Anda di halaman 1dari 3

SK TANGGA BATU

KERTAS KERJA
PANITIA PENDIDIKAN MORAL

TAJUK:
MEMBINA RUMAH NILAI-NILAI MURNI

1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti Panitia Pendidikan Moral adalah salah satu program yang dilakukan
bersempena dengan Sambutan Awal Muharam. Ia diadakan bertujuan untuk menambah
nilai-nilai murni dalam kalangan murid SK Tangga Batu disamping membantu menjana
pemikiran yang lebih matang seterusnya membawa murid ke dimensi pemikiran yang lebih
tinggi.
Ia juga dapat menggalakkan kerjasama yang lebih erat dikalangan guru dan murid
sedia ada. Diharapkan program ini dapat memupuk perasaan kecintaan, kasih sayang dan
perpaduan dalam kehidupan seharian mereka seterusnya kekal menjadi amalan baik hingga
bila-bila.

2.0 ELEMEN PPPM 2013-2025

a) Etika Kerohanian
b) Pengetahuan

2.0 NAMA PROGRAM


Program “Membina Rumah Nilai-Nilai Murni”

3.0 OBJEKTIF
Objektif program “Membina Rumah Nilai-Nilai Murni” ini diadakan bertujuan:

a) menambah murnikan semangat perpaduan dalam kalangan murid SK Tangga Batu.


b) membantu menjana pemikiran yang lebih matang
c) membawa murid ke dimensi pemikiran yang lebih tinggi.
d) kerjasama yang lebih erat dikalangan guru dan murid
e) memupuk perasaan kecintaan, kasih sayang dan perpaduan dalam kehidupan
seharian

4.0 TARIKH
5 Oktober 2018, Jumaat
8.00 pagi hingga 9.00 pagi

5.0 TEMPAT

Di dalam perpustakaan (semasa Sambutan Awal Muharam)

6.0 CADANGAN AKTIVITI

1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.


2. Setiap kumpulan dikehendaki membina sebuah rumah yang mengandungi nilai-nilai murni
yang telah dipelajari.
3. Murid membentangkan hasil kerja kepada guru untuk penilaian.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Puan Hajah Asmah bt Latip (Guru Besar)


Naib : Puan Nur Hanida bt Omar (GPK Pentadbiran)
Setiausaha : Encik Muhammad Syafiq bin Azzmi (Ketua Panitia)
AJK : Pn. Rhozzenna bt Long Chek
Pn. Zalina bt Hamid
Pn. Nurul Hidayah bt Mohd Salleh
Pn. Nor Haryati bt Hussein
Dokumentasi Pn Zalina bt Hamid
Jurugambar Pn. Nor Haryati bt Hussein

8.0 SUMBER KEWANGAN

Bil. Barangan (Hadiah) Kuantiti Harga


Set Alat Tulis
1. 3 set RM 10 x 3 set = RM 30.00
(tempat pertama)
Set Alat Tulis
2. 3 set RM 5 x 3 set = RM 15.00
(tempat kedua)
Set Alat Tulis
3. 3 set RM 3 x 3 set = RM 9.00
(tempat ketiga)
Set Alat tulis
4. 3 set RM 2 X 3 set = RM 6.00
(Cenderahati)
5. Manila Kad 2 set RM 5 X 2 set = RM 10.00
6. Magic Pen 3 set RM 5 X 3 set = RM 15.00
Jumlah RM 85.00

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN : RM 85.00

9.0 PENUTUP
Diharapkan dengan berjalannya program seperti ini, murid SKTB lebih mengamalkan
nilai- nilai murni, seterusnya membentuk akhlak dan peribadi yang murni dan mampu
menjana pemikiran yang matang seterusnya bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.

Disediakan oleh Disahkan oleh:

---------------------------- ----------------------------
Muhammad Syafiq bin Azzmi
Ketua Panitia Pendidikan Moral
SK Tangga Batu

Anda mungkin juga menyukai