Anda di halaman 1dari 26

LOMPAT TINGGI

PENGENALAN
Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati
dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam
tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan dalam
sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan
digunakan oleh para atlit.
Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semula
jadi, bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri
atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental.
Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :i)

Gaya Gunting (Scissors)

ii)

Gaya Eastern Cut-off

iii)

Gaya Guling Barat (Western Roll)

iv)

Gaya Guling Pelana (Straddle)

v)

Gaya Fosbury Flop


Dalam gaya-gaya di atas, gaya guling (straddle) dan gaya fosbury flop telah

diperkenalkan bagi mendapatkan lompatan yang tinggi.

SEJARAH
Tidak dapat dipastikan apakah lompat tinggi pernah disenaraikan dalam
Sukan Olimpik Kuno seperti lompat jauh.

Ada setengah pendapat mengatakan

acara lompat tinggi ini pernah dijadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak
kurang pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah
pada abad ke-19 apabila satu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara
segolongan profesional di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam
pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William
Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.
Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan
sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam
pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat
setinggi itu.

Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh

berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang
yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak
pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki
sambil badan melompat pada kedudukan statik atau menegak, menjadikan peserta
seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak.
Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari
semasa ke semasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang
turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu.

Contohnya pada suatu ketika

pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat
dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi
palang.

Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta

menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal
yang lembut. Sebelumnya hanya pasir digunakan.
Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan
olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai
peringkat.

Pada peringkat awal Sukan Olimpik gaya yang digunakan ialah gaya statik
dengan lompatan menegak.

Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta

Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan
menjadi teknik lompatan paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi
Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat
tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.
Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus
dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat
yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya
malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik
tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggakan IAAF terus bersetuju
menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan
Fosbury atau Fosbury Flop.
Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai
gaya guling pelana (Stradle) telah diperkenalkan oleh Jim Stewart dari Universiti of
Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930. Tetapi
yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon. Dengan ketinggiannya
6 kaki 1.5 inci beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci.
Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi 7 kaki dalam dunia ialah
Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan
setinggi 7 kaki 0.3 inci.
PERALATAN
Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk
membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur
sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum
pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti
berikut :i)

Tiang lompat tinggi


Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa

pertandingan sedang dijalankan.

Jika perlu diubah umpamanya kedudukan,

hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta.
Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan
tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.
ii)

Palang lompat tinggi


Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam

ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang
hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan
diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah
dinaikkan atau diturunkan pada tiang.
iii)

Kawasan mendarat
Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang

memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya


beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat
pendaratan yang sewajarnya.

Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan

diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada suatu kawasan khas


yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara
lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah
berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betulbetul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh
digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.
iv)

Pita pengukur
Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya

dilakukan oleh setiap peserta.

Ukurang hanya dibuat sekali sebelum lompatan

dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur
elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan
cepat dan tepat.

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DALAM ACARA LOMPAT TINGGI


Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-acara
sukan termasuk olahraga. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat
tinggi ini dibincang dengan ringkas :a) Pergerakan
Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :i)

Pergerakan Mendatar (Linear Motion)

ii)

Pergerakan Menegak (Vertical Motion)

Dengan ringkas, seseorang atlit perlu meminda pergerakan mendatar kepada


pergerakan menegak.
A Pergerakan Mendatar
B Pergerakan Menegak
C Vektor Resultant

Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A

Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak B.

Hasil

gabungan

pergerakan

mendatar

dan

pergerakan

menegak

mengakibatkan layangan dalam bentuk parabola C.


b) Momentum
Halaju dan momentun adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan.
Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju iaitu kuantiti pergerakan yang
dikandung oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka
momentum jasad itu akan bertambah.
Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya
hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat
tinggi supaya dapat menghasilkan momentun yang lebih untuk membawa badan
pada takat yang lebih tinggi.
melonjakkan badan ke atas.

Pergerakan lengan dan bahu juga menolong

c) Daya Sentrifugal
Daya Sentrifugal
Daya Sentripetal
Daya Ikut Tangan
Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga daya
sentrifugal.

Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk suatu

bulatan, pada hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat
bulatan itu dan satu lagi daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan.
Daya yang bertindak ke luar dikenali sebagai Daya Sentripetal. Kedua-dua daya ini
dilaksanakan hanya apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan. Sekiranya
terdapat suatu daya sentrifugal sedang bertindak kepada pusat bulatan dan tidak
terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada titik bulatan
yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu.
d) Putaran
Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang
adalah dua jenis iaitu direct dan inderect. Putaran direct dicapai semasa atlit ada
kontrak dengan bumi manakala putaran indirect semasa atlit tidak mempunyai
kontrak dengan bumi. Putaran indirect dicapai dengan membawa masuk dengan
kuat kaki bebas setelah lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal.
e) Graviti dan Pusat Graviti
Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang
berkesan pada atlit dan bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti pada
badannya supaya memperolehi lompatan yang paling berjaya. Ketinggian yang
boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat graviti ditempatkan
rapat kepada bahagian atas palang.

Walau bagaimanapun gaya-gaya yang

membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlit-atlit


mendarat dalam posisi yang mencemaskan. Jasad-jasad A dan B yang
kedudukannya menegak didapati pusat graviti masing-masing agak jauh di atas
palang. Manakala dalam jasad C, terdapat kedudukannya yang leper membolehkan
pusat gravity adalah sangat hampir pada palang.

TEKNIK-TEKNIK LOMPATAN
Teknik Gaya Gunting
Menjelang abad ke-19, seorang berbangsa Amerika bernama Mike Sweeney
telah mencadangkan lompat tinggi jni gunting ini sebagai pilihan dari hadapan
sebelum ini.

Lompatan gunting bermaksud peserta akan melepasi palang pada

sebelah kaki dan dengan segera diikuti dengan kaki yang sebelah lagi hampir pada
ketika yang sama, sambil melepaskan keseluruhan tubuh melepasi palang.
Teknik ini telah ditiru oleh seorang Jerman bernama Pierre Lewden yang
kemudiannya terus mempopularkan gaya ini. Teknik lompatan ini menjadi ikutan
para peserta lompat tinggi ketika itu. Pergerakan dalam lompatan cara gunting itu
adalah seperti berikut :
i.

Peserta membuat larian dari sudut kiri atau kanan lorong larian mengikut
keselesaan sendiri.

ii.

Peserta membuat lompatan dengan mengangkat dan melepasi kaki


hadapan diikuti dengan kaki sebelah lagi.

iii.

Ketika kaki hadapan berada di atas palang, kaki yang sebelah lagi
menendang ke atas, menyebabkan dada berputar ke arah lompatan.

iv.

Peserta mendarat dengan menggunakan sebelah kaki atau kedua-dua


beah kaki tanpa menjatuhkan badan.
Gaya gunting ini bertahan selama tempoh antara Perang Dunia Pertama

( 1914 1945 ), malah menjadi satu satunya cara yang digunakan oleh hampir
semua peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan sukan terbesar seperti
Sukan Olimpik.
Teknik Western Roll
Teknik lompat gaya gunting telah diperbaharui untuk memberi keselesaan
kepada peserta dan yang lebih penting lagi untuk mendapatkan ketinggian
maksimum dari lompatan tersebut. Seorang rakyat Amerika, George Horrine telah
mencipta gaya baru dalam gaya lompatan lompat tinggi. Dalam teknik ini, peserta
akan membuat lompatan dengan keseluruhan badannya hampir rata dengan palang,
iaitu pada bahagian sisi badannya sama ada sisi kiri atau kanan. Pergerakan

peserta sepanjang lompatan melalui teknik ini dinamakan putaran ( roll ) dan dikenali
sebagai Western Roll, sebutan daripada tempat asal Horrine, iaitu dari pantai Barat
Amerika Syarikat. Daripada lompatan menggunakan ini, Horrine menjadi orang
pertama yang melepasi 2 meter iaitu pada 18 Mei 1912, di Palo Alto, California.
Selepas itu gaya lompatan Western Roll terus menjadi ikutan para peserta lompat
tinggi ketika itu. Penggunaan gaya lompatan yang baru ini menyebabkan rekod baru
dicipta dari semasa ke semasa. Hal ini menjadi lebih mudah dengan setiap peserta
berusaha pula memperbaiki teknik ini supaya lebih mudah dan dapat meningkatkan
ketinggian lompatan.
Teknik Gaya Plana
Terdapat empat fasa utama dalam teknik melompat gaya plana yang
berturutan di antara satu sama lain, iaitu pendekatan larian landas, lonjakan,
kedudukan badan atas palang ( penerbangan ) dan pendaratan.
Pendekatan larian landas
Pendekatan larian landas untuk melompat mempunyai beberapa tujuan
seperti berikut :
i.

untuk

membentuk penukaran optimum pergerakan mendatar serta

mendapatkan sokongan kepada sudut untuk melonjak dengan


kekuatan yang maksimum.
ii.

Mendapat rentak dan corak larian yang lancar.

iii.

Membolehkan peserta memperolehi sudut yang sesuai untuk membuat


lonjakan.

Pendekatan larian dalam gaya plana adalah mengikut garis lurus hingga ke
tempat membuat lonjakan. Larian dibuat dengan langkah yang panjang, iaitu
biasanya antara lima hingga tujuh langkah. Peserta akan berlari dengan bahagian
tumit kaki terlebih dahulu mencecah lantai gelanggang sebelum dipindahkan ke
hujung kaki.
Dalam gaya plana, bahagian bahagian badan peserta akan melepasi
palang lompatan, lorong terbang ( flight path ) mestilah dijauhkan sedikit dari palang.
Tujuannya supaya bahagian terakhir badan peserta dapat dikawal daripada terkena
palang. Oleh itu sudut yang sesuai selalu digunakan ialah di antara 52 45 darjah.

Sebelum mendapatkan

larian landas, kaki yang selesa dan kuat untuk

melonjak atau tumpuan hendalkah dipastikan. Ini boleh ditetapkan dengan


menyuruh atlit membuat lompatan gunting melintasi palang. Altit mula berlari dari
sebelah kiri tiang tegak ( iaitu pelompat yang akan melompat dengan kaki kiri ).
Setiap langkah ke arah palang seakin panjang dan juga pusat gravity juga semakin
rendah. Pendaratan kaki juga semakin jauh ke hadapan badan semakin hampir
dengan palang. Gerakan peha adalah agak tinggi ke depan. Semasa melangkah
tumit kaki menyentuh bumi terlebih dahulu diikuti oleh tapak kaki lain. Langkah
kedua sebelum melonjak adalah langkah yang panjang sekali dan seketika itu bahu
dibawa ke depan. Semasa langkah ini di ambil, kaki bebas 9 hanyun ) dibawa ke
depan dalam keadaan agak bengkok.
Jarak larian boleh ditentukan dengan menandakan satu bulatan berjejari 50
cm berhampiran dengan tiang tegak, iaitu tiang kiri bagi pelompat yang melonjak
dengan kaki kiri atau sebaliknya. Letakkan kaki lonjakan di tengah bulatan ini dan
lari ke hadapan pada sudut 30 darjah. Lima atau tujuh langkah dari tengah bulatan
sudah memadai. Tandakan langkah terakhir iaitu langkah lima atau tujuh.
Seterusnya lari kembali kearah palang dan pastikan langkah terakhir memijak
tempat yang sama. Jika langkah itu tidak konsisten, penyesuaian dibuat. Akhirnya
ukur jarak antara 5 atau 7 langkah. Ukuran ini boleh digunakan pada masa latihan
yang akan dating.

Lonjakan
Sebelum melonjak, peserta perlu merendahkan pusat gravity badannya.
Teknik melakukannya perlu betul kerana ia boleh menjejaskan kelajuan larian. Lutut
kiri dibengkokkan pada langkah terakhir larian, dan tangan dihayunkan ke belakang
serta tumit kaki pasak badan dalaam keadaan condong ke belakang. Pada langkah
terakhir ini peserta mesti bersedia untuk mula melonjak keatas palang. Apabila kaki
kanan ( depan ) mula dihayun ke atas, tangan yang dibelakang tadi turut ikut serta.

Ketika inilah kaki kiri ( belakang ) akan membuat lonjakan sekuat yang
mampu. Tindakbalas kepada penekanan dan daya gerak ke atas, pertukaran gaya
lonjakan kaki dan penyerapan hentakan mestilah berlaku dengan pantas.
Kedudukan badan atas palang.
Dalam kebanyakan kes, tangan adalah bahagian yang pertama sekali
melintasi palang, diikuti oleh kaki depan. Kaki depan yang mendatar di atas palang
hendaklah mengawal pergerakan bahagian badan yang lain untuk dibawa melepasi
palang.
Ketika badan mula melepasi palang, kaki kiri iaitu kaki belakang
dibengkokkan serapat yang boleh utnuk mengelakkan dari terkena palang. Tangan
kiri dirapatkan ke dada. Sebaik sahaja separuh badan melepasi palang, peserta
akan menjunamkan kepala dan bahunya ke arah tilam mendarat. Ini akan membantu
pergerakan pinggang berada dalam posisi yang betul untuk meseluruhan badan
melepasi palang. Kaki belakang tidak perlu menendang ke atas tetapi cukup sekadar
mengekalkan posisi bengkoknya .
Pendaratan
Selepas berjaya melompat melepasi palang, peserta terus menuju ke
kawasan pendaratan. Peserta akan memusingkan badan dari posisi mengiring
kepada posisi melentang dengan jatuhan badan ke atas tilam mendarat.
Teknik Gaya Lentang ( Fosbury Flop )
Gaya lentang ( flop ) merupakan teknik lompatan yang paling akhir
diperkenalkan oleh seorang ahli lompat tinggi yang berasal dari Amerika Syarikat
iaitu Dick Fosbury pada tahun 1968. Lompatan ini sangat sesui untuk atlit lompat
tinggi yang mempunyai larian yang pantas tetapi kurang daya lonjakan kaki. Dari
kajian yang dibuat oleh pakar-pakar menunjukkan bahawa penggunaan daya untuk
melonjak adalah selama 0.14 saat untuk gaya lentang berbanding 0.22 saat untuk
gaya plana.
Dalam gaya lentang atau Fosbury Flop ini, terdapat empat fasa yang perlu
oleh seseorang pelompat iaitu fasa penujuan, fasa lonjakan, fasa layangan, fasa
pendaratan.

Fasa penujuan ( larian landas )


Fasa penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan lompatan yang
sempurna. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan
membawa seseorang atlit lompat tinggi pada satu tahap yang paling sesuai untuk
melakukan fasa lonjakan seterusnya. Faktor-faktor itu adalah :i)

Kelajuan :-

Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan halaju

yang terkawal. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi
palang kerana tinggi palang.
ii)

Arah :- Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20 darjah hingga
30 darjah dari satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari
landas atlit perlu mengubah arahnya pada satu lengkongan. Ini dilakukan
untuk mendapat daya sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop.

Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan dalam gaya flop seperti berikut;
i)

Lari lengkung dari mula, lari landas untuk mendapat kepantasan yang optima
seperti Dick Fosbury.

ii)

Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah terakhir.

iii)

Secara lari atas garisan lurus menuju ke palang.


Dalam fasa ini juga peserta membuat larian untuk memperolehi daya yang tinggi

untuk membuat lonjakan, Jarak larian untuk membuat lompatan bergantung kepada
ketinggian peserta dan keberkesanannya membuat lonjakan. Disebabkan dalam
gaya ini peserta akan melompat secara membelakangi palang lompatan, maka
teknik larian juga berbeza dari gaya plana. Corak larian pada kebiasaannya adalah
berbentuk garisan lengkung.
Larian yang mengikut lengkungan akan menghasilkan daya centrifugal iaitu daya
cenderung untuk keluar dari pusat putaran. Daya ini akan membantu melempar
badan peserta ke atas palang apabila membuat lonjakan. Jejari lengkungan ( jika
menjadi bulatan ) ketika mengambil larian biasanya lebih kurang 6 meter. Saiz jejari

lengkungan ini adalah bergantung kepada ketinggian peserta dan kebiasanya berlari
pada jarak tersebut.
Biasanya pelompat mengukur tujuh hingga sembilan langkah larian. Peserta
biasanya mengukur jumlah langkah dengan mengira langkahnya sambil berlari
bermula dari tempat permulaan lonjakan di hadapan palang. Kaki yang digunakan
untuk melonjak hendaklah diletakkan pada tanda permulaan lengkungan. Setelah
hampir kepada lengkungan kedua, hendaklah menambahkan kelajuan untuk
melompat.
Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi palang
bahagian dahulu. Cara menentukan penujuan gaya Fosbury Flop adalah seperti
gambar rajah di bawah :

Fasa lonjakan
Apabila pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum mula melonjak
serta sudah ada tendersi untuk melayangkan badan ke atas palang maka
pengukuhan posisi badan dan gaya belari digabungkan bersama. Apabila hampir
dengan tempat untuk melonjak, kaki yang akan melonjak seharusnya berada di
posisi selari dengan palang lompatan. Keadaan ini akan menempatkan badan
peserta di posisi yang baik untuk mengelakkan badan daripada terkena palang
apabila sudah melompat.
Gaya tangan sangat penting untuk membantu mengangkat badan peserta
ketika melompat. Gaya

ini hampir serupa seperti dalam gaya plana. Ketika

pelompat bergerak di langkah terakhir larian, kedua belah tangan dihayunkan ke


belakang. Peserta akan memulakan pergerakan melompat dengan membawa kaki

belakang ke hadapan serta mengangkat kaki dengan peha selari denagn permukaan
gelanggang. Kaki hadapan ( kaki yang kuat atau yang digunakan untuk melonjak )
mula menujah badan ke atas. Tangan dihulurkan ke atas untuk memandu atau
mengawal pergerakan badan ke atas palang.
Kaki yang akan melonjak hendaklah berada dalam posisi seperti gambarajah di
bawah:

Rajah 2

Kedudukan kaki semasa melonjak

Fasa layangan.
Selepas keseluruhan badan telah dilonjak ke atas, maka pelompat akan cuba
melentikkan badannya utuk melepasi palang. Kedua-dua belah tangan diluruskan
selari dengan

rusuk badan. Kaki dibiarkan bebas untuk memudahkan pelompat

melenturkan badan iaitu bahagian pinggang. Lenturan atau lentikan badan ini akan
membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang. Ketika ini badan
pelompat berbentuk huruf J .
Apabila badan mula mendarat, pelompat akan menarik lutut ke hadapan di mana
kedua belah kaki diluruskan ke atas. Pergerakan ini perlu pantas dan berterusan
dengan pendaratan ke tilam mendarat. Ini adalah penting mengelakkan bahagian
betis dan tumit daripada terkena palang dan ia juga sebagai persediaan untuk
pendaratan.

Sebaik sahaja peserta melayang di udara, pusat graviti badan turut berubah.
Tubuh akan berpusing di keliling pusat graviti dalam satu laluan parabola. Peserta
cuma bolah menambah kelajuan rotasi ini dengan menggerakkan pinggulnya.
Penjimatan momentum ini akan membolehkan pelompat menambahkan kelajuan
rotasi dengan memendekkan tuas melalui pergerakan lengan dan kaki yang
merapati pusat graviti.
Kepala dan belakang perlu melepasi bar terlebih dahulu.

Kepala haruslah

didongak ke atas. Sebaik sahaja bahu melepasi palang, gerakkan kepala ke


belakang. Ini menyebabkan pinggul dan terangkat lalu membentuk arch. Apabila
pinggul telah melepasi bar, angkat hamstring ke atas. Ini dilakukan melaui
merendahkan pinggul ke bawah. Pergerakan ini menyebabkan lutut terangkat dan
membolehkannya berada dalam posisi yang lebih baik untuk melepasi bar. Setelah
itu, luruskan kaki. Dalam pergerakan ke bawah selepas itu, perlahankan rotasi
melalui tangan yang terbuka ke luar. Ini bagi membantu proses mendarat.
Mendaratlah dengan belakang bukannya tengkuk.

Rajah.4

Fasa pendaratan

Fasa clearance

Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik kepala daan


dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat
mendarat di atas bahagian belakangnya ( tulang belikat ).
Dalam fasa ini badan atlit setelah melepasi palang sedang jatuh dari tinggi ke
bumi.

Jenis daya yang dihasilkan adalah daya kinetik yang makin jatuh makin

bertambah.

Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan

mengadakan kedua lutut jauh dan dagunya rapat pada dada. Mulutnya mesti ditutup
supaya tidak tergigit lidah. Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti cuba
mendarat pada bahunya. Sekiranya tenaga kinetik terlampau, ia dikehendaki
melakukan gulingan ke belakang untuk menyerap hentakan impact.
LATIHAN-LATIHAN PERSEDIAAN
1. Latihan Garisan
Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat
pada sudut 45 darjah digunakan. Kaki dihayunkan kehadapan dan lompatan dibuat
melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah
untuk peserta yang baru mempelajari gaya ini.
2. Latihan Pergerakan Kaki
Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45
darjah digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat
melepasi palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan
kaki hadapan. (Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan
menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat).
3. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki
Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang sesuatu
objek yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan
berhati-hati kerana ia agak merbahaya.
4. Latihan Melonjak

Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian


kepala pelompat.

Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya

untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.


5. Latihan Gulingan Badan
Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di
bahagian kaki pelompat.

Keadaan ini akan membolehkan pelompat membuat

gulingan badan pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului
pergerakan kaki yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh
dicapai melalui latihan ini.
LATIHAN ANSUR MAJU
Gaya Straddle
Langkah 1 :
Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan.
Kaki yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah
melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan.
Langkah 2 :
Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan di
atas tanah. Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang
telah dipilih untuk membuat lonjakan.
Langkah 3 :
Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki
kanan. Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki
kanan berada di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang
menggunakan lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap palang.
Langkah 4 :
Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan
palang agar memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatan sesuatu tanda seperti kain

putih di tengah-tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi
pengamatan tahap lompatan.
Langkah 5 :
Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan
arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh
penanda yang telah diikat pada tali getah tadi.

Ketinggian ukuran tali getah

dimulakan daripada paras pinggang sehinggalah paras bahu.


Langkah 6 :
Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk
melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut ;a) Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang.
b) Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke
hadapan.
c) Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.
d) Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan
kencang dan dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas.
Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan
penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas.

Ini belum lagi aksi bagi

memutar melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya
loncatan tegak dahulu perlu ditegaskan.

Langkah 7 :
Kesemua

langkah

menggantikan palang.

di

atas

dilakukan

dipraktikan

ditali

getah

yang

Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalah gaya

straddle.
Langkah 8 :
Langkah

seterusnya

ialah

memperkenalkan

Kedudukan sekarang adalah berpasangan.


putaran diperkenalkan dan dilakukan.

aksi

peringkat

putaran.

Satu demonstrasi cara membuat

Dalam setiap pasangan, pelompat akan

menendang sebelah kaki ke atas. Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan

memegang pergelangan kaki sebelah lagi. Perkara yang harus ditegaskan dan
ditekankan ialah badan haruslah diangkut ke bawah. Kepala perlu direndahkan,
manakala tangan diturunkan.
Langkah 9 :
Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam. Satu langkah diambil
di atas bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang
belikat di atas tilam. Bangku dikeluarkan. Ulang latihan.
Langkah 10 :
Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian
landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.
Gaya Fosbury Flop
Langkah 1 :
Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa
semasa mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk
melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya.
Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas
belakang.

Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan

mendarat. Ianya diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar
atau atlit diarahkan untuk berdiri di ats kotak itu dengan keadaan badan yang lurus
dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa
kali untuk keyakinan seterusnya.
Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk
menjatuhkan badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada
dada. Perlu ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke belakang. Untuk
peneguhan, semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji
bola (saiz bola sepak). Perlakuannya ialah dengan memegang bola tersebut dan
semasa jatuhan, bola itu dibaling ke belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini
bertujuan untuk hayunan tangan yang lebih mantap.
hendaklah dalam keadaan kangkang sedikit.
Langkah 2 :

Semasa aktiviti ini, kaki

Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan. Segala
perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1.

Pelajar dikehendaki dan

diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan.


Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan
dengan kedua belah kaki. Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan
dan keyakinan.

Langkah 3 :
Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi.
Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan.
Pengasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu
diasingkan di kiri dan kanan tempat melompat.
Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut
dengan kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke
atas dan melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam
langkah 2. Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan
palang yang sebenar.
Langkah 4 :
Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit
dengan layangan.
i)

Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk
mendapatkan daya putaran pada badan.

ii)

Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya


mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna.
Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk

merasai suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini.


Langkah 5 :
Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar.
Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas
dengan lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah.
Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima

langkah larian landas. Ini cuba beberapa kali. Kemudian palang akan ditinggikan
sedikit demi sedikiti sekiranya lompatan berjaya dilakukan.
Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari
landas 9 hingga 11 langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan
agak laju.
PENEGASAN DAN PEMERHATIAN
1. Disiplin peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan wajib diberi
perhatian dan penegasan.
2. Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu
memerhati dan membuat penerangan kepada atlit jika ada sesuatu perkara
yang boleh memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan.
3. Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya
untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya
ada perlakuan yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan.
BUTIR-BUTIR MENGAJAR
Lompat tinggi terbahagi kepada 4 fasa yang utama iaitu:
1. Fasa penujuan ( Approach )
2. Fasa lonjakan ( Take-off)
3. Fasa layangan ( Bar Clearance )
4. Fasa Pendaratan ( Landing )
Fasa penujuan

Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung
( Curved )

Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil.

Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan ( upright runk )

Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan kuasa.

Condongkan ke dalama semasa larian lengkung, Bahu yang di dalam


lengkung lebih rendah daripada bahu yang di dalam lengkung.

Teruskan penambahan kelajuan larian.

Fasa Lonjakan

Langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak mesti , mesti mendarat cepat
aksi acceleration

Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan


hadapan kawasan mendarat.

Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal dan
mengekalkan kedudukan begitu.

Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.

Fasa Layangan

Selepas melonjak, teruskan degan kaki yang bukan kaki lonjak dalam
kedudukan horizontal.

Gerkkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang.

Angkat pinggul semasa melepasi palang.

Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala mendekati


dada.

Fasa Pendaratan

Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan.

Jarakkan lutut semasa mendarat.

PERATURAN-PERATURAN DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI


Pertandingan
1.

Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan


undian.

2.

Sebelum pertandingan bermula, hakim-hakim akan mengumumkan


kepada peserta-peserta ketinggian lompatan permulaan dan juga
ketinggian yang akan dinaikkan setiap kali berakhirnya satu-satu pusingan
sehingga hanya seorang pemenang sahaja yang tinggal, atau terdapat
keadaan seri bagi tempat pertama.

Melainkan seorang peserta sahaja yang tinggal.

a) Palang tidak boleh dinaikan kurang daripada 2 CM, bagi setiap


pusingan.
b) Penambahan bagi kenaikkan palang tidak boleh dibenarkan.
Di dalam pertandingan bercampur yang dikelolakan dibawah peraturan 12.1 (a), (b)
dan (c). Setiap ketinggian yang ditambah adalah 3 CM, sehingga tamat
pertandingan.
3.

Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.

4.

Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, para peserta tidak dibenarkan


menggunakan landas lari ataupun kawasan melonjak untuk latihan.

5.

Seorang peserta gagal jika:


a) Setelah

melompat, palang tidak berada di atas cagak-cagak

pengalasnya kerana aski peserta tersebut ketika melompat


b) Menyentuh bumi terrmasuk kawasan mendarat di belakang kedua-dua
tiang tersebut dengan sebrang bahagian badannya tanpa melompat
melepasi palang tersebut. Walau bagaimanapun jika ketika melompat
peserta itu menyentuh kawasan mendarat dengan kakinya dan pada
hemat hakim, tidaklah menjadi satu sebab untuk dianggap sebagai
gagal.
6.

Seorang peserta boleh mula melompat setinggi mana yang disukainya


keatas ketinggian permulaan dan boleh

melompat sesuka hatinya di

paras-paras tinggi yang berikutnya. Tiga kali kegagalan berturut-turut tidak


kira dimana sahaja kegaglan itu berlaku, akan menyingkirkan peserta
tersebut dari membuat lompatan lagi, melainkan dalam keadaan seri di
tempat pertama. Tujuan peraturan ini adalah untuk membolehkan
seseorang peserta bertindak menolak giliran melompat kedua dan ketiga
pada ketinggian tertentu ( setelah gagal lompatan pertama atau kedua )
masih boleh melompat pada ketinggian berikut. Jika seseorang peserta
tidak melompat di sesuatu ketinggian, ianya tidak lagi boleh melompat
pada ketinggian itu, melainkan jika terdapat seri.
7.

Sebatang penguku ketinggian yang baru hendaklah dibuat sebelum para


peerta melompat pada ketinggian tersebut. Di dalam hal pemecahan
rekod-rekod, hakim-hakim mestilah memeriksa ukuran ketinggian palang

yang diletakkan pada ketinggian rekod mestilah mengukur sekali sebelum


percubaan pemecahan rekod seterusnya sekiranya palang itu disentuhi.
NOTA:

Hakim-hakim hendaklah memastikan sebelum memulakan

pertandingan bahawa muka depan dan bawah kayu palang dapat dikenali
dan kayu palang itu hendaklah sentiasa diletakkan dengan muka yang
sama ke atas dan ke hadapan.
8.

Walaupun sesudah semua peserta gagal, kecuali seorang masih


melompat, maka ia tidak layak lagi meneruskan pertandingan. Ketinggian
seterusnya adalah ditetapkan oleh peserta-peserta tersebut setelah
berbincang dengan hakim atau referi berkenaan.
NOTA.

9.

Ini tidak termasuk acara-acara bercampuran.

Lompatan yang terbaik dari semua lompatan diambil dalam keadaan seri
untuk tempat pertama.

10.

Lompatan yang terbaik dari semua lompatan bagi tiap-tiap peserta akan
dikira termasuk lompatan yang diambil dalam keadaan seri untuk tempat
pertama.

Landas Lari Dan Kawasan Melompat


11.

Jarak minimum bagi landas lari ialah 15 cm, kecuali di dalam


pertandingan. Pertandingan di bawah peraturan 12.1 (a), (b) dan (c) di
mana jarak minimumnya ialah 20 m. Di mana keadaan mengizinkan jarak
minimum landas hendaklah berukuran25 m.

12.

Curam keseluruhan maksimum landasan dan kawasan melompat tidak


boleh melebihi 1 250 ke arah bahagian tengah palang.

13.

Landasan di tapak tempat melonjak hendaklah rata. Jika tikar digunakan


semua. Rujukan dalam peraturan mengenai rata balapan atau kawasan
melompat hendaklah rata dengan permukaan tikar

14.

Penanda. seseorang peserta boleh menggunakan

satu atau dua

penanda ( yang disahkan atau disediakan oleh Pihak Jawatankuasa


Pengelola ) bagi membantu di dalam larian dan lompatannya. Sekiranya
penanda seperti itu tidak disahkan, peserta itu boleh menggunakan pita
pelekat tetapi bukan kapur atau sebarang bahan seperti itu, ataupun
sebarang benda yang boleh meninggalkan kesan yang kekal.

Alat-alat.
15.

Tiang-tiang.

Sebarang jenis tiang boleh digunakan kejor/tegar. Cagak-

cagk hendaklah dipasng dengan kemas kepada tiang-tiang, Tingginya


tiang-tiang ini mestilah melebihi maksimum ketinggian ke mana kayu
palang boleh dinaikkan dengan sekurang-kurangnya 10 mm. Jarak
diantara tiang-tiang tidak boleh kurang daripada 4.00 meter dan tidak lebih
daripada 4.04 meter.
16.

Tiang-tiang tidak boleh dianjakkan sewaktu pertandingan dijalankan,


melainkan padaa pendapat referi bhawa tempat melonjak atau kawasan
mendarat tidak lagi sesuai digunakan. Dalam keadaan seperti ini,
perubahan hanya dilakukan setelah sesuatu pusingan diselesaikan.

17.

Palang.

Kayu palang hendaklah diperbuat daripada bahan seperti

fiber glass, logam atau lain-lain bahan yang sesuai, berbentuk bulat pada
keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang keseluruhan
palang tersebut ialah 4.00 m ( lebih kurang 2 cm ). Berat maksimumnya
ialah 2 kg. Garis bahagian bulatnya ialah 30 mm. Palang tersebut
hendaklah mengandungi tiga bahagian-bahagian berbentuk bulat panjang
dan dua bahagian hujung, setiap satu berukuran lebar 30 35 mm dan
panjang 15 20 cm bagi tujuan diletakkan di atas cagak tiang. Hujung
palang hendaklah licin dan kukuh. Hujung palang tidak boleh disalut
dengan getah atau dengan apa juga bahan lain yang akan mengakibatkan
lebih pergeseran di antara hujung palang dan cagak. Palang ini tidak
boleh menyentuh apabila diletakkan di atas tempatnya. Lenteruan yang
dibolehkan ialah paling maksimum 2 cm. Pengawasan, gantungkan
timbangan seberat 3 kg di tengah-tengah palang ketika berada di
tempatnya. Kemungkinan ianya akan menyentuh 7 cm maksimum.
KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN
1) Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3
langkah terakhir.
2) Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa
membuka langkah semasa melencong.
3) Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak
penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.

4) Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula


melompat.
5) Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu
dekat dengan palang semasa melonjak.
6) Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.
7) Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.
8) Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan
cara melipat tumit.
9) Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.
10)Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki
dan mendongak semula di fasa pemulihan.
11) Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau
termasuk ke sebelah kawasan mendarat.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1) Pelajar

perlu

memanaskan

badan

terlebih

dahulu

untuk

mengelak

kecederaan.
2) Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.
3) Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau
mudah jatuh.
4) Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan
supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.
KESIMPULAN
Lompat tinggi mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang menarik.
Setelah melalui pelbagai zaman dan kejohanan, banyak perubahan berlaku dari segi
undang-undang, teknik, gaya dan tercipta pula pelbagai kaedah untuk memajukan
lagi acara lompat tinggi. Secara keseluruhannya, setiap atlit perlu melihat dan
memahami acara lompat tinggi yang kompleks ini.

Segala teknik yang

dipelbagaikan dan ansur maju yang dipecahkan untuk lebih mudah memahaminya.
Apa yang lebih mustahak ialah perlu diadaptasikan ilmu dan pemahaman
sains sukan dalam acara lompat tinggi.

Pemahaman dan amalan tentang

pemakanan atlit juga banyak membantu kejayaan dalam lompat tinggi. Apatah lagi

dengan perancangan sistem latihan yang teratur dan juga diadakan pelbagai sesi
untuk memantapkan atlit. Segala bentuk latih tubi yang diadakan adalah untuk
mengukuhkan kekuatan teknikal acara ini dan peluang untuk membuat kesilapan
dapat diminimakan.

Anda mungkin juga menyukai