Anda di halaman 1dari 2

UNIT BADAN BERUNIFORM

Aktiviti kokurikulum unit beruniform merupakan satu elemen penting yang seiring dengan
pembinaan kurikulum pelajar di sekolah-sekolah. Gandingan kurikulum dan kokurikulum
merupakan paduan pembinaan intektual dan sahsiah diri bagi seseorang pelajar. Aktiviti-
aktiviti kokurikulum oleh unit beruniform sekolah ini boleh dikatakan kebanyakannya melatih
para pelajarnya akan semangat berdisiplin, kerjasama, amanah dan berdedikasi, berkeyakinan,
bertanggungjawab, kemahiran berinteraksi di samping ‘skill’ survival kehidupan serta
keprihatinan dalam mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan. Badan beruniform ini
menjadi medan utama untuk mencorakkan barisan pemimpin-pemimpin muda negara
yang berwibawa untuk bekalan di masa hadapan.

Jens-jenis badan beruniform yang terdapat di sekolah-sekolah di Malaysia


Kebiasaanya, anggota pasukan beruniform akan menganjurkan pelbagai kem dan aktiviti di
luar sekolah misalnya aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi bagi memenuhi
tuntutan latihan dan objektif badan uniform berkenaan. Jelasnya, kegiatan yang dijalankan
oleh badan beruniform ini mampu menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan fokus
belajar di kalangan para pelajar. Selain ilmu akademik, para pelajar di sini turut diasuh
dengan ilmu kehidupan dan sosial untuk pembangunan insani di masa hadapan.
Admin masih ingat semasa di sekolah dahulu, Kadet Remaja Sekolah khususnya pelajar-pelajar
lelaki sibuk dengan latihan formasi kawad dan melatih tubi membina kekuatan diri bagi
menyertai pertandingan kawad di antara sekolah-sekolah, mewakili daerah dan negeri. Pada
masa yang sama, Persatuan Bulan Sabit Merah pula diberikan latihan dan pengetahuan tentang
pertolongan kecemasan dan mendapat ‘first-hand experience’ bersama pihak-pihak
keselamatan seperti Paramedik hospital, bomba dan anggota penyelamat. Manakala bagi unit
beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam dan Pandu Puteri, para pelajarnya diajarkan
pengetahuan asas memasak, menyelamat dan keselamatan, perkhemahan, kerjasama dan
berpasukan serta sikap tolong-menolong dan bertoleransi.

Himpunan badan beruniform mampu meluaskan jaringan kenalan dan meningkatkan


kemahiran kehidupan dan sosial pelajar secara umumnya
Admin juga masih ingat akan jamboree kebangsaan yang menghimpunkan anggota-anggota
badan beruniform sama ada sesama jenis atau bukan yang menggabungkan beberapa buah
sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Di kala ini, anggota badan
beruniform berpeluang berinteraksi bersama para pelajar dari sekolah lain, menjalinkan
kenalan baru dan hubungan mesra di antara generasi tua dan muda serta membina jaringan
kemahiran yang lebih meluas dengan perbezaan latar belakang dan budaya.
Menuju ke tahap ini, segalanya bermula dengan aktiviti-aktiviti badan beruniform di
sekolah-sekolah terlebih dahulu. Bagi melatih para pelajar mendapatkan kemahiran asas ini,
selain di sekolah, di sinilah lahirnya keperluan pusat-pusat latihan dan rekreasi seperti Asia
Camp ini bagi menyahut keperluan semasa badan-badan beruniform sekolah. Sebagai contoh,
apabila pelajar menyertai aktiviti kokurikulum unit beruniform, mereka memerlukan tempat
latihan, bahan atau modul latihan serta kelengkapan-kelengkapan yang lain seperti asrama,
dewan makan, tandas, padang, tempat terbuka, gelanggang dan sebagainya. Bagi aktiviti
perkhemahan unit beruniform pula, mereka memerlukan modul perkhemahan dan kelengkapan
perkhemahan seperti khemah dan alatan memasak serta kemahiran membina gajet
perkhemahan yang lain sebagai kit survival di hutan.
Modul latihan yang seimbang dan berkualiti membantu pembentukan karakter diri pelajar
sejajar objektif aktiviti badan-badan unit beruniform berkenaan
https://www.youtube.com/watch?v=Zk5cWh_d00Y

Kem Unit Beruniform di AsiaCamp


Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan badan beruniform ini berkemampuan
untuk melahirkan modal insan yang berkualiti sejajar dengan falsafah pendidikan
negara yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Oleh yang
demikian, kesediaan tempat latihan dan rekreasi yang baik, pembinaan modul yang berkualiti,
para fasilitator yang berkemampuan dan fasiliti lain yang menyokong dilihat wajar
diketengahkan dan amat penting dalam memastikan kelestarian aktiviti kokurikulum bagi
badan unit beruniform ini.

Anda mungkin juga menyukai