Anda di halaman 1dari 6

SKRIP KOLEKSI CERITA RAKYAT: BERUK TUNGGAL Watak: Raja, Puteri Sulung, Puteri Bongsu, Perempuan Tua, Beruk

Tunggal, Si Tikus, Orang Tua yang misteri, dan Si Pemuda Kacak. Tempat: Istana, Sawah Padi, hutan, gudang padi Di sebuah istana tinggal seorang raja yang amanah. Baginda mempunyai dua orang puteri, Puteri Sulung dan Puteri Bongsu. Pada suatu pagi, mereka telah bertemu di taman istana. Raja : Selamat pagi, anakanda. Puteri Sulung & : Selamat pagi, ayahanda! Puteri Bongsu Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk, tinggal seorang perempuan dan seekor beruk, namanya Beruk Tunggal. Perempuan Tua: Hai, saya seorang warga biasa Negara ini. Ini adalah haiwan belaan saya. Beruk Tunggal: Hai. Pada suatu hari, seekor tikus sedang mencuri padi di sawah dan ia telah ditangkap oleh si beruk. Beruk Tunggal:Cis, tikus itu melampau! Saya mesti menangkapnya! Wahai, Si Tikus, awak berani mencuri padi di sini! Saya hendak menangkap awak dan menyerah kepada Raja! Si Tikus : Jangan! Jangan menyerahkan saya kepada Raja. Saya akan memberi bantuan kepada kamu sekiranya kamu menghadapi masalah. (Si tikus meminta dengan hati yang ikhlas) Beruk Tunggal: (Beruk Tunggal berfikir sementara) Baiklah. Ingatlah janji kamu, tetapi saya berharap awak jangan mencuri padi lagi.

Si Tikus : Terima kasih, Beruk Tunggal. Saya tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. Pada suatu hari, raja telah pergi ke hutan di tepi istana untuk memburu binatang. Tiba-tiba, baginda terjatuh ke dalam kolam kerana baginda terlalu fokus kepada target yang ingin diburu oleh baginda. Raja : Tolong! Tolong! Beruk Tunggal : (Terdengar suara meminta bantuan, ia berjalan mendekati kolam itu). Raja : Beruk Tunggal, tolong saya! Saya tidak erti berenang! Beruk Tunggal : Hi, tuanku. Hamba boleh menolong tuanku, tetapi dengan syaratnya tuanku harus mengkahwinkan puteri tuanku kepada hamba. Raja : BaikbaikBeta janji pada kamu. Beruk Tunggal menyelamatkan raja ke tepi kolam. Beruk Tunggal segera balik ke rumahnya dan memberitahu perkara ini kepada perempuan tua. Beruk Tunggal : Raja telah berjanji dengan saya supaya mengkahwinkan puteri baginda kepada saya. Sudikah tuan sebagai pengganti saya dan pergi ke istana untuk meminang puteri raja? Perempuan Tua :Baiklah. Saya juga harap awak boleh hidup dengan bahagia dengan puteri. Perempuan Tua pergi ke istana dan ingin meminang dengan puteri raja. Raja mula menyesal dengan janji itu kerana baginda tidak ingin mengkahwinkan puteri kepada seekor binatang. Raja : (raja berfikir sementara) Oh, begitulah, beta mempunyai sebentuk cincin tetapi telah hilang semasa proses memburu. Sekiranya Beruk Tunggal dapat mencari cincin tersebut, barulah beta mengkahwinkan puteri beta kepadanya.

Perempuan tua balik ke rumah dan memberitahu perkara ini kepada Beruk Tunggal. Beruk Tunggal mula berasa risau kerana ia tidak yakin dapat mencari cincin di kawasan yang begitu meluas. Pada masa yang sama, Beruk Tunggal teringat si Tikus pernah menjanji akan menolongnya sekiranya ia menghadapi masalah. Beruk Tunggal : Si TikusSi Tikus Si Tikus : Ya, saya. Beruk Tunggal : Adakah awak masih ingat janji awak. Saya telah menghadapi satu masalah besar. Si Tikus : Oh, saya masih ingat pada janjian terhadap kamu. Apakah masalah kamu? Beruk Tunggal : Saya ingin berkahwin dengan puteri, tetapi raja telah memberikan satu tugasan, sekiranya saya boleh menyelesaikan tugasan tersebut, barulah boleh berkahwin dengan puteri. Bolehkah awak membantu saya mencari sebentuk cincin raja yang telah hilang semasa baginda sedang memburu di kawasan hutan? Si Tikus : Ya. Saya akan cuba mencari dengan sedaya upaya. Tanpa menggunakan masa yang banyak, si tikus telah berjaya mencari cincin itu. Beruk Tunggal pun menyerahkan cincin tersebut kepada perempuan tua. Perempuan tua menghantar cincin tersebut ke istana dan mengembalikan kepada raja. Raja berasa hairan dan masih tidak sudi mengkhawinkan puteri kepada Beruk Tunggal. Raja : Beta masih tidak puas hati. Beta ingin tahu bahawa berapa rumpun padi yang ada dalam gudang istana ini. Bolehkah Beruk Tunggal dapat memberitahu beta bilangan rumpun padi dengan betul? Kalau ia boleh meneka dengan betul, beta akan mengkahwinkan puteri kepada ia.

Perempuan tua memberitahu perkara ini kepada Beruk Tunggal. Beruk Tunggal segara meminta bantuan daripada Si Tikus. Pada waktu malam, Si Tikus telah masuk ke gudang istana dan mengira bilangan rumpun padi tanpa pengetahuan orang lain. Selepas itu, ia telah memberitahu kepada Beruk Tunggal bahawa gudang padi mempunyai 44 rumpun padi. Beruk Tunggal telah berjaya dalam tugasan ini. Walau bagaimanapun, raja masih tidak puas hati. Raja telah memberikan tugasan yang terakhir kepada Beruk Tunggal. Raja meminta Beruk Tunggal menghadiahkan sebentuk berlian kepadanya dalam tempoh masa satu hari. Sekiranya Beruk Tungal berjaya, barulah boleh berkahwin dengan puteri. Beruk Tunggal mula berasa sedih kerana tidak mampu untuk membeli berlian dalam tempoh satu hari. Beruk Tunggal : (suara menangis) Tiba- tiba, seorang orang tua yang misteri telah muncul di depan matanya. Orang tua misteri : Hai, Beruk Tunggal. Beruk Tunggal : Siapa kamu? Orang tua misteri : HahahaSaya hanya menghulurkan bantuan kepada mereka yang mempunyai hati yang ikhlas. Adakah kamu ingin mengkahwin dengan puteri dengan hati yang ikhlas. Beruk Tunggal : Ya. Saya amat suka pada puteri raja. Orang tua misteri: Baiklah. Saya akan mencapai hasrat kamu. (suara membaca jampi, homarimehmehhom) Berlian telah muncul di dalam tangan Beruk Tunggal. Beruk Tunggal berasa sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada orang tua misteri itu. Beruk Tunggal : Terima kasih, terima kasihsaya akan ingat jasa kamu.

Beruk Tunggal telah menghadiahkan berlian itu kepada raja. Akhirnya, raja telah menunaikan janjinya kepada Beruk Tunggal. Akan tetapi, raja perlu memilih salah satu puterinya untuk mengkahwin dengan Beruk Tunggal. Raja : Ayahanda telah berjanji pada Beruk Tunggal supaya mengkahwinkan salah satu daripada kamu kepada ia. Kamu sudi berkahwin dengan ia? Puteri Sulung : Tidak! Saya tidak sudi mengkahwin dengan Beruk Tunggal. Saya tidak sudi berkahwin dengan seekor binatang. Ia tidak mempunyai istana yang mewah, ia tidak mempunyai emas dan harta. Saya tidak mahu tinggal di pondok yang kecil dan buruk, saya ingin memakai baju yang cantik dan mewah. Beruk Tunggal tidak dapat memberikan kehidupan yang bahagia kepada saya. Kehidupan saya akan menjadi susah sekiranya saya berkahwin dengan ia. Puteri Bongsu : Ayahanda, saya sudi berkahwin dengan Beruk Tunggal. Ayahanda telah berjanji dengan Beruk Tunggal. Sekiranya ayahanda tidak menunaikan janjian ini, sudah pasti nama baik ayahanda akan tercemar dalam Negara ini. Beruk Tunggal sangat comel dan baik hati, sekiranya saya kahwin dengan ia, sudah pasti kehidupan saya akan menjadi lebih ceria. Ayahanda, saya sudi menjadi isteri Beruk Tunggal. Raja mengkahwinkan Puteri Bongsu kepada Beruk Tunggal. Puteri Bongsu bertemu dengan Beruk Tunggal yang telah memakai sepasang sarung. Pada keesokan hari, Puteri Bongsu tidak menjumpai Beruk Tunggal lagi, tetapi hanya tinggal sarungnya di dalam bilik tidurnya. Puteri Bongsu: Ke mana beruk tunggal tu? Tiba-tiba, seorang pemuda yang kacak muncul di depan puteri bongsu. Si Pemuda Kacak: Sebenarnya saya seorang putera. Saya telah dikutuk oleh bomoh yang jahat dan menjadi seekor monyet. Bakarlah sarung itu, puteri saya.

Puteri Bongsu telah membakarkan sarung tersebut. Selepas itu, pondok yang ditinggalkan oleh mereka telah menjadi sebuah istana yang mewah dan cantik. Maka, dengan inilah akhirnya cerita rakyat Beruk Tunggal. Cerita ini membawa pengajaran bahawa jangan memandang rendah kepada seseorang. Kita haruslah melayan setiap orang tanpa mengira latar belakangnya. Tidak ada masyarakat atau kaum yang seharusnya dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan sesebuah Negara.

Anda mungkin juga menyukai