Anda di halaman 1dari 36

TAJUK 1 : SEJARAH OLAHRAGA

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengenalan olahraga dan acara-acara yang terdapat dalam olahraga. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan sejarah perkembangkan olahraga menjelaskan asal usul pertandingan olahraga menyatakan dan menjelaskan acara-acara olahraga

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sejarah Olahraga

Pengenalan Olahraga

Acara-acara Olahraga

Sub Tajuk 1 : Pengenalan Olahraga Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan. Bagaimanakah acara olahraga boleh dikategorikan?

Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang menggunakan pergerakan-pergerakan asas seperti berlari, membaling dan melompat. Pengelolaan kejohanan olahraga secara tersusun dikatakan telah bermula pada zaman klasik lagi terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Mungkin anda telah mengetahui bahawa olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama yang telah dijalankan di Athens dalam tahun 1896 dan tertubuhnya Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) pada tahun 1912. Antara sukan-sukan besar yang mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa adalah Sukan Olimpik, Sukan Komanwealth dan Sukan Asia. Semua ini merupakan elemen yang penting dalam Sukan Olimpik Moden dan dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikan dan peranannya dalam meningkatkan keadaan fizikal individu. peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain disamping menawarkan

Sub Tajuk 2 : Acara-acara Olahraga Anda biasa mendengar dan melihat banyak acara-acara dalam olahraga. Acara-acara tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu acara balapan dan acara padang. Acara balapan boleh dikategorikan seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Acara lari pecut (jarak dekat) : 100 m 200 m dan 400 m Acara lari jarak sederhana Acara lari jarak jauh Acara lari berganti-ganti Acara lari berpagar Acara lari berhalangan : 800 m , 1500 m : 3000 m, 5000 m dan 10000 m : 4 x 100m, 4 x 200m dan 4 x 400m : 100 m (P),110 m (L) dan 400 m (L& P) : 3000 m

Acara padang pula terdiri daripada: i. ii. Acara balingan Acara lompatan : Merejam lembing,melempar cakera, melontar peluru dan membaling tukul besi : lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat bergalah

Aktiviti 1.1
1. 2. Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci. Senaraikan acara-acara balapan dan acara padang yang dipertandingkan pada peringkat sekolah rendah dikejohanan Olahraga MSSM.

TAJUK 2 : ACARA BALAPAN LARI PECUT, LARI BERGANTI GANTI


3

DAN LARI BERPAGAR

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan dan peraturan-peraturan lari pecut, lari berganti-ganti dan lari berpagar. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan teknik kemahiran asas lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar dengan cara yang betul. menjelaskan fasa-fasa dalam lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam acara lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Balapan

Lari Pecut

Lari Berganti-ganti

Lari Berpagar

Pendahuluan

Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acara-acara yang berbentuk larian di trek. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter.

Sub Tajuk 2.1 : Lari pecut Lari pecut memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam jarak tertentu (dekat) yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. menggunakan teknik permulaan gaya dekam.
LARI PECUT

Faktor yang mempengaruhi

kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang langkah. Dalam pertandingan, acara lari pecut

Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut: i. Fasa permulaan Permulaan Gaya peluru: i. ii. iii. iv. v. Berdiri di blok, rapat kepada garisan Blok hadapan diletak 2 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan Letakkan kaki di blok Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan Ruang seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Sederhana (Medium)

a. b. c.

Blok di hadapan berada 2 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan Ruang seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Panjang (Elongated) a. Blok hadapan diletak 2 tapak dari gaaris permulaan dan blok belakang 3 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan b. c. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki Hadapan Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Kedudukan tangan, kepala dan leher a. b. c. ii. a. b. c. d. iii. a. b. c. d. e. Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis permulaan. Kepala dan leher didongak, mata pandang ke hadapan Fasa Sedia Badan diangkat dan condong ke hadapan Kedua tangan lurus menahan berat badan Kaki belakang hampir lurus Kepala pandang hadapan Fasa Berlepas Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta tahap rendah Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya Dimulakan dengan larian /pecutan dalam jarak 30 60 meter, kedudukan condong ke hadapan dan akan berubah Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini Tahap kelajuan maksima atlet akan ditentukan oleh tahap kuasa dan kekuatan ototnya serta bagaimana kelajuan dapat dikekalkan iv. Fasa penamat

a.

Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah untuk berlari 10 m lebih dari jarak larian sebenar. Contoh :- Larian untuk larian 100m, pelari haruslah berlari untuk 110 m.

b. c. d.

Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi garisan penamat. Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang

Sub Tajuk 2.2 : Lari Berganti-ganti Acara ini memerlukan sekumpulan peserta yang terdiri daripada empat orang, berlari mengikut jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. Faktor pertukaran baton yang cekap dan licin merupakan faktor penentu kemenangan dalam acara ini. Pertukaran baton perlu dilakukan dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter.

LARI BERGANTI-GANTI

Peraturan 170 : Lari berganti-ganti

Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi ditengah-tengahnya. Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x 200m) sama dengan garisan permulaan 800m. Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah garisan permulaan/penamat Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan dalam lorong sepenuhnya. Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya. Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon.

Bagi 4 X 400m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100m dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in line) selepas itu masuk ke lorong pertama.Pelari ketiga dan keempat akan menerima baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4 pasukan.

Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta.

Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain. Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.

Sub Tajuk 2.3 : Lari berpagar

Dalam acara ini, ianya memerlukan seseorang membuat larian untuk satu jarak yang mempunyai halangan dengan sepantas yang terdaya terdiri daripada beberapa kategori dan jarak ( 100 meter wanita, 110 meter lelaki dan 400 meter lelaki & wanita ). Peraturan 168 : Lari Berpagar ( Rujuk Buku Peraturan Olahraga KOAM )

LARI BERPAGAR

Aktiviti 2.1
1. 2. 3. Apakah faktor-faktor yang dapat mempengaruhi larian seorang pelari pecut. Apakah panduan yang boleh digunakan untuk menyusun pelari dalam acara lari bergantiganti? Nyatakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berpagar.

TAJUK 3

: KEMAHIRAN ASAS LARI JARAK SEDERHANA DAN JARAK JAUH


9

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan tentang jenis-jenis acara lari jarak sederhana & jauh, ciri-ciri pelari jarak sederhana & jauh, teknik larian dan peraturan-peraturan lari jarak sederhana & jauh. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 2. menyatakan jenis-jenis acara yang terdapat dalam kategori lari jarak sederhana dan jarak jauh. menjelaskan teknik larian jarak sederhana dan jarak jauh dengan cara yang tepat. menyatakan peraturan larian jarak sederhana dan lari jarak jauh.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Kemahiran Asas Lari Jarak Sederhana Dan Jauh

Jenis-jenis Acara Lari Jarak Sederhana Dan Jauh

Ciri-ciri Pelari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh

Teknik Larian

Peraturan Larian Jarak Sederhana Dan Jarak Jauh

Pengenalan Larian jarak sederhana dan jarak jauh sama dengan lari pecut, Cuma berbeza dari segi teknik dan 10

perlakuan sahaja. Larian jarak sederhana dan jauh memerlukan daya tahan, dayatahan kelajuan dan kelajuan terutama semasa menghampiri garisan penamat. Bentuk dan pendekatan latihan lari jarak sederhana dan jarak jauh sedikit berbeza dengan lari pecut terutama dari segi jenis-jenis latihan dan juga intensiti latihan. Larian jarak sederhana dan jarak jauh mempunyai persamaan dari segi teknik berlari. Perbezaannya cuma dari segi jarak, halangan dan peraturan larian. Sub Tajuk 3.1 : Jenis-jenis acara Larian Jarak Sederhana dan jarak jauh Larian Jarak Sederhana - 800 meter - 1500 meter Larian Jarak Jauh - 3000 meter, 5000 meter, 10,000 meter - 2000 meter berhalangan, 3000 meter berhalagan - Merentas desa, 10 km, separuh marathon dan marathon Sub Tajuk 3.2 : Ciri-ciri Pelari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Pelari yang mengambil bahagian dalam acara-acara jarak sederhana dan jauh perlu mempunyai ciriciri tertentu. Antara ciri-ciri adalah seperti berikut: Pelari jarak sederhana dan jarak jauh harus mempunyai keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Pelari bijak mewujudkan pendekatan terbaik untuk lariannya tanpa banyak terpengaruh dengan larian peserta lain. Pelari memerlukan taktik, strategi dan psikologi yang tinggi semasa mengambil bahagian dalam larian. Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kelajuan, ketahanan kelajuan dan dayatahan semasa berlari.

Sub Tajuk 3.3 : Teknik Larian Teknik larian bermaksud cara pelari melakukan larian dari permulaan larian sehingga ke penamat

11

larian. Permulaan Larian Semua permulaan bagi lari jarak sederhana dan jarak jauh adalah sama iaitu dengan cara berdiri. Permulaan larian dilakukan oleh pelepas di tempat permulaan dengan arahan Ke garisan!, Sedia!! Dan tembakan pistol dilepaskan. Dalam semua acara larian jarak sederhana dan jarak jauh, pelari akan berlari dipermulaan mess start iaitu bermula di garisan lengkung secara beramai-ramai dan terus masuk ke lorong sebelah dalam. Bagi acara 800 meter, pelari akan bermula larian dengan dua cara iaitu: Jika peserta lebih dari 8 orang, pelari akan bermula larian dengan cara mess start iaitu bermula di garisan lengkung beramai-ramai. Jika peserta 8 orang dan kurang, pelari akan bermula di garisan permulaan satu setengah stagger dengan pelari akan berlari di lorong masing-masing sehingga selepas 100 meter barulah pelari memotong masuk ke lorong sebelah dalam. Semasa Larian Teknik-teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari. Kombinasi keseluruhan badan akan memberi kelebihan dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas. Bagaimana pun latihan sistematik adalah penting bagi penyesuaian diri pelari tersebut dengan acara yang disertainya. Teknik berlari dengan betul: Semasa berlari, kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi menegak dan seimbang. Pelari hendaklah mengelak dari menoleh ke belakang atau ke sebelah. Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih kurang tiga meter dihadapannya. Berlari di lorong paling dalam.

12

Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri Meningkatkan dan mengekalkan kelajuan sepanjang larian. Elak memotong pelari lain di bahagian selekoh balapan

Menamatkan Larian Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu dengan menghampiri bahagian torso ke garisan penamat.

Sub Tajuk 3.4 : Peraturan Larian Jarak Jauh dan Jarak Sederhana Permulaan larian menggunakan gaya berdiri Bagi acara-acara sehingga dan termasuk 10km, minuman/pembasahan hendaklah disediakan, jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan. Pelari tidak dibenarkan mengambil minuman dari mana-mana tempat yang bukan dikhaskan Bagi acara 800 meter dengan garis permulaan satu setengah, peserta akan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga ke 100 meter pertama dan selepas melintasi satu garisan lengkung yang ditanda dengan bendera diluar balapan, peserta bebas memasuki lorong yang dikehendaki. Perlakuan menghalang pelari lain dikira satu kesalahan dan larian pelari tersebut dibatalkan.

Aktiviti 3.1
1. Lakarkan satu balapan 400 meter dan tunjukan tempat-tempat permulaan 800 meter serta tempat garisan memotong 100 meter pertama. Senaraikan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari jarak sederhana dan jarak jauh semasa bertanding.

2.

TAJUK 4 : ACARA PADANG - LOMPATAN

13

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan tentang gaya lompat tinggi dan teknik lompat jauh serta peraturan-peraturan dalam acara lompatan. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan fasa-fasa dalam acara lompatan. menjelaskan teknik dan cara yang tepat bagi acara-acara lompatan menjelaskan peraturan-peraturan asas dalam acara lompatan

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Lompatan

Lompat Tinggi

Lompat Jauh

Pendahuluan

14

Selain dari acara-acara trek, anda juga perlu tahu acara-acara padang. Acara padang terdiri daripada acara lompatan dan balingan. Acara-acara ini boleh dipertandingkan serentak dengan acara trek kerana ia dijalankan di bahagian dalam trek. kawasan tertentu. Acara-acara padang memerlukan peralatan dan Antara acara-acara padang yang dipertandingkan adalah acara lompat tinggi,

lompat jauh, lompat kijang, lompat bergalah, merejam lembing, melempar cakera dan melontar peluru. Kebanyakan acara lompatan memerlukan aspek ketangkasan, kepantasan, koordinasi dan kuasa yang tinggi.

Acara Lompatan Acara lompatan dalam tajuk ini ialah lompat jauh dan lompat tinggi. Sub Tajuk 4.1 : Lompat Jauh Terdapat tiga gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat jauh iaitu gaya layar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh.

LOMPAT JAUH

Acara lompat jauh bolah dibahagikan kepada empat fasa seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. i. Fasa lari landas (Approach) Fasa lonjakan (Takeoff) Fasa penerbangan/layangan (Flight) Fasa pendaratan (Landing) Fasa Lari Landas

15

Anda bermula dengan berlari pantas secara optimum dan terkawal dari tempat permulaan ke papan lonjak. Langkah pertama mestilah bermula dengan kaki lonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak biasanya 11 14 langkah (pelompat novis), 17 19 langkah (pelompat wanita pakar) dan 23 langkah (pelompat lelaki pakar). ii. Fasa Lonjakan Semasa tiba di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan maksimum. Melonjak dengan menggunakan kaki lonjak. Kaki bebas dihayun tinggi ke atas untuk mendapatkan lonjakan yang tinggi. iii. Fasa penerbangan/layangan Gaya badan dan pergerakan anda bergantung kepada gaya yang digunakan. Bagi gaya tendang kayuh, kaki digerakkan seperti mengayuh basikal. Bagi gaya layar, anda mestilah melunjurkan kedua-dua belah kaki ke hadapan dengan badan condong ke hadapan dan tangan dihulur ke hadapan hingga ke hujung kaki. Bagi gaya gantung pula, angkat kedua-dua belah tangan ke atas seolah-olah bergantung diudara di mana kedua-dua belah kaki diangkat ke belakang. iv. Fasa pendaratan Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan dan digerakkan ke hadapan. Apabila tangan mencecah tumit, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan semula. Mendarat dengan tumit dahulu mencecah pasir.

Peraturan 185: Lompat Jauh Seseorang peserta itu gagal sekiranya beliau: menyentuh bumi selepas garisan lonjakan dengan mana-mana bahagian badannya, sama ada membuat larian tanpa melompat atau semasa membuat lompatan melonjak dari luar hujung papan lonjakan, sama ada selepas atau sebelum garisan lonjakan menyentuh tanah di antara garis lonjakan dan kawasan pendaratan

16

dia melakukan apa jenis balik kuang (somersault) semasa membuat larian atau semasa melompat semasa mendarat, menyentuh bumi di luar kawasan mendarat di antara tapak lonjakan dan bahagian kesan jatuh yang paling hampir tidak kira batal sekiranya seseorang peserta itu berlari di luar mana-mana bahagian luar garisan putih yang menandakan landasan lari. Tidak dikira batal sekiranya seseorang peserta itu berjalan balik di atas kawasan mendarat setelah meninggalkan kawasan mendarat dengan cara yang betul. Semua lompatan hendaklah diukur bermula dari tanda mendarat yang paling hampir yang dibuat oleh mana-mana bahagian badan, kaki atau tangan ke garisan lonjakan atau lanjuran garsian lonjakan. Ukuran hendaklah dibuat serenjang dengan garisan lonjakan atau lanjurannya.

Rujuk buku undang-undang KOAM

Sub Tajuk 4.2 : Lompat Tinggi: Terdapat lima gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat tinggi iaitu gaya gunting, gaya pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya Fosbury Flop. Hanya gaya Fosbury Flop ini akan dibincangkan dalam tajuk ini.

LOMPAT TINGGI

Lompat tinggi boleh dibahgikan kepada empat fasa seperti berikut:

17

i. ii. iii. iv.

Fasa penujuan Fasa lonjakan Fasa penerbangan/layangan Fasa pendaratan

Petaruran 182: Lompat Tinggi Palang : Panjang : L/Tinggi 4.00m, L/Bergalah 4.50m Berat Seri : Peserta membuat lompatan kurang di ketinggian seri, adalah pemenang. Peserta yang kurang kegagalan di sepanjang pertandingan adalah pemenang. Untuk tempat pertama, peserta diberi 1 percubaan ketinggian paling rendah yang tidak dapat melepasi sehingga dapat pemenang. Melonjak dengan sebelah kaki Kegagalan : Palang jatuh Peserta sentuh bumi sama ada di luar atau di antara tiang, sebelum melepasi palang. : L/Tinggi 2kg, L/Bergalah 2.25kg

Landas Lari dan Kawasan Lonjak Jarak minimum : 15 m ( 20 m bagi kejohanan mengikut P 12.1(a), (b) dan (c) Jika keadaan mengizinkan : 25 m Kecuraman maksimum keseluruhan landas lari dan kawasan lonjak TIDAK melebihi 1:250 ke arah palang Kawasan lonjak hendaklah rata

Tiang : Apa jua bentuk yang tegap Mempunyai sangga untuk menompang palang Cukup tinggi melebihi 10 sm drpd. paras sebenar palang dinaikkan Jarak antara tiang TIDAK kurang 4 m dan TIDAK lebih 4.04 m TIDAK boleh dianjak, melainkan Refri merasakan landas lari dan kawasan mendarat sudah tidak sesuai lagi. Ini hanya boleh dilakukan selepas satu pusingan

18

Sangga Palang : Rata, berbentuk empat segi bujur : 4 sm x 6 sm Ruang di antara hujung palang dengan tiang sekurangnya 1 sm.

Kawasan Mendarat Tidak kurang 5 m x 3 m ( Bagi pertandingan di bawah P 12.1, kawasan mendarat disarankan TIDAK kecil dari 6m x 4m x 0.7m ) NOTA : Ruang antara Tiang dan Kawasan Mendarat sekurangnya 10 sm

Aktiviti 4.1
1. 2. Nyatakan dan senaraikan aktiviti-aktiviti ansur maju yang sesuai bagi acara lompatan tinggi. Senaraikan kesalahan yang sering berlaku dalam acara lompat jauh dan jelaskan jenis aktiviti latihan yang sesuai untuk mengatasinya.

19

TAJUK 5 : ACARA PADANG LONTARAN / BALINGAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan tentang gaya lontaran dan teknik lontaran serta peraturan-peraturan dalam acara lontar peluru. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan fasa-fasa dalam acara lontaran. menjelaskan teknik dan cara yang tepat semasa lakukan acara lontaran menjelaskan peraturan asas dalam acara lontaran

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Lontaran

Gaya Lontaran

Fasa Lontaran

20

Sub Tajuk 5.1 : Gaya Lontaran Di sekolah rendah, acara balingan yang diajar hanyalah acara lontar peluru. Acara ini menggunakan kekuatan tangan. Secara amnya terdapat tiga gaya lontaran iaitu: Lontaran gaya berdiri Gaya melungsur selangkah dan Gaya Parry O Brien

MELONTAR PELURU

Sub Tajuk 5.2 : Fasa-fasa Lontaran Acara lontar peluru boleh dibahagikan kepada fasa-fasa perlakuan seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. Pegangan peluru Lakuan sedia (Preparation) Lungsuran (Glide) Lontaran (Delevery) Pulihan (Recovery)

i.

Pegangan peluru Cara memegang peluru adalah sama bagi ketiga-tiga cara balingan. Peluru boleh

21

dipegang dengan dua cara iaitu dengan menggunakan lima jari atau memegang dengan tiga jari. Peluru dipegang dengan tiga jari tengah dan disokong oleh ibu jari dan jari kelingking.

ii. Lakuan sedia Bagi lontaran gaya berdiri, pelontar berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu mengadap arah lontaran. Peluru diletak rapat ke leher di bawah telinga. Lengan diangkat hampir mendatar dan siku mengarah ke luar. Bagi gaya lungsur selangkah dan Parry O Brien, pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan, membelakang kawasan lontaran. Peluru diletak hampir leher dan bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku keluar. iii. Lungsuran Tiada lungsuran bagi gaya lontar dirian. Bagi gaya lungsur selangkah,bermula dengan berat badan pada kaki kiri, kaki kanan pula digerakkan ke bahagian tengan bulatan. Gaya Parry O Brien pula kedudukan badan dalam keadaan condong. Kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri dihayun ke hadapan dan ditendang ke belakang. Kaki kanan melungsur ke tengah bulatan. iv. Lontaran Rendahkan kaki kanan. Kilaskan pinggang dan tangan kanan ditolak ke hadapan menyilang badan. Secara serentak tangan kiri dihayun ke belakang dan luruskan kedua belah kaki. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. v. Pulihan Langkah pulihan dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan. Peraturan 188 : Lontar Peluru Dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja.

22

Memulakan lontaran, peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher/pipi dan tangan tidak boleh direndahkan daripada paras bahu. Tidak boleh dibawa ke belakang dari garis bahu. Rujuk buku undang-undang KOAM

Aktiviti 5.1
1. Nyatakan teknik-teknik yang digunakan dalam acara lontar peluru dan nyatakan perbezaan bagi setiap teknik tersebut. Kenalpasti kesalahan-kesalahan yang sering berlaku dalam acara lontar peluru dan nyatakan jenis-jenis aktiviti ansur maju yang boleh meningkatkan prestasi peserta.

2.

23

TAJUK 6 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan tentang strategi penyampaian, garis panduan persediaan RPH dan penyediaan rancangan pengajaran harian. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. mengenalpasti kaedah dan strategi pengajaran pembelajaran Pendidikan Jasmani yang berkaitan dengan tajuk olahraga. memahami keperluan RPH dan menulis satu Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) bagi satu sesi pengajaran olahraga

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

Strategi Penyampaian

Garis Panduan Persediaan RPH

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

24

Pendahuluan Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963).

Sub Tajuk 6.1 : Strategi Penyampaian Jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendididikan Jasmani bagi tajuk yang berkaitan olahraga adalah ; a. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu: P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan b. Kaedah kumpulan - perbincangan kumpulan - kerja bersama-sama - main peranan - Sumbangsaran d. Kaedah penyelesaian masalah Ia meliputi Projek 25

e.

Pemerhatian Tunjukcara atau demonstrasi Lawatan

Kaedah Kolaboratif Ia meliputi permuafakatan bimbingan rakan sebaya eksperimen kepimpinan

f.

Kaedah Koperatif Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah - Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan - murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. - murid belajar secara aktif dan bukan hanya bergantung kepada guru. - ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan, memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif. - ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.

Sub Tajuk 6.2 : Garis Panduan Persediaan RPH Fasa Permulaan Aktiviti harus mengikut / bersesuaian kemahiran yang akan diajar Aktiviti memanaskan badan harus ada kesinambungan dengankemahiran yang akan diajar Peralatan yang digunakan haruslah berkait dengan kemahiran yang hendak diajar.

Fasa Perkembangan ( Gerakerja Kelas & Kumpulan ) Gerakerja Kelas bermaksud kemahiran/ tajuk yang hendak diajar pada hari tersebut dan semua pelajar/murid terlibat melakukannya. Gerakerja kumpulan bermaksud beberapa kemahiran lain serta kemahiran yang diajar pada

26

hari tersebut dijalankan dalam kumpulan kecil. Biasanya dijalankan secara station. ( Dijalankan jika masa mencukupi )

Tunjuk Cara (Demontrasi)

arahan jelas terkawal posisi penunjuk cara & murid fokus pengajaran & pembelajaran

Ansur maju

- Statik ke dinamik - Mudah ke lebih kompleks - Jarak ( Dekat ke jauh ) - Tanpa rintangan kepada ada rintangan

Kemuncak (Permainan Kecil) Berunsur pertandingan - ada perbezaan antara pasukan - penerapan semangat berpasukan - berkait kemahiran yang diajar - menampakkan cirri-ciri keseronokan - suasana aktif - penglibatan semua Penutup Proses mengingat semula Penilaian Aktiviti gerak kendur Refleksi

Sub Tajuk 6.3 : Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Pelajaran Tarikh Tahun Masa : Pendidikan Jasmani : 2/7/2008 : 4 Arif : 7.45 Pagi 8.15 Pagi

27

Bil. Murid Tunjang 2 Tajuk Sub-tajuk

: 30 Orang : Kemahiran : Olahraga : Lari Pecut

Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Psikomotor Kognitif Afektif : melakukan 4 aktiviti ansur maju lari pecut sebanyak 5 kali percubaan bagi setiap satu gaya pada pelbagai jarak. : menyatakan empat jenis aktiviti ansur maju lari pecut yang dilakukan. : bekerjasama dan bersungguh sungguh melakukan aktiviti pembelajaran. : Bahasa Melayu, Sains, Matematik, bahasa Inggeris : Pelajar pernah berlari dengan pelbagai gaya dan pelbagai kelajuan. : Penanda, tali, batang penyapu : Peka pada situasi, patuh kepada arahan, sabar, bersungguh-sungguh : Membanding beza dan menyatakan teknik berlari pecut yang tepat dengan berjalan pantas. TAJUK/ AKTIVITI FOKUS ORGANISASI/ PEMBELAJARAN/ PENGELOLAAN BUTIR MENGAJAR PERMULAAN (5 MINIT) Berlari Bebas Berlari atas hujung kaki. Berlari Lompat dengan bebas dalam sebelah atau kawasan dua belah kaki kedalam Masuk ke gelung. dalam Gelung bila guru tepuk Contoh: tangan. Angkat sebelah kaki, lakukan Aktiviti rotasi ikut arah regangan dan jam dalam 12 kelonggaran kiraan (Kaki) Kaki 28 Arahan STRATEGI/ CATATAN

Penggabungjalinan PSA BBM Penerapan nilai Kemahiran Generik

BAHAGIA N / MASA

Tunjuk cara

Pinggang Bahu Kepala

Tangan cekak pinggang, lentikan badan kesisi dalam 10 ulangan (Pinggang). Semasa berlari,tumit diangkat dan sentuh punggung Tangan dihayun kedepan kebelakang Mata pandang 5 10 meter kehadapan Semasa berlari, lutut diangkat separas pinggang Guna hujung kaki Tangan dihayun kedepan kebelakang Mata pandang 5 10 meter ke hadapan Dilakukan pada garis lurus Pada jarak 20m dan 30m Diulang 5 kali cara Tunjuk

PERKEMBANGAN 1. Berlari dengan P&P tumit sentuh (12 MINIT) punggung sejauh 20 meter dengan tangan.

2. Berlari lutut diangkat tinggi

Dilakukan pada garis lurus Pada jarak 20m dan 30m Diulang 5 kali

3. Berlari dengan langkah panjang

Berlari dengan hujung kaki Lutut diangkat tinggi Langkah dipanjangkan Tangan dihayun kedepan dan kebelakang Mata pandang 5 10 meter kedepan Melonjak menggunakan hujung kaki

Di lakukan pada garis lurus Pada jarak 20m dan 30m Diulang 5 kali

4. Bounding

Di lakukan pada garis lurus

29

dengan lutut ditinggikan Tumit kaki bebas sentuh ke punggung

Pada jarak 20m dan 30m Diulang 5 kali

Kedua-dua kaki berada diudara seketika Langkah dipanjangkan Tangan dihayun kedepan dan kebelakang Mata pandang 5 10 meter kedepan KEMUNCAK (8 MINIT) Tiru Macam Saya Dijalankan mengikut station. Syaratnya apabila sampai pada suatu station, pelajar akan meniru satu gaya aktiviti. Dijalankan lebih kepada persembahan dan kerjasama ahli dalam kumpulan Gunakan bunyibunyian sebagai rangsangan Station: 1. Berlari lutut tinggi 2. Berlari tumit sentuh punggung 3. Lakukan aktiviti bounding 30 Tunjuk cara Intrapersonal

4. Berlari langkah panjang

PENUTUP (5 MINIT)

Gerak Kendur Aktiviti regangan dan kelonggaran Contoh: Membesar dan Mengecilkan badan Mengembang badan di atas hujung kaki. Peluk badan sekecil-kecilnya. Bangun perlahan- lahan sambil membuka pelukan. Soal jawab cara hantaran dan menyambut bola dengan teknik yang betul

Kemahiran Generik

Rumusan

Latihan 6.1
3. 4. Nyatakan dan terangkan 4 kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani untuk tajuk olahraga. Rancang dan tulis satu rancangan pengajaran harian untuk acara lontar peluru bagi pelajar tahun 5 untuk jangka masa 30 minit. Nyatakan dan jelaskan 5 aktiviti ansur maju yang sesuai untuk pengajaran tersebut.

31

TAJUK 7 : KAEDAH PENILAIAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan tentang spesifikasi penilaian dan rubrik pemarkahan bagi beberapa acara olahraga serta menyatakan cara melaksanakan penilaian sesuatu acara. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. merancang dan menyenaraikan kriteria kriteria penilaian memahami dan melaksanakan cara membuat penilaian dalam pengajaran olahraga

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Kaedah Penilaian

Spesifikasi Penilaian dan Rubrik Pemarkahan

32

33

Pendahuluan Para guru menjalankan penilaian dari masa ke semasa adalah untuk memastikan bahawa segala usaha guru dan murid adalah menuju ke arah matlamat yang dirancang. Penilaian yang dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan pengajaran guru dan proses pembelajaran murid. Seorang guru Pendidikan Jasmani perlu tahu bagaimana membuat penilaian bagi acara-acara olahraga yang diajarnya. Tujuan penilaian ialah untuk mengetahui sejauh manakah murid telah menguasai kemahiran yang telah di ajar. Selain daripada itu, penilaian juga dapat memberi maklumbalas kepada guru tentang keberkesanan ia mengajar. Penilaian pengajaran dan pembelajaran olahraga hendaklah dijalankan secara berterusan, berasaskan tumpuan kepada acara-acara tertentu yang menekan aspek yang berikut: Kecergasan fizikal Tahap umur Jantina Kemampuan pelajar

Sub Tajuk 7.1 : Spesifikasi Penilaian dan Rubrik Pemarkahan Untuk mendapat keputusan penilaian yang ada kesahannya, spesifikasi dan rubrik pemarkahan acara yang hendak dinilai harus dirancang secara teliti dan hendaklah dinyatakan secara khusus serta tepat. Sebagai panduan, berikut contoh beberapa spesifikasi dan rubrik pemarkahan bagi 3 acara dalam olahraga iaitu lari berganti-ganti, lompat jauh dan lontar peluru. Spesifikasi Acara Lari Berganti-ganti

Pelaksanaan Pentaksiran Komponen

Hasil Pembelajaran

Indikator Prestasi Prosedur

Markah

Ke garisan Kemahiran memasang blok permulaan. Peserta melangkah ke garisan setelah isyarat diberikan.

a. b.

Pelari pertama bersedia di tempat permulaan. Penerima baton membuat check-mark

10 markah

34

Aktiviti 7.1
1. 2. Buat satu penilaian untuk satu acara olahraga dikalangan murid anda dan buat rumusan prestasi mereka. Sediakan satu prosedur penilaian bagi satu jenis acara padang

Tugasan Terarah
1 Rancang dan sediakan satu pelan trek 200 meter dan 400 meter mengikut skala piawaian IAAF. Terangkan dan jelaskan bagaimana cara penyediaan pelan tersebut.

Rumusan Acara-acara olahraga terdiri daripada acara-acara trek dan padang. Acara ini berasaskan kepada aktiviti fizikal seperti berlari, melompat, membaling dan melontar. Acara-acara olahraga ini telah di pertandingkan sejak zaman kuno lagi hinggalah sekarang. Acara lari pecut dan lari berganti-ganti merupakan acara utama yang dipertandingkan di sekolah. Pengetahuan mengenai acara ini sangat penting agar pelajar dapat menyampaikan kemahiran ini secara berkesan. Acara Lontar peluru memerlukan kekuatan terutama tangan dan kemahiran untuk melontar dari kawasan bulatan kecil. Kemahiran menggunakan teknik melontar peluru boleh menentukan jarak lontaran selain daripada komponen kekuatan dan ketangkasan. Gaya-gaya lontaran peluru adalah gaya berdiri, gaya melungsur selangkah dan gaya Perry O Brien. Jika keseluruhan fasa-fasa dalam melakukan lontaran dapat dilakukan dengan licin dan berkesan, maka jarak lontaran yang baik boleh dicapai oleh seseorang.

35

Bacaan Asas Ahmad Wafi (1996), Olahraga Padang, Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise Hanif Hanafi (1995). Olahraga, Kuala Lumpur, Pustaka Cita Tinggi.

36

Anda mungkin juga menyukai