Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER KUNING

31920 KAMPAR
PERAK

KERTAS KERJA :
PENTAS
PENDAKWAH MUDA & MORAL
PERINGKAT SEKOLAH 2021

13 APRIL – 7 MEI 2021


KERTAS KERJA PROGRAM IHYA’ RAMADAN & MORAL
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER KUNING
31920 KAMPAR

PENDAHULUAN

Ramadan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang
berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk
mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran
pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan
Ramadan.

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap
sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang
ditimba melalui Program Ihya’ Ramadan 1442H ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila
menempuh alam kedewasaan kelak.

Selain itu, bagi murid yang bukan beragama Islam, penghayatan moral dan nilai murni juga
sangat penting untuk menjadikan seseorang itu cakna dan mempunyai perasaan empati dalam diri
terhadap manusia lain.

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu
perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-objektif yang dirancang.

TUJUAN

Tujuan Program Ihya’ Ramadan & Moral ini dijalankan adalah untuk:

1) Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2) Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang
berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
3) Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.

OBJEKTIF
Objektif Program Ihya’ Ramadan & Moral ini dijalankan adalah untuk:

1) Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.


2) Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa
mereka menyertai aktiviti.
3) Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
4) Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri
sendiri.

TARIKH

Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2021


13 April – 7 Mei 2021

TEMPAT

SK Ayer Kuning

KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 1-6 serta murid Pendidikan Khas

JAWATANKUASA INDUK

Seperti di Lampiran A

KEWANGAN

Seperti di Lampiran B
ATURCARA
Seperti di Lampiran C

PENUTUP

Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menghayati
dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan
amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari keredhaanNya
di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Disediakan oleh:

....................................
(EN. MUHAMMAD ZAIM SYAFIQ BIN MOHD ROSLAN)
Penyelaras Program Ihya’ Ramadan & Moral
SK Ayer Kuning

Disemak oleh:

....................................
(PN. NOR ASHIKIN BINTI GHAZALI)
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Ayer Kuning

Disahkan oleh:

.....................................
(EN. RAZMAN BIN OMAR)
Guru Besar
SK Ayer Kuning

LAMPIRAN A
JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi Induk : En. Razman bin Omar (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Pn. Nor Ashikin binti Ghazali (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Noor Kalbee binti Hassan (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Hjh Noor Asmah binti Mohd Ismail (PK Kokurikulum)
Penyelaras Program : En. Muhammad Zaim Syafiq bin Mohd Roslan
Bendahari : En. Mohd Azarul Hafiz bin Abdul Jalil

AJK PELAKSANA
Penyelaras & Hakim Pertandingan
Pertandingan Mewarna Ramadan En. Mohd Azarul Hafiz bin Abdul Jalil
Pertandingan Membuat Kad Raya Pn. Dalila binti Mahmud
Kuiz Info Ramadan En. Muhammad Farhan bin Samsudin
Pertandingan Azan (Lelaki) En. Muhammad Azmin bin Md Kambali
Pertandingan Hafazan (Perempuan) Pn. Nurul Hikmah binti Abdullah
Pertandingan Teka Silang Kata Moral Pn. Rafidah binti Yaakob
Pertandingan Bercerita Moral Pn. Norzatulshima binti Mohammad
Pertandingan Melukis Moral Pn. M. Aniza binti Mislan
AJK Hadiah
Pn. Hanisafinas binti Mohamad Husin
Pn. Syarifah Hanim binti Hussin
Pn. Rosni Binti Razali
En. Razman bin Hamzah@Daud
AJK Dokumentasi
En. Muhammad Zaim Syafiq bin Mohd Roslan

LAMPIRAN B
KEWANGAN
BIL KEPERLUAN AKTIVITI KOS

1. Hadiah Alat Tulis Pertandingan Mewarna Ramadan


Pertama x RM15 x 4 kelas = RM60
Kedua x RM12 x 4 kelas = RM48
Ketiga x RM10 x 4 kelas = RM40 RM148.00

2. Hadiah Alat Tulis Pertandingan Membuat Kad Raya


Pertama x RM15 x 4 kelas = RM60
Kedua x RM12 x 4 kelas = RM48
Ketiga x RM10 x 4 kelas = RM40 RM148.00

3. Hadiah Rehal Al-Quran Kuiz Info Ramadan


RM65 x 8 kelas = RM520 RM520.00

4. Hadiah Alat Tulis Pertandingan Azan Lelaki


Pertama x RM15 x 8 kelas = RM120
Kedua x RM12 x 8 kelas = RM96
Ketiga x RM10 x 8 kelas = RM80 RM296.00

5. Hadiah Alat Tulis Pertandingan Hafazan Perempuan


Pertama x RM15 x 8 kelas = RM120
Kedua x RM12 x 8 kelas = RM96
Ketiga x RM10 x 8 kelas = RM80 RM296.00

6. Hadiah Alat Tulis Pertandingan Teka Silang Kata Moral


Pertama x RM20
Kedua x RM18
Ketiga x RM15 RM53.00

7. Hadiah Alat Tulis Pertandingan Bercerita Moral


Pertama x RM20
Kedua x RM18
Ketiga x RM15 RM53.00

8. Hadiah Alat Tulis Pertandingan Melukis Moral


Pertama x RM20
Kedua x RM18
Ketiga x RM15 RM53.00

JUMLAH RM1567.00
JUMLAH KESELURUHAN RM1567.00

PENDAPATAN PERBELANJAAN
Bantuan Tambahan Pendidikan Islam / Moral Hadiah
RM1568.92 RM1567.00

JUMLAH: RM1568.92 JUMLAH: RM1567.00

LAMPIRAN C
ATURCARA PROGRAM

Hari/Tarikh Aktiviti
Rabu 21 April 2021 Pertandingan Mewarna Ramadan

Rabu 21 April 2021 Pertandingan Membuat Kad Raya

Khamis 22 April 2021 Kuiz Info Ramadan

Khamis 22 April 2021 Pertandingan Azan (Lelaki)

Khamis 22 April 2021 Pertandingan Hafazan (Perempuan)

Jumaat 23 April 2021 Pertandingan Teka Silang Kata Moral

Jumaat 23 April 2021 Pertandingan Bercerita Moral

Jumaat 23 April 2021 Pertandingan Melukis Moral

Anda mungkin juga menyukai