Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL ANJURAN SK SERI BEKOK TAHUN 2012

TARIKH HARI MASA

: 24 JANUARI 2013 / 12 RABIULAWAL 1434 H : KHAMIS : 7.30 11.30 PAGI

1.UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS Bissmillahhirrahmanirrahim.., Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Daun layu di tengah gurun, Nampak jalur pohon cemara, Tadisi Melayu turun temurun, Pantun ditutur pembuka bicara,

Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW Serta sahabat dan keluarga baginda.

2. Yang Berusaha, Tuan Haji Jumaat Bin Md Diman, o Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bekok. Yang dihormati, Ustaz Nazam bin Mohni, o Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan guru, SK Seri Bekok. Guru-guru penolong kanan. Guru-guru Staf-staf sokongan Ibu-bapa Murid-murid serta para hadirin sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T Kerana dengan Limpah kurnia-Nya Diberi-Nya kita peluang Untuk Berkumpul bagi mengikuti Majlis Sambutan Maulidur Anjuran Sekolah kebangsaan Seri Bekok bagi tahun 2013..

Sidang hadirin yang dihormati Indah serata Tanjung Keramat, Tempat kelicap riuh bersakat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat.

Bagi

memberkati

Majlis

kita

pada dari

hari

ini,

dijemput

Al-Fadhil

Ustaz untuk

.......................................................

........................................................

memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. -BACAAN DOA-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ........................... atas bacaan doa itu tadi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah

Membuka tirai Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Sekolah kebangsaan Seri Bekok bagi tahun 2012, majlis mempersilakan

_________________________________ dari tahun .......................................... untuk menyampaikan bacaan ayat suci alquran surah ............................................ ayat ........................................... -BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN-

Kesuma selasih ditiup gemawan, Cantas serumat tepian lurah, Alunan kasih rawi dan marhaban, Dari umatmu ya Rasulullah.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SK Seri Bekok pagi ini diteruskan lagi dengan persembahan bacaan rawi dan marhaban yang akan dialunkan oleh

____________________________dari tahun ................................... Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. -RAWI & MARHABAN-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ................................... dari tahun ...................................... atas persembahan sebentar tadi. Sesungguhnya persembahan rawi dan marhaban sebentar tadi sedikit sebanyak menaikkan lagi semangat cintakan rasululullah dalam kalangan warga SK SERI BEKOK.

Kuntuman mempari di tengah laman, Suburnya mekar berbuah lebat, Sakti untuk seluruh zaman, Nyala membakar umat Muhammad.

Bagi menceriakan lagi majlis Sambutan Maulidur Rasul Sekolah kebangsaan seri Bekok, majlis menjemput pasukan nasyid puteri Islam. Untuk maklumat hadirin, pasukan nasyid ini terdiri dari murid persatuan puteri Islam tahun 5 dan6. Hayatilah dendangan nasyid Insya Allah dan Rasulullah.

Duduk sekawan gadis jelita, Di pangsi papan bermain buaian, Tampillah tuan kami meminta, Madah ucapan kata perasmian.

Seterusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Haji Jumaat bin Md Diman untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Sekolah Kebangsaan Seri Bekok bagi tahun 2013.

-UCAPAN-

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Jumaat bin Md Diman atas ucapan dan kesudian tuan merasmikan majlis sambutan maulidurasul ini.

Puspa balsa puspa mempari, ditiup gemawan subuhlah tadi, girang rasa tidak terperi, bertemu tuan yang baik budi.

Hadirin sekalian, Kini tibalah masa untuk kita mendengar ceramah maulidur rasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Afzainizam bin Abdullah. Ustaz Afzainizam merupakan seorang guru yang bertugas di SK Tenang Station. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

-CERAMAH-

Terima kasih ustaz di atas ilmu yang telah disampaikan. Diharapkan melalui ceramah ini dapat menambah kecintaan kita terhadap rasulullah dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T.

Sidang hadirin yang dihormati,

Majlis seterusnya ialah penyampaian hadiah bagi pertandingan sepanduk terbaik bertemakan maulidur rasul. Majlis menjemput En. Nasarudin bin .................. mempersilakan En. Mohmad Yusuf bin Mahran untuk menyampaikan hadiah.

Tempat ketiga dimenangi oleh ................................................... Tempat kedua dimenangi oleh .................................................. Johan bagi pertandingan sepanduk terbaik sempena maulidur rasul peringkat sekolah kebangsaan seri bekok tahun 2012 jatuh kepada

.............................................................. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Diharap kemenangan ini akan memberi motivasi kepada murid-murid untuk melakukan yang terbaik di dalam setiap perkara yang diusahakan.

Anyaman jerami dihias indah, Corak berseni usah dilipat, Penyampaian hadiah usailah sudah, Cenderahati kini mengambil tempat.

Majlis seterusnya ialah penyampaian cenderahati. Majlis menjemput En. Mat Rohan bin Satar mempersilakan Tn. Hj Jumaat bin Md Diman menyampaikan cenderahati. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih seluruh warga Sekolah kebangsaan Seri Bekok, dipersilakan Ustaz Afzainizam untuk menerima cenderahati. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj Jumaat bin Md Diman atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian cenderahati sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dikir barat oleh kumpulan dikir barat SK Seri Bekok. Kumpulan dikir barat di bawah pimpinan _______________________ akan menyampaian _________________ lagu iaitu _____________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakan. DIKIR BARAT

Dengan berakhirnya persembahan dikir barat itu tadi, maka berakhirlah majlis sambutan Maulidur rasul anjuran Sekolah Kebangsaan Seri Bekok bagi tahun 2012 pada hari ini. Pihak majlis menyusun 10 jari memohon kemaafan andai sepanjang majlis ini berlangsung terdapat kesilapan dan kelemahan sama ada disedari atau tidak.

Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini, Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini.

Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi, Salam perpisahan untuk semua, Di lain masa bersua lagi.

Majlis menjemput yang berusaha Tuan Haji Jumaat bin Md Diman, Ustaz Afzainizam bin Abdullah, Guru-guru penolong kanan, guru-guru, staf-staf sokongan dan ibu bapa untuk ke ______________________________ bagi menikmati jamuan. Bagi murid-murid, jamuan disediakan di ________________________________.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai