Anda di halaman 1dari 4

Sukan Olahraga

Sifat-Sifat Olahragawan

Sebagai atlit, seseorang itu mempunyai beberapa ciri yang tertentu yang diharapkan mampu
membawa kejayaan kepadanya. Penentuan penyertaan dalam sesuatu acara itu walaupun
bergantung kepada diri individu itu, juga bergantung kepada kebijaksanaan jurulatih atau
guru pengawas. Antara ciri-ciri itu adalah seperti berikut :

1. Berdisiplin tinggi
2. Semangat untuk bertanding
3. Berperibadi mulia dan dihormati
4. Mempunyai semangat berpasukan
5. Bersemangat tinggi dan tidak mudah menyerah kalah
6. Penyabar dan bertimbang rasa

Pembahagian

Olahraga Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu:

1. Acara balapan
2. Acara-acara padang
Acara balapan

Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang
ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi
sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah
lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana dan jauh dan
berjalan kaki. Acara balapan ialah:

1. Lari Pecut
o 100 meter
o 200 meter
o 400 meter
2. Lari berganti-ganti
o 4 x 100 meter
o 4 x 200
o 4 x 400
3. Lari berpagar
o 100 meter wanita
o 110 meter lelaki
o 400 meter
4. Steeplechase
o 3,000 meter
5. Lari jarak sedarhana dan jauh
o 800 meter
o 1,500 meter
o 3000 meter
o 5000 meter
o 10,000 meter
6. Berjalan kaki
o 20 km
o 50 km
Acara-acara Padang
1. Acara lompatan
2. Acara balingan

Terdapat dua jenis acara lompatan:

1. Untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah


2. Untuk jarak jauh iaitu acara lompat jauh dan lompat kijang.

Acara Balingan:

1. Lempar cakera
2. Rejam lembing
3. Lempar tukul
4. Lontar peluru
Acara lain

Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara – acara lain yang
dipertandingkan dalam temasya olahraga:

1. Dekathlon
2. Pentathlon
3. Marathon
4. Merentas desa
Peralatan dan pakaian

Dahulunya soal peralatan tidak begitu diambil kira oleh atlet. Mereka memakai kasut biasa,
dan ada kalanya berlari berkaki ayam, selain memakai seluar pendek dan baju-T atau singlet.
Apabila terciptanya kasut lari (spike) pada penghujung abad ke-19, spike terus menjadi
peralatan penting untuk berlari acara pecut. Umumnya dalam Sukan Olahraga, terutamanya
dalam acara-acara larian, terdapat beberapa peralatan yang diperlukan selain spike ini.

Kasut (Spike)

Spike merupakan peralatan penting untuk atlet bukan sahaja mereka yang mengambil
bahagian dalam acara lari pecut, tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain, termasuk acara
padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi
acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis kasut bergantung pada
keselesaan atlet secara individu.

Kasut spike olahraga.


Blok permulaan

Blok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu
pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Penggunakan blok
permulaan ini adalah dimestikan untuk acara pecut. Pelari boleh memilih jenis blok
permulaan yang sesuai.

Blok permulaan acara larian.


Pakaian sukan

Atlet perlu mengenakan pakaian yang sesuai untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam
kebanyakan pertandingan sukan dunia, atlet akan memakai vest larian yang terdapat bib
pengenalan peserta, negara atau pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang
menganjurkan perjumpaan itu.

Bagaimanapun, setiap peserta dibolehkan memakai pakaian yang mereka gemari asalkan
dipersetujui oleh negara dan pasukan mereka. Contohnya dalam Sukan Olimpik yang dapat
kita tontoni menerusi kaca televisyen tidak lama dahulu, pelbagai jenis dan bentuk pakaian
yang dipakai oleh para atlet lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak
mengganggu pergerakan dan larian mereka.

Peralatan sampingan

Setiap atlet digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing. Mungkin ada di kalangan
atlet yang menganggap perkara ini sesuatu yang tidak penting, namun sebagai atlet, sesuatu
yang mempunyai kaitan dengan mereka hendaklah diberi perhatian.

Peralatan yang dicadangkan seperti berikut:

1. Tuala
2. Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin
3. Botol minuman dan sebagainya
4. Seluar pendek dan “running vest” (sebaik-baiknya dua pasang)
5. Kasut jogging dan “spike”
6. Jam randik (stop-watch) atau pita pengukur
7. Barangan lain yang difikirkan perlu

Anda mungkin juga menyukai