Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS CERAMAH AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN SEKOLAH KEBANGSAAN MUHAMMAD JABAR 1. BISMILAHIRAHMANIRAHIM Assalamualaikum wbt.

dan selamat sejahtera 2. Segala pujian bagi Allah , Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat dan keluarga baginda. 3. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara.

Yang berbahagia, ., Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Raub, Yang berbahagia, .. , pegawai PPD Yang Berusaha, En. Zakaria Bin Haji Siman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar, Yang Dihormati Puan Ruhana Binti Mustakim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Khairil Anwar Bin Abdul Rahim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal murid, Encik Mohamad Bakri Bin Daud, guru penolong kanan kokurikulum, Guru-guru SK Muhammad Jabar, Serta murid-murid sekalian. 4. Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wataala

Kerana dengan limpah kurniaNya Dengan keizinanNya Dengan rahmatNya Diberinya kita bernafas Diberinya kita kesihatan Diberinya kita kekuatan Dan diberinya kita peluang kerana dengan limpah kurnia serta keizinan dan rahmat-Nya dapat kita berkumpul bagi meraikan majlis Ceramah Anti Dadah sempena Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar tahun 2012.

Majlis mengalu-alukan kehadiran . , . Dan ., 5. Kehadiran kita pada pagi ini Bukan sahaja untuk mendengar ceramah mengenai anti dadah malah yang lebih penting lagi kebersamaan kita dalam majlis ini merupakan satu wadah perkongsian ilmu yang mampu menjana generasi Bebas Dadah pada masa hadapan . Hadirin hadirat sekalian , 6. Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat, Angkat jari jemari sepuluh, Doa dipohon biar selamat. Untuk menambahkan keberkatan majlis pada pagi ini Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Ustaz . untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita pada hari ini terus dirahmati oleh Allah . 7. Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan ceramah Anti Dadah. Majlis mempersilakan .. ,. untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk . Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada atas ceramah beliau yang sungguh padat dengan pengisian ilmu. 8 Dengan berakhirnya ceramah sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Bagi pihak majlis, saya menyusun 10 jari memohon kemaafan andai sepanjang majlis ini berlangsung terdapat kesilapan dan kelemahan sama ada secara disedari ataupun tidak. Sekian , terima kasih . wtb

Anda mungkin juga menyukai