Anda di halaman 1dari 7

¸§½º÷ தமிழ்ப்பள்ளி

TARIKH : 19.09.2022– 22.09.2022

TEMPAT : SJK (T) GANESAR

Anjuran:
Panitia Bahasa Melayu bersama Pusat Sumber
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ganesar
KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU 2022

1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,
Bahasa Malaysia ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Pendidikan
Bahasa Malaysia berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi
dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air
yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Untuk merealisasikan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis, selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah untuk
melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi
keperluan diri dalam urusan harian dan pendidikan. Oleh yang demikian, Panitia Bahasa Melayu
bersama Pusat Sumber Sekolah SJK(T) Ganesar menganjurkan Minggu Bahasa Melayu 2022.

2.0 RASIONAL
Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan memantapkan Bahasa Melayu. Lantaran itu, pelbagai aktiviti
mampu dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih
mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan cinta akan bahasa.

3.0 TEMA
“ Sayangilah Bahasa Kita “

4.0 MATLAMAT PROGRAM


Minggu Bahasa Malaysia membimbing dan mempertingkat pengetahuan tentang aspek budaya
sesuatu bahasa terutamanya dari segi kesantunan dan kepersisan bahasa.
5.0 OBJEKTIF PROGRAM

5.1 Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek.


5.2 Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan Bahasa Melayu
5.3 Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai Bahasa Melayu

6.0 CADANGAN TARIKH DAN MASA PROGRAM

Tarikh: 19 September 2022 sehingga 22 September 2022

7.0 TEMPAT
SJK(T) Ganesar

8.0 PERASMIAN PEMBUKAAN

Pn. C. Malliga, Guru Besar SJK(T) Ganesar

9.0 KUMPULAN SASARAN


Dari Prasekolah hingga tahun 6 SJK(T) Ganesar

10.0 KATEGORI PERANDINGAN

1. Peertandingan Silang Kata - Prasekolah


2. Peertandingan Tulisan - Tahun 1 hingga 3
3. Pertandngan Kuiz –Tahun 4 hingga 6
4. Pertandingan Cerita- Tahun 1 hingga 3
5. Pertandigan Syarahan - Tahun 4-6

11.0 SUMBER

Tenaga guru Semua Guru

Kewangan – Peruntukkan Panitia Bahasa Melayu = RM 310.00


12.0 JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : PN. C. MALLIGA (GURU BESAR)


PENGERUSI : EN. S. JUSTIN JEEVAPRAKASH (PK PENTADBIRAN)
TIM. PENGERUSI I : EN. A. MURUGAN (PK HEM)
II EN. R. JEEVAN (PK KK)
SETIAUSAHA : CIK. A. UMA DEVI (KETUA PANITIA BAHASA MELAYU)
P. SETIAUSAHA I : PN.K. SAROJA DEVI
BENDAHARI : EN. M. SARAVANAN

AJK
Semua Guru

13.0 JAWATANKUASA KERJA

Hadiah dan Sijil Buku Program


En. M. Saravanan (K) Cik. A. Uma Devi (K)
Cik. M. Annapoorni

Pengacara Majlis Siaraya


Pn. K. Saroja Devi (K) En.M. Saravanan (K)
Pn. G. Om Sri Jeyanti

Jurugambar Dokumentasi
Pn. M. Thayaalini Cik. A. Uma Devi (K)
Pn. B. Meenambikha

Perasmian (Gimik) Pertandingan Silang Kata


Pn. K. Krishnaveny (K) Pn. M. Thayaalini (K)
Cik. G. Bavithrah Pn. Ayu

Pertandingan Cerita Pertandingan Syarahan


En. M. Saravanan (K) Pn. K. Saroja Devi (K)
Cik. A. Vetanayagi Cik. M. Annapoorni
En. S. Justin Jeevaprakash (Hakim Tahun 1) En. S. Justin Jeevaprakash (Hakim Tahun 4)
En. A. Murugan (Hakim Tahun 2) En. A. Murugan (Hakim Tahun 5)
En. R. Jeevan (Hakim Tahun 3) En. R. Jeevan (Hakim Tahun 6)
Pertandingan Kuiz Pertandingan Tulisan
Cik. A. Uma Devi (K) (Tahun 4) Pn. K. Krishnaveny (K) (Tahun 1)
Cik. G. Bavithrah (Tahun 5) Cik. A. Vetanayagi (Tahun 2)
Pn. B. Meenambikha (Tahun 6) Pn. G. Om Sri Jeyanti (Tahun 3)
Cik. K. Radha Pn. C. Malliga (Hakim)

14.0 ATURCARA PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU

Aktiviti Sempena Minggu Bahasa

Tarikh/Hari Masa Aktiviti

19.09.2022 7.45 pagi Bacaan Doa


Isnin Nyanyian Lagu Negaraku
Ucapan Setiausaha Program
8.00 pagi Ucapan Guru Besar
Gimik Pelancaran Minggu Bahasa Melayu
8.15 pagi Majlis Bersurai

12.15-1.15 t/hari Pertandingan Silang Teka (Prasekolah)

20.09.2022 12.15-1.15 t/hari Pertandingan Tulisan (Tahap 1)


Selasa
21.09.2022 12.15-1.15 t/hari Pertandingan Cerita (Tahap 1)
Rabu 2.00-4.00 petang Pertandingan Syarahan (Tahap 2)

22.09.2022 12.15-1.15 t/hari Pertandingan Kuiz (Tahap 2)


Khamis
15.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Aktiviti Hadiah Jumlah

Pertandingan Silang Kata RM6 X 1 = RM6


(Prasekolah) RM5 X 1 = RM5
1. RM4 X 1 = RM4 RM 20.00
RM3 X 1 = RM3
RM2 X 1 = RM2
Pertandingan Tulisan RM6 X 3 = RM18
(Tahap 1) RM5 X 3 = RM15
2. RM4 X 3 = RM12 RM 60.00
RM3 X 3 = RM9
RM2 X 3 = RM6
Pertandingan Kuiz RM6 X 3 = RM18
(Tahap 2) RM5 X 3 = RM15
3. RM4 X 3 = RM12 RM 60.00
RM3 X 3 = RM9
RM2 X 3 = RM6
Pertandingan Cerita RM6 X 3 = RM18
(Tahap 1) RM5 X 3 = RM15
4. RM4 X 3 = RM12 RM 60.00
RM3 X 3 = RM9
RM2 X 3 = RM6
Pertandingan Syarahan RM6 X 3 = RM18
(Tahap 2) RM5 X 3 = RM15
RM 60.00
5. RM4 X 3 = RM12
RM3 X 3 = RM9
RM2 X 3 = RM6
6. Gimik Pelancaran RM50.00 RM50.00

JUMLAH 310.00
15.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga
semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………... ……………………
(CIK. A. UMA DEVI)
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
SJKT GANESAR

Anda mungkin juga menyukai