Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM MAULIDUR RASUL


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MADANG, SANDAKAN, SABAH
13 & 14 OKTOBER 2022M / 10 RABIUL AWAL 1443H

1.0 PENGENALAN

Maulidurrasul atau dikenali dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah merupakan
satu peristiwa penting bagi seluruh umat islam di dunia ini. Peristiwa kelahiran Nabi adalah
merupakan satu detik yang amat berharga kerana disitulah bermula sirah junjungan agung yang
membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kejahilan kepada kenyataan dan dari
kehinaan kepada kemasyhuran.

Setiap tahun umat islam menyambut hari kelahiran Nabi dengan pelbagai aktiviti yang
berfaedah untuk pembangunan jiwa dan iman bagi mengenang jasa Rasul yang tidak tertanding ini.
Ada yang menyambut dengan bacaan doa, solat hajat, bacaan ayat al-Quran seperti Yasin dan ada
juga yang berarak membawa sepanduk seterusnya berselawat ke atas Baginda dengan tujuan
memuliakan Rasul dan perjuangannya. Ini semua cuba diketengahkan bagi memberi mesej kepada
seluruh umat islam bahawa kelahiran Nabi adalah satu kemuliaan agama Islam.

Juteru itu, bagi menyambut seruan kasihkan Nabi membawa ke Syurga, Panitia Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab SK Sungai Madang berusaha untuk mengadakan Sambutan Maulidurrasul
pada tahun ini dengan hasrat mengemudi murid-murid ke arah Cintakan Rasul junjungan mulia.

2.0 MATLAMAT
2.1 Melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.2 Penglibatan semua murid Prasekolah dan tahun 1 hingga 6 secara keseluruhan agar
semua murid dapat menghayati program ini bersama-sama dengan mengingati nabi
dan mengikuti tatacara hidup, mengamalkan sunnah, mematuhi perkataan dan
perbuatan baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhan dan menjahui
larangannya.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menilai dan menghargai pengorbanan rasul junjungan dalam menyebarkan agama Islam.
3.2 Menanam sifat teladan sahsiah murid melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW
3.3 Melahirkan masyarakat berukhuwwah Islamiah dalam warga pendidik melalui konsep
perpaduan ummah dan akhlak mulia
3.4 Melahirkan generasi yang menjulang martabat Rasulullah sebagai tauladan dan ikutan
sepanjang zaman.

4.0 ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Sungai Madang, Sandakan, Sabah.

5.0 SASARAN

5.1 Guru-guru
5.2 Staf Sokongan
5.3 Murid-murid Tahun 1 hingga 6 SK Sungai Madang
6.0 TEMA

“Rasulullah Pemangkin Kesatuan Ummah”

7.0 TARIKH

13-14 Oktober 2022

8.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Sungai Madang, Sandakan, Sabah.

9.0 PENGISIAN PROGRAM

9.1 Taklimat
9.2 Perarakan maulidur rasul dan Selawat
9.3 Tazkirah maulidur rasul
9.4 Pertandingan bercerita
9.5 Kuiz (bertulis) dan Teka-teki (lisan)
9.6 Pertandingan mewarna
9.7 Bersurai

10.0 KEWANGAN

10.1 Sumber Kewangan


11.1.1 Panitia Pendidikan Islam

10.2 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH (RM)

1 Hadiah Pemenang

Kuiz Semarak Mahabbah


(Johan) RM 10.00 x 3 RM30.00
TAHAP 1 (N. Johan) RM 10.00 x 3 RM 30.00
(Ketiga) RM 10.00 x 3 RM30.00
(Tahun 1, 2 & 3)

TAHAP 2

(Tahun 4, 5 & 6) (Johan) RM 10.00 x 3 RM 30.00


(N. Johan) RM 10.00 x 3 RM 30.00
(Ketiga) RM 10.00 x 3 RM 30.00

Pertandingan bercerita
(terbuka)

Lelaki & Perempuan Sorang RM20.00 x 2 RM40.00


(L&P)
Jumlah RM220.00

2 Sepanduk:
Kain RM 5.00 x 4 RM 20.00
Cat RM15.00 x 4 Rm 60.00

Rm 80.00
Jumlah

3 Persembahan Kebudayaan:
Nasyid/Qasidah (Lelaki) RM30.00 Rm 60.00
Tarian (Perempuan) RM30.00

Rm 60.00
Jumlah
JUMLAH KESELURUHAN RM 360.00

12.0 JAWATANKUASA

12.1 Jawatankuasa Induk

Penasihat : Encik Hoh Ah Sin @ Ho Ah Sin


(Guru Besar SK Sungai Madang)
Pengerusi : Encik Sabtu bin Solehon
(GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Encik Sarju@Yunus bin Supardi
(GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Encik Hadi Hazmin bin Abdul Basid
(GPK Kokurikulum)
Penyelaras Program : Encik Wan Muhammad Anas Rahimi
Setiausaha : Encik Muhammad Ikmal bin Ikhsan
Bendahari : Puan Nur Hafiza binti Sainudin

12.2 Jawatankuasa Pelaksana

Juruacara Majlis : Puan Nur Hafiza Binti Sainudin


Juru Kamera : Encik Muhammad Ikmal Bin Ikhsan
PA Sistem dan Teknikal : Encik Hadi Hazmin Bin Abdul Basit
Persiapan Tempat : Encik Basri Bin Tukiman
Hadiah dan Cenderahati : Puan Nur Hafiza Binti Sainudin
Disiplin dan Keselamatan : Encik Sabtu Bin Solehon
Penilaian dan Penghakiman :

Kuiz Semarak Mahabah : Encik Basri Bin Tukiman


Rasul,pertandingan mewarna Encik Sarju@Yunus bin Supardi
dan persembahan murid Encik Wan Muhammad Anas Rahimi

13.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 Pagi : Berkumpul di Dewan terbuka sekolah


8.10 Pagi : Taklimat dan selawat
8.15 Pagi : Pegerakkan untuk perarakkan Maulidur Rasul
9.30 Pagi : Pertandingan bercerita sempena Maulidur rasul
10.00 Pagi : Rehat
10.45 Pagi : Kuiz Maulidur rasul (bertulis) dan teka-teki (lisan)
11.15 Pagi : Pertandingan Mewarna
12.00 T/hari: Bersurai

14.0 PENUTUP

Semoga dengan perpaduan ukhuwwah islamiah yang dijalin akan mengarahkan jalan
kecemerlangan dan kejayaan berterusan kepada usaha-usaha murni SK Sungai Madang dalam
membangun modal insan yang sempurna. Sesungguhnya kesempurnaan itu adalah milik Allah, maka
kepadanya jualah kita kembalikan segala perancangan yang dirancang agar ia mendapat keberkatan
dan redha Ilahi. Wassalam. Sekian terima kasih
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. …………………………….

(WAN MUHAMMADANAS RAHIMI BIN (SABTU BIN SOLEHON)


WAN MOHD ASRI) Guru Penolong Kanan Petadbiran
Penyelaras Sekolah Kebangsaan Sungai Madang.
Program Maulidur Rasul
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Sungai Madang.

Disahkan oleh,

…………………………………

(HOH AH SIN @ HO AH SIN)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Madang.

Anda mungkin juga menyukai