Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Konsep Budaya
Konsep budaya ini merupakan suatu konsep yang amat luas. Ramai tokoh-tokoh barat
yang popular telah pun mengemukakan definisi serta pandangan mereka terhadap istilah
budaya ini. Namun ketaksaaman definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh menyebabkan
berlakunya pertindihan pendapat. Oleh itu, ia adalah sukar untuk membuat satu kesimpulan
yang umum berkaitan dengan definisi bagi istilah budaya ini.

Istilah Budaya ini boleh didefinisikan daripada pelbagai aspek.

Dari segi aspek,

anthropologi, Ralp Linton mengatakan bahawa budaya ini merujuk pada seluruh cara kehidupan
dari masyarakat dan ia tidak hanya mengenai sebahagian cara hidup sahaja. Selain itu,
Bronislaw Malinowski pula berpendapat bahawa ciri-ciri dalam sesuatu masyarakat akan
ditentukan oleh masyarakat itu sendiri. Manakala Melville J.Herskovils pula menyatakan
bahawa budaya adalah sesuatu yang diwarisi secara turun-temurun oleh sesuatu masyarakat.
Menurut Larry A. Samovar & Richard E. Porter Kebudayaan dapat didefinisikan sebagai
simpanan akumulatif dari pengetahuan, pengalaman, kepercayaan, nilai, sikap, makna, hirarki,
agama, pilihan waktu, peranan, relasi ruang, konsep yang luas, dan objek material atau
pemilikan yang dimiliki dan dipertahankan oleh sekelompok orang atau suatu generasi.
Menurut Andreas Eppink pula, budaya adalah sesuatu yang mengandungi keseluruhan
pengertian nilai sosial, norma sosial, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur
sosial, religius, dan lain-lain. Tambahan lagi segala pernyataan intelektual dan artistik yang
menjadi ciri khas suatu masyarakat.
Berdasarkan pada definisi yang dikemukakan oleh tokoh tokoh, maka

dapat

dirumuskan bahawa budaya adalah sesuatu yang diwarisi secara turun temurun yang menjadi
asas kepada kehidupan sesuatu masyarakat tertentu. Semua masyarakat mempunyai budaya
yang tersendiri dan juga unik. Jadi gabungan beberapa budaya di sesuatu negara adalah
merupakan keunikan tersendiri di negara tersebut. Sebagai warganegara Malaysia, kita harus
bangga dengan keunikan tersebut kerana negara kita adalah negara yang teridiri daripada
masyarakat yang berbilang kaum dengan budayanya tersendiri.

Malaysia merupakan sebuah negara yang

aman dan mempunyai rakyat pelbagai

bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada
tiga etnik masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Selain daripada tiga kumpulan
besar ini, terdapat juga etnik-etnik yang kecil seperti, golongan peranakan serta

kaum

bumiputera.
1

Setiap kaum yang dinyatakan mempunyai kebudayaan yang unik dan tersendiri.
Kepelbagaian budaya ini merupakan keunikan terbesar di Malaysia. Walaupun, budaya
masyarakat Malaysia adalah berbeza, dari segi kaum, tetapi, wujud juga satu budaya yang
universal iaitu Budaya Malaysia di mana, semua kaum di Malaysia berkongsi budaya antara
satu sama lain untuk melambangkan perpaduan masyarakat. Perkongsian budaya ini
merupakan satu kekuatan Malaysia di peringkat dunia.
2.0 Kaum Melayu
Seperti yang diketahui, kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia. Kini, kaum
Melayu merangkumi 55.06 % ataupun 14,749,378 daripada jumlah penduduk di Malaysia iaitu
28,908,795.(sehingga tahun 2010) Kaum Melayu datakrifkan secara lebih umum sebagai
bangsa Melayu berbanding dengan kumpulan etnik Melayu
2.1 Asal Usul Kaum Melayu
Asal usul Kaum Melayu merupakan suatu perkara yang amat sukar untuk ditentukan.
Hal ini kerana terdapat beberapa konsep yang berlainan yang berkaitan dengan asal usul Kaum
Melayu ini. Namun, terdapat dua teori yang mengenai asal usul kaum Melayu iaitu Teori
Yunnan dan Teori Nusantara.

2.1.1 Teori Yunnan


Mengikut Teori Yunnan, orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu
menerusi tiga gelombang yang utama iaitu, orang Negrito, Melayu Proto dan juga Melayu
Deutro.

2.1.1.1 Orang Negrito


Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka
dipercayakan tinggal di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha,
Kelantan. Mereka ini juga dipercayai bahawa berasal daripada golongan Austronesia

di

Yunnan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri
fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta
saiz badan yang pendek. Menurut pendapat Asmah Hj Omar, sebelum berlaku perpindahan
orang Negrito, dari Yunnan, kepulauan Melayu telah pun didiami oleh orang asli yang. Ahli
sejarah yang mempercayai bahawa orang asli yang tinggal di semenanjung Malaysia pada
zaman itu adalah orang Negrito. Pada zaman 8000 SM, mereka tinggal di kawasan pedalaman
seperti hutan dan gua. Pemburuan Binatang merupakan sumber pencarian mereka. Selain itu,
2

alat-alat pemburuan mereka itu diperbuat daripada, batu. Di kedah sebagai contoh, pada tahun
5000 SM, iaitu pada zaman paleolit dan mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang
menurunkan orang Negerito, Sakai, Semai dan sebagainya. Zaman ini dikenali sebagai zaman
batu, iaitu zaman Palelitik.

2.1.1.2Melayu Proto
Penghijrahan Orang melayu Proto ke kepulauan Melayu ini berlaku pada 2500 Sebelum
Masihi. Perpindahan kaum ini dipercayai berasal dari Asih Tengah. Mereka ini dikatakan
mempunyai peradaban yang lebih maju berbanding dengan orang Negrito. Terdapat satu lagi
persamaan antara Melayu Proto dimana mereka juga dikenali sebagai Melayu Negosidek
dimana kebanyakan terdapat di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu
Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang. Melayu Proto ini lebih
maju sedikit daripada orang Negrito. Mereka pandai bercucuk tanam, membuat barang
perhiasan kehidupan. Mereka tidak menduduki sesuatu tempat dengan tetap, malah kerap
berpindah randah. Zaman mereka ini dikenali sebagai zaman Neolitik.

2.1.1.3 Melayu Deutro


Kumpulan ketiga ini dipanggil sebagai Melayu Deutro. Perpindahan orang Melayu
Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno kedua dan berlaku pada 1,500
SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
Kumpulan Melayu-Deutro dan telah pun mempunyai peradaban yang lebih maju berbanding
dengan kumpulan melayu proto. Melayu-Deutro telah mempelajari penggunaan logam di mana
alat perburuan dan pertanian mereka adalah diperbuat daripada besi. Tambahan pula, mereka
hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh kepulauan melayu ini. Zaman mereka ini
dinamai Zaman Logam.
Kedatangan orang melayu-Deutro ini telah menyebabkan berlakunya perpindahan orang
melayu-proto ke kawasan pendalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah
randah. Melayu deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat.
Mereka yang tinggal tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan
kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Bertani dan memburu binatang
merupakan kegiatan utam mereka. Orang melayu deutro ini telah hidup bermasyarakat, di
mana, salah seorang

di dalam kalangannya akan menjadi ketua dan tugasnya sebagai ketua

pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Pada zaman ini, mereka menganuti agama
Animisme,

Keturunannya orang Melayu di Malaysia Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada
Melayu Proto. Mereka bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan
lebih banyak daripada Melayu Proto. Mereka menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia
Tenggara.
2.1.2 Teori Nusantara
Teori Nusantara mengenai asal-usul Kaum Melayu ini disokong oleh beberapa tokoh
seperti J.Crawfurd,K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini disokong
kerana Bangsa Melayu mempunyai tamadun yang tinggi. Pada abab ke 19, taraf ini hanya
dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukan orang Melayu
tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasa dan berkembang di Nusantara. Tetapi teori ini
kurang popular di Malaysia.
2.2 Kaum Melayu Di Malaysia
Berdasarkan, teori-teori yang dikemumakan oleh tokoh- tokoh yang terkenal, dapat
disimpulkan bahawa Kaum Melayu di Malaysia adalah wujud daripada hasil percampuran tiga
rumpun bangsa berbeza iaitu, Negrito, Austro-Asiatic, dan Austronesia dengan pengaruh
bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara. Kini Kaum Melayu di Malaysia boleh dibahagikan
kepada tiga kumpulan yang berbeza.

Kumpulan pertamanya ialah, kumpulan Anak jati. Istilah ini merujuk pada sekumpulan
orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Kumpulan ini merangkumi sukusuku seperti Orang Melayu Kedah, Orang Melayu Beruas, Orang Melayu Manjung, Orang
Melayu Grik, Orang Melayu Kelang, Orang Melayu Melaka, Orang Melayu Kelantan, Orang
Melayu Terengganu Pantai, Orang Melayu Ulu Terengganu, Orang Melayu Bentong, Orang
Melayu Lipis, Orang Melayu Temorloh, Orang Melayu Orang Melayu Johor, Orang Melayu
Brunei, dan Orang Melayu Kedayan. Orang Melayu Cocos, Orang Melayu Sarawak.

Kumpulan keduanya ialah, Anak Dagang. Anak Dagang adalah orang Melayu Malaysia
yang nenek moyangnya berasal dari kepulauan Indonesi, Kemboja, Vietnam, Thailand, dan
Pulau Hainan(China). Mereka ini terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza seperti,

Melayu Palembang, Melayu Jambi, Melayu Siak, Melayu Patani, Melayu Bengkulu, A Melayu
sahan,Minangkabau dan sebagainya.

Kumpulan yang ketiganya ialah Golongan peranakan yang merujuk kepada sekumpulan
Melayu di Malaysia yang wujud asil daripada perkahwinan campur antara orang Melayu dengan
bangsa-bangsa asing.(Anak Jati dengan Anak Dagang.) Mereka teridiri daripada Peranakan
Parsi, Peranakan Arab, Peranakan Cina, Peranakan Eropah, Peranakan Siam, Peranakan Turki
dan sebagainya.
2.3. Budaya Orang Melayu.
Seperti yang diketahui, Masyarakat Malaysia, berkongsi budaya antara satu sama lain.
Namun memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap kaum masih mengamalkan budayanya
dengan cara yang tersendiri. Seperti, kaum yang lain, kaum Majoriti iaitu Kaum Melayu turut
mengamalkan budayanya yang tersndiri dan unik. Budaya Kaum Melayu di Malaysia boleh
dilihat dari segi, agama, bahasa, adat, resam, kepercayaan, pantang larang, pakaian tradisional
,perayaan, perkahwinan dan sebagainya.
2.3.1 Agama
Agama kaum Melayu di Malaysia adalah agama islam. Agama ini merupakan agama
rasmi

Malaysia.

Islam

wujud

buat

pertama

kali

di

Malaysia

pada

abad

ke-10

di Terengganu yang merupakan negeri Melayu pertama menerima Islam. Pandangan ini adalah
berdasarkan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu. Batu
bersurat tersebut bertarikh 1303 M. Oleh itu boleh dianggarkan, Sultan Muzaffar Shah I (abad
ke-12) dari Kedah memeluk Islam lebih awal dan menjadi raja Melayu pertama yang diketahui
untuk berbuat demikian. Mengikut Perlembagaan Malaysia, Perkara 3. Agama bagi
Persekutuan

ialah

Agama

Islam.

Kebanyakan

adat

resam

Kaum

Melayu

adalah

berdasarkanpada agama islam. Walaupun agama islam menjadi agama kebangsaan


Malaysian, namun kepentingan agama-agama yang lain turut dijaga dengan baiknya.

2.3.2 Bahasa
Dari segi bahasa, kaum Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
mereka. Bahasa Melayu ini merupakan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi Malaysia.
Bahasa Melayu yang dituturkan di Malaysia ini mempunyai beberapa dialek yang berbeza dari
segi kosa kata dan sebutan. Mengikut sejarah, terdapat beberapa

sarjana Eropah seperti


5

Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan
secara kasar latar belakang dan pergerakan bahasa Melayu.Teori mereka menyatakan bahawa
bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal
dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang
pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Bahasa Melayu yang
diwarisi oleh kumpulan Austronesia ini telah pun mengalami beberapa perkembangan dan kini
bahasa tersebut dikenali sebagai bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu yang ditutur pada
hari ini telah pun mengalami beberapa perubahan seperti, penggunaan kata peminjaman
daripada bahasa lain seperti bahasa inggeris, Sanskrit, portugis, tamil dan sebagainya

2.3.3 Perkahwinan.
Dari segi budaya, kaum Melayu mempunyai beberapa peringkat dalam proses
perkahwinan. Proses perkahwinan kaum Melayu teridiri daripada lima peringkat iaitu, merisik,
meminang, bertunang, akad nikah dan majlis perkahwinan. Setiap peringkat adalah penting.

2.3.3.1 Merisik
Peringkat ini merupakan peringkat pertama di mana peringkat ini juga dikenali sebagai
peringkat meninjau. Peringkat ini adalah bertujuan untuk meninjau latar belakang pengantin
perempuan termasuk, kemahiran berumahtangga, adab sopan, paras rupa dan sebagainya.
Kebiasaannya, tugas meninjau latar belakang pengantin perempuan ini akan dilakukan oleh, ibu
bapa, saudara terdekat bagi pihak pengantin lelaki.
2.3.3.2 Meminang
Meminang adalah proses kedua selepas merisik. Proses ini hanya dapat dilakukan
setelah mendapat persetujuan daripada pihak pengantin perempuan. Kedua-dua keluarga
pengantin akan membincang beberapa perkara termasuk tarikh, perkahwinan, mas
perkahwinan, hantaran dan perbelanjaan hari upacara perkahwinan dan sebagainya. Dalam
peringkat in juga mereka akan menetapkan tarikh untuk bertunang.

2.3.3.3 Bertunang
Selepas perbincangan mengenai perkahwinan, majlis pertunangan akan diadakan.
Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekat akan melangsungkan
upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan sempena pertunangan di
rumah pihak pengantin perempuan. Pada hari pertunangan pihak lelaki akan membawa
hantaran yang terdiri daripada tapak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk
6

cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lainlain. Pertunangan ini akan dibuat secara lisan ataupun melalui wasiat bertulis. Mengikut adat
kaum Melayu, Jika lelaki itu, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang ditunangkan,
cincin pertunangan serta hadiah-hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik.

2.3.3.4 Pernikahan
Upacara akad nikah ini dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding.
Seorang Imam mewakili pengantin perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga
disahkan hantaran pihak lelaki dan lain-lain. Mas kahwin ditentukan samada hutang atau tunai.
Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Saat ini
merupakan saat rasmi mereka menjadi suami isteri. Seterusnya, upacara berinai besar akan
berlangsung. Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah
pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin
lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu.
Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.

2.3.3.5Majlis perkahwinan
Majlis perkahwinan akan berlangsung di rumah pengantin di mana, khemah, pelamin
untuk pengantin dan sebagainya akan disediakan dengan hiasan yang cantik. Pengantin lelaki
akan datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai
didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir
menjalankan upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin
lelaki. Seterusnya majlis kenduri akan berlangsung.

2.3.4 Pakaian Tradisional


Dari segi pakaian Tradisional pula, kaum Melayu mempunyai beberapa pakaian
tradisionalnya. Antaranya ialah seperti, Baju Kurung, Baju Kebaya, Baju Takwa, Baju Sikap,
Pakaian Kehormatan Barat, Pakaian Putera Perak, Pakaian Puteri Perak, Pakaian Zarith
Gangga, Pakaian Cik Siti Wan Kembang, Baju Riau Pahang dan sebagainya. Pakaian
tradisional ini juga dipengaruhi oleh budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari
Kepulauan Indonesia. Selain itu, pakaian-pakaian tradisional ini masih mengekalkan ciri-ciri

keasliannya. Walaupun , pakaian ini, merupakan pakaian tradisionnl kaum Melayu, tetapi kaum
lain seperti kamu India, dan Kaum Cina gemar memakainya.

2.3.5

Tarian Tradisional
Tarian merupakan suatu bentuk kegembiraan dan ia juga menunjukan kesenian sesuatu

kaum. Dengan konsep yang sama, kaum Melayu juga mempunyai beberapa tarian tradisional
dengan kesenian yang unik. Tarian kaum melayu ini merangkumi pelbagai suku kaum yang
terdapat di alam Melayu. Antaranya ialah seperti tarian Tarian Asli, Tarian Asyik, Tarian Ayam
Didik, Tarian Balai,Tarian Balqis (Arab), Tarian Barongan, Tarian Calok (Sumpah-Sumpah),
Tarian Canggung, Tarian Ceracap Inai,Tarian Cik Siti Wau Bulan, Tarian Cinta Sayang, Tarian
Dabus, Tarian Endang / Piring, Tarian Gamelan, Tarian Gayong Otar, Tarian Hadrah, Tarian
Hala,Tarian Ikan, Tarian Inang, Tarian Inai, Tarian Jala Ikan, Tarian Joget, Tarian Jikey, Tarian
Kipas, Tarian Kuda Kepang, Tarian Labi-Labi, Tarian Lesung Indik Beras Bertampi, Tarian Lilin,
Tarian Mak Inang, Tarian Mak Yong, Tarian Masri Kercing, Tarian Pelanduk, Tarian Piring,
Tarian Randai, Tarian Randai dan Orang Ulu, Tarian Saba, Tarian Sarah, Tarian Sewang,
Tarian Siti Payung, Tarian Tempurung, Tarian Upih, Tarian Wau Bulan, Tarian Zapin, Tarian
Zapin Arab, Tarian Zapin Johor, Tarian Zapin Lenga, Tarian Zapin Pekan, Tarian Zapin Tenglu.
Kesemua tarian memiliki muatan emosi yang tinggi dengan iringan muzik, nyanyian
yang

bersesuain

dengan

tujuannya.

Tambahan

lagi,

tarian-tarian

seperti

ini

akan

dipersembahkan pada upacara adat, upacara ritual ataupun pada majlis tertentu seperti
perkahwinan, majlis pembukaan sesuatu kenduri atau peristiwanya.

2.3.6 Alat Muzik Tradisional


Alat muzik merupakan suatu bentuk alat yang mengeluarkan bunyi, dengan
keunikannya sendiri mengikut cara dipermainkan. Kebiasannya alat muzik bagi setiap
masyarakat mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi, bentuk, bunyi, dan cara permainan.
Begitu juga dengan kaum Melayu mempunyai alat muzik tradisional. Antara alat muzik
tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Serunai, Geduk, Gedumbak,
Canang, Kesi, Tetawak, Kecerek, Gendang Sembilan, seruling dan sebagainya. Alat muzik
seperti ini masih dimainkan pada hari tertentu. Misalnya majlis, perkahwinan, majlis pembukaan
sesuatu program dan sebagainya.

2.3.7 Makanan Tradisional


Makanan merupakan keperluan harian manusia. Di dunia ini, terdapat bejuta-juta jenis
makanan. Setiap jenis makanan akan menggambarkan

sesuatu masyarakat. Di Malaysia

setiap jenis makanan akan mengilustrasikan masyarakat yang terdapat di Malaysia. Walaupun
setiap kaum di Malaysia mempunyai makanan tradisionalnya, tetapi masyarakat Malaysia
bukan sahaja menikmati makanan tradisional mengikut kaum masing-masing malah mereka
menikmati semua jenis makanan.

Bagi kaum Melayu, terdapat beberapa pelbagai jenis

makanan yang menjadi makanan tradisionalnya. Antaranya, ialah seperti Nasi Lemak, Nasi
dagang, Nasi kerabu, Laksa, lemang, ketupat, kuih-muih dan sebagainya. Kebiasaanya,
masakan Melayu, mempunyai ciri yang khas, iaitu penggunaan rempah ratus dan santan.
Selain itu, penggunaan, belacan, lengkuas,dan serai makanan juga tidak dapat dielakan dalam
masakan Melayu. Masakan Melayu bukan sahaja bagus dari segi kelazatan, tetapi ia juga baik
untuk kesihatan. Penggunaan rempah ratus, seperti buah cengkih, lada hitam, serbuk kunyit
dan sebagainya mempunyai sifat perubatan secara semula jadi. Di Malaysia, masakan Melayu
bukan sahaya dinikamti olen kaum Melayu tetapi juga kaum India dan China.

2.3.8 PermainanTradisional Melayu


Permainan tradisional bagi setiap kaum merupakan permainan yang diwarisi secara
turun temurun oleh kaumnya. Begitu juga dengan kaum Melayu. Permainan Tradisionan kaum
Melayu adalah unik dan juga klasik dari segi cara permainanannya. Antaranya ialah

batu

seremban, gasing, sepak raga, wau, congkak, galah panjang,teng teng, sepak bulu ayam dan
sebagainya. Permainan ini masih dimain oleh kaum Melayu yang tinggal di kampung.

2.3.9 Adat Resam Orang Melayu


Adat resam adalah pegangan tegas atau undang-undang tidak bertulis yang menjadi
panduan dan diwarisi secara turun-temurun untuk kehidupan yang selesa. Setiap kaum
mengamalkan pelbagai adat resam yang tersendiiri dan juga unik. Jika dikaji, setiap adat resam
yang diikutinye, mempunyai sejarah atau latar belakang penggunaannya. Adat resam kaum
Melayu juga mempunyai sebab atau sejarah penggunaannya. Adat resam kaum Melayu juga
dipercayai dibawa dari tanah Hindi (india) dan seterusnya dipengaruhi oleh agama islam di
rantau Asia. Antara adat resam kaum Melayu yang diamalkan sehingga hari ini adalah seperti,
adat resam sewaktu mengandung, sewaktu bersalin, selepas bersalin, semasa kematian, adat
sewaktu puasa dan sebagainya.
9

2.3.9.1 Sewaktu Mengandung


Adat yang diikuti semasa mengandung dipanggil, adat melenggang perut atau kirim
perut. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan
berusia dalam

lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk

membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin
dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perutnya.

2.3.9.2 Sewaktu bersalin


Persediaan untuk bersalin akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut
kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Adakalanya
tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil
bunting kerbau. Mengikut kepercayaan daun mengkuang berduri akan digantung di bawah
rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang
hendak bersalin tadi bagi mengelakan gangguan makhluk halus. Seterusnya, upacara Azan
atupun Qamat akan diadakan. Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah
telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi
tersebut akan melakukan upacara ini.

2.3.9.3 Selepas Bersalin


Selepas bersalin adat tanggal pusat atau cuci lantai akan dilangsungkan. Di sesetengah
tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak
boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari
Isnin atau Khamis. Seterusnya adat Bersunat atau Berkhatan akan diadakan. Adat bersunat
bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas
dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini
sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan.
Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan
ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh
Tok Mudim.

10

2.3.9.4 Sewaktu kematian


Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan.
Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat
dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Mayat perempuan akan
dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu
mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri.
Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain
putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita
pula sebanyak lima lapis beserta telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh
kapur barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan
mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat
seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.

Seterusnya Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda, seorang wakil atau waris
si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika
selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan
meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan
ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati. Selepas itu jenazah akan
dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan.

Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita
kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan
yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam. Sebelum
ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup
keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala. Kepala mayat akan
disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya, barulah
keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga
tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin
akan dijalankan oleh tok imam. Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas
kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis.Kemudian bunga
rampai pula ditabur

11

2.3.10 Pantang Larang Kaum Melayu


Pantang larang amat diperlukan dalam mendidik manusia agar lebih berdisiplin dan
bermoral dalam kehidupan seharian. Pantang larang juga dapat mempengaruhi kehidupan iaitu
dengan menwujudkan persaudaraan yang erat serta hidup yang berperaturan. Ia juga dapat
mewujudkan kehidupan manusia yang sempurna dalam melakukan sesuatu hal. Bagi kaum
Melayu pula, terdapat beberapa pantang larang yang diikuti sehingga hari ini.

2.3.10.1Pantang Larang bagi Wanita yang hamil


Wanita yang sedang hamil juga tidak boleh menganiaya binatang ataupun sengaja
menyakitinya. Apabila wanita yang sedang hamil tersebut atau suaminya melakukan hal itu,
maka anak yang dikandungnya kelak jika sudah lahir akan cacat. Sebagai mana ayah atau
ibunya menganiaya binatang tersebut. Jika binatang yang di aniayanya mengalami buta, cacat
pada anggota tubuh, atau luka pada bagian tubuh, maka anak yang lahir juga akan
menyerupainya. Selain terdapat banyak lagi pantang larang bagi wanita hamil. Antaranya, ialah
seperti berikut.

Tidak boleh makan sambal dalam lesung batu, karana kelak jika anaknya lahir maka
bibir anaknya akan tebal seperti permukaan lesung batu tersebut.
Tidak boleh membelit handuk di leher, kelak jika lahir tali pusat anak terbilit.
Tidak boleh makan dalam mangkuk, kelak anak kuat makan.
Tidak boleh duduk di tengah pintu, kelak sulit dalam melahirkan anak
Tidak boleh banyak tidur siang, kelak anak besar di dalam perut.
Tidak boleh banyak menangis, nanti anaknya menjadi cengeng.
Tidak boleh berbohong, kelak kepala anaknya akan menjadi besar.
Tidak boleh malas, kelak anaknya kemayu/gemulai.

Seterusnya, terdapat beberapa pantang larang bagi anak muda dan juga orang tua.
Bagi orang muda antaranya adalah seperi yang berikut.
Bagi anak yang masih muda, tidak boleh makan piringnya di letakkan ditelapak tangan,
kelak cita-citanya tidak tercapai.
Tidak boleh duduk termenung di depan pintu, nanti ditinggal orang yang disayang.
Tidak boleh memotong kuku pada petang/malam hari, kelak pendek umur.
12

jika tidak mencicipi makanan yang ditawarkan kelak bahaya akan menunggu, atau istilah
dalam bahasa melayu disebut kempunan.
Tidak boleh makan tebu pada petang/malam hari, kelak mati ibu.
Tidak boleh duduk menongkat dagu, kelak sedih berkepanjangan.
Tidak boleh membuang nasi, kelak nasi menangis dan rezeki susah mau datang.
Anak gadis tidak boleh memasak sambil bernyanyi, kelak mendapat suami tua.
Tidak boleh makan dalam kuali/periuk, kelak jika menjadi pngantin wajahnya lebam/tidak
berseri.
Tidak boleh makan duduk di pintu, nanti ruang lamaran di ambil semua.
Pantang larang seperi ini amat dipercayai sehingga hari ini oleh Kaum Melayu. Sekiranya
dikaji, setiap pantang larang ini mempunyai sejarah yang mendalam.

2.3.11 Perayaan Kaum Melayu


Perayaan kaum Melayu di Malaysia, merupakan satu perayaan umum bagi seluruh
warganegara Malaysia. Hal ini kerana, perayaan kaum melayu turut disertai oleh semua kaum
tanpa mengiri bangsa dan agama. Perayaan utama kaum Melayu dikenali sebagai Hari Raya
Aidilfitri. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan.
Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan
sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran.
Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.
Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung. Pada hari
Raya, semua kaum India dan kaum China akan mengunjungi rumah kawan atan jiran mereka
yang beragama islam.

2.3.12 Seni Pertahanan Diri


Seni pertahanan diri merupakan suatu seni yang amat penting bagi setiap individu untuk
mempetahankan diri pada masa tertentu. Setiap pertahanan diri mempunyai sejarah bagi
penemuannya. Di Malaysia, setiap kaum mempunyai seni pertahanan diri yang khusus. Bagi kaum
Melayu, seni perttahanan dirinya dipanggil, seni Silat. Seni Silat ini diamalkan sejak berkurun yang
lampau.. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar
jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu. Antara
senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit,
parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang.
13

Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau
tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni
pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. Seni tari yang halus ini
memungkinkan

ia

digunakan

sebagai

persembahan

dalam

sesuatu

majlis

keramaian.Kemahiran sila ini adalah penting untuk mempertahankan diri pada masa tertentu

14

Kesimpulan
Di Malaysia, walaupun, setiap kaum di Malaysia berbeza dari segi budaya, tetapi sikap
toleransi antara kaum merupakan satu kekuatan Malaysia. Sikap ini bukan sahaja menentukan
keamanan dan keharmonian negara malah ia juga menjadi garis panduan bagi kemajuan Negara.
Kepelbagaian budaya di negara kita merupakan satu ciri unik yang tidak boleh didapati di mana
mana negara di dunia ini.

Kesimpulannya, Jika kepelbagaian etnik ini tidak ditangani dengan baik, maka ia akan
menimbulkan pelbagai masalah seperti, jurang sosial dalam masyarakat, masalah menyesuaikan
diri dengan budaya masyarakat yang berbeza, bersikap prasangka sesama ahli masyarakat dan
sebagainya. Hal ini akan mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri dalam setiap kaum. Oleh itu,
setiap individu di Malaysia perlu sedar akan kepentingan budaya kaum-kaum yang lain terdapat di
Malaysia.

Kesedaran ini adalah penting untuk menjamin kestabilan dan keamanan Negara. Pencapaian
sesebuah Negara bukan sahaja bergantung pada kestabilan ekonomi sebaliknya keamanan dan
keharmonian antara masyarakat juga adalah penting. Demi mementingkan pencapaian Negara,
setiap warganegara Malaysia perlu menghormati budaya masyarakat yang lain di Malaysia Dan
pendedahan awal tentang kepelbagaian budaya ini harus diberikan pada anak-anak yang akan
menjadi tulang belakang Negara pada masa yang akan datang.

15

Refleksi
Dalam proses pembuatan kerja kursus ini, saya telah mendapati pelbagai idea, konsep,
pengajaran serta pembelajaran. Pertama sekali, saya berasa amat bangga sebagai warganegara
Malaysia. Malaysia merupakan satu- satu negaranya di mana, rakyatnya berbilang kaum yang dapat
hidup bersama secara aman dan harmoni. Sebelum dan selepas kemerdekaan tiga kaum utam di
Malaysia iaitu, Melayu, India, dan China dapat bertoleransi antara satu sama lain walaupun, asal
usulnya yang berbeza.
Sewaktu membuat kerja kursus ini, telah telah pun mengkaji, budaya kaum Majoriti di
Malaysia iaitu, kaum Melayu. Budaya kaum Melayu amat berbeza berbanding dengan kaum yang
lain di Malaysia. Budaya kaum Melayu telah dikaji dari segi konsep agama, bahasa, kepercayaan,
pantang larang, makanan tradisional, pakaian tradisional, tarian dan alat muzik tradisional dan
perayaan.
Seterusnya dalam proses pengumpulan maklumat bagi kerja kursus in, telah pun mengalami
beberapa kekeliruan. Antaranya ialah, dari segi konsep bangsa Melayu. Setelah menganalis semua
data yang didapati, saya telah pun memilih konsep yang dipersetujui oleh tokoh-tokoh dengan
majoritinya. Segala kesulitan dan kekeliruan dalam proses pembuatan, kerja kursu ini, dianggap
sebagai pengalamannya.
Sepanjang proses pembuatan kerja kursus, saya mendapati pelbagai maklumat tentang kaum
Melayu yang baru dan unik. Saya mendapati budaya kaum Melayu adalah menarik berbeza. Dalam
proses pengumpulan maklumat saya telah menggunakan beberapa kaedah. Antaranya adalah
seperti, penggunaan buku, kaedah temu ramah dengan rakan yang berbangsa melayu dan
penggunaan beberapa laman web. Semua kaedah ini membantu saya memahami budaya kaum
Melayu dengan terperinci.
Pada akhir proses kerja kursus ini, saya berasa bangga kerana walaupun, berbangsa lain,
tetapi saya dapat mengetahui budaya kaum Melayu yang unik dengan terperinci. Di sini saya ingin
berterima kasih kepada pensyarah saya yang telah membantu saya dari segi ideanya.

16

Anda mungkin juga menyukai