Anda di halaman 1dari 1

Sukan Renang

Renang merupakan sukan olahraga yang dipertandingkan di sukan Olimpik. Berenang adalah
satu sukan yang sesuai untuk semua orang tidak kira tua atau muda, lemah atau kuat, lelaki
atau perempuan dan orang biasa atau atlet. Sukan renang merupakan sukan yang kompleks
kerana ia melibatkan seluruh tubuh badan semasa melakukan renang. Sukan renang
mempunyai banyak tujuan.

Antaranya adalah untuk keselamatan, dimana ia melibatkan keselamatan diri atau orang lain.
Ini kerana dimana sahaja air seperti laut, sungai atau paya boleh menjadi tempat yang bahaya.
Setiap tahun banyak kematian berlaku akibat lemas. Oleh itu, berenang sangat penting untuk
semua orang kerana ia boleh menyelamatkan diri sendiri dan orang lain yang memerlukan
bantuan semasa kecemasan.

Selain itu, renang juga merupakan aktiviti terapi dimana ia boleh menjadi rawatan perubatan
yang berkesan kerana sokongan alam semula jadi air membolehkan prestasi pergerakan badan
meningkat tanpa ketegangan secara mengejut. Berenang juga merupakan terapi kerana ia
adalah cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan dimana ia meningkatkan stamina otot dan
merangsang sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Berenang juga dikategorikan sebagai aktiviti rekreasi kerana berenang boleh dilakukan di
sungai, laut atau tempat-tempat rekreasi seperti kolam air panas. Ia melibatkan ahli keluarga
bagi mengisi masa lapang. Dalam masa yang sama, berenang membolehkan seseorang berlatih
menjadi penyelamat nyawa atau dikenali sebagai lifeguard.

Kesimpulannya, berenang bukan sahaja melibatkan pertandingan. Ia juga melibatkan


keselamatan, terapi, dan rekreasi. Oleh itu, berenang sangat penting bagi semua orang kerana
ia bukan sahaja untuk menyihatkan badan malah ia sangat berguna untuk menyelamatkan diri
atau orang lain yang lemas.

Anda mungkin juga menyukai