Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati
dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan
dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah
diperkenalkan di dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana
pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit.

Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semulajadi.


Bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri
atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental.
Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :
1) Gaya Gunting (Scissors)
2)
3) Gaya Eastern Cut-Off.
4) Gaya Guling Barat (Western Roll).
5) Gaya Guling Pelana (Straddle).
6) Gaya Flop
Dalam gaya-gaya di atas, gaya pertama hingga gaya keempat termasuk dalam
fasa layangan. Bagi gaya pertama hingga ketiga tidak akan menghasilkan
lompatan yang tinggi. Ini disebabkan gaya-gaya tersebut kurang sempurna dari
segi teknik melompat. Oleh yang demikian gaya guling pelana (Straddle) dan
gaya Flop telah diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.
Sejarah
Tidak dapat dipastikan apakah Lompat Tinggi pernah disenaraikan dalam sukan
Olimpik kuno seperti lompat jauh. Ada sesetengah pendapat mengatakan acara
Lompat Tinggi ini pernah dijiadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak
kurang pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi
ialah pada abad ke-19 apabila suatu pertandingan diadakan bagi menentukan
siapa antara segolongan professional di England yang mampu melompat paling
tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa
Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.
Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan
sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam
pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat
setinggi itu. Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh
berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang
yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang
dipacak pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan keduadua kaki sambil badan melompat pada kedudukan static atau menegak,
menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan
menegak.
Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari
masa-kesemasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang
turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu. Contohnya pada suatu ketika

pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki


mendarat dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum
kaki melepasi palang. Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para
peserta menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau
alas tebal yang lembut. Sebelum itu hanya pasir digunakan.
Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan
olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di
pelbagai peringkat.
Pada peringkat awal Sukan Olimpik, gaya yang digunakan ialah gaya static
dengan lompatan menegak. Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta
Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat
dan menjadi teknik lompatan yang paling diminati khususnya di kalangan
pelompat tinggi Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakan digunakan
oleh peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku
pertama abad ke-20.
Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus
dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat
yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan
terbarunya malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam
Sukan Olimpik pada tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting
sehinggalah IAAF terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang
diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.
Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai gaya
guling pelana (Straddle) telah diperkenalkan oleh Jim Steward dari Universiti of
Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930. Tetapi
yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon. Dengan
ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci, beliau telah berjaya melepasi dan melompat
setinggi 6 kaki 11 inci. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi
paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan
Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.

PERALATAN
Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk
membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur
sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan
sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan
adalah seperti berikut :1. Tiang Lompat Tinggi.
Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa
pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan,
hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua

peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi
membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.
2. Palang Lompat Tinggi.
Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam
ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang
palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan.
Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan
ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.
3. Kawsan Mendarat
Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang
memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya
beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan
tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya
lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu
kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan
mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut
bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini
hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam
berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan
peserta.

1.

4. Pita Pengukur
Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya
dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan
dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat
pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat
dilakukan dengan cepat dan tepat.

Ukuran

1.

Tiang Lompat Tinggi


Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau
maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

1.

Palang Lompat Tinggi.


Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang
yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan
pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk
segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

1.

Kawasan Mendarat

Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas
lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4
meter lebar dan 1 meter tebal.

1.

Pita Pengukur
Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan
oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan.
Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu
ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan
akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa
mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan
dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan di dalam sukan Olimpik.
Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para
atlit. Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semulajadi.
Bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlit itu
sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental. Terdapat beberapa peraturan dalam acara
lompat tinggi.
Peraturan asas Lompat Tinggi adalah seperti acara-acara padang lain, Lompat
Tinggimempunyai peraturan dan undang-undang khusus yang telah ditetapkan
oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh semua peserta dan pegawai yang terlibat dalam
acara ini.
Antara undang-undang tersebut adalah seperti berikut ;

Peserta hendaklah membuat lompatan mengikut susunan yang ditetapkan


menerusi undian yang dilakukan sebelum pertandingan bermula.

Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk memulakan
larian untuk melompat.

Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang ditetapkan dan
tiang-tiang itu tidak boleh diubah ke tempat lain. Jika terpaksa berbuat demikian,
pengubahan hendaklah dilakukan selepas semua peserta menamatkan lompatan
pada sesuatu ketinggian tertentu.

Peserta dibenarkan meletakkan penanda yang disediakan oleh pegawai


pertandingan untuk mengukur larian sendiri sebelum membuat lompatan.

Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu ketinggian tetapi
gagal melepasi ketinggian berikut, maka peserta yang melepasi ketinggian itu

dengan jumlah lompatan yang sedikit dikira pemenang. Jika selepas itu, masih
ada lebih daripada seorang peserta yang berjaya, peserta dengan lompatan yang
lebih sedikit pada ketinggian sebelumnya dikira pemenang.
Lompat Tinggi Gaya
Dalam Lompat Tinggi terdapat beberapa gaya dalam lompatan tinggi bagi lompat
dengan tepat. Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya
guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.
Gaya Timur

Dalam gaya ini, pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah.
Pelompat akan menggunakan tujuh hingga sembilan langkah dalam lompat tinggi.
Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri,
memulakan larian dengan kaki kanan dan juga ada sesetengah pelompat akan
melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian
dengan kaki kiri.

Semasa lonjakan pelonjak akan melonjak dengan kaki luar dan semasa melonjak,
kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk
mencondongkan badan semasa membuat lonjakan. Seterusnya dalam layangan,
pelompat mestilah kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang dan juga
bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang. Kaki
lonjak dihayun ke atas. Dengan itu, semasa mendarat pelompat melompat di atas
punggung atau dengan dua belah kaki.

Gaya Guling Barat

Penujuan akan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting.


Pelompat

melonjak

dengan

kaki

yang

lebih

dekat

dengan palang.Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa


pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

Gaya Gunting

Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki


yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat
berada dalam keadaan duduk berlunjur.

Gaya Fosbury Flop

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini. Mengikut gaya
ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang. Gaya
ini diperkenalkan oleh Dick Fosburypada Tahun 1968.

Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat


tinggi

di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang

( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan


bahagian tengkuk. Dalam Gaya Fosbury Flop ini penujuan

larian

dilakukan dengan cepat dan beritma. Guna larian 5 9 langkah dengan


tiga langkah terakhir secara melengkung dan pelompat yang melonjak
dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian
dengan kaki kanan. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari
dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

Manakala, lonjakan dalam Gaya Fosbury Flop adalah pelonjak melonjak


dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang dan kaki di
hadapan badan. Selain itu, badan ditegakkan atau condong sedikit ke
belakang dan kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan dan
juga tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas. Lutut digerak
melintang badan untuk membantu pusingan badan semasa lompat.

Layangan

Semasa

di

udara,

pelompat

menolak

kebelakang

(memenadang palang) sambil melentikan badan.Tangan diletakkan di


bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian
lutut. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat
badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, keduadua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. Tindakan ini
dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai
persediaan untuk pendaratan. Pendaratan Serentak dengan mengankat
kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki.
Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas
bahagian belakang badannya (tulang belikat).

Anda mungkin juga menyukai