Anda di halaman 1dari 5

Neeta Gosalia lahir di dalam keluarga yang menginginkan anak lelaki.

Anak ketiga
daripada enam adik beradik perempuan ini dilahirkan di dalam keluarga Gujerati yang
konservatif dan menganggap anak perempuan adalah bencana. Ini kerana, masayarakat Gujerati
di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ketika itu berpegang kepada prinsip bahawa hanya anak lelaki
yang mampu menjaga keluarga dengan baik. Tetapi hari ini, keluarga Gosalia amat dikagumi
dengan kejayaan anak-anak perempuannya terutama Neeta yang telah memulakan produk rambut
herba dan pusat penjagaan kulit sendiri. Dengan 23 cawangan di seluruh Malaysia dan 10
cawangan di luar negara, Neeta tidak pernah bersikap tamak dengan kejayaannya tetapi dia turut
membantu adik beradik perempuannya yang lain sehingga masing-masing mempunyai taraf
kedudukan kewangan yang kukuh. Ternyata,disebalik perwatakan wanita India yang cantik
memakai sari dan sederhana ini, tersimpan kebijaksanaan yang menjadikan beliau usahawan
yang sangat dikagumi masyarakat.
Kebolehan Neeta ini diakui sendiri oleh bapanya melalui interaksinya meyakinkan
pelanggan untuk membeli barangan kemas di kedai barang milik bapanya. Ayah Neeta mengakui
lagi bahawa beliau tidak pernah menyesal mempunyai kesemua anak perempuannya kerana dia
mendidik anak-anaknya secekal anak lelaki. Bercerita mengenai idea untuk menghasilkan
ramuan herba ini, Neeta mengimbas kembali bagaimana beliau sendiri mengalami masalah
keguguran rambut yang serius semasa umurnya 17 tahun.
Bagi wanita India, keadaan ini bukan sahaja memalukan malah menimbulkan perasaan
trauma. Kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk menyampung pengajian di Tingkatan Enam
menemukan beliau dengan suaminya, Visvalingam. Walaupun mendapat tentangan hebat dari
kedua- dua keluarga kerana perbezaan kasta, mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri.
Hasil dorongan suami, beliau berangkat ke India untuk mendapat bantuan Pakar herba tradisional
di sana. Dia mula menggunakan herba yang diberikan oleh pakar tersebut. Selepas sebulan,
rambutnya mula tumbuh dengan sihat dan ini menimbulkan minat yang mendalam pada dirinya
untuk terus mengkaji herba tersebut.
Dengan bantuan kewangan daripada suaminya, neeta mendaftar untuk kursus selama tiga
tahun di Kolej Ayurveda di India. Setelah kembali ke Malaysia, dia dan Visvalingam membuka
Neeta Herba di Brickfields, Kuala Lumpur. Neeta ketika itu baru berumur 21 tahun. Dua tahun
pertama pembukaan Neetas Herbal, mereka hampir menutup perniagaan tersebut kerana tidak
ramai yang menyedari keberkesanan produk ini. Kos untuk melalukan pemasaran ketika itu juga
adalah tinggi. Wanita ini sungguh bernasib baik. Kehadirannya dalam Rancangan Nona yang
disiarkan stesen penyiran ternama, TV3 telah melonjakkan nama Neetas herbal. Dari situ, Neeta
dan suami menyedari betapa pentingnya pelan pemasaran yang baik bagi memastikan produk
mereka dikenali. Semenjak itu, Neetas Herbal tidak pernah menoleh ke belakang lagi.
Menjelang tahun 1991, Neeta dan suaminya memutuskan untuk mengembangkan
perniagaan dengan membekalkan produk mereka ke kedai-kedai terpilih di di negara ini. Neeta
seterusnya berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom dan membuka
beberapa outlet di sana. Pada tahun 2007, sebuah outlet berjaya di buka di Hyderabad, India.
Disebalik kejayaan ini, pastinya dorongan keluarga yang tidak terhingga menjadi tunggak
utama bagi Neeta. Neeta kini bahagia bersama suami dan tiga anaknya dan jika ditanya
mengenai rahsia kejayaanya, dia menjawab, Kejayaan di dalam perniagaan bukan hanya dikira
berapa jumlah wang yang kamu perolehi atau sebesar mana perniagaan yang kamu miliki, tetapi
bagi saya ia adalah mengenai keluarga yang sentiasa menyokong dan mempercayai kebolehan
saya

Berpandangan jauh dan


berwawasan
Beliau telah berfikir tentang
keperluan produk di pasaran pada
masa akan datang.

Kuat berusaha
Menunjukkan usaha yang
berterusan dalam alam
perniagaan.

Mewujudkan Peluang
Pekerjaan

Bersifat Sabar
Sabar dengan cabaran-cabaran
yang dihadapi dalam bidang
perniagaan.

Tidak bergantung pada sesiapa


untuk pekerjaan.

Bersifat Kreatif

Berkeyakinan Tinggi

Berjaya mencipta produk baru


dengan ideanya tersendiri.

Yakin dengan kebolehan diri


sendiri.

Pengejar Risiko
Beliau telah berhadapan dengan
pelbagai risiko dalam
perniagaan,namun tidak pernah
takut pada risikonya.

Mempunyai Imej Professional


Merupakan seorang yang pakar di
alam bidang yang diceburi dan
sentiasa bersedia dalam apa jua
keadaan.

Pengurusan yang strategik


Pengurusan beliau yang cukup
strategik sehingga dapat
meluaskan perniagaannya di
peringkat antarabangsa.

Pencari Peluang tanpa


mengenal penat

Tidak Berputus asa dengan


begitu cepat

Berusaha mencari jalan


penyelesaian bagi segala
cabaran yang ditempuhi.

Kegagalan pada peringkat


awal tidak membantut
kemajuan dalam perniagaan
beliau.

Bijak menyelesaikan Masalah

Bersifat Ingin Belajar

Berfikir secara bijak sehingga


dapat mencari penyelesaian
kepada masalah yang
dihadapinya.

Kesungguhan untuk mengkaji


serta membelajar tentang herba
yang menjadi asas kepada
perniagaan ini.

Konsep diri yang positif

Tidak mengharapkan
kejayaan dalam sekelip
mata
Beliau sedar bahawa
kejayaan dalam bidang
perniagaan merupakan suatu
proses yang lama.

Mempunyai kesedaran tentang


kepentingan sumbangannya kepada
masyarakat.
Memahami keperluan pasaran kerana
produk yang dihasilkan merupakan
produk yang sangat berguna kepada
masyarakat.

Berfikir secara positif pada


setiap masa dimana setiap
masalah yang dihadapi telah
dilihat sebagai suatu
peluang baru.

Merupakan urusniaga jual


beli barangan atau
perkhidmatan antara penjual
dan pembeli.

Merupakan organisasi yang


dibentuk untuk menjaga
kepentingan masyarakat.

Terlibat dalam pengeluaran


dan penjualan dengan
objektif mendapat
keuntungan.

Memenuhi keperluan awam


tanpa memikirkan
keuntungan.

Bertujuan untuk mendapat


keuntungan maksimum

Bertujuan untuk memenuhi


keperluan masyarakat.

Bukan Perniagaan
Perniagaan

Dikawal oleh Akta


Syarikat, 1965 dan
Akta Perniagaan,

Dikenakan cukai ke atas


keuntungan.

Pengurusan dikawal oleh


Pemegam saham majoriti.

Sumber kewangan adalah


daripada, modal sendiri,
pinjaman atau bantuan
kewangan.

Dikawal oleh Akta


Pertubuhan, 1966.

Tidak dikenakan cukai atas


organisasi.

Pengurusan dipilih melalui


cara demokrasi
(pengundian).

Sumber kewangannya adalah


daripada yuran ahli, bantuan
kewangan atauu peruntukan
daripada .kerajaan.

Memenuhi keperluan harian kepada


masyarakat dengan menyediakan barangan
dan perkhidmatan.

Masyarakat

Mewujudkan peluang pekerjaan kepada


masyarakat melalui pengambilan pekerja
untuk menjalakan usaha perniagaan.

Menunaikan tanggungjawab sosial


kepada masyarakat melalui barangan dan
perkhidmatan yang memberi kebajikan.

Mewujudkan peluang pekerjaan dimana


kadar pengangguran dapat dikurangkan.

Kepentingan
Perniagaan

Ekonomi

Kurangkan kadar infalsi dengan dengan


penghasilan barang dan perkhidmatan
kepada masyarakat.

Peluang untuk mengguna sember bahan


mentah negara dengan optimum.

Cukai perniagaan meningkatkan


pendapatan negara.

Negara

Menstabilkan keadaan ekonomi negara


dengan KDNK yang tinggi.

Membina imej dan daya saing negara


dengan aktiviti eksport dan import.

Anda mungkin juga menyukai