Anda di halaman 1dari 3

 

        Di samping itu, penyertaan pelajar dalam unit beruniform

berpotensi memangkinkan semangat kerjasama ibarat aur dan tebingdan

pembentukan disiplin mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui penglibatan pelajar yang

mendesak ketepatan masa yang tinggi seperti aktiviti kawad kaki. Aktiviti tersebut

memerlukan gemblengan tenaga yang maksimum daripada ahli-ahli pasukan bagi

menghasilkan formasi yang mantap. Oleh itu, para pelajar yang menyertai badan

beruniform sering masyhur dengan ketepatan masa dan disiplin yang tinggi.

         Persis peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, para pelajar juga

akan diasuh tentang ilmu asas kecemasan. Perkara ini sangat berfaedah kerana

apabila berlaku sebarang kecederaan, para pelajar boleh tampil menghulurkan

bantuan. Tamsilnya, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) merupakan unit utama di

sekolah yang bertindak menyebarkan wadah kesihatan kepada ahli-ahlinya dan umum.

Maka, tindakan ini dilihat sangat efektif demi memansuhkan kedaifan akalpelajar

tentang ilmu kesihatan. 

        Akhirulkalam, semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum

untuk kemenjadian masa depan. Elakkan daripada tertumpu kepada kurikulum sahaja.

Para pelajar perlu sedar  akan faedah yang terbentang justeru mereka harus mengikuti
perkembangan sistem pendidikan untuk faedah diri sendiri.

(254 patah perkataan)

KOSA KATA

1.    Mendominankan = memberi pengaruh kuat

2.    Eksplisit = secara terang-terangan

3.    Simbolik = perlambangan / sebagai simbolik

4.    Memapankan = memantapkan / mengukuhkan

5.    Ditongkah = ditempuhi

6.    Diaplikasikan = digunakan

     Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendominankan kokurikulum dalam sistem

pendidikan nasional. Langkah ini secara eksplisit menerangkan kokurikulum

sebagai simbolik kepada kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Oleh

itu, badan-badan beruniform seperti Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah

dan sebagainya mula dipromosikan dalam arus pendidikan negara.  

         Faedah-faedah yang boleh didapati apabila para pelajar menyertai badan


beruniform adalah dapat memapankan ketahanan diri. Dalam usia yang setahun

jagung, banyak cabaran yang perlu ditongkah bahkan, formula ketahanan diri tersebut

juga perlu diaplikasikan pada masa hadapan. Aktiviti-aktiviti lasak yang sudah

termaktub dalam silabus badan beruniform seperti 'flying-fox', 'night-walk' dan

seumpamanya merupakan pendekatan awal bagi membuka kotak penerimaan pelajar

terhadap kepentingan hal ini. 

Anda mungkin juga menyukai