Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI JEMPOL

BANDAR SERI JEMPOL


NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

MINGGU ANTI DADAH 2022

ANJURAN:

JK PENCEGAHAN PENDIDIKAN ANTI DADAH & KELAB


PENCEGAHAN JENAYAH
SMK SERI JEMPOL

TARIKH:

10 MEI – 13 MEI 2022

DENGAN KERJASAMA:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT DISIPLIN
PANITIA BAHASA MELAYU
PANITIA BAHASA INGGERIS

1
KERTAS KERJA
SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH

1.0 PENGENALAN
Penagihan dadah pada masa ini bukan sahaja melibatkan para remaja tetapi juga
meliputi mereka yang berada di pelbagai lapisan masyarakat. Memandangkan kepada senario
ini, kerajaan telah mengisytiharkan masalah dadah sebagai ancaman kepada keselamatan
negara. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk
membanteras ancaman dadah ini daripada menular dikalangan murid-murid sekolah
menengah.

2.0 RASIONAL
a) Dadah adalah ancaman kepada negara.
b) Merealisasikan gagasan “Sekolah Bebas Dari Dadah “ yang berteraskan
konsep “Zero Defect”.
c) Menyedari bahawa mencegah dadah adalah tanggungjawab dan amanat
serta merupakan satu ibadah yang perlu dipikul dan dilaksanakan oleh
setiap warganegara Malaysia.

3.0 OBJEKTIF
a) Menyebarkan maklumat bahaya dadah bagi mencegah mereka
khususnya murid-murid daripada terlibat dengan gejala ini.
b) Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran murid, guru dan
warga sekolah dalam usaha memerangi dadah.
c) Menanamkan perasaan jijik dan jelik dikalangan warga sekolah terhadap
dadah.

4.0 TARIKH / TEMPAT


10 Mei – 13 Mei 2022
Dataran Perhimpunan / Dewan Terbuka

5.0 KUMPULAN SASARAN


 Semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
 Murid-murid Pendidikan Khas
 Semua guru SMK Seri Jempol

2
6.0 AKTIVITI SEPANJANG MINGGU ANTIDADAH

- Ceramah dan pameran bersama AADK Daerah Jempol (11 Mei 2022)
- Aktiviti Menjejak Maklumat (11 Mei 2022)
- Pertandingan melukis Poster bertemakan “No Drugs” (10-13 Mei 2022)
- Pertandingan Mendaklamasi Sajak (11 Mei 2022)

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN


SUMBER KEWANGAN
PIBG RM378.00

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA SASARAN KUANTITI JUMLAH

1. Hadiah Pertandingan
i) Melukis poster Tingkatan 1 Tempat pertama :
hingga 3 x RM 30.00 RM 90.00
Tingkatan 5 Tempat Kedua :
Murid PPKI 3 x RM 25.00 RM 75.00
Tempat Ketiga :
3 x RM 20.00 RM 60.00
Tempat Keempat
3 x RM15.00 RM 45.00
Tempat Kelima
2 x RM15.00 RM 30.00
ii) Mendeklamasi Sajak Tingkatan 1 Tempat pertama :
hingga 3 x RM 5.00 RM 15.00
Tingkatan 5 Tempat Kedua :
Murid PPKI 3 x RM 4.00 RM 12.00
Tempat Ketiga :
3 x RM 3.00 RM 9.00
Tempat Keempat
3 x RM 2.00 RM 6.00
Tempat Kelima
3 x RM 2.00 RM 6.00

iii) Cenderamata RM30.00 RM 30.00


Pengetua
JUMLAH BESAR RM 378.00

3
8.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi: Puan Zainon binti Idris


Naib Pengerusi: Tuan Haji Mohamad Azmi bin Abu Zarin
Penyelaras: Puan Norafiza binti Mohd Nor
Setiausaha: Puan Wan Syeida binti W Mat Alli
AJK: Puan Nanthini Kumari a/p Muthumaran
Puan Noraziah a/k Ekal

JAWATANKUASA KERJA

Surat-menyurat / Laporan o Menguruskan urusan surat-


1. Puan Wan Syeida binti W Mat Alli menyurat.
o Menyediakan laporan setelah
selesai program.
o Menyediakan dan menganalisa
borang pra dan post penilaian program

Ceramah dan Pameran o Soalan-soalan kuiz dibahagikan mengikut


1. Puan Norafiza Tahap 1 dan 2.
o Menyerahkan nama pemenang kepada AJK
Hadiah dan AJK Laporan.

Deklamasi Sajak o Menyediakan borang penyertaan


1. Pn Masrizayu o Menghakimi pertandingan
2. Puan Omerryza o Menyerahkan nama pemenang kepada AJK
3. Guru PPKI Hadiah dan AJK Laporan

Poster Drawing o Menyediakan gambar yang bersesuaian


1. Puan Wan Syeida mengikut tema / tajuk.
2. Puan Faizah o Menyediakan material kepada murid-murid
3. Puan Nanthini o Menyediakan syarat-syarat pertandingan di
4. Cik Humairah setiap kelas.
5. Guru PPKI o Menyerahkan nama pemenang kepada AJK
Hadiah dan AJK Laporan.

4
Sijil, Hadiah dan Cenderamata o Menyediakan hadiah saguhati kepada
1. Puan Mayang penceramah dan pengetua.
2. Puan Normi o Menyediakan sijil dan hadiah kepada
3. Puan Syuhada semua pemenang pertandingan.

PENUTUP

Diharapkan agar program ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.
Kami juga mengharapkan agar program ini mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini akan berjaya sekiranya semua
pihak yang terlibat bekerjasama dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjalankan
tugas.

Disediakan oleh Disemak oleh,

.........…………………………………. .....................................................
(PN WAN SYEIDA BINTI W MAT ALLI) (TN HAJI AZMI)
Guru PPDa PK Hal Ehwal Murid
SMK SERI JEMPOL SMK SERI JEMPOL

Disahkan oleh:

...............................................................
(PUAN ZAINON BINTI IDRIS)
Pengetua
SMK SERI JEMPOL

Anda mungkin juga menyukai