Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MENORA

KERTAS KERJA
IHYA’ RAMADHAN 1443H
PERINGKAT SEKOLAH
SK PADANG MENORA

TARIKH:
4 - 29 April 2022

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
&
PANITIA BAHASA ARAB
1.0 PENDAHULUAN

Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan oleh


umat Islam kerana bulan ini dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan Allah.
Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh
kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-
Nya yang berpuasa dan melakukan amal soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan
ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita
berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.

2.0 MATLAMAT

Bulan Ramadhan perlu dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amalan wajib dan
sunat agar kehadirannya dirasai. Matlamat akhir Ramadhan bagi melahirkan insan
yang bersih dari segi rohani dan jasmani melalui ibadah puasa dan amalan sunat
yang lain. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab SK Padang
Menora telah mengambil inisiatif sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk
menganjurkan program Ihya’ Ramadhan demi memastikan seluruh warga SK
Padang Menora dapat mengahayati dan berjaya merebut segala ganjaran yang
dijanjikan oleh Allah.

3.0 TARIKH / TEMPAT

Program Ihya’ Ramadhan Peringkat Sekolah SK Padang Menora akan dilaksanakan


seperti butiran berikut :

Tarikh : 4 April 2022 – 29 April 2022


Hari : Isnin hingga Jumaat
Tempat : SK Padang Menora

4.0 SASARAN

Semua murid dan guru Islam SK Padang Menora.

5.0 OBJEKTIF
2
5.1 Memberi kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan
Al-Mubarak.
5.2 Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan
amalan-amalan sunat yang lain.
5.3 Memberi peluang kepada warga sekolah menambahkan amal jariah.
5.4 Menggalakkan ibadah membaca Al-Quran dalam kalangan guru dan murid.
5.5 Menggalakkan murid mengetahui dan mengenali huruf-huruf hijaiyah yang
terdapat di dalam iqra’ 1 hingga 6.
5.6 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga SK Padang Menora, ibu
bapa dan masyarakat.

6.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)

OUTPUT 100% murid Islam SK Padang Menora mengambil bahagian


dalam aktiviti ini.
OUTCOME 100% murid Islam dapat mengaplikasikan amalan-amalan
sunat di bulan Ramadhan dalam kehidupan seharian.

7.0 SUMBER KEWANGAN

BBTP-Kegiatan Pendidikan Islam

BIL. PERKARA JUMLAH (RM) SUMBER


1. Bayaran Imam Dhuha,Khalifah Yaasin On 200.00 BBTP
Air, Bunting,Daie Celik Ramadhan PENDIDIKAN
Junior(Tazkirah On Air) ISLAM
2. Dokumentasi dan Buku Program - Sekolah

3. Hadiah kuiz Online , Pertandingan poster 800.00 BBTP


Tahap 2,Pertandingan Mewarna Tahap PENDIDIKAN
1,Hafazan Al Kahfi,Kuiz Online Semarak ISLAM
Jawi, saguhati khatam Al Quran
4. Penerbitan risalah/ lain-lain aktiviti - Sekolah

JUMLAH BESAR 1000.00

3
8.0 PERBELANJAAN

JUMLAH
BIL. PERKARA SUMBER
(RM)
1. Bayaran kepada Khalifah Yaasin Pagi On Air BBTP 50.00
10 X RM 5.00=RM50 PENDIDIKAN
ISLAM

2. Bayaran kepada Imam Dhuha BBTP 50.00


10 X RM 5.00=RM50 PENDIDIKAN
ISLAM
3. Backdrop, banner dan bunting BBTP 67.00
PENDIDIKAN
ISLAM
4. Bayaran kepada Daie Celik Rmadhan Junior BBTP 50.00
10 X RM 5.00=RM50 PENDIDIKAN
ISLAM

5. Majlis Khatam Al-Quran/ Saguhati Guru dan BBTP 360.00


Murid PENDIDIKAN
120 murid x RM3 ISLAM
6. Hadiah aktiviti kuiz Online(Terbuka) BBTP 30.00
30 hadiah x RM3.00 = RM30 PENDIDIKAN
ISLAM
7. Hadiah Pertandingan Melukis Poster BBTP
Ramadhan Tahap 2 PENDIDIKAN
Johan : RM5 x 9 = RM45 ISLAM 162
Naib Johan : RM4 x 9= RM36
Tempat ketiga: RM3 x 9 =RM27
Saguhati : RM 2 x 27 =54
8. Hadiah aktiviti kuiz Online Tahap 2(Google BBTP
Form ) PENDIDIKAN 150.00
50 hadiah x RM3.00 = RM150 ISLAM
9 Hadiah Pertandingan Hafazan Surah Al Kahfi BBTP
Johan : RM10 x 3= RM30 PENDIDIKAN 75.00
Naib Johan : RM7 x 3= RM21 ISLAM
Tempat ketiga: RM5 x 3 =RM15
Saguhati : RM 3 x 3 = RM 9

4
10 Hadiah Pertandingan Mewarna Ramadhan BBTP
Tahap 1 PENDIDIKAN
Johan : RM5 x 7 = RM35 ISLAM 126
Naib Johan : RM4 x 7 = RM28
Tempat ketiga: RM3 x 7 =RM21
Saguhati : RM 2 x 21 =42

JUMLAH 1120.00

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

9.1 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En Ashri Bin Abdullah


Naib Pengerusi 1 : Pn.Hafizoh Binti Abdul Wahab
Naib Pengerusi 2 : En.Zulkifli Bin Salleh
Naib Pengerusi 3 : En.Azman Bin Ismail

9.2 Jawatankuasa Kerja

Penyelaras : Pn.Zauyah Binti Hasan


Setiausaha : Cik Nor Ainun Binti Razak
Bendahari : Pn. Rafidah Binti Ismail
AJK :Pn.Noraniza Binti Abdul Rani
(Pertandingan Mewarna)
Pn.Najah Syakirah Binti Md Nayan
(Tabung Infak Ramadhan)
Pn.Noor Hayati Binti Wan Nek
(Pertandingan Poster Ramadhan)
Pn.Jalilah Binti Ahmad Hijazi
(Dokumentasi)
Cik Nor Ainun Binti Razak
(Hadiah)
Pn.Rodziah Binti Zainal Abidin
(Kuiz Online)
Pn.Siti Noor Jannah Binti Abd Gani
(Publisiti & Audio Grafik)
En.Mazlan Bin Baharum
(Hafazan Al Kahfi )
5
10.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Program Ihya’ Ramadhan akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan dengan


mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan iaitu tadarus Al-Quran murid tahap
2(tahun 4-6), guru dan kakitangan sekolah, Dai’e Muda, Kuiz Online,Kuiz Online
Semarak Jawi, Infaq 10sen sehari/Tabung infaq Ramadhan, Tazkirah Ramadhan,
Buletin Ramadhan, dan Solat Dhuha berjemaah.

10.1 Aktiviti-aktiviti Ihya’ Ramadhan


i. Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan
Program Ihya’ Ramadhan akan dilancarkan secara rasminya oleh
Tuan Guru Besar. Program ini bertujuan bagi menerangkan matlamat
dan objektif program ini dijalankan. Pelbagai aktiviti yang akan
dilaksanakan juga dimaklumkan kepada seluruh warga sekolah.
ii. Buletin Ramadhan
Edaran bercetak pelbagai maklumat tentang ibadah puasa. Risalah
akan diedarkan sebanyak dua kali sepanjang Ramadhan dengan
pengisian mengikut fasa, iaitu di awal Ramadhan dan di akhir
Ramadhan yang lebih memfokuskan kepada kelebihan berpuasa dan
persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri mengikut syariat Islam.
iii. Tabung Ramadhan
Program ini akan dilancarkan pada 1 Ramadhan. Terdapat 1 kotak
tabung yang akan dilancarkan iaitu JOM BERI 10 SEN. Program ini
ingin mendidik diri murid supaya rajin bersedekah walaupun nilainya
sedikit. Program ini juga dapat memberi peluang kepada guru, staf,
dan murid membuat sedekah jariah
Iv . Tadarus Al-Quran
Melalui program ini murid dan guru dibahagikan kepada kumpulan
kecil. Selain itu, program ini dibuat secara bergilir dengan aktiviti
yang lain semasa waktu rehat seramai 120 murid terlibat daripada
kalangan murid iaitu 60 murid tahun 5 dan 60 murid tahun 6.

6
iv. Daie’ Muda/Radio Islami
Wakil murid sebagai Daie’ Muda akan menyampaikan tazkirah
Ramadhan mengikut tajuk yang telah ditentukan. Program ini akan
berlangsung sebelum bacaan Yaasin di waktu pagi. Selain itu, program
ini juga akan diselitkan dengan “Radio Islami” sementara menunggu
ketibaan murid hadir ke kelas. Murid akan mendengar ceramah
ringkas melalui radio Islami semasa rehat.
v. Pertandingan Melukis Poster sempena Bulan Ramadhan
Program ini akan diadakan semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran
bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Program ini terbuka
kepada semua kelas tahap dua pada minggu kedua dalam bulan
Ramadhan.
vi. Imarah Dhuha
Murid dan guru akan solat dhuha berjemaah pada waktu rehat
berselang seli dengan program yang lain.Seramai 10 orang murid
terlibat sebagai imam daripada kalangan murid.
vii. Bacaan Yaasin On Air
akan diadakan pada setiap hari pada jam 7:15 pagi selepasnya
Tazkirah Daie Junior. Seramai 10 orang murid terlibat sebagai
khalifah yaasin daripada kalangan murid.

viii. Ceramah Nuzul Al-Quran dan Kuiz Ramadhan Online


Ceramah akan disampaikan oleh penceramah jemputan dan kuiz akan
diadakan secara online.
ix. Program Penyerahan Barang untuk Asnaf
Program ini dijalankan pada 1 Mei 2021 waktu pagi. Pelajar asnaf
yang menerima bantuan ini, ibu bapa di minta untuk hadir 1 Mei 2021
(Sabtu).
x. Penyampaian Sumbangan Duit Hari Raya
Hasil Tabung Infaq Ramadhan akan diagihkan kepada semua murid-
murid SK Padang Menora.

7
Disediakan Oleh, Disemak oleh,

……………………………………………….. ……………………………………………………
(NOR AINUN BT RAZAK) (ZAUYAH BINTI HASAN)
Setiausaha Ketua Panitia Pendidikan Islam
Program Ihya’ Ramadhan SK Padang Menora
SK Padang Menora

Disahkan Oleh,

………………………………………………..
(ASHRI BIN ABDULLAH )
Guru Besar
SK Padang Menora

Anda mungkin juga menyukai