Anda di halaman 1dari 25

Lompat Tinggi 1

1.0 PENGENALAN

1.1 Apa Itu Olahraga?


Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang
adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama
"olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding". Sukan
olahraga yang kini dikenali sebagai acara balapan dan padang merupakan sejenis
sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan
dalam olahraga terdapat banyak acara baik untuk lelaki mahupun wanita, dan acara-
acara ini sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan. Semua acara dalam
olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran.

1.2 Jenis-Jenis Olahraga


Acara Larian
100 meter, 200 meter, 400 meter, 800 meter, 1500 meter, 3000 meter,110 meter lari
pagar, 100 meter lari pagar, 4 X 100 meter, 4 X 400 meter, Marathon, Hepthatlon,
Penthatlon, Lari Berhalangan, 5000 meter, 10000 meter

Acara Padang
Acara Lompatan: Lompat Jauh, Lompat Kijang, Lompat Tinggi, Lompat Galah
Acara Balingan: Lontar Peluru, Rejam Lembing, Lempar Cakera, Baling Tukul Besi.

2.0 PENGENALAN LOMPAT TINGGI

Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan
sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun
1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam sukan
Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan
oleh para atlit. Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan
semula jadi, bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung
kepada diri atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental.
Lompat Tinggi 2

Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :


1. Gaya Gunting (Scissors)

2. Gaya Eastern Cut-off

3. Gaya Guling Barat (Western Roll)

4. Gaya Guling Pelana (Straddle)

5. Gaya Fosbury Flop

Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah
diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.

3.0 SEJARAH LOMPAT TINGGI


Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan senantiasa
mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan
dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan di dalam sukan Olimpik.
Acara ini menjadi perhatian ramai karana berbagai gaya lompatan yang digunakan oleh
para atlet. Lompat tinggi merupakan olahraga yang menguji keterampilan melompat
dengan melewat tiang mistar. Lompat tinggi adalah salah satu cabang dari atletik.
Tujuan olahraga ini adalah untuk memperoleh lompatan setinggi-tingginya saat melewati
mistar tersebut dengan ketinggian tertentu.Tinggi tiang mistar yang harus dilewati atlet
minimum 2.5 meter, sedangkan panjang mistar minimum 3.15 meter. Lompat tinggi
dilakukan di arena lapangan atletik. Lompat tinggi dilakukan tanpa bantun alat.Dalam
pertandingan, mistar akan dinaikkan setelah peserta berjaya melepasi ketinggian mistar.
Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki. Peserta boleh mula melompat pada
ketinggian permulaan yang disukainya. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta
menyentuh palang dan tidak melompat. Menjatuhkan palang semasa membuat
lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat. Peserta
yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali bertutrut-turut (tanpa diambil
kira di atas mana kegagalan itu berlaku) akan keluar dari pertandingan. Seseorang
peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain gagal) sehingga
dia tidak dapat menuruskannya lagi mengikuti peraturan. Ketinggian lompatan di ukur
secara menegak dari aras tanah hingga bagian tengah disebelah atas padang. Setiap
peserta akan diberi peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan. Jika peserta
Lompat Tinggi 3

tidak berhasil melepasi mistar sebanyak tiga kali berturut-turut, dia dikira gagal. Untuk
menentukan kemenangan, para peserta harus berusaha melompat setinggi mungkin
yang dapat dilakukan. Pemenang ditentukan dengan lompatan tertinggi yang dilewati.
Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi
ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 meter oleh peserta
pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini
sudah tidak dikenali oleh negara lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air
(Scotland) yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lonjakan kaki yang
jauh dari palang. Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang seperti
perlakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan pada waktu ini.Sekitar abad ke-
20, teknik ini telah dimodernkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s Eastern cut-
off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat
melepasi palang. Sweeney telah berjaya menciptakan teknik yang bekesan dan
menciptakan rekod 6’ 5 5/8’’ (1.97m) pada 1895. Gaya Timur ini tidak ada kena
mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula
diguna oleh Sweeny dan selepasnya oleh itu, orang-orang Pantai Timur Amerika
menggunakannya. Inilah sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat
namanya hingga kini. Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan
mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi
6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta
Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih
baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya gunting. Gaya ini digalakkan supaya
peserta-peserta tanah air memahirinya. Pelompat Amerika dan Rusia telah
menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini
merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik
pergerakan gaya ini berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam pertandingan
Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan
dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan
kepopularan gaya ini. Diantara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan
oleh peserta-peserta, gaya guling barat dan gaya kelana sajalah yang agak saintifik dan
lebih berkesan bagi seseorang peserta.
Lompat Tinggi 4

4.0 PERALATAN LOMPAT TINGGI

Acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan
lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan
olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan
dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :-

1. Tiang Lompat Tinggi.


Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa
pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah
dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua
tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang
ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

2. Palang Lompat Tinggi.


Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun
bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah
sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan
pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau
diturunkan pada tiang.

3. Kawasan Mendarat
Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi
perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik
lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang
sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan
pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut
yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau
pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas
lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi.
Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan
peserta.
Lompat Tinggi 5

4. Pita Pengukur
Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh
setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang
dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi
menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

4.1 UKURAN

1.Tiang Lompat Tinggi


Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau
maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

2. Palang Lompat Tinggi


Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang
dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang
menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata
dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.
Lompat Tinggi 6

3. Kawasan Mendarat
Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut
bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan
1 meter tebal.

4.Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh
peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai
pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu
mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada
bahagian tengah palang ke aras tanah.

4.2 PERATURAN PERALATAN

1. Untuk Awalan
a) Daerah awalan panjangnya tidak terbatas minimum 15 m
b) Daerah tumpuan harus datar dan tingkat kemiringanya 1 : 100

2. Tiang Lompat
Tiang lompat harus kuat dan kukuh,dapat terbuat dari apa saja asal kuat dan
kukuh.jarak kedua tiang tersebut adalah 3,98 – 4,02 m.

3. Palang Lompat Tinggi


Terbuat dari kayu, metal atau bahan lain yang sesuai dengan :
a) Panjang mistar lompat 3,98 – 4,02 m dan berat maksimal mistar adalah 2,00 kg
b) Garis tengah mistar antara 2,50 – 3,00 m, dengan penampang mistar terbentuk bulat
dan permukaannya harus datar dengan ukuran 3cm x 15 cm x 20 cm
c) Lebar penopang bilah 4 cm dan panjang 6 cm

4. Tempat Pendaratan
Tempat pendaratan tidak boleh kurang dari 3 x 5 m yang terbuat dari busa dengan
ketinggian 60 cm dan di atasnya ditutupi oleh matras yang tebalnya 10 – 20 cm.
Lompat Tinggi 7

5.0 KEMAHIRAN ASAS LOMPAT TINGGI

5.1 FASA-FASA LOMPAT TINGGI

Lompat tinggi terbahagi kepada 4 fasa yang utama iaitu:


1. Fasa penujuan ( Approach )
2. Fasa lonjakan ( Take-off)
3. Fasa layangan ( Flight)
4. Fasa Pendaratan ( Landing )

a) Fasa Penujuan (Approach)

Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke
palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal.
Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan
sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.

b) Fasa Lonjakan (Take-Off)

Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah melompat
dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan
bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun dengan kencang
ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua
belah tangan ke atas.
c) Fasa Layangan (Flight)

Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan
hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki
bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala
pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk
membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah
menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.
Lompat Tinggi 8

d) Fasa Pendaratan (Landing)

Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas


bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

5.2 PROSEDUR LOMPATAN

Jarak untuk mengambil larian sebelum melompat tidak dihadkan. Peserta juga boleh
memilih sudut atau penjuru yang dia suka untuk lompatan. Bahan-bahan yang sesuai
seperti sapu tangan boleh juga digunakan untuk menanda tempat bagi membuat
lompatan
.
Ketinggian paras lompatan untuk permulaan setiap pusingan akan ditentukan oleh
pengadil sebelum acara dimulakan. Setiap peserta akan diberi tiga peluang untuk
membuat lompatan bagi setiap paras ketinggian. Peserta yang gagal melepasi palang
selepas tiga peluang melompat akan terkeluar daripada pertandingan. Pemenang akan
ditentukan oleh peserta yang membuat lompatan yang tinggi. Sekiranya terdapat
keputusan seri maka, disemak pula rekod lompatan sebelum ini.

Contah rekod lompatan adalah seperti di bawah:


Nama 1 2 3
Ali berjaya melompat melepasiXpalang Xpada percubaan
/ yang ketiga manakala Abu pula
berjaya
Abu pada percubaan kedua.
X Oleh / itu Ali /akan diumumkan sebagai pemenang
Lompat Tinggi 9

walaupun paras ketinggian adalah sama, dan kedua-duanya gagal melepasi ketinggian
berikutnya setelah tiga percubaan diberikan. Ketinggian palang diukur secara menegak,
iaitu bersudut 90 darjah dengan permukaan gelanggang. Ukuran diambil dari bahagian
atas palang. Setelah tamat sesuatu paras ketinggian, pengadil akan mengukur
ketinggian baru sebelum peserta dibenarkan melompat

5.3 PERATURAN ASAS LOMPAT TINGGI


 Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.
 Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian yang disukainya.
 Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak
melompat, menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh
kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat.
 Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut
(tanpa diambil kira di paras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada
pertandingan.
 Seseorang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun setelah semua
peserta yang lain gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut
peraturan.
 Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari paras tanah hingga ke bahagian
tengah atas palang
 Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.
 Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian yang disukainya.
 Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak
melompat, menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh
kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat.
 Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut
(tanpa diambil kira di paras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada
pertandingan.
 Seseorang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun setelah semua
peserta yang lain gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut
peraturan.
 Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari paras tanah hingga ke bahagian
tengah atas palang.
Lompat Tinggi 10

5.4 PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

Semasa Pertandingan

1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.

2. Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan mengumumkan kepada peserta-


peserta ketinggian lompatan permulaan dan juga ketinggian yang akan dinaikkan setiap
kali berakhirnya satu-satu pusingan sehingga hanya seorang pemenang sahaja yang
tinggal, atau terdapat keadaan seri bagi tempat pertama.
Melainkan seorang peserta sahaja yang tinggal.
a) Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2cm, bagi setiap pusingan.
b) Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh dibenarkan.
Di dalam pertandingan bercampur yang dikelolakan dibawah peraturan 12.1 (a), (b) dan
(c). Setiap ketinggian yang ditambah adalah 3cm sehingga tamat pertandingan.

3. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.

4. Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan menggunakan


landas lari ataupun kawasan melonjak untuk latihan.

5. Seorang peserta gagal jika:


a) Setelah melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak pengalasnya kerana aski
peserta tersebut ketika melompat
b) Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang kedua-dua tiang tersebut
dengan sebrang bahagian badannya tanpa melompat melepasi palang tersebut. Walau
bagaimanapun jika ketika melompat peserta itu menyentuh kawasan mendarat dengan
kakinya dan pada hemat hakim, tidaklah menjadi satu sebab untuk dianggap sebagai
gagal.

6. Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya keatas
ketinggian permulaan dan boleh melompat sesuka hatinya di paras-paras tinggi yang
berikutnya. Tiga kali kegagalan berturut-turut tidak kira dimana sahaja kegaglan itu
berlaku, akan menyingkirkan peserta tersebut dari membuat lompatan lagi, melainkan
Lompat Tinggi 11

dalam keadaan seri di tempat pertama. Tujuan peraturan ini adalah untuk membolehkan
seseorang peserta bertindak menolak giliran melompat kedua dan ketiga pada
ketinggian tertentu ( setelah gagal lompatan pertama atau kedua ) masih boleh
melompat pada ketinggian berikut. Jika seseorang peserta tidak melompat di sesuatu
ketinggian, ianya tidak lagi boleh melompat pada ketinggian itu, melainkan jika terdapat
seri.

7. Sebatang penguku ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum para peerta
melompat pada ketinggian tersebut. Di dalam hal pemecahan rekod-rekod, hakim-hakim
mestilah memeriksa ukuran ketinggian palang yang diletakkan pada ketinggian rekod
mestilah mengukur sekali sebelum percubaan pemecahan rekod seterusnya sekiranya
palang itu disentuhi.
NOTA: Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan pertandingan
bahawa muka depan dan bawah kayu palang dapat dikenali dan kayu palang itu
hendaklah sentiasa diletakkan dengan muka yang sama ke atas dan ke hadapan.

8. Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih melompat, maka ia
tidak layak lagi meneruskan pertandingan. Ketinggian seterusnya adalah ditetapkan oleh
peserta-peserta tersebut setelah berbincang dengan hakim atau referi berkenaan.
NOTA :Ini tidak termasuk acara-acara bercampuran.

9. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam keadaan seri untuk
tempat pertama.

10. Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta akan dikira
termasuk lompatan yang diambil dalam keadaan seri untuk tempat pertama.
Lompat Tinggi 12

5.5 CARA-CARA LOMPATAN

KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK

Setiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh
dikawal. Walau bagaimanapun, terdapat tiga teknik berbeza yang membantu
meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang maksimum.
1. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan.
Semasa fasa larian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah
memijak terus di bawah pinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas
akan menyebabkan kedudukan pinggang berada di bawah.
2. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk
memendekkan langkah terakhir sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah
akan menybabkan pinggang naik atau berada diatas.
3. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting
pada ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan
kedudukan pinggang yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan
tersebut.

SUDUT LONJAKAN

Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Layangan
atau parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan.
Ketika atlit berada di udara, laluan tidak boleh ditukar.Pelompat itu memulakan lompatan
dan mendarat pada sudut yang sama.
Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian. Semakin cepat fasa penujuan itu dan
tanpa gangguan pergerakan, semakin mendatar sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang
rendah sangat penting dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan
kelajuan yang tinggi ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. Lompat tinggi
ialah pengecualian dalam prinsip kelajuan kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk
mencipta kompenen menegak atau lompatan yang tinggi dengan menggunakan kaki.
Tetapi dalam lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan lebih mendatar
Lompat Tinggi 13

daripada yang kita fikirkan. Lompatan terbaik di dunia ialah dalam lingkungan 52° sudut
lonjakan.
KESEIMBANGAN DAN PERTUKARAN

Aspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang
dan pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. Objektif atlit
adalah untuk bergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh
semasa layangan untuk mengambil peluang terhadap parabola yang telah disediakan.
Seperti yang telah dinyatakan, parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di
udara. Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan.
Dalam hukum Newton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan
yang sama dan berlawanan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila
berlaku perubahan jarak. Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki
mempengaruhi kelajuan atau pertukaran di sekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik
ialah varasi kepada setiap acara, tetapi jurulatih yang bijak dapat memahami kesan
terhadap badan ketika di udara.

LANDASAN LARI AN DAN KAWASAN MELOMPAT

1. Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali di dalam pertandingan.
Pertandingan di bawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c) di mana jarak minimumnya ialah
20 m. Di mana keadaan mengizinkan jarak minimum landas hendaklah berukuran25 m
2. Curam keseluruhan maksimum landasan dan kawasan melompat tidak boleh melebihi
1 250 ke arah bahagian tengah palang.
3. Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar digunakan semua.
Rujukan dalam peraturan mengenai rata balapan atau kawasan melompat hendaklah
rata dengan permukaan tikar.
4. Penanda. – seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda ( yang
disahkan atau disediakan oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola ) bagi membantu di
dalam larian dan lompatannya. Sekiranya penanda seperti itu tidak disahkan, peserta itu
boleh menggunakan pita pelekat tetapi bukan kapur atau sebarang bahan seperti itu,
ataupun sebarang benda yang boleh meninggalkan kesan yang kekal.
Lompat Tinggi 14

Kelajuan Lonjakan
 Kelajuan ialah lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan.
 Atlit yang bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi oleh dua daya yang
berbeza apabila melakukan pergerakan daripada berlari sehingga melonjak.
 Salah satu dari daya ini ialah komponen mendatar dan kompenan menegak.
 Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan
pinggang selepas lonjakan.
 Objektif umum lompatan yang baik ialah memperlahankan kelajuan mendatar
dengan kadar yang paling perlahan.
 Masalah ketika menghasilkan daya menegak ialah kedudukan pinggang perlu
berada dibawah persediaan melompat.

Dalam lompat tinggi, kelajuan semasa berlari sangat penting, tetapi sekiranya lonjakan
terlalu cepat, kaki lonjakan tidak terkawal. Hal ini adalah mustahil untuk melakukan
lojakan yang sempurna.
 Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan Progress
Pecutan secara beransur-ansur.
 Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila atlit mula membuat
penukaran daripada mendatar kepada menegak.
 Pinggang mestilah direndahkan sedikit dengan membengkokkan bahagian buku lali,
lutut dan pinggang.
 Perubahan dari mendatar kepada menegak adalah secara melembutkan pinggang
dan tidak mengurangkan kelajuan mendatar.
Lompat Tinggi 15

6.0 LATIHAN DAN ANSUR MAJU

GAYA STRAGGLE

Langkah 1 :
Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki yang
menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan
lonjakan apabila melakukan lompatan.

Langkah 2 :
Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas
tanah. Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah
dipilih untuk membuat lonjakan.

Langkah 3 :
Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki kanan.
Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan berada
di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan lonjakan
kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap palang.

Langkah 4 :
Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang agar
memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatan sesuatu tanda seperti kain putih di tengah-
tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan tahap
lompatan.

Langkah 5 :
Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan arahan agar
kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda yang telah
diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah dimulakan daripada paras
pinggang sehinggalah paras bahu.
Langkah 6 :
Lompat Tinggi 16

Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk melakukan
aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut ;-
a) Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang.
b) Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan.
c) Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.
d) Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan
dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas.
Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan
penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum lagi aksi bagi memutar
melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak
dahulu perlu ditegaskan.

Langkah 7 :
Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikan ditali getah yang menggantikan palang.
Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalah gayastraddle.

Langkah 8 :
Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran. Kedudukan
sekarang adalah berpasangan. Satu demonstrasi cara membuat putaran diperkenalkan
dan dilakukan. Dalam setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke
atas. Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki
sebelah lagi. Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan.
Oleh itu, secara otomatik badan akan terputar ke arah sisi. Perkara yang harus
ditegaskan dan ditekankan ialah badan haruslah diangkut ke bawah. Kepala perlu
direndahkan, manakala tangan diturunkan.

Langkah 9 :
Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil di atas
bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang belikat di atas
tilam. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah.

Langkah 10 :
Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian landas.
Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.
Lompat Tinggi 17

6.1 LATIHAN-LATIHAN PERSEDIAAN

1. Latihan Garisan
Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat pada
sudut 45 darjah digunakan. Kaki dihayunkan kehadapan dan lompatan dibuat melintasi
palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk
peserta yang baru mempelajari gaya ini.

2. Latihan Pergerakan Kaki


Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45 darjah
digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi
palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan.
(Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang
dan tilam digunakan untuk mendarat).

3. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki


Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang sesuatu objek
yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan berhati-
hati kerana ia agak merbahaya.

4. Latihan Melonjak
Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala
pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya untuk membuat
lonjakan yang lebih bertenaga.

5. Latihan Gulingan Badan


Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di bahagian
kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat membuat gulingan badan
pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki yang
berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui latihan ini.
Lompat Tinggi 18

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP

Langkah 1 :
Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa
mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan
aktiviti-aktiviti seterusnya. Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan
badan di atas belakang. Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada
kawasan mendarat. Ianya diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan.
Pelajar atau atlit diarahkan untuk berdiri di ats kotak itu dengan keadaan badan yang
lurus dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa
kali untuk keyakinan seterusnya. Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar
diberitahu untuk menjatuhkan badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah
dirapatkan pada dada. Perlu ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke
belakang. Untuk peneguhan, semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan
menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak). Perlakuannya ialah dengan memegang
bola tersebut dan semasa jatuhan, bola itu dibaling ke belakang serentak dengan
tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan tangan yang lebih mantap. Semasa
aktiviti ini, kaki hendaklah dalam keadaan kangkang sedikit.
Langkah 2 :
Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan. Segala perlakuan
dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1. Pelajar dikehendaki dan diarahkan untuk
membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan. Gunakan tali getah
dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah kaki.
Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.
Langkah 3 :
Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar
dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. Pengasingan
pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan di kiri dan
kanan tempat melompat. Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku
tersebut dengan kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya
ke atas dan melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam
Lompat Tinggi 19

langkah 2. Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan
palang yang sebenar.
Langkah 4 :
Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit dengan
layangan.
i) Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk
mendapatkan daya putaran pada badan.
ii) Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya
mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna.
Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai
suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini.
Langkah 5 :
Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar. Sebagai
bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas dengan
lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah. Pada
mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima langkah larian
landas. Ini cuba beberapa kali. Kemudian palang akan ditinggikan sedikit demi sedikiti
sekiranya lompatan berjaya dilakukan. Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama
tetapi dengan menggunakan lari landas 9 hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini, larian
hendaklah dilakukan dengan agak laju.

GAYA LOMPATAN

Dalam lompat Tinggi ada beberapa gaya yang dilakukan, sebagai berikut:

1. Gaya Gunting (Scissors)

Gaya gunting bisa dikatakan Gaya Sweney, sebab pada waktu sebelumnya (yang lalu)
masih digunakan gaya jongkok. Tepatnya tahun 1880, selanjutnya tahun 1896 sweny
mengubahnya dari gaya jongkok menjadi gaya gunting. Diganti karena kurang
ekonomis.Cara melakukan:Si pelompat mengambil awalan dari tengah. Bila pelompat
Lompat Tinggi 20

pada saat akan melompat, tumpuan pakai kaki kiri (bila ayunan kaki kanan), maka ia
mendarat (jatuh) dengan kaki lagi. Waktu di udara badan berputar ke kanan, mendarat
dengan kaki kiri, badan menghadap kembali ke tempat awalan tadi.

2. Gaya Guling sisi (Western Roll)


Pada gaya ini sama dengan gaya gunting, yaitu tumpuan kaki kiri jatuh kaki kiri lagi dan
bila kaki kanan jatuhnyapun kaki kanan hanya beda awalan, tidak dari tengah tapi dari
samping.

3. Gaya Guling (Straddle)


Pelompat mengambil awalan dari samping antara 3, 5, 7, 9 langkah Tergantung
ketinggian yang penting saat mengambil awalan langkahnya ganjil. Menumpu pada kaki
kiri atau kanan, maka ayunan kaki kiri/ kanan kedepan. Setelah kaki ayun itu melewati
mistar cepat badan dibalikkan, hingga sikap badan diatas mistar telungkap. Pantat
usahakan lebih tinggi dari kepala, jadi kepala nunduk. Pada waktu mendarat atau jatuh
yang pertama kali kena adalah kaki kanan dan tangan kanan bila tumpuan
menggunakan kaki kiri, lalu bergulingnya yaitu menyusur punggung tangan dan berakhir
pada bahu.

4. Gaya Fosbury Flop dan Cara melakukanya:


Lompat Tinggi 21

Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat


melepasi palang dengan membelakangi palang.Gaya yang paling popular dan berkesan
pada masa kini ialah gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Walau bagaimanapun masih
ada guru yang mengajar gaya gunting kepada murid-muridnya meskipun gaya ini
mempunyai banyak kekurangan. Mengikut prinsip mekanikal, gaya ini kurang berkesan
kerana seluruh berat badan pelompat terpaksa dibawa lebih tinggi dari paras palang
sebelum pelepasan dapat dilakukan dalam keadaan berlunjur. Meskipun demikian, gaya
gunting masih boleh diajar di atas sebab-sebab yang lain.Gaya pelana adalah suatu
gaya lompatan yang sesuai untuk pelompat yang mempunyai kaki lompatan yang kuat.
Bagi gaya Fosbury Flop pula pelompat yang mahir dalam penujuannya akan dapat
melepasi palang dengan mudah. Murid yang telah biasa dengan gaya gunting tidak
akan menemui kesulitan apabila diajar teknik lompatan Fosbury Flop. Cara membuat
lonjakan bagi gaya gunting mempunyai banyak persamaan dengan cara membuat
lonjakan bagi gaya Fosbury Flop.
· Awalan, harus dilakukan dengan cepat dan menikung/ agak melingkar, dengan
langkah untuk awalan tersebut kira – kira 7-9 langkah.
· Tolakan, Untuk tolakan kaki hampir sama dengan lompat tinggi yang lainya.Yakni,
harus kuat dengan bantuan ayunan kedua tangan untuk membantu mengangkat seluruh
badan. Bila kaki tolakan menggunakan kaki kanan, maka tolakan harus dilakukan
disebelah kiri mistar. Pada waktu menolak kaki bersamaan dengan kedua tangan keatas
disamping kepala, maka badan melompat keatas membuat putaran 180 derajat dan
dilakukan bersama-sama.
· Sikap badan diatas mistar, sikap badan diatas mistar terlentang dengan kedua kaki
tergantung lemas, dan dagu agak ditarik ke dekat dada dan punggung berada diatas
mistar dengan busur melintang.
· Cara mendarat, mendarat pada karet busa dengan ukuran (5 x 5 meter dengan tinggi
60 cm lebih) dan diatasnya ditutup dengan matras sekitar 10 – 20 cm, dan prtama kali
yang mendarat punggung dan bagian belakang kepala.
Yang diutamakan dalam melakuakan Lompatan ialah, lari awalan dengan kecepatan
yang terkontol. Hindari kecondongan tubuh kebelakang terlalu banyak. Capailah
gerakan yang cepat pada saat bertolak dan mendekati mistar. Doronglah bahu dan
lengan keatas pada saat take off. Lengkungan punggung di atas mistar. Usahakan
mengangkat yang sempurna dengan putaran kedalam dari lutut kaki ayun (bebas).
Angkat kemudian luruskan kaki segera sesudah membuat lengkungan
Lompat Tinggi 22

7.0 LATIHAN PEMANASAN BADAN DAN REGANGAN

Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan diakhiri
dengan sesi melegakan badan(warming down). Memanaskan badan adalah penting
untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan
peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan aktiviti
fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit bersedia dari
segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya
kecederaan otot.
Masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar
nadi ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan
dalam jarak masa dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang
signifikan. Pada peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan
50% kadar nadi latihan dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini
tubuh badan kita belum bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Setelah
beberapa minggu berlatih barulah intensiti latihan boleh dipertingkatkan.

7.1 LATIHAN REGANGAN


Mungkin sukar melakukan regangan selepas otot anda sakit akibat bersenam.
Tetapi,anda harus membuat regangan ini untuk membebaskan asik laktik dari otot dan
memastikan perjalanan darah bebas daripada pencemaran. Bahkan ia turut merawat
nutrien dan oksigen yang ada dalam tubuh

Gaya Regangan Statik


Lompat Tinggi 23

Gaya Regangan Dinamik


Lompat Tinggi 24

REFLEKSI

Alhamdulillah,semasa melaksanakan kajian ini, saya telah memperoleh banyak


pengalaman, pengetahuan dan maklumat baru berkaitan dengan acara Lompat Tinggi.
Terima Kasih tidak terhingga di tujukan khas buat Pensyarah Olahraga, Tuan Haji
Mustafa Kamal atas penerangan dan tunjuk ajar bagi menyiapkan kerja kursus ini.
Banyak input dan maklumat baru yang telah saya perolehi sepanjang menyiapkan kerja
kursus ini dan sepanjang sesi kuliah dan praktikel di padang. Hanya Allah s.w.t sahaja
yang dapat membalas segala jasa baik Tuan dan halalkan ilmu yang telah diberi.

Semasa menyiapkan kerja kursus ini, saya dapat mengetahui tentang acara lompat
tinggi dari beberapa aspek utama. Misalnya, pakaian, padang, alatan yang
diguna,sejarah acara dan sebagainya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui teknik-
teknik yang digunakan untuk menjalani aktiviti lompat tinggi. Umpamanya, terdapat
beberapa jenis teknik boleh digunakan semasa menjalani aktiviti lompat tinggi seperti
teknik gaya gunting, teknik western roll, teknik gaya pana dan sebagainya.Teknik-teknik
yang diamalkan bergantung pada kesesuaian diri setiap atlet. Cabaran yang saya
hadapi semasa menyiapkan kerja kursus ini adalah berkenaan dengan bilangan sumber
rujukan yang terhad.Walaupun, pelbagai maklumat telah dikumpul dan diperoleh, tetapi
kebanyakannya berasal daripada laman web. Justeru, saya berusaha mencari sumber
buku yang berkaitan di pusat sumber dan juga artikel-artikel yang berkaitan. Maka,
tugasan ini telah memberi peluang kepada saya untukmenguasai teknik-teknik yang
betul serta mengetahui fasa-fasa bagi acara Lompat Tinggi.

Sehubungan dengan itu, Hasilan tugasan ini amat berguna untuk dijadikan rujukan saya
kelak serta dapat disimpan dan digunakan sebagai bahan nota yang berkualiti kepada
saya Akhir kata, saya berharap agar tugasan kerja kursus ini dapat memenuhi
spesifikasi yang telah ditetapkan disamping dapat memuaskan hati pensyarah serta
dapat menjadi sumber bacaan untuk menambahkan pengetahuan kita bersama .
Lompat Tinggi 25

BIBLIOGRAFI

Helen Teng . (1996) Manual Olahraga, Junjuara Publication Sdn Bhd.

Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad, (1987) . Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap
1, Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan, Sri
Bistari .

Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad, (1987) . Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap
2, Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan, Sri
Bistari .

Jurnal Penelitian Lompat Tinggi


Ari Awaludin Jamil
KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN KEBUDAYAAN
UNIVERSITAS SEBELAS MARET
FAKULTAS KEGURUAN DAN ILMU PENDIDIKAN

http://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html (Latihan ansur maju)


http://www.wikipedi.com (olahraga)
http://www.wikipidea.com (lompat tinggi)

Anda mungkin juga menyukai