal membolehkan anda
berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi
peperiksaan pada keesokannya harinya.

Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat


diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi
belajar yang bermula pada awal semester. Letakkan
(gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Aku Boleh
Berjaya’ atau ‘I Can Do It’.
PERSEDIAAN MENTAL
 Kurangkan meminum minuman teh dan kopi. Jangan
gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep
Pills’ yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa
hendak mengambil peperiksaan.

Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke


dewan peperiksaan seperti beberapa batang pensil,
pen, pemadam atau tip-ex, kad metrik atau kad
pengenalan dan sebagainya.
PAGI HARI PEPERIKSAAN
1. Pastikan anda makan sarapan yang mencukupi kerana anda
memerlukan tenaga mental dan fizikal sepanjang hari.

Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan


peperiksaan, anggarkan masa yang diperlukan,
supaya anda tidak lewat.

Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan


melihat keadaan seperti ini: Ada pelajar yang masih
sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang
dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada
baiknya anda menjauhkan diri daripada mereka supaya
anda tidak merasa panik. Misalnya, apabila berbual
mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar
sesuatu dan ini akan menakutkan anda. Kalau perlu
dan kalau ada masa, belek nota-nota supaya segala
yang dipelajari segar dalam ingatan ….
DI DEWAN PEPERIKSAAN
 Pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan.

 Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya jangan terburu-buru.

 Baca dengan teliti format dan arahan kertas peperiksaan.

 Pilih soalan yang terbaik untuk dijawab. Beberapa soalan yang


boleh dijawab dengan baik iaitu boleh memberikan banyak markah
perlu dipilih sebelum menjawab.

 Tuliskan isi-isi jawapan anda terlebih dahulu dalam sehelai kertas.


 Tulis dengan jelas dan cepat

 Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal.

 Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan


dipungut oleh para pengawas peperiksaan.
TEKANAN FIZIKAL DAN
PSIKOLOGIKAL
 Ia boleh diatasi dengan pencegahan
 Ia boleh disebabkan oleh kurang persediaan, ulangan atau
ualangkaji
 Jalankan kegiatan ulangan tiap-tiap hari dan minggu.
 Pelajar dinasihatkan supaya jangan gementar
 Bernafas panjang dan dalam
 Bersantai iaitu berehat
 Cuba ingatkan baik dengan mengingati fakta yang berkaitan
dengan fakta yang dilupai – cuba cari pertaliannya.
 Rujuk balik kepada nota (bukan semasa peperiksaan)
 Akibat kurang tidur, atau salah makan
 Jalankan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan.
KELETIHAN FIZIKAL DAN CARA
MENGATASINYA

 Jaga masa tidur.


 Rehatkan tangan, mata dan otot-otot
semasa menjawab soalan sekali sekala.
 Ambil angin sebentar
 Basuh muka dengan air sejuk
SERANGAN GEMENTAR DAN
CARA MENGATASINYA
 Persediaan lebih awal
 Kawalan mental melalui latihan
 Kawalan fizikal melalui latihan
 Bersantai – mental/fizikal
 Cuba berhentikan rasa gementar dengan
menggenggam tangan
 Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan
bernafas.
 Rehatkan fikiran
 Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif
 Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan
panik
MAKLUMAT TENTANG KERTAS
 Nombor kertas
 Tarikh
 Masa
 Sesi/Bahagian kertas
 Arahan spesifik
 Format
DOA DAN SEMBAHYANG SUNAT UNTUK
MENGHADAPI PEPERIKSAAN

 Sembahyang hajat
 Doa keluar rumah
 Doa naik kenderaan
 Doa apabila menemui sesuatu yang sukar
 Doa apabila hati menghadapi kesedihan
 Doa apabila terkena kesedihan hati
 Doa aneka macam kesusahan
TEKNIK MENJAWAB

 Panduan Umum
 Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu
 Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik
dahulu
 Tinggal dahulu soalan yang sukar
 Baca soalan dengan tenang dan jangan gopoh
 Rancang jawapan (lakar jawapan)
Ujian Objektif
 Baca dengan cepat semua soalan dahulu
 Jawab dengan cepat yang pasti betul jawapannya
 Balik kepada soalan-soalan yang belum berjawab.
 Baca beberapa kali
 Pilih dan buang jawapan yang tidak tepat/rapat
dengan soalan.
 Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan
BENAR, TIDAK BENAR, MELAINKAN, KECUALI
dan sebagainya
 Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk
jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang
tinggal adalah jawapannya
Ujian Objektif
 Pilih jawapan "semuanya di atas" apabila semua pilihan
jawapan betul.

 Baca jawapan untuk memahami soalan

 Padankan soalan dengan setiap jawapan cara berasingan. Ini


mungkin boleh menolong mendapatkan jawapan yang
baik/tepat walaupun ia tidak merupakan yang setepatnya. Ini
lebih baik daripada cuba mengagak saja.

 Gunakan maklumat/pengetahuan yang ada dalam soalan dan


jawapan yang lain

 Cuba teka adalah usaha terakhir

 Semak jawapan
Soalan Esei
BENTUK SOALAN PENERANGAN
Huraikan penerangan terperinci dan jelas
kemukakan kebaikan dan keburukan
Bincangkan
serta kesan-kesan
maksud yang jelas tentang sesuatu
Ertikan
istilah
Namakan tulis nama-nama tertentu atau label
Bandingkan faktor yang sama dan tidak sama
Bezakan faktor yang tidak sama
Jelaskan terangkan supaya mudah difahami
takrif tentang istilah/frasa dan
Definisikan bagaimana keistimewaan dapat
diaplikasikan
penilaian dan pendapat tentang
kebaikan sesuatu fakta atau teori dan
Kritik
bincangkan dengan bukti-bukti
sendiri
idea utama, pertalian dan anggapan
Analisiskan
serta kepentingan
Soalan Esei
 Mulai menjawab dengan tenang

 Jawab semua soalan yang ditetapkan.

 Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang


ditetapkan. Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau
pendek esei tersebut tetapi isi dan hujah yang bernas.

 Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan


mestilah seimbang.

 Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan


anda tidak menyimpang dari tajuk.

 Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak.


Pastikan nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan,
ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.

 Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.


Masa Depan Anda Di tangan Anda
Sendiri……..
 Persediaan yang rapi serta ketenangan
fikiran amat penting di dalam menghadapi
peperiksaan. Jadikanlah peperiksaan
sebagai kayu ukur di atas persediaan
yang anda buat selama ini dan bukanlah
sesuatu yang menyiksa dan
membebankan.
 Bertawakkalah kepada Allah, InsyaAllah
anda pasti berjaya.
Jangan lupa untuk dapatkan bimbingan kursus dan
tempat pengajian dari Kaunselor anda selepas
anda mendapat keputusan peperiksaan SPM .

Jangan kecewa sekiranya anda gagal. Anda masih


ada peluang untuk menyambung pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai