Anda di halaman 1dari 6

AJ20303

SEJARAH KOLONISASI PASIFIK


NAMA PENSYARAH : DR. BASZLEY BEE
NAMA PELAJAR : NUR HUDA MAISARAH ALI NAPIAH
NO MATRIKS : BA21110315
TAHUN :2
SEMESTER : 1 – 2022/2023
Migrasi bermaksud perpindahan penduduk dari suatu wilayah ke wilayah yang lain sama ada
dari desa ke desa, desa ke kota atau bandar, bandar-ke bandar dan negara ke negara yang mana
dilakukan oleh seseorang individu ataupun sekelompok masyarakat dengan niat menetap ataupun
tidak menetap disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. 1 Selain itu, migrasi juga boleh didefinisikan
sebagai pergerakan, perpindahan atau penghijrahan penduduk dari suatu tempat ke satu tempat yang
lain sama ada merentasi sempadan antarabangsa mahupun sempadan negeri.2 Tambahan lagi,
terdapat tujuh hukum Ravenstein yang telah disentuh dalam teori migrasi ini iaitu migran biasanya
akan memilih kawasa yang maju untuk berhijrah, penduduk dari kawasan desa lebih gemar berhijrah
berbanding dengan penduduk dari kawasan bandar, wujud arah aliran migrasi bertentangan dengan
migrasi masuk iaitu migrasi luar, golongan wanita biasanya membuat keputusan untuk berhijrah
dalam jarak yang dekat, berlakunya gantian penduduk dan lebih kepada memperbaiki taraf hidup,
rebalan bandar disebabkan oleh penghijrahan penduduk dari kawasan desa yang berhampiran dan
perindustrian dan kemajuan teknologi di sesebuah kawasan menarik minat penduduk untuk
bermigrasi. 3

Masyarakat maori merujuk kepada sebuah bangsa Polinesia yang terdapat di New Zealand
yang mana mengamalkan budaya dan bahasa mereka yang tersendiri. Ada juga yang menyatakan
bahawa Maori berkemungkinan berasal dari Polinesia Timur yang mana berhampiran kepulauan
masyarakat dan bahagian Selatan kepulauan Cook.4 Menurut dalam lagenda-lagenda Maori terdahulu,
tanah air kaum Maori disebut sebagai Hawaiki yang mana bersifat separa-mitos. Tambahan lagi, ianya
juga dikisahkan sebagai suatu tempat kediaman para dewa dan juga merupakan sebuah tempat
kembalinya manusia sesudah meninggal dunia. Menurut bahasa maori sendiri, istilah maori boleh
didefinisikan sebagai normal, semula jadi dan biasa. Tambahan lagi, istilah maori ini sendiri merujuk
kepada semangat ‘wairua’ yang mena istilah ini didapati daripada cerita lagenda-lagenda dan tradisi
lisan. Manakala dalam bahasa inggeris, Maori pula didefinisikan sebagai asli ataupun asas. Terdapat
juga yang mengatakan bahawa masyarakat maori ini merupakan penduduk pribumi dan juga suku
bangsa asli yang pertama mendiami New Zealand. Negara New Zealand menubuhkan Jabatan Hal
Ehwal Orang Maori pada tahun 1947. Orang Eropah menyifatkan pahlawan Maori sebagai lelaki besar
walaupun wanita juga boleh menjadi pahlawan yang mana mereka mempunyai tatu yang menyeluruh
di seluruh bahagian muka. Masyarakat maori ini menetap di bahagian New Zealand terutamanya di
wilayah Pantai Timur. Tamabahan lagi, masyarakat maori berlabuh ataupun singgah di Hokianga
Harbour di Notrhland sekitar 1000 tahun yang dahulu. Masyarkat maori menyeberangi pasifik dengan
hanya memnafaatkan pada bintang dan juga arus laut sebagai petunjuk arah. Mayarakat maori tiba di
sebuah tempat yang diberi nama sebagai Aotearoa. Aetearoa merupakan nama selandia baru yang
mana menurut masyarakat maori menggelarkannya sebagai the land of the long white cloud yang
mana memberi maksud tanah awam putih yang bergerak. Setelah kelompok pertama menetap di
kawasan tersebut, ianya disusuli oleh kelompok-kelompok lain dari polinesia dan pada waktu
tersebutlah puncak migrasi sehingga pada tahun 1350 M. keberadaan masyarakat maori telah menarik
minat perhatian seorang ahli yang bernama James Cook yang mana merupakan orang Inggeris. James

1
Dian Ekawati, 2019. Migrasi dan Problematika Minoritas Muslim Thailand. HIKMAH, Vol. XV, No.1, 2019 – 51.
2
Nor Ermawati Hussain, Norehan Abdullah dan Hussin Abdullah, 2015. Hubungan Migrasi Dalaman dengan
Faktor-Faktor Penarik: Kajian Kes di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 49(2) 2015
3
Nor Ermawati Hussain, Norehan Abdullah dan Hussin Abdullah, 2015. Hubungan Migrasi Dalaman dengan
Faktor-Faktor Penarik: Kajian Kes di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 49(2) 2015
4
Amirzayyanid, 24 Ogos 2019. Maori – Kebudayaan Yang Kaya dan Mekar di Hujung Dunia.
Diperoleh daripada https://www.thepatriots.asia/maori-kebudayaan-yang-kaya-dan-mekar-
di-hujung-dunia/. Diakses pada 30 Disember 2022.
Cook tertarik dan mula melakukan pemerhatian terhadap masyarakat maori pada tahun 1768.
Pendatang eropah semakin banyak dari tahun ke tahun hingga akhirnya menimbulkan konflik antara
masyarakat maori yang mana sebagai tuan rumah dengan para pendatang yang baharu. Apabila
berlakunya konflik, ini menyebabkan kweujudan perjanjian yang dipanggil sebagai ‘The treaty of
Waitangi’ yang mana dipersetujui oleh masyarakat maori dan juga orang inggeris dan
penandatanganannya dilakukan di Teluk Pulak pada 6 Februari 1840.

Pada waktu ketibaan masyarakat Maori, New Zealand hanya diliputi oleh hutan-hutan yang
dihuni oleh haiwan-haiwan purbakala. Tambahan lagi, cuacanya yang sejuk berbanding di tanah air
Maori sendiri di Polinesia. Disebabkan oleh beberapa faktor berbeza antara New Zealand dengan
tanah airnya sendiri, Polinesia menyebabkan beberapa hasil tuaian ruji kau mini tidak dapat ataupun
sukar untuk di tanam di New Zealand. Sebagai contoh makanan ruji masyarakat tersebut adalah
seperti buah sukun, kelapa dan juga pisang. Penduduk atau penghuni-penghuni awal masyarakat
Maori ini menetap di sepanjang pantai dan masyarakat Maori juga telah menjalankan aktiviti seperti
berburu moa dan anjing laut. Selepas beberapa tahun kemudian, masyarakat Maori ini bepindah ke
ceruk hutan. Memang tidak dinafikan, kehadiran masyarakat maori ini telah memberi beberapa impak
kepada persekitaran alam sekitar New Zealand seperti kepupusan spesies burung moa dan helang
haas. Burung moa merupakan spesies burung purba raksasa yang tidak dapat terbang dan wujud di
bumi sekitar 18 juta tahun yang lalu. 5 Manakala burung helang haas pula ialah sejenis burung helang
yang terbesar yang mana pernah hidup dan antara pemangsa yang paling utama dalam ekosistemnya.
Tambahan lagi, burung ini tinggal di Pulau Selatan New Zealand dan biasanya diterima sebagai lagenda
Pouakai dalam bangsa Maori. Menjelang pada abad ke-18, masyarakat maori sememangnya sudah
menubuhkan atau mendirikan komuniti petani yang stabil di seluruh kawasan New Zealand dan juga
terbahagi kepada sejumlah puak ataupun nama lainnya iaitu ‘iwi’. Status yang paling tinggi dalam
masyarakat maori ini ialah pengetua dan diikuti oleh kelas awam dan akhir sekali adalah hamba.
Tambahan lagi, ‘tohunga’ adalah merupakan kelas sami ataupun dikenali sebagai golongan pakar
kadangkala juga dianggap memiliki kelas sosialnya yang tersendiri.

Pada awal kurun ke-19, masyarakat maori sememangnya telah menjalankan aktiviti
perladangan dengan orang Eropah. Terdapat beberapa barang penting orang Eropah bagi terhadap
masyarakat maori seperti khinzir dan juga kentang. Sebagai maklumat tambahan, ianya merupakan
makanan tradisi masyarakat maori dan juga ruji kepada masyarakat ini seperti kumara, pikopiko dan
juga karenga. Pada tahun 1840, New Zealand secara rasminya menjadi koloni British setelah Perjanjian
Waitango diwujudkan. Pada awalnya, memang tidak dinafikan bahawa masyarakat maori ini
menentang kepada kejadian tersebut, akan tetapi masyarakat maori terpaksa akur dan mula
kehilangan banyak wilayah-wilayah mereka dan terpaksa juga diserahkan ke tangan pendatang
Eropah yang baharu. Apabila mula masuk pada abad ke-20, masyarakat maori mula menghidupkan
atau memantapkan semuka kebudayaan masyarakat mereka dan juga mula berintegrasi ke dalam
masyarakat Pakeha tanpa mengabaikan warisan kebudayaan mereka sendiri. Masyarakat Pakeha
merupakan orang berkulit putih Eropah. Anggaran masyarakat maori pada masa tersebuat adalah
kira-kira 500 000 orang. Kebanyakkan masyarakat maori pada masa tersebut mula tinggal di kawasan-
kawasan yang bandar. Tambahan lagi, masyarakat maori ini mula menjalankan gerakan mereka pada
awal kurun ke-20 yang mana adalah bertujuan untuk menghidupkan semula dan memelihara

5
Resti, Ogos 2022. Burung Moa, Hewan Purba Raksasa yang Fosilnya Ditemukan di Selandia Baru.
Diperoleh daripada https://www.dailysia.com/burung-moa-hewan-purba-raksasa-yang-
fosilnya-ditemukan-di-selandia-baru/
kebudayaan masyarakat mereka iaitu maori. Seterusnya, kesenian masyarakat maori in dari aspek
bahasa dan tradisi lisan teru mekar hingga ke hari ini serta mekar disamping gaya hidup pakeha. Apa
yang dimaksudkan adalah tradisi merek ini sudah mula berkembang dan sentiasa diguna pakai dalam
masyarakat mereka sendiri serta masyarakat pakeha.

Masyarakat maori sememangnya mempunyai banyak konsep sosial, metafizikal dan


kepercayaan yang mirip dengan kumpulan masyarakat Polinesia yang lain. Antara konsepnya adalah
seperti ‘mana’ dan juga ‘tapu’. ‘mana’ merupakan suatu konsep kazing yang dikongsikan di seluruh
Ocenia dan juga New Zealand. Tambahan lagi, konsep ‘mana’ ini dalam tradisi masyarakat maori itu
snediri berkait rapat dengan prestij dan autoritis. Pada zaman terdahulu kala, amaun ‘mana’ yang
besar adaah dimiliki oleh orang-orng yang berstatus tinggi seperti para pembesar dan tohunga
masyarakat maori. Seperti yang telah dinyatakan tohungan bermaksud golongan kelas sami.
Tambahan lagi, ‘mana’ merujuk kepada kuasa, intipati atau kehadiran yang luar biasa dan terpakai
pada tenaga dan kehadiran alam semula jadi.6 Manakala ‘tapu’ pula boleh didefinisikan sebagai
keramat yang mana objek atau manusia yang tapu dianggap sebagai suatu yang terpilih dan ianya
tidak tebuka kepada semua orang. Melainkan hanya kepada beberapa individu tertentu seperti
tohunga. Sebagai ringkasan, ianya boleh difahamkan sebagai anugerah yang di berikan kepada
seseorang individu yang mana tidak semua golongan masyarakat dapat seperti mana orang tersebut
dapat. ‘tapu’ juga boleh dikatakan sebagai sekatan, disiplin dan komitmen tertentu perlu berlaku jika
mana yang diinginkan dalam bentuk fizikal seperti pada seseorang atau objek. 7

Kepercayaan mayarakat maori adalah bersifat politeisma yang mana masyarakat ini
mempercayai bahawa dunia ini diciptakan oleh para dewa ataupun atua. Tambahan lagi, selain
daripada dewata-dewata umum, patreon masyarakat maori juga melibatkan dewa bapa langit, dewi
ibubumi, dewa hutan dan dewa peperangan. Selain daripada itu, tane di dewa hutan merupakan
peranan penting dalam penciptaan manusia. Masyarakat maori oercaya bahawa tane si dewa hutan
ini merupakan penciptan manusia yang pertama. Tohunga pula bertanggungjawab untuk menjadi
medium ataupun orang perantaraan di mana atua dan roh-roh orang yang sudah mati dapat
berkomunikasi dengan dunia nyata manusia yang masih hidup. Selain itu juga, pada era kolonial,
kebanyakan masyarakat maori menganut agama Kristian ataupun lebih spesifik sebahagian daripada
masyarakat maori memeluk agama Nasrani. Apabila masuk pada abad ke-19, sejumlah besar maori-
kristian ini memanfaatkan kepercayaan mereka ini sebagai justifikasi atau kekuatan untuk menentang
pentadbiran pihak British. Walaupun pihak British telah menganut agama mereka iaitu agama Kristian
akan tetapi merek tetap juga di anggap sebagai penceroboh kerana menceroboh tanah pusaka
mereka. Kebanyakan masyarakat maori-kristian adalah sebahagian daripada tradisi Aglican pada zama
kini. Tambahan lagi, bukan sahaja maori-kristian tetapi terdapat juga maori-methodist dan juga maori-
katholik.

Terdapat pelbagai jenis tradisi kesenian dalam masyarakat maori seperti menganyam,
memahat, mencacah tatu, menari dan juga menyanyi. Akan tetapi terdapat sejeni hasil seni yang
paling penting dalam masyarakat maori adalah seni pencacahan tatu ataupun dikenali sebagai ta
moko. Tatu ini sebenarnya dipakai oleh lelaki dan wanita masyarakat maori dan pencacahan tatu pada
diri menjadikan kita dianggap sebagai seorang yang kuat dan menarik di mata orang lain.
tambahannya lagi, di kalangan lelaki, kebiasaannya pencacahan tatu adalah di bahagian wajah,

6
Lisa Wilson, 6 Julai 2019. Mana, Tapu, Mauri. Diperoleh daripada
https://natureonmymind.home.blog/2019/07/06/mana-tapu-mauri/ . Diakses pada 24 Disember 2022.
7
Lisa Wilson, 6 Julai 2019. Mana, Tapu, Mauri. Diperoleh daripada
https://natureonmymind.home.blog/2019/07/06/mana-tapu-mauri/ . Diakses pada 24 Disember 2022.
punggung dan kaki manakala wanita dicacah tati di bahagian dagu dan ada juga di bahagian bibir. 8
tatu yang dicacah pada masyarakat maori ini adalah terdiri daripada corak berlingkar yang mana
dicacah pada alur ataupun parut pada kulit. Ta moko adalah berasal dari tradisi ratapan yang mana
menjadi kayu ukur kepada status seseorang individu. Seperti yang telah dinyatakan tadi, sekiranya
seseorang itu membuat tatu, ianya dianggap kuat dan juga menarik pada pandangan orang luar. Pada
asalnya, pahat untuk membuat tatu adalah diperbuat daripada tulang burung dan seterusnya ia
digantikan dengan pahat logam setelah kedatangan ataupun ketibaan masyarakat eropah. Apabila
menjelang zaman perang dunia pertama, pemahat yang diganti kan dari tulang burung ke pahat logam
terus beralih kepada jarum yang mana lebih memudahkan lagi pembuataan tatu.

Terdapat beberapa dapatan mengenai ciri-ciri bagi masyarakat maori adalah seperti mirip
dengan orang polinesia, masyarakat maori juga mengalami perkahwinan silang dengan bangsa
melanisia dan juga rambut mereka kebanyakkannya adalah kerinting, bibirnya tebal dan juga hidup
pemek. Selain daripada itu, masyarkat maori mempunyai rumah adatnya yang tersendiri yang mana
dinamakan sebagai Marae. Rumah adat masyarakat maori ini berbentuk lahan dan bangunannya
diukir dan diberikan pagar pembatas di bahagian hadapan. Sebagai maklumat tambahan, rumah adat
masyarakat maori biasanya terbuka dibahagian hadapan dan agak lebar. Selain itu, rumah marae
masyarakat maori ini sememangnya di perutukkan untuk acara-acara pertemuan, keraian,
penyambutan acaea sacral dan lain-lain. acaa sakaral merupaka sesuatu yang berkaitan dengan
upacara suci iaitu berunsurkan magis yang mana akan menyentuh jiwa atau semnagat pendukungnya.
Secara kesimpulannya, semangat yang ada pada masyarakat maori haruslah dijadikan contoh kepada
masyarakat kita kini. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat maori berhabis-habisan dalam
memperjuangkan hak mereka walaupun terdapat penceroboh-penceroboh yang cuba untuk
menceroboh tanah pusaka mereka. Selain daripada itu, masyarakat maori mempunyai keunikannya
yang tersendiri seperti pengukiran tatu yang mana melambangkan kekuatan seorang pahlawan untuk
menakutkan pihak musuh. Seterusnya adalah unik dari bidang memanfaatkan alam sekitar dalam
melakukan penghijrahan seperti memanfaatkan bintang dan juga arus laut yang mana dijadikan
petunjuk arah. Kepercayaan kaum maori juga semakin meluas dalam kalangan masyarakat di New
Zealand, walaupun pada awalnya, terdapat pelbagai rintangan akan tetapi tradisinya mula meluas dan
masih mekar sehingga ke hari ini.

RUJUKAN

Amirzayyanid, 24 Ogos 2019. Maori – Kebudayaan Yang Kaya dan Mekar di Hujung Dunia. Diperoleh
daripada https://www.thepatriots.asia/maori-kebudayaan-yang-kaya-dan-mekar-di-hujung-
dunia/. Diakses pada 30 Disember 2022.

Dian Ekawati, 2019. Migrasi dan Problematika Minoritas Muslim Thailand. HIKMAH, Vol. XV, No.1,
2019 – 51.

Lisa Wilson, 6 Julai 2019. Mana, Tapu, Mauri. Diperoleh daripada


https://natureonmymind.home.blog/2019/07/06/mana-tapu-mauri/ . Diakses pada 24
Disember 2022.

Nat Cherry. Tatu Maori, Sejarah Ringkas. Diperoleh daripada https://www.tatuantes.com/ms/tatu-


maori/ . diakses pada 25 Disember 2022.

8
Nat Cherry. Tatu Maori, Sejarah Ringkas. Diperoleh daripada https://www.tatuantes.com/ms/tatu-maori/ .
diakses pada 25 Disember 2022.
Nor Ermawati Hussain, Norehan Abdullah dan Hussin Abdullah, 2015. Hubungan Migrasi Dalaman
dengan Faktor-Faktor Penarik: Kajian Kes di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 49(2) 2015
121-133.

Resti, Ogos 2022. Burung Moa, Hewan Purba Raksasa yang Fosilnya Ditemukan di Selandia Baru.
Diperoleh daripada https://www.dailysia.com/burung-moa-hewan-purba-raksasa-yang-
fosilnya-ditemukan-di-selandia-baru/

Syifa, S.S. Suku Maori: Sejarah – Ciri dan Kebudayaannya. Diperoleh daripada
https://haloedukasi.com/suku-maori . Diakses pada 24 Disember 2022.

Anda mungkin juga menyukai