Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN PASIR

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

KERTAS KERJA
KEM SANDIOUS EXCELLENT 2019
(KURSUS KEPEMIMPINAN DAN MOTIVASI)

PENDAHULUAN

Membina insan berkepimpinan ialah suatu tugas berat yang harus dipikul bagi meneruskan
kesinambungan kepimpinan negara yang bakal bersilih ganti. Membentuk ciri-ciri pemimpin
dalam diri pelajar amatlah dituntut kerana usaha ini adalah cukup penting bagi menyediakan
pemimpin dan pelapis pemimpin yang mampu menerajui kepimpinan di peringkat sekolah
seterusnya di peringkat negara pada masa akan datang.

RASIONAL

Kursus Kepemimpinan Dan Motivasi 2019 ini merupakan satu usaha untuk memberi
pendedahan tentang tanggung jawab sebagai seorang pemimpin di peringkat sekolah. Justeru
itu, kursus ini dirancang untuk mengisi ruang ilmu kepimpinan dan motivasi kepada pelajar-
pelajar SK Bagan Pasir.

OBJEKTIF

1. Membina sikap dan gaya kepimpinan murid sebagai Pengawas, Pengawas Pusat
Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.
2. Mewujudkan kejelekitan yang authentic dalam menjalankan tanggung jawab sebagai
pemimpin.
3. Melaksanakan tugas dan peranan yang diamanahkan dengan penuh tanggung jawab.
4. Melahirkan barisan pemimpin yang berkeyakinan, berwawasan dan mempunyai
sahsiah yang terpuji.

TEMA

“Kepemimpinan Pelajar SKBP Merelisasikan Transformasi Pendidikan Negara”

TARIKH

12, 13 dan 14 April (Jumaat - Ahad)


TEMPAT / AKTIVITI / PESERTA

Mawaddah Resort Chalet and Training Village

FASILITATOR

Jurulatih Mawaddah Resort Chalet and Training Village

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Muhammad Shafiai b. Selamat (GB)


Naib Pengerusi 1 : En. Amenuddin b. Abdul Aziz (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Muhammad Azwand b. Mokhtar (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3 : En. Abdul Rashid b. Mat Nor (PK Kokurikulum)
Penyelaras : En. Mohamad Azizi b. Yusof ( Penyelaras SKK)
Setiausaha : Tn. Hj. Ariffin b. Musnman (Penyelaras Kebitaraan Bahasa Melayu)
Bendahari : Pn. Nor Kholilah bt. Halimi

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

1. En. Ezani b. Isa


2. Tn. Hj. Ariffin b. Musnman
3. Pn. Nor Hayati bt. Kamaruddin
4. Pn. Zuriyati bt. Mohamad Sanmokye
5. Pn. Norazlina bt. Ahmad Foaad
ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan : Peruntukan Khas Sekolah Kluster Kecemerlangan = RM5664.00


Perbelanjaan :

BIL. PERKARA JUMLAH


1. Bayaran Penceramah RM480.00 x 2 orang penceramah = RM960.00
Penceramah 1
RM120.00 x 4 jam = RM480.00
Penceramah 2
RM120.00 x 4 jam = RM480.00
2. Wang Saku Murid RM16.00 x 40 orang x 3 hari = RM1920.00
3. Wang Saku Guru RM16.00 x 8 orang x 3 hari = RM384.00
4. Sewa Bas RM2000.00 x sebuah bas = RM2000.00
5. Cetakan Modul RM5.00 x 2 set x 40 orang = RM400.00
Jumlah RM5664.00

Pendapatan : Peruntukan Bimbingan dan Kaunseling = RM 800.00


Perbelanjaan :

BIL. PERKARA JUMLAH


1. Yuran penyertaan aktiviti Jati Diri / RM20.00 x 40 orang = RM800.00
Team Building / River Tracking
Jumlah RM800.00

TENTATIF PROGRAM

12 April 2019 (Jumaat)


MASA AKTIVITI / PERKARA
2.00 ptg Berkumpul di SK Bagan Pasir
2.30 ptg Bertolak ke Kem Mawaddah, Batu Kurau, Taiping
5.30 ptg – 6.00 ptg Tiba di Kem Mawaddah. Daftar masuk ke tempat
penginapan.
6.00 ptg – 6.30 ptg Mandi
6.30 ptg – 7.00 mlm Makan malam
7.00 mlm – 9.00 mlm Solat Maghrib / kuliah / Solat Isyak : Cikgu Ariffin
9.00 mlm – 10.30 mlm Ceramah Motivasi : Cikgu Amenuddin
10.30 mlm – 11.00 mlm Minum malam
11.00 mlm Tidur
13 April 2019 (Sabtu)
MASA AKTIVITI / PERKARA
6.00 pg – 7.00 pg Persiapan diri dan Solat Subuh : Cikgu Ariffin
7.00 pg – 8.00 pg Senaman pagi : Cikgu Tengku Nazrinisham
8.00 pg – 8.30 pg Sarapan pagi
8.30 pg – 10.00 pg Aktiviti Outdoor Sesi 1 (River Tracking) : Semua
Guru
10.30 pg – 11.00 pg Minum pagi
11.00 pg– 12.30 t/hari Aktiviti Outdoor Sesi 2 (Jelajah Gua) : Semua Guru
12.30 t/hari – 1.00 t/hari Makan tengah hari
1.00 t/hari – 2.30 ptg Solat & Rehat : Cikgu Ariffin
2.30 ptg – 4.00 ptg Ceramah Kepimpinan :
Cikgu Mohamad Azizi & Cikgu Fadzlil Alia
4.00 ptg – 4.30 ptg Minum petang
4.30 ptg – 6.00 ptg Team building : Cikgu Tengku Nazrinisham
6.00 ptg – 6.30 ptg Makan malam
6.30 ptg – 7.00 mlm Mandi
7.00 mlm – 9.00 mlm Solat Maghrib / kuliah / Solat Isyak : Cikgu Ariffin
9.00 mlm – 10.30 mlm Bengkel Seni Berbahasa :
Cikgu Norhayati & Ustazah Faradila
10.30 mlm – 11.00 mlm Minum malam
11.00 mlm Tidur

14 April 2019 (Ahad)


MASA AKTIVITI / PERKARA
6.00 pg – 7.00 pg Persiapan diri dan Solat Subuh : Cikgu Ariffin
7.00 pg – 8.00 pg Senaman pagi : Cikgu Tengku Nazrinisham
8.00 pg – 8.30 pg Sarapan pagi
8.30 pg – 10.30 pg Bengkel Seni Berbahasa :
Cikgu Norazlina & Cikgu Zuriyati
10.30 pg – 11.00 pg Minum pagi
11.00 pg– 12.00 t/hari Majlis Penutup : Semua Guru
12.00 t/hari – 1.00 t/hari Makan tengah hari
1.00 t/hari – 2.30 ptg Solat & persiapan untuk daftar keluar : Cikgu Ariffin
2.30 ptg Bertolak pulang ke SK Bagan Pasir
5.30 ptg Dijangka tiba di SK Bagan Pasir

PENUTUP

Pihak sekolah berharap agar modul kursus yang diberi akan berjaya membina pemimpin yang
berketrampilan di peringkat sekolah.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

______________________________ _____________________________________
(ARIFFIN BIN MUSNMAN) (MOHAMAD AZIZI BIN YUSOF)
Penyelaras Kebitaraan Bahasa Melayu Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan

Disahkan oleh :

_____________________________________
(MUHAMMAD SHAFIAI BIN SELAMAT)
Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai