Anda di halaman 1dari 6

No. Ruj.

_________

KERTAS CADANGAN

SAMBUTAN HARI
KANAK-KANAK SK
PANTAI BESAR
2023
YBrs. Puan Azizan Maznah binti Yeob,

1.0 TAJUK PROGRAM

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK PANTAI BESAR TAHUN 2023

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan
meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai satu hari bagi persaudaraan dunia
dan persefahaman di kalangan kanak-kanak. Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang
menyambutnya. Sebagai membuktikan keperihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan
kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia pada
setiap tahun. SK Pantai Besar juga tidak terkecuali untuk meraikan murid-murid kami sebagai
bukti keprihatinan pihak sekolah terhadap murid dan masyarakat amnya, kanak-kanak
khususnya.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Bersama meraikan kanak-kanak bersempena dengan sambutan Hari Kanak-


kanak Sedunia.
3.2 Meraikan dan menggembirakan hati kanak-kanak.
3.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa
depan kanak-kanak.
3.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif,
bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
3.5 Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
3.6 Melahirkan generasi yang memiliki keperibadian cemerlang serta berwibawa.

4.0 KUMPULAN SASAR

Semua murid Aliran Perdana dan Prasekolah (133 + 25 = 158 orang murid ).
5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH : 24 NOVEMBER 2023


HARI : JUMAAT
MASA : 7.40-11.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKPB

5.1 Tentatif Sambutan Hari Kanak-kanak SKPB 2023

7.30 pagi - Mencatat kehadiran murid


7.40 pagi - Bacaan Yaasin
8.00 pagi - Bacaan doa
- Ucapan Guru Besar
- Persembahan murid
 Pra – Tahun 6
- Pertandingan ‘Teisar Got Talent’ (terbuka)
- Penyampaian Hadiah Pertandingan
- Sambutan Hari Lahir Murid (potong kek)
10.30 pagi - Jamuan murid / Bersurai
6.0 JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : Pn. Azizan Maznah binti Yeob (Guru Besar)


Pengerusi : Pn. Siti Azwa binti Syed Shaharuddin (PK HEM)
Naib Pengerusi : Pn. Farah Hanim binti Sulaiman (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Pn Norzihan binti Md Ab Patah (PK KoKurikulum)
Penyelaras : Pn. Nor Nabila binti Mazlin
Bendahari : Pn. Hafazah binti Hamdan

Juruacara Majlis Jurugambar


Pn Razina binti Md Zaki (K) En Muhammad Abdul Muiz bin Abd
En Nasaruddin bin Awang Isa Rahman (K)
En Jazlan bin Jamaluddin
Persiapan Tempat / Pentas
En. Zaili bin Husin (K) Hadiah
En Ishak bin Ahmad Pn Norhayati binti Mohamad (K)
Pn Julia binti Jaafar Pn Zahanim binti Abu Hassan
Pekerja Cik Rozi binti Abu Karim
Pn Norisah binti Abu Bakar
Sambutan Hari Lahir
Pn Naini binti Mat Zain (K) Bacaan Doa
Pn Rohani binti Mohamad Noopiah En. Zaili bin Husin

Jamuan Murid Buku Program


Guru- guru kelas Pn Nor Nabila binti Mazlin

Disiplin Murid PA Sistem


En Jazlan bin Jamaluddin En Ahmad Arifin bin Zakariya
Semua guru En Mohd Hafizuddin bin Che Soh

Pengurus Persembahan Murid Hakim Pertandingan


Pn Nor Nabila binti Mazlin (K) Pentadbir
Pn Norsyarida binti A Rahman
En Mohd Hafizuddin bin Che Soh
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber kewangan


7.1.1 Kutipan Pogram Sekolah (HEM) PIBG – RM1580
7.1.2 PCG Bimbingan dan Kaunseling – RM2097.20
7.1.3 Peruntukan Bantuan Makanan Prasekolah– RM75
7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci
Bil Perkara Anggaran Harga Jumlah
1. Hadiah Pertandingan ‘Teisar Got
Talent’ (terbuka) :
- Tempat Pertama
Alat tulis dan kotak pensel Rm 10 x 1
Pensel warna Rm 10 x 1
Botol air Rm 10 x 1 Rm 30
- Tempat Kedua
Alat tulis dan kotak pensel Rm 10 x 1
Pensel warna Rm 10 x 1 Rm 20
- Tempat Ketiga
Alat tulis dan kotak pensel Rm 10 x 1 Rm 10
2. Pemenang Pakaian Tercantik
- Kategori Murid Perempuan
Alat tulis dan kotak pensel Rm 10 x 1
Pensel warna Rm 10 x 1 Rm 20
- Kategori Murid Perempuan
Alat tulis dan kotak pensel Rm 10 x 1
Pensel warna Rm 10 x 1 Rm 20
3. Sambutan Hari Lahir Murid
- Cupcake Rm 3 x (133+25) biji Rm 474
4. Jamuan Makan Murid
- Set nasi (ayam 2 ketul +
sayur) Rm 9 x 158 set Rm 1422
- Minuman (air mineral) Rm 1 x 198 botol Rm 158
5. Banner (8’x4’) Rm 90 Rm 90
Jumlah Keseluruhan Rm 2244

8.0 ULASAN JPN / PPD (tiada)

9.0 PENUTUP

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………………………… …………………………………………………..
NOR NABILA BINTI MAZLIN SITI AZWA BINTI SYED SHAHARUDDIN
SETIAUSAHA HEM PK HEM
SK PANTAI BESAR SK PANTAI BESAR
34600 BATU KURAU 34600 BATU KURAU
PERAK PERAK
Disahkan oleh:

….………………………………………
AZIZAN MAZNAH BINTI YEOB
GURU BESAR
SK PANTAI BESAR
34600 BATU KURAU
PERAK
[No. Ruj.]

KERTAS CADANGAN

[SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK PANTAI BESAR

TAHUN 2023]

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [Sambutan Hari Kanak-kanak Sk Pantai


Besar 2023]

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [Sambutan Hari Kanak-


kanak Sk Pantai Besar 2023].

Ulasan:

(AZIZAN MAZNAH BINTI YEOB)


Guru Besar
SK Pantai Besar

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai