Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Program Bina Insan Guru (Khidmat Masyarakat)

Program Bina Insan Guru pada PISMP Semester 2 ini ialah Khidmat
Masyarakat. Kita harus mengadakan satu aktiviti dengan berkaitan dengan
khidmat masyarakat seperti gotong-royong, membantu orang atau kitar semula
dengan kita sendiri. Untuk melancarkan aktiviti, ahli jawatankuasa diperlukan.
Saya telah mendapat jawatan sebagai setiausaha. Ini merupakan kali pertama
saya sebagai setiausaha dan saya tahu kerja sebagai setiausaha dan naib
setiausaha memang banyak kerana kebanyakkan kertas kerja yang harus dibuat.
Saya telah bekerjasama dengan pengerusi dan ahli jawatankuasa untuk
melaksanakan kertas kerja dan laporan khidmat masyarakat ini.
Selepas perbincangan, kami membuat keputusan untuk menjalankan
program khidmat masyarakat kami dengan mengitar semula bahan-bahan yang
dapat dikitar semula di SK Taman Sri Yong Peng. Sebelum ini saya dan
setiausaha harus menyediakan kertas kerja untuk tutor dan pengarah kami untuk
sahkan supaya aktiviti dapat dikira sebagai bina insan guru.
Dalam proses membuat kertas kerja, kami haruslah menyemak lain kertas
kerja yang disediakan supaya semua ejaan dan penguna perkataan betul dan
juga nama pensyarah dan pengarah yang hendak mereka tandatangani. Selain
itu, kami harus menyatakan maklumat kewangan yang betul dan mudah
difahami. Kesalahan ini amat kami dipelajari.
Pada 7 Ogas 2011, kami betolak ke SK Taman Sri Yong Peng. Melalui
proses melaksanakan aktiviti BIG ini, kami dapat mengetahui kekuatan kami iaitu
semangat bekerjasama. Hal ini demikian kerana aktiviti ini akan menasa yang
agak panjang kerana melukis mural agar luas dan bilangan pelajar kelas kami
hanya 16 orang sahaja. Walaubagaimanapun, kami telah menyiapkan kerja kami
dalam masa yang agak singkat lagipun kami telah dipuji oleh tutor kami bahawa
semua dinding kosong telah kami lukiskan dengan cantik dan ceria. Ini
disebabkan dalam setiap kumpulan, ahlik kumpulan telah mengamalkan nilai
saling menolong antara satu sama lain tanpa mementingkan diri sendiri.

Perselisihan faham juga tidak berlaku disebabkan antara ahli kumpulan telah
mengamalkan nilai toleransi dan bersabar semasa menjalankan aktiviti BIG.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kami tidak menghadapi sebrang
masalah dalam proses menjalankan program BIG ini. Hal ini demikian kerana
kami telah bersiap sedia bagi program ini dan masing-masing mengamalkan nilai
murni yang baik seperti tepat masa memulakan program BIG dan sanggup
berkorban untuk meluangkan masa untuk menghadiri aktiviti ini tanpa
mempunyai sebarang ketidakpuas hatinya kerana kebanyakan guru pelatih
terpaksa menangguhkan masa mereka untuk balik ke rumah. Kadangkala,
memang tidak dapat dinafikan bahawa kami akan berasa agak tertekan semasa
meluangkan masa pada hari ahad untuk menjalankan aktiviti ini kerana dalam
masa yang sama kami seringkali memikirkan tugasan-tugasan yang tergendala.
Walaubagaimanapun, segera sahaja saya kikiskan perasaan yang sebegitu dan
berusaha untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya bersyukur dapat menyertai program yang berfaedah ini dan akan
menyertai lain jika ada peluang walaupun bukan sebagai program institut. Akhir
sekali, saya amat berterima kasih kepada tutor dan kawan-kawan saya dengan
bekerjasama dan berkasih sayang selama program ini dijalankan. Harap kaedah
ini dapat berterusan.

Anda mungkin juga menyukai