Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PENGERUSI

Bagi Bina Insan Guru (BIG) fasa kedua 2014, Saya, Lim Guo Jing telah dilantik
sebagai pengerusi dan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang berat
untuk saya pikul dalam mengendalikan program ini. Walaubagaimanapun, saya telah
dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa serta bekerjasama dengan ahli-ahli biro yang sedia
ada terutamanya naib pengerusi, Bong Sook Jong yang amat memberi bantuan kepada
saya. Demi menjalankan program ini, terdapat lapan biro telah ditubuhkan. Dengan
tertubuhnya ahli-ahli jawatankuasa induk dan pelaksana ini, maka secara tidak
langsung proses menjayakan program tersebut menjadi lebih sistematik dan mudah.

Saya selaku pengerusi bagi program ini semestinya berharap agar program
tersebut akan dapat berjalan dengan lancar. Oleh itu, saya dan ahli-ahli jawatankuasa
yang lain telah mengambil langkah proaktif dalam soal pelantikan ahli-ahli biro bagi
program ini agar mereka yang dilantik ini dapat memberikan kerjasama dan komitmen
yang tinggi dalam menjayakan Program Bina Insan Gru ini. Saya amat mengambil berat
tentang pelantikan ahli-ahli biro ini. Hal ini demikian kerana, jika dalam kalangan ahli-
ahli biro ini tidak memiliki komitmen dan kerjasama yang tinggi, maka tidak mustahil
program tersebut dapat berlangsung dengan baik dan sempurna. Saya juga telah
mengadakan mesyuarat dengan ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli biro yang sedia
ada sebanyak empat kali perjumpaan bagi membincangkan berkaitan perjalanan
program pada hari itu. Semua biro diberi tunjuk ajar dan panduan untuk memastikan
mereka faham dan sedar tentang tugasan biro masing-masing supaya menjayakan
program tersebut. Seperti dalam hal peralatan, saya telah menulis satu senarai tentang
peralatan yang diperlukan supaya tidak tidak berlaku masalah peralatan tertinggal dan
terlupa membeli.

Saya juga bertanyakan tentang tindak balas daripada ketua bagi setiap biro
untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya berkaitan dengan program tersebut
agar proses perjalanannya senantiasa berjalan dan bergerak. Selain itu, alternatif lain
yang saya gunakan ialah saya akan berbincang masalah yang dihadapi dengan naib
pengerusi iaitu Bong Sook Jong dan kami akan pergi jumpa Encik Elias, Encik Idris dan
juga Puan Mariani untuk mendapatkan cara-cara supaya mengatasi masalah berkaitan
dengan program Bina Insan Guru ini. Saya berasa terharu dan berterima kasih sangat
kepada pensyarah kerana telah banyak membantu saya khususnya berkaitan dengan
proses perjalanan program tersebut serta memberi gambaran yang cukup jelas.

Selain itu, saya juga telah pergi ke kawasan perlaksanaan program kami iaitu
Rumah Anak Yatim Darul Aitam yang diletakkan di Alor Setar sebanyak 3 kali untuk
berbincang dengan pihak urusan supaya memastikan perjalanan program kami akan
dijalankan dengan lebih lancar pada hari yang ditetapkan.

Sebelum program Bina Insan Guru dijalankan, saya dengan semua ahli-ahli
program telah mengadakan mesyuarat yang terakhir untuk memastikan sekali lagi
bahawa semua perkara telah siap sedia untuk dilaksanakan dan semua ahli memahami
tangungjawab masing-masing semasa program dijalankan.

Program Bina Insan Guru ini dilangsungkan pada 23 August 2014, iaitu hari
Sabtu berjalan dengan lancarnya. Kami telah melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat
di Rumah Anak Yatim Darul Aitam yang terletak di Alor Setar, Kedah. Selain tu, kami
juga telah mengadakan satu ceramah pada waktu malam di Dewan Pulai B IPG
Kampus Perlis.
Program tersebut pada hari itu berjalan dengan cukup baik serta lancar
walaupun mempunyai sedikit perubahan dalam perancangan masa kami. Kami telah
bertolak pada 7.00 pagi dari astaka IPG Kampus Perlis dengan bus IPG yang telah
dimohon. Selepas kami sampai ke destinasi kami iaitu Rumah Anak Yatim Darul Aitam,
kami berkumpul di dewan untuk makan sarapan pagi kami dan membuat persediaan
sambil menunggu ketibaan kanak-kanak itu untuk melaksanakan aktiviti yang
seterusnya.
Kami telah memulakan aktiviti kami selepas kanak-kanak itusampai ke dewan.
Kami telah melaksanakan aktiviti senamrobik sebagai aktiviti pemanasan badan bagi
aktiviti seterusnya iaitu sukaneka. Ahli-ahli biro protokol dan biro aktiviti telah
melakukan senamrobik di hadapan sebagai pimpinan. Selepas itu, aktiviti sukaneka
telah dilaksanakan dengan corak secara stasen game. Kanak-kanak dibahagikan
kepada 4 kumpulan dan mereka akan bertanding untuk mendapatkan markah yang
tertinggi dalam setiap stesen. Kami berasa agak puas hati apabila kami nampak
senyuman kanak-kanak kerana dapat mengetahui bahawa mereka menikmati aktiviti-
aktiviti ang kami rancang. Satu majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-
pemenang bagi sukaneka tadi juga telah diadakan dalam dewan Rumah Anak Yatim
tersebut.
Seterusnya, kami memulakan tugasan utuma kami iaitu aktiviti bergotong-royong
di kawasan Rumah Anak Yatim tersebut. Sebelum kami memulakan aktiviti tersebut,
kami telah dimaklumkan bahawa kami dikehendaki menyelesaikan aktiviti kami dalam
masa yang lebih awal atas sebab pihak rumah anak yatim itu mempunyai urusan lagi
selepas aktiviti kami. Oleh yang demikian , kami telah membuat sedikit perubahan
dengan membahagikan lebih banyak kumpulan bagi menjalankan aktiviti gotong-royong
masing-masing supaya aktiviti tersebut akan diselesaikan pada masa yang lebih
singkat. Selepas aktiviti pada pagi itu selesai, semua biro menjalankan peranan mereka
dengan baik dengan memastikan kebersihan kawasan yang telah kami gunakan. Biro
peralatan turut menjalankan peranan mereka dengan baik bagi memastikan semua
peralatan yang telah diguna pakai dikumpul dan dikembalikan dalam keadaan baik.
Selepas itu, sesi bergambar beramai-ramai bersama dengan Encik Elias dan Encik Idris
turut diadakan pada pagi itu. Kemudian, kami pun bertolak balik ke IPG Kampus Perlis
dengan bus.
Pada waktu malam pula, satu ceramah telah diadakan di Dewan Pulai B IPG
Kampus Perlis. Penceramah kami iaitu Puan Jauriah MD. Azali telah memberi ceramah
kepada kami bertajuk Model Insan Guru. Beliau telah memberitahui kami bahawa
kepentingan seorang guru serta tanggungjawab dan kewajipan yang dipikul oleh
seseorang guru. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang ciri-ciri seorang guru yang
dapat menjadi role model bagi murid. Lebih-lebih lagi, bliau juga kongsikan pengalaman
beliau sebagai seorang pendidik dan cara untuk kami menjadi seorang guru yang baik
dan bertanggungjawab. Ceramah ini sememangnya amat berfaedah kepada kami
supaya kami dapat menjadi seorang pendidik yang cemerlang pada masa yang akan
datang.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa perancangan hinggalah perlaksanaan
program ini agak mencabar dan agak letih. Namun, kami berasa sangat puas hati
setelah menyelesaikan program ini dengan sempurna kerana kami telah mendapati
banyak pengetahuan yang baru tentang menganjurkan suatu program seperti program
khidmat masyarakat. Ini memanglah satu pengalaman yang sukar dilupai.
Saya meminta maaf kepada semua pihak sekiranya ada apa-apa yang
menyebabkan tidak seronok. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

................................................
(LIM GUO JING)
Pengerusi Program Bina Insan Guru Fasa 2/ 2014
PISMP PJ (B) Semester 2,
IPG Kampus Perlis.

Anda mungkin juga menyukai