Anda di halaman 1dari 19

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

3.0

Laporan Aktiviti] 3.1 Taklimat BIG

Taklimat Bina Insan Guru Pada 9 Mac 2011 bersamaan dengan hari Rabu, satu taklimat Bina Insan Guru telah diadakan di dewan kenangan pada jam 8.30 malam. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh peserta-peserta Bina Insan Guru siri 2 peringkat IPG Kampus Rajang seramai 83 orang yang terdiri daripada guru pelatih dari kumpulan PISMP Bahasa Melayu, Pemulihan Bahasa Melayu, Pemulihan Bahasa Cina dan Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2011. Taklimat tersebut telah dikendalikan oleh Encik Hadi Bin Abdul Ishak selaku penyelaras BIG dan Encik Adib Farhan Bin Sapian dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Secara keseluruhannya, pengisian taklimat tersebut berkisarkan mengenai perkara yang perlu diambil tindakan segera oleh peserta-peserta BIG siri 2 yang rata-ratanya akan menyertai bina insan guru buat pertama kalinya. Program BIG pertama kali bagi guru pelatih ini adalah berbentuk perkhemahan 4 hari dan 3 malam yang diadakan di PULAKO bermula 28 Mac 01 April 2011. Antara perkara yang menjadi topik taklimat tersebut ialah mengenai perjalanan perkhemahan tersebut secara ringkasnya. Turut didedahkan kepada peserta mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan pada perkhemahan tersebut seperti kembara hutan dan keyakinan air (waterconfident). Penyelaras BIG menasihati peserta untuk membawa pakaian yang perlu dan secukupnya serta diingatkan mengenai penggunaan telefon bimbit dan barang kemas dilarang. Sesi taklimat diteruskan lagi dengan pemberitahuan beberapa perkara yang memerlukan tindakan segera oleh peserta. Perkara tersebut meliputi aspek pakaian, organisasi kumpulan dan penggunaan buluh. Encik haid meminta peserta melakukan perjumpaaan dan perbincangan kumpulan setelah senarai nama mengikut kumpulan diedarkan pada esok hari. Setelah selesai memberi taklimat berkenaan, encik hadi memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk berbincang mengenai baju BIG. Perbincangan tersebut telah dikendalikan oleh saudara Mohd. Akmal Bin Abdul Kadir dari kelas Pendidikan Jasmani. Dalam perbincangan tersebut, saudara Yie Kii Bing, saudara Leo dan saudara Kang telah dijadikan V-GOOD CREW Page 9

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

model untuk pemilihan baju. Beberapa orang peserta juga mengutarakan pendapat mengenai pemilihan baju. Hasil perbincangan selama 40 minit

tersebut, saudara Yie Kii Bing telah ditugaskan untuk menguruskan pembelian baju tersebut, setiap peserta diminta untuk membayar RM20 sebagai deposit untuk membeli baju tersebut. Dengan berakhirnya perbincangan tersebut, maka berakhirlah sesi taklimat tersebut. Peserta pulang ke asrama dengan seribu macam perasaan berikutan banyak perkara yang perlu dilakukan sebelum dan selepas program BIG tersebut.

V-GOOD CREW

Page 10

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

3.2

Aktiviti Hari Pertama Selasa, 29 Mac 2011

Program Bina Insan Guru (BIG) telah bermula sejak pukul 7 pagi pada hari pertama aktiviti ini dijalankan. Semua peserta program dikehendaki berkumpul seawal jam 7 pagi di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPG Kampus Rajang. Bagi semua peserta, permulaan hari pertama dicacatkan dengan kelewatan para peserta berkumpul tepat pada waktunya yang menyebabkan pensyarah pembimbing kami, Encik Abdul Hadi Ishak telah memberikan amaran keras kepada kami untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Sekitar jam 7.30 pagi, semua pelajar siap sedia untuk menjalani program tersebut yang akan diadakan selama empat hari tiga malam. Program dimulakan dengan upacara pembukaan untuk program tersebut yang telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Mat Kamal Bin Abdul Majid. Setelah itu, taklimat ringkas telah disampaikan oleh pensyarah pembimbing program BIG iaitu Encik Abdul Hadi tentang aturcara program untuk hari pertama. Peserta juga telah dipecahkan kepada kumpulan masing-masing. Kumpulan kami merupakan kumpulan yang kelima daripada lapan kumpulan keseluruhannya. Nama kumpulan kami ialah V Good. Aktiviti yang juga penilaian pertama perlu kami lakukan adalah mendirikan gajet. Aktiviti ini dijalankan sekitar jam 10 pagi. Di sini, kami dapat melihat dan menilai sejauh mana kami mampu untuk bekerjasama bersama rakan-rakan yang lain. Ini juga merupakan pengalaman pertama kami dalam mendirikan gajet secara keseluruhannya. Secara tidak langsung, ianya merupakan cabaran yang sangat mencabar bagi kami terutamanya dalam memupuk keserasian dan persefahaman idea dalam mendirikan gajet ini. Aktiviti ini berjalan dengan lancar bagi kumpulan kami di mana semuanya menunjukkan kesungguhan dalam mempelajari perkara-perkara baru dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Memandangkan kebanyakan daripada kumpulan kami mendapat pengalaman pertama hasil daripada aktiviti ini, tidak hairanlah jika ianya memakan sedikit masa untuk disiapkan. Menjelang tengah hari, kami berehat seketika untuk makan tengah hari dalam kumpulan masing-masing. Makanan telah disediakan oleh ahli V-GOOD CREW Page 11

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

wanita dalam kumpulan masing-masing. Tetapi, bole.h dikatakan hampir 90 peratus gajet untuk kumpulan kami telah berjaya didirikan menjelang tengah hari tersebut. Setelah makan tengah hari, sekitar pukul 2 petang, kami bersama kumpulan-kumpulan yang lain berkumpul di dewan Pulako untuk menjalani Latihan Dalam kumpulan (LDK) 1. Ianya terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pertama dari jam 2 hingga jam 3 petang manakala sesi kedua bermula dari jam 3 hingga jam 4 petang. Program sebegini melatih kami untuk bijak dalam berkomunikasi sesama rakan dan menyampaikan idea masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mereka cipta sesuatu benda yang luar biasa mengikut daripada kaca mata para pensyarah pembimbing. Perkara yang memberikan cabaran di sini ialah kami perlu mereka cipta sesuatu itu dengan menggunakan beberapa helai potongan kertas yang telah disediakan. Apa yang dapat disimpulkan daripada aktiviti ini ialah kreativiti para peserta itu sendiri dapat dilihat dalam merencanakan idea-idea yang kreatif dan kritis seterusnya membantu ahli-ahli kumpulan yang lain untuk bersaing secara sihat dalam mengeluarkan idea masing-masing. Aktiviti itu berakhir sekitar jam 4 petang. Selepas itu, kami diarahkan pula untuk mendirikan khemah masing-masing dan menyiapkan gajet yang belum siap sepenuhnya. Untuk menjimatkan masa, kami membahagikan kumpulan kami kepada dua kumpulan kecil di mana satu kumpulan diarahkan untuk mendirikan khemah manakala kumpulan yang kedua ditugaskan untuk menyiapkan beberapa bahagian gajet yang belum selesai. Sambil

menyiapkan kerja-kerja itu, ahli perempuan kumpulan kami tidak lupa untuk menyediakan makanan untuk makan malam kelak. Aktiviti mendirikan khemah tidak menimbulkan masalah kepada kami kerana hampir semua ahli kumpulan kami mempunyai pengalaman dalam mendirikan khemah. Sekitar jam 5.30 petang, kami menggunakan masa itu untuk berehat, solat dan membersihkan diri. Selepas itu, kami makan malam dalam sekitar jam 6.30 petang dan seterusnya bagi aktiviti untuk kaum muslim ialah solat maghrib berjemaah dan mendengar tazkirah daripada Encik Amir manakala bagi non-muslim pula, mereka perlu menghadiri kelas moral yang dikendalikan oleh Encik K.Raja sehingga pukul 8 malam.

V-GOOD CREW

Page 12

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

Aktiviti terakhir pada hari pertama itu ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 2 yang bermula pada pukul 8 malam yang dikendalikan oleh Encik Abdul Hadi dan Encik Bekarang. Aktiviti ini lebih memberikan tumpuan kepada aspek dengar dan nilai di mana satu cerita dimainkan pada malam itu dan para peserta dikehendaki mendengar dan menilai cerita itu mengikut pandangan kumpulan masing-masing. Banyak perkara melucukan berlaku pada malam itu ketika setiap kumpulan membentangkan hasil pandangan mereka sendiri. Banyak perkongsian idea dapat dihasilkan pada malam itu dalam menilai pengakhiran cerita tersebut. Aktiviti itu tamat sekitar jam 11. Semua peserta dikehendaki mengawal keselamatan kawasan perkhemahan kami dengan membuat jadual kawalan bertugas mengikut shif masing-masing. Untuk pengetahuan, shif akan ditukar setiap satu jam berlalu. Kesimpulan yang dapat dibuat bagi kumpulan ini untuk hari yang pertama ialah kumpulan kami sangat mudah untuk mencipta keserasian dan yang paling penting, kami tidak lupa untuk saling hormatmenghormati antara satu sama lain dalam apa juga keadaan yang kami hadapi.

V-GOOD CREW

Page 13

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

3.3

Aktiviti Hari Kedua Rabu, 30 Mac 2011

Pada awal pagi ini, semua peserta BIG mengikut fasilitator berjogging ke quarters guru. Selepas itu, semua peserta berkumpul di depan pulako untuk tarian poco-poco dipimpin oleh beberapa orang peserta yang mahir dalam tarian pocopoco. Selepas mandi dan bersarapan, semua perserta BIG berkumpul di PULAKO untuk taklimat yang diberi oleh Encik Wong Siew Ping tentang penggunaan kompas dan peta semasa aktiviti kembara. Semua peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan dan dipimpin oleh seorang fasilitator. Betapa bertuahnya, fasilitator bagi kumpulan kami ialah Encik Mat Kamal. Selepas akhirnya taklimat Encik Wong, kami menyediakan makanan dan peralatan yang diperlukan dan bertolak ke destinasi bagi aktiviti kembara kali ini iaitu Jalan Skim B. Pada pukul 10.30 pagi, kami sampai ke destinasi dan memulakan perjalanan kami dengan jalan 200 langkah ke depan.

Disebabkan cara ahli kumpulan kami membaca bearing kurang tepat, kumpulan kami sesat dalam hutan dan hal ini menyebabkan kumpulan kami kumpulan yang terakhir keluar dari hutan. Walaubagaimanapun, bersyukurnya kami masih dapat mencari jalan keluar tanpa mengikut bearing.

V-GOOD CREW

Page 14

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

Gambar :Ahli kumpulan sedang memasak dan menebang dahan pokok.

Selepas kami pulang ke kampus dan mandi, peserta bukan Muslim menghadiri ke kelas moral manakala peserta Muslim bersolat di pulako selepas makan malam. Kelas moral dijalankan selama satu jam dan seterusnya kami menyertai aktiviti LDK. Antara aktiviti-aktiviti LDK yang dijalankan pada malam ini ialah mereka bentuk susunan paku, serahan oleh-oleh kepada fasilitator, dan sesi bercerita yang disampaikan oleh Encik Hadi. Sebaik sahaja Encik Hadi bercerita, setiap kumpulan diminta untuk membuat rumusan tentang kesudahan cerita tersebut.

Gambar : Ahli kumpulan tengah mereka bentuk susunan paku

Selain itu, hukuman ke atas peserta-peserta yang tidak menyusun selipar dengan teratur juga dijalankan pada malam tersebut. Peserta-peserta yang melakukan kesalahan dikenakan hukuman dengan menari di depan semua orang dan diminta untuk membuat pergerakan yang melucukan.

V-GOOD CREW

Page 15

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

3.4

Aktiviti Hari Ketiga Khamis, 31 Mac 2011

MASA PAGI 08.30 10.30

AKTIVITI Hari ini merupakan hari ketiga kami menjalani program BIG. Pada pukul 5.30 pagi, setelah kami menyiapkan diri pelajar muslim telah pergi ke dewan untuk solat subuh dan mengikuti kuliah subuh. Bagi mereka yang beragama selain dari agama Islam, mereka akan mengikuti kelas moral. Kuliah subuh pada pagi tersebut telah dikelola oleh tuan Amir, isi kuliah pada pagi tersebut menekankan tentang kewajipan sebagai seorang muslim dan seorang pelajar. Aktiviti ini telah membuatkan diri kami masing-masing sedar akan

tangungjawab kami dan ini juga meningkatkan lagi jati diri kami sebagai seorang pelajar. selepas aktiviti kuliah dan solat subuh kami telah pergi mengikuti aktiviti riadah. Aktiviti riadah dikelola oleh Tuan Adib Farhan. Dalam aktiviti ini, pelbagai jenis senaman telah kami pelajari Setiap kumpulan perlu mempersembahkan sebuah pergerakan senaman mengikut lagu yang akan diperdengarkan.

V-GOOD CREW

Page 16

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

Seterusnya, kami diminta untuk mengangkat paip pvc yang akan digunakan untuk aktiviti berakit. Selepas itu, kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan menjalani aktiviti berakit dahulu manakala satu kumpulan lagi akan menjalani aktiviti water confident.

Kumpulan kami telah menajalani aktiviti water confident terlebih dahulu. Sebelum kami menjalani aktivit tersebut, kami telah diberi penerangan oleh Tuan Ling Chung Yeo mengenai cara penggunaan jaket keselamatan.

V-GOOD CREW

Page 17

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

Tuan Ling telah mengajar kami dengan teknik asas renang.

Setelah menguasai teknik asas renang, kami semua diminta untuk membuat beberapa aktiviti seperti berenang bergantiganti, membuat bulatan dalam air dan sebagainya. Tuan Ling juga turut mengajar cara untuk menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tali.

Aktiviti di kolam renang berakhir kira-kira jam 12 tengahari. Semua peserta pulang ke khemah masing-masing untuk menguruskan diri, dan bersedia untuk aktiviti pada sebelah petang iaitu aktiviti berakit.

V-GOOD CREW

Page 18

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

PETANG Pada pukul 2 petang, kami berkumpul semula untuk mendapat taklimat tentang aktiviti berakit. Taklimat diberikan oleh Tuan Mat Kamal. Kami diberi masa sehingga pukul 3.45 petang untuk

menyiapkan rakit. kami telah bekerjasama dalam menyiapakan rakit. Semasa aktiviti ini kami telah belajar bagaimana untuk mengikat tali dan menyusun pvc untuk dijadikan rakit supaya seimbang.

Kira-kira pukul 4.30 petang, kami mula menurunkan rakit ke dalam kolam. kami telah berakit mengelilingi kolam. Setelah itu kami diminta untuk membuka semula rakit dan menyimpan barang yang telah digunakan. Selepas itu kami dibenarkan untuk pulang.

V-GOOD CREW

Page 19

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

MALAM - Persembahan Kumpulan Setiap kumpulan telah mencabut nombor giliran untuk membuat persembahan. Tema persembahan bagi setiap kumpulan adalah pendidikan. Berikut adalah persembahan-persembahan setiap kumpulan: i. Kumpulan Yin Yang: Teater muzikal Puteri Santubong

ii.

Kumpulan V-Good: Boria IPG

V-GOOD CREW

Page 20

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

iii.

Kumpulan Matahari: Teater

iv.

Kumpulan Excellent: Teater Muzikal

v.

Kumpulan Holistik: Teater Di Dalam Kapal Terbang

V-GOOD CREW

Page 21

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

vi.

Kumpulan COL: Teater,Dikir Barat dan tarian

vii.

Kumpulan Tarantula: Teater

Setiap kumpulan telah diberi markah oleh juri awam dan juri khas yang mana terdiri daripada barisan fasilatator dan para peserta. Setiap kumpulan juga telah memperoleh markah yang tinggi kerana persaingan yang hebat.

V-GOOD CREW

Page 22

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

Kembara Malam Kembara malam ini adalah bertujuan untuk membawa para peserta menikmati angin malam. Semua mata telah ditutup dengan kain. Peserta berjalan hanya dengan panduan tali yang telah disediakan.

Peserta Perempuan sedang bergerak berpandukan tali sambil menutup mata

Peserta Perempuan sedang bergerak berpandukan tali sambil menutup mata

V-GOOD CREW

Page 23

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

3.5

Aktiviti Hari Keempat dan Majlis Penutupan Jumaat, 1 April 2011

Hari terakhir, sekali lagi rutin harian kami dimulakan dengan aktiviti senaman pagi di dewan terbuka Pusat Kegiatan Kokurikulum (PULAKO) IPG Kampus Rajang. Senaman pagi kali ini dikendalikan oleh pelajar sendiri mengikut kumpulan. Selesai sahaja senaman pagi, kami semua mengadakan raptai bagi majlis penutupan yang akan diadakan pada tengah hari nanti. Seterusnya, kami diberikan masa untuk bersarapan pagi buat kali yang terakhir bersama-sama ahli kumpulan masingmasing. Selesai bersarapan, kami diberi masa untuk mempersiapkan diri untuk acara kemuncak iaitu majlis penutupan Bina Insan Guru. Sementara itu, kami juga mengambil kesempatan tersebut untuk mengemas tapak perkhemahan dan mengemas barang-barang bersiap sedia untuk pulang. Pada pukul 11.30, kami berkumpul di dewan terbuka untuk membuat refleksi dalam kumpulan. Melalui refleksi berkumpulan ini, kami berkesempatan

menzahirkan perasaan kami sepanjang program bina insan guru ini berlangsung. Selain itu, kami juga dapat meluahkan ketidakpuasan hati kami serta dapat mengetahui tentang pandangan orang lain terhadap baik dan buruknya pelaksanaan aktiviti Bina Insan Guru ini. Disamping itu juga ia juga dapat membantu dalam membuat penambahbaikan pada aktiviti di masa akan datang. Seterusnya, Majlis penutupan disempurnakan oleh pengarah IPG Kampus Rajang, En Raymond Gai Panting. Sepanjang majlis penutupan diadakan, banyak amanat yang disampaikan agar dapat menjadi pegangan para guru pelatih pada masa hadapan. Melalui program bina insan guru ini, semangat bersatu pada dalam kumpulan dapat dipupuk serta dapat membina keikraman sesama kami. Setelah selesai majlis penutupan, kami diberi masa untuk meruntuhkan gajet serta membersihkan kawasan kem. Pada pukul 1.30 petang kami pulang ke asrama.

V-GOOD CREW

Page 24

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

Semasa Majlis Penutupan

V-GOOD CREW

Page 25

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

Ahli Kumpulan V-GOOD

Gadget Kumpulan

V-GOOD CREW

Page 26

LAPORAN BIG SIRI 1

MAC 2011

Peserta Bina Insan Guru PISMP AMBILAN JANUARI 2011

V-GOOD CREW

Page 27

Anda mungkin juga menyukai