Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG

KM 25.6 JALAN IPOH,48000 RAWANG, SELANGOR.

KERTAS CADANGAN
BULAN AKADEMIK BAHASA MELAYU TAHUN 2021

1.0 . PENDAHULUAN
Pendidikan Bahasa Melayu di sekolah berhasrat untuk membina rasa bangga terhadap bahasa
yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada
semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Selaras
dengan hasrat kementerian untuk meletakkan Bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya, pelbagai
program perlu diatur oleh pihak sekolah untuk mencapai visi tersebut. Tujuan utama memartabatkan
Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat
perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk
mencapai hasrat 1Malaysia. Panitia Bahasa Melayu SMK Rawang telah merancang untuk
menjayakan Bulan Bahasa Melayu dengan pelbagai pengisian yang akan memartabatkan Bahasa
Melayu sebagai bahasa utama di negara kita .

2.0 . MATLAMAT

Bulan Bahasa Melayu ini dirancang bagi mencapai matlamat membimbing dan
mempertingkat pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu agar dapat melahirkan generasi yang
mampu menuturkan bahasa kebangsaan dengan tepat, santun dan menyanjung tinggi martabat bahasa
ibunda selaras dengan hasrat murni kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu.

3 0. OBJEKTIF
3.1 Pelajar-pelajar dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu terutama dalam pertuturan
seharian
3.2 Pelajar-pelajar dapat memupuk semangat cinta akan bahasa kebangsaan
3.3 Pelajar-pelajar dapat menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam pertuturan dan
penulisan
3.4 Pelajar-pelajar dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat antara satu sama lain dan juga
dengan para guru melalui aktiviti yang dirancangkan
3.5 Dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik

4.0 . AKTIVITI

BI AKTIVITI P T1 T2 T3 T4 T5
L
1 Teka Silang Kata /
2 Komik / / /
3 Kuiz / / / / / /
4 Deklamasi Sajak / /
5 Kit Bahan Bantu Mengajar / /
6 Tik Tok Peribahasa / / / / /
7 Pengacara Muda /Pembaca berita / / /

5.0 . SASARAN
Semua pelajar sesi pagi dan petang

6.0 . TARIKH
APRIL-JUN 2021

7.0 . MASA
Sesi persekolahan pagi dan petang

8.0 . TEMPAT
Rumah

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Norzalina binti Abdul Kadir


Timbalan Pengerusi : Puan Suhaidan Binti Shamsuddin
Naib Pengerusi : Puan Meriam binti Awang Sulaiman
Puan Salinah binti Abdul Rahim
Puan Marhaini binti Dasiron
Puan Roshida binti Abu Hamid
Penyelaras : Puan Norliza binti Brahim

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Suraini binti Hassan


Setiausaha : Puan Wan Safiah Noor binti Ahmad
Penyelaras Aktiviti : En. Solihin bin Hamid
En. Ammar Asma’i bin Hamid
En. Faizal bin Zakaria
Puan Zaimah binti Adam
Dokumentasi : Puan Muhaizan binti Mohamad
Puan Rusilawati binti Ismail

10.0 AKTIVITI BULAN BAHASA 2021

BI AKTIVITI SASARAN PENGURUS


L Pagi Petang
1 Teka Silang Kata Peralihan - En. Solihin
2 Komik Ting P,1 & 2 - Pn. Rusilawati
Pn. Umi Sarah
3 Kuiz Ting Peralihan ,1,2,3, 4 & 5 En. Arif Pn. Anisa
4 Deklamasi Sajak Ting 3 & 5 Pn. Siti Suhaila -
5 Kit Bahan Bantu Tingkatan 3 & 4 Pn. Muhaizan -
Mengajar Pn. Suzana
6 Tik Tok Tingkatan 1,2,3,4 & 5 Pn. Zaimah Pn. Haslina Rifhan
Peribahasa En. Faizal
7 Pengacara Muda/ Tingkatan 3,4 & 5 Pn. Suraini
Pembaca berita En. Ammar Asma’i

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL AKTIVITI/ CATATAN PEMENANG JUMLAH


BAHAN
1 Teka Silang 10 hadiah Tempat pertama 1 xRM6.00 RM36.00
Kata Tempat kedua 1 xRM5.00
Tempat ketiga 1x RM4.00
Tempat ke4-ke10 7xRM 3.00
2 Komik 9 hadiah Tempat 3x RM8.00 RM57.00
( 3 pemenang setiap Tempat kedua 3x RM6.00
tingkatan) Tempat ketiga 3x RM5.00
3 Kuiz 5 hadiah setiap tingkatan Tempat pertama 6 xRM4.00 RM78.00
Tempat kedua 6 xRM3.00
Tempat ke3-ke5 18xRM2.00
4 Deklamasi 6 hadiah Tempat pertama 2 xRM 7.00 RM36.00
Sajak Tempat kedua 2 xRM 6.00
Tempat ketiga 2 xRM 5.00
5 Kit BBM 6 hadiah Tempat pertama 2 xRM 10.00 RM54.00
Tempat kedua 2 xRM 9.00
Tempat ketiga 2 xRM 8.00
6 Tik Tok 15 hadiah Tempat pertama 5 xRM7.00 RM90.00
peribahasa Tempat kedua 5x RM6.00
Tempat ketiga 5xRM5.00
7 Pengacara 9 hadiah Tempat pertama 3xRM7.00 RM54.00
Muda Tempat kedua 3xRM6.00
Tempat ketiga 3xRM5.00
8 Sijil 70 keping Sekeping 70xRM1.00 RM70.00

JUMLAH RM475 .00

12.0 . SUMBER KEWANGAN


PCG Panitia Bahasa Melayu : RM 475.00

13.0 . PENUTUP
Pengisian yang dirancang pada Bulan Bahasa Melayu ini diharapkan dapat memupuk
semangat cinta akan Bahasa Melayu seterusnya melahirkan golongan pelajar yang dapat
memiliki nilai-nilai murni seperti berketerampilan, bekerjasama seterusnya dapat
memartabatkan Bahasa Melayu sesuai dengan peranannya sebagai bahasa kebangsaan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

PN.SURAINI BINTI HASSAN PN. NORLIZA BINTI BRAHIM


Ketua Panitia Bahasa Melayu Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa
SMK Rawang SMK Rawang

Diluluskan oleh,

PN.NORZALINA BINTI ABDUL KADIR


Pengetua
SMK Rawang

Anda mungkin juga menyukai