Anda di halaman 1dari 8

`

SEKOLAH KEBANGSAAN MAMBANG,


26650 PEKAN

TARIKH : 19 OGOS 2022 – 15 SEPTEMBER 2022

MASA : 7.30 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI

TEMPAT : KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN


SK MAMBANG
PENGENALAN

Hari kemerdekaan merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati
oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Sambutan di peringkat sekolah juga amat penting
bagi mendidik generasi muda bagi memperingati detik bersejarah negara ini bebas dari
cengkaman penjajah. Justeru, pihak Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) SK Mambang
mengambil inisiatif untuk menganjurkan pelbagai aktiviti untuk murid-murid Pendidikan Khas
sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 bertemakan “ Keluarga Malaysia teguh
bersama”

RASIONAL

Program ini merupakan satu aktiviti bersifat patriotik yang dapat meningkatkan
semangat cintakan negara dan sekolah, serta menambah pengetahuan sedia ada murid
terhadap sejarah negara dan warisannya yang perlu dipelihara dan dihargai melalui pelaksanaan
aktiviti yang memerlukan murid mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir, mensintesis dan
merumus maklumat serta fakta sejarah kemerdekaan negara.

MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan ini adalah


bagi memupuk semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga
diharap dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan murid dan juga guru-guru. Malah, program
ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep rentetan sejarah
kemerdekaan negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan.
Selain itu, pertandingan dianjurkan di peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat
terpendam murid-murid KPKP SK Mambang secara menyeluruh.
OBJEKTIF

a) Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa murid.


b) Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
c) Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di
semua peringkat.
d) Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka semasa
menjalankan kempen ini.

KUMPULAN SASARAN

a) Semua murid Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) SK Mambang.


b) Guru-guru Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) SK Mambang.
c) Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) SK
Mambang.

TARIKH PELAKSANAAN

Bermula dari tarikh pelancaran Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan, 19 Ogos 2022
hingga Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan, 15 September 2022.
SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Sejarah RM 531.00
2. Teras (Subsiadari) RM 300.00
Jumlah RM 831.00

Kos Perbelanjaan

Bil. Perkara Kuantiti Jumlah


1 Bendera @RM 20.00 3 Set RM 60.00
2 Bendera@RM 1.00 21 set RM 21.00
3 Hamper @ RM 60.00 1 Pcs RM 60.00
4 Hamper@ RM 50.00 1 Pcs RM 50.00
5 Hamper @ RM 40.00 1 Pcs RM 40.00
6 Hamper @ RM 25.00 5 Pcs RM 125.00
7 Hamper @ RM 20.00 5 Pcs RM 100.00
8 Hamper @ RM 15.00 5 Pcs RM 75.00
9 Hamper @ RM 10.00 30 Pcs RM 300.00
Jumlah RM831.00
ANGGARAN PERBELANJAAN UNTUK PEMBELIAN ALATAN
Bil Perkara Kuantiti Harga(unit) Jumlah
1. Bendera Hiasan Kelas 3 kelas RM 20.00 RM 60.00
2. Bendera tangan 21 set RM 1.00 RM 21.00
2. Hadiah:-
1. Pertandingan Hias pintu Kelas
a) Tempat Pertama 1 RM 60.00 RM 60.00
b) Tempat Kedua 1 RM 50.00 RM 50.00
c) Tempat Ketiga 1 RM 40.00 RM 40.00

2. Pertandingan Fesyen Merdeka


a) Tempat Pertama 1 RM 25.00 RM 25.00
b) Tempat Kedua 1 RM 20.00 RM 20.00
c) Tempat Ketiga 1 RM 15.00 RM 15.00
d) Saguhati 6 RM 10.00 RM 60.00

3. Pertandingan Nyanyian Lagu


Merdeka 1 RM 25.00 RM 25.00
a) Tempat Pertama 1 RM 20.00 RM 20.00
b) Tempat Kedua 1 RM 15.00 RM 15.00
c) Tempat Ketiga 6 RM 10.00 RM 60.00
d) Saguhati

4. Pertandingan Mewarna RM 25.00 RM 25.00


a) Tempat Pertama 1 RM 20.00 RM 20.00
b) Tempat Kedua 1 RM 15.00 RM 15.00
c) Tempat Ketiga 1 RM 10.00 RM 60.00
d) Saguhati 6

5. Pertandingan Kolaj Bendera RM 25.00 RM 25.00


Malaysia 1 RM 20.00 RM 20.00
a) Tempat Pertama 1 RM 15.00 RM 15.00
b) Tempat Kedua 1 RM 10.00 RM 60.00
c) Tempat Ketiga 6
d) Saguhati

6. Pertandingan Rekacipta 1
Bendera Malaysia 1 RM 25.00 RM 25.00
a) Tempat Pertama 1 RM 20.00 RM 20.00
b) Tempat Kedua 6 RM 15.00 RM 15.00
c) Tempat Ketiga RM 10.00 RM 60.00
d) Saguhati

JUMLAH RM 831.00
CADANGAN DAN JADUAL PERLAKSANAAN

Bil. Aktiviti Cadangan tarikh


1 Pertandingan Hias Kelas Sepanjang Sambutan Bulan
-bertemakan Jalur Gemilang Kemerdekaan
2 Tayangan Perdana Kemerdekaan 19 Ogos 2022
3 Pertandingan Fesyen Merdeka 24 Ogos 2022
4 Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka 24 Ogos 2022
5 Pertandingan Mewarna dan 4 September 2022
Mencari Gambar Tersembunyi
6 Pertandingan Kolaj Bendera Malaysia 5 September 2022
7 Pertandingan Rekacipta Bendera 7 September 2022

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Rosman Bin Ab Rasid


Guru Besar SK Mambang

Pengerusi : Puan Iznawati Binti Ahmad


Penyelaras KPKP SK Mambang

Setiausaha : En. Mohd Izzudin Bin Zainur

Bendahari : Pn. Siti Huzaipah Binti Mohd Nor

Persiapan Tempat : Pembantu Pengurusan Murid

Keselamatan : Semua guru dan PPM

Kebersihan / Kawalan Murid : Semua guru dan PPM

Hadiah / Cenderahati : Cik Noor Rashidah Binti Ahmad Jaffri

Penyelaras Aktiviti : Cik Noor Rashidah Binti Ahmad Jaffri


PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan KPKP SK Mambang ini memerlukan kerjasama


dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh
dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif. Program ini diharapkan dapat
mempertingkatkan lagi semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. ………………………….

(MOHD. IZZUDIN BIN ZAINUR) (IZNAWATI BINTI AHMAD)


Setiausaha PPKI Guru Penyelaras PPKI,
SK Mambang SK Mambang

Tarikh : Tarikh :

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH


Meluluskan Kertas Cadangan Program Hari Kemerdekaan PPKI 2022

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Hari Kemerdekaan PPKI 2022

Ulasan :

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

____________________
(ROSMAN BIN AB RASID)
Guru Besar
SK Mambang
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai