Anda di halaman 1dari 3

Muhammad Zaim Syafiq bin Mohd Roslan / Unit K19

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA IV (PROGRAM ANAK ANGKAT 2013)

Pada 27-29 September yang lalu, seramai 44 mahasiswa dan mahasiswi Unit K11 dan K19 telah mengadakan Program Anak Angkat bersama penduduk Kampung Teluk Kecil, Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Program ini dipengerusikan oleh saya sendiri selaku Pengarah Program, dipimpin oleh En. Hanafi bin Ghazali sebagai Kem Komandan beserta beberapa orang lagi pensyarah dari Unit Kokurikulum serta dibimbing oleh mentor kami iaitu Ustazah Siti Juariah dan Puan Hadzrawiyah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana program 3 hari 2 malam kami ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Berkat dan hasil pertolongan dari semua pihak, kami mampu menganjurkan Program Anak Angkat ini dengan sebaik mungkin. Selaku Pengarah Program, juga mahasiswa IPG Kampus Ipoh yang terlibat secara langsung dalam projek ini, saya merasakan program ini bermanfaat untuk semua bakal guru khususnya. Program ini adalah satu program yang praktikal dan seharusnya diambil berat dan cakna oleh bakal pendidik. Program ini mendedahkan kami kepada situasi sebenar bermasyarakat dan inilah nilai tambah yang seharusnya ada pada bakal guru. Memandangkan ini adalah Program Anak Angkat kami yang pertama sepanjang berada di IPG, tentunya terdapat sedikit kekurangan dan kecacatan sepanjang perjalanan program kami ini. Saya sebagai Pengarah Projek, merasakan perkara ini perlu diambil cakna oleh kami semua dan sebagai rujukan dan motivasi untuk kami melakukan program yang lebih baik lagi pada masa yang akan datang. Antara refleksi yang dapat saya nukilkan di sini ialah, sebagai Pengarah Program, kita harus menjadi orang pertama yang terkehadapan dan mengetuai program dengan baik. Mungkin ada sedikit kesalahan saya yang menyebabkan Refleksi Bina Insan Guru Fasa IV (Program Anak Angkat)

Muhammad Zaim Syafiq bin Mohd Roslan / Unit K19


program tidak berjalan dengan teratur. Mesyuarat dan pembahagian tugasan perlu dibuat lebih awal, senarai semak barang perlu lengkap, pastikan anak buah berada dalam keadaan yang baik dan bersedia perlu diambil kira sebagai seorang ketua. Satu lagi perkara yang saya belajar di sini ialah, ketua tidak perlu buat semua kerja. Kita ada orang bawahan kita, maka serahkan tugasan dan amanah kepada mereka. Bukan kita sahaja yang perlu membuat semua kerja dan membiarkan rakan-rakan kita yang lain goyang kaki dan hanya menerima arahan dari kita sahaja. Seorang ketua yang baik mampu memberi arahan yang baik kepada ahlinya yang lain. Walaubagaimanapun, sebagai Pengarah Program, saya merasakan semua telah menjalankan tugas dengan baik. Alhamdulillah, aktiviti berjalan dengan jayanya, cuma mungkin terdapat sedikit kecacatan yang perlu dianalisis dan dibaiki. Sepanjang Program Anak Angkat ini berlangsung, saya merasakan ada satu ikatan yang erat antara kami. Walaupun kami berlainan unit, akan tetapi semasa berada di Pulau Pangkor, saya dapat merasakan kami adalah satu pasukan. Perkara inilah yang seharusnya diterapkan oleh guru-guru di sekolah nanti. Masingmasing tahu tugas masing-masing dan mereka tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan. Keluarga angkat di sini pun semuanya baik-baik dan peramah. Saya cukup berpuas hati dengan pengurusan pihak Kampung Teluk Kecil kerana apa sahaja perkara yang saya inginkan selaku Pengarah Program, akan cuba ditunaikan oleh mereka. Mungkin ada satu dua perkara yang masih lagi menghantui saya mengenai pengurusan di sana seperti pengurusan kewangan, makanan dan sebagainya. Sepanjang berada bersama dengan keluarga angkat, saya dapat rasakan mereka sebenarnya inginkan anak lagi. Ternyata mereka seorang yang penyayang dan sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada kami. Layanan mereka sangat baik dan makanan yang disediakan sangat banyak dan sedap. Cuma mungin, perasaan keibuan dari mereka sedikit kurang. Pada hemah saya, barangkali kerana mereka sudah mempunyai ramai anak angkat sebelum ini. Ada anak angkat mereka sebelum ini, pelajar dari universiti, luar negara, murid-murid sekolah dan sebagainya. Ini mungkin menyebabkan kasih anak angkat itu berbelah bahagi. Saya juga ada menerima beberapa berita dari kawan-kawan saya yang mengatakan Refleksi Bina Insan Guru Fasa IV (Program Anak Angkat)

Muhammad Zaim Syafiq bin Mohd Roslan / Unit K19


bahawa mereka tinggal di dalam satu chalet yang sangat besar dan cantik. Akan tetapi mereka tidak mendapat nikmat berkeluarga angkat kerana makanan dihantar oleh pembantu ibu angkat dan ibu angkat hanya melawat mereka sekejap-sekejap sahaja. Gamaknya, mungkin mak angkat mereka terlalu sibuk menguruskan perniagaannya. Secara keseluruhannya, kesemua aktiviti yang direncanakan dapat

dilaksanakan dengan baik. Cuma dari aspek pengurusan masa kami tewas! Kami akan perbaiki lagi perkara ini pada masa-masa yang akan datang. Saya bersyukur kerana rakan-rakan kumpulan ini semuanya hebat-hebat. Saya dibantu oleh penolong saya yang sentiasa memberikan idea dan saya juga dibantu oleh rakanrakan saya yang lain yang sememangnya sudah biasa mengendalikan programprogram besar. Akhir kata, terima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak kerana telah memberikan sumbangan kepada kami untuk menjayakan program ini, pihak IPG yang memberi peluang kepada kami untuk mengadakan Program Anak Angkat di Pulau Pangkor, En. Mohd Radzi, Penyelaras BIG yang lembut memberikan teguran dan cadangan, En. Hanafi, Kem Komandan yang sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada kami tanpa segan silu, kepada Ustazah Juariah dan Puan Hadzrawiyah yang sentiasa memperbetulkan kesalahan kami dan tidak lupa kepada Jawatankuasa Kampung Teluk Kecil yang sentiasa memberikan galakan dan sokongan kepada kami. Terima Kasih untuk semuanya.

Refleksi Bina Insan Guru Fasa IV (Program Anak Angkat)

Anda mungkin juga menyukai