Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SELAMAT

LORONG SELAMAT, 32000 SITIAWAN, PERAK

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KARAOKE
RAYA

ANJURAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SELAMAT

TARIKH: 1 JUN 2018

HARI : JUMAAT
1.PENDAHULUAN

Pertandingan karaoke raya 2018 ini akan dianjurkan oleh Program PPKI SK Seri Selamat. Ianya
diadakan sebagai salah satu pengisian untuk murid-murid pendidikan khas menjelang hari raya
yang bakal tiba tidak lama lagi. Ianya juga bertujuan untuk memperkenalkan budaya dan tradisi
orang melayu kepada murid yang berlainan kaum supaya dapat memupuk sikap harmoni antara
kaum

2. OBJEKTIF

1. Meningkatkan keyakinan diri murid khas.


2. Memberi pendedahan kepada murid pendidikan khas untuk membuat persembahan secara
individudi hadapan orang ramai.
3. Memberi pengalaman sosial, emosi dan tingkahlaku kepada murid pendidikan khas
4. Dapat belajar sambil berhibur serta dapat memperluaskan pengetahuan luar kepada murid.
5. Menambah semangat kekitaan dan kerjasama demi faedah diri, sekolah dan masyarakat.

3. AHLI JAWATANKUASA SEKOLAH


Penasihat : Puan Rahimah Banun Binti Mohd Saaid
Pengerusi : Pn. Nor Fadhilah Binti Ahmad
Setiausaha : En. Ahmad Ruzainy bin Roslan
Bendahari : Pn. Ling Siew Lee
AJK Pengelola : Pn. Nurul Ikhwani Binti Mohd Zim
: En. Mohd Rozlan Bin Roza
Penbantu Pengurusan Murid : Pn. Normaziah Binti Abdul Rani
: Pn. Nor Azimah Binti Mahmudin
: Pn. Nor Afzan Binti Mazlan

4. ANGGARAN PERBELANJAAN LAWATAN.


a) Pendapatan :
Sumbangan guru ( 5 x RM 4 ) - RM 20.00
JUMLAH BESAR - RM 20.00
b) Perbelanjaan :
Hadiah untuk 5 orang pemenang
- tempat pertama - RM5.00
- tempat kedua - RM4.00
- tempat ketiga - RM3.00
- tempat keempat - RM2.00
- tempat kelima - RM1.00
JUMLAH BESAR - RM 20.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN : RM 20.00

6. SUMBER KEWANGAN

- Sumbangan guru

7. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada semua murid pendidikan khas SK Seri Selamat

2. Pertandingan terdiri daripada kategori solo sahaja.

3. Tema nyanyian adalah lagu raya tidak kira lama atau baru.

4. Lagu yang dipilih dalam Bahasa Melayu sahaja.

8. ATURCARA PERTANDINGAN

9.30 pagi : Peserta berkumpul.

9.35 pagi : - Ketibaan para juri


- Pertandingan bermula
- Ulasan Ketua Juri
- Penyampaian hadiah kepada pemenang

11.00 pagi : Bersurai


9. TARIKH , MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 1 Jun 2018 ( Jumaat )

Masa : 9.30 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : Kelas PPKI SK Seri Selamat

12. PENUTUP

Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan
dan pengalaman kepada murid bekeperluan khas serta semua yang terlibat. Pertandingan ini juga
diharapkan dapat menjadi motivasi dan pendorong kepada murid pendidikan khas untuk belajar
dengan lebih tekun lagi.

Sekian, terima kasih.

“ KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA “

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………………. …………………………………………….

( AHMAD RUZAINY BIN ROSLAN ) ( )

Guru Pendidikan Khas


Sekolah Kebangsaan Seri Selamat.

Disahkan oleh :

……………………………………………………

( )

Anda mungkin juga menyukai