Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif,
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta
menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.
1. Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan
murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan
teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan
dalam bidang ini ialah:
1.1 Lukisan
1.2 Catan
1.3 Kolaj
1.4 Montaj
1.5 Cetakan
1.6 Resis
1.7 Gosokan
1.8 Stensilan
1.9 Percikan
1.10 Gurisan
1.11 Capan
1.12 Mozek
1.13 Poster
1.1 Teknik Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk
imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang
dihasilkan di atas permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan
jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti
pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan,
melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan,
rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik
yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras
mudah ke aras sukar.
1.2 Teknik Catan
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan
rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata
atau abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan
berus. Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan
pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti
kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas
permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .Ianya banyak menggunakan
warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat
air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai . jenis
warna dan cara-cara mewarna dengan betul.
1.3 Teknik Kolaj
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas
sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas
permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari
cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis
bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada
berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau
gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna
dan corak berjalinan dihasilkan secara ‘superimpose’ di antara satu sama lain
dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk
atau tema tertentu.
1.4 Teknik Montaj
Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada
suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian,
peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan
dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia
mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto,
majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk
menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan
menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan
satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.
1.5 Teknik Cetakan
Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta
melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya
akan menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu
edisi. Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang
disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses dimana satu hasil kerja seni
dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang dihasilkan dengan
menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan
blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan
acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan
imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti
kertas atau kain atau bahan lain.
1.6 Teknik Resis
Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang
dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan
menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin
digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ini menyebabkan
permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan
warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-
tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna
gelap. Teknik ini membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang
alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.
1.7 Teknik Gosokan
Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan
yang berjalinan. Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar
melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara
paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu
permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu
sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok
dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu
permukaan yang berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat
supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.
1.8 Teknik stensilan
Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara
supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna
disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang
kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu
memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
1.10 Teknik Gurisan.
Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan
menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu
bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu
dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat
di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh
digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan
gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan
yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
1.11 Teknik Capan
Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori
cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan
bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu
permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan
menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan
buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai
bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.
1.12 Teknik Mozek
Mengikut rujukan daripada kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai
satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau
pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama, mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek.
Pada asalnya, mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik
mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktiviti seni di sekolah. Di peringkat
sekolah rendah, aktiviti mozek diperkenalkan dalam subjek Pendidikan Seni. Aktiviti mozek
ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas di mana kumpulan berlainan
menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik berlainan.
1.13 Teknik Poster
Mukataip dijadikan subjek utama untuk menyampaikan maksud poster. Ada yang bersifat
ringkas dan jelas dan ada juga jenis yang lebih simbolik. Jenis mukataip yang digunakan
hendaklah bersesuaian dengan tema poster tersebut.
ii. Menggunakan muka taip bersama ilustrasi dalam bentuk lukisan, gambar atau foto.
Poster jenis ini lebih menarik dan berkesan. Sekiranya maklumat yang disampaikan melalui
mukataip tidak dapat disampai dengan jelas mungkin atas faktor bahasa (yang kurang
difahami kerana berlainan bangsa) atau usia (yang belum mampu boleh membaca atau
terlalu tua untuk membaca) dan sebagainya. Dengan itu, penggunaan ilustrasi adalah yang
paling sesuai untuk menyampaikan mesej poster. Ilustrasi hendaklah bersesuaian dan
memenuhi sekurang-kurangnya 70% daripada saiz poster, berbanding mukataip bagi poster
jenis ini.
1. Teknik Lukisan :
menggunakan pen, pensel, pensel warna dan sebagainya.
poster teknik lukisan
2. Teknik catan :
dengan menggunakan cat air, cat poster, cat akrilik, dan sebagainya
3. Teknik kolaj :
Poster jenis ini menggunakan teknik potong dan tampal. Dengan menampal kertas
berwarna, potongan dari majalah atau akhbar, tampalan dari bahan tekstil, benda bercorak
dan berjalinan.
poster teknik kolaj
4. Teknik cetakan :
Cara mencetak dari jenis cetakan timbulan, benaman, planograf, serigraf, capan dan juga
cara cetakan komputer.
poster teknik cetakan
5. Teknik campuran :
Aplikasi dari pelbagai teknik seperti catan, kolaj, lukisan, capan dan sebagainya.
poster teknik campuran
5. Menentukan jenis iustrasi dan jenis muka taip yang berkesan dan bersesuaian.
6. Merancang skima warna dan memilih kombinasi warna yang dapat menarik perhatian.
Contoh-contoh poster
Bidang menggambar ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.
Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat,
bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai
kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam
persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan
persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan,
susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan
dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.2.1 Lukisan
2.2.2 Catan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi
Bidang membuat corak dan rekaan ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji
pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan
mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini
memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang
dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pergerakan, peragaan dan lakonan.
3.8 Topeng
Topeng adalah salah satu daripada kegiatan membentuk dan membuat binaan. Cara
penghasilan topeng adalah dalam pelbagai teknik mengikut media yang digunakan iaitu
teknik luakan dan ukiran,tampalan dan teknik tebuk. Berikut merupakan proses penghasilan
membuat topeng hingga ke peringkat kemasan menggunakan Papier Mashe.
Langkah 1
Koyak kertas surat khabar lama kemudian rendam dalam air sehingga lembut agar mudah
untuk dikisar.
Langkah 2
Kemudian kertas papier mache (surat khabar lama) dikisar hingga lumat agar mudah
dibentuk dan kukuh.
Langkah 3
Kemudian perah airnya,letakkan kertas yang telah diperah ke dalam bekas kemudian digaul
dengan gam cair sehingga sekata agar mudah dibentuk.
Langkah 4
Kertas dikeluarkan dari besen untuk membentuk topeng.
Langkah 5
Tiup belon ikut saiz dan ikat agar dalam keadaan menjadi bulat. Tampalkan kertas tadi
diluar belon separuh sahaja.
Langkah 6
Simpan belon ditempat yang sesuai agar tidak kempis dan biarkan kertas tampalan kering
untuk beberapa hari.
Langkah 7
Tanggalkan kertas tampalan kemudian jemur di bawah cahaya matahari hingga kering dan
keras dan warnakan topeng mengikut watak yang dikehendaki.
3.9 Origami
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat
rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan
kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu
proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan,
puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
4. 10 Tembikar
Proses:
Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar.
1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu.
Ayak debu tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap
yang terdapat di dalam tanah.
2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu
selama tiga hari.
3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut.
4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untuk
proses penyambungan tanah liat yang digelungkan.
5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.
6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di
sebelah dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk
menguatkan tembikar.
7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar.
Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.
8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman
bahagian badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam
keadaan separuh siap (‘leather hard’).
9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.
10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.
11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai
12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam.
13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya
tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat,
alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu
proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali
tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam
pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.