Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PANATIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI

PROJEK PERTANDINGAN MASAKAN TAHUN 5F & 5A


PERINGKAT SEKOLAH 2018

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan seperti berikut:

1.1 Untuk memohon kelulusan mengadakan “Pertandingan Masakan”, daripada


Muhammad Akmal Bin Zawi, Guru Panatia Reka Bentuk & Teknologi, SK (FELDA) Lepar
Utara 1 yang akan diadakan pada tarikh dan hari yang ditetapkan.
1.2 Untuk memohon kelulusan peruntukan kewangan daripada Peruntukan Panatia
Reka Bentuk & Teknologi, SK (FELDA) Lepar Utara 1 bagi menjalankan pertandingan ini.

2.0 PENGENALAN
Pertandingan Memasak yang bertemakan “Sarapan Pagi” merupakan sebuah
pertandingan anjuran Matapelajaran Reka Bnetuk & Teknologi, SK (FELDA) Lepar Utara
1. Pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeluarkan bakat-bakat terpendam para
pelajar dalam bidang masakan. Dalam hal ini, para pelajar bukan sahaja bakal menjadi
pendidik malah mempunyai kemahiran dalam praktikal kehidupan kendiri. Pertandingan
ini menguji daya pemikiran kreativiti para pelajar untuk menghasilkan masakan yang
bukan sahaja sedap untuk di makan dan menarik dari segi hiasannya malah masakan
yang dimasak juga seimbang dari segi nutrisi pemakanan. Peserta sasaran bagi program
ini adalah seramai 60 orang daripada kelas 5 Fatonah dan 5 Arif yang dibahagikan
kepada 30 buah kumpulan. Setiap satu kumpulan mempunyai 2 orang ahli.

3.0 OBJEKTIF

Objektif utama Pertandingan Memasak ini diadakan adalah untuk:

3.1 Menyerlahkan bakat semulajadi yang terpendam dalam diri pelajar dalam
bidang masakan.
3.2 Mewujudkan semangat kerjasama dan kesatuan hati di antara ahli pasukan.
3.3 Menimbulkan kesedaran terhadap masakan berkhasiat dan pemakanan
seimbang dalam kehidupan.
3.4 Mewujudkan pelajar yang mahir dalam praktikal kendiri seperti dalam bidang
masakan.
4.0 JUSTIFIKASI

“Pertandingan Masakan” merupakan sebuah pertandingan yang diadakan bertujuan


untuk menggilap bakat terpendam dalam diri setiap perserta dalam bidang masakan.
Dalam hal ini, para pelajar bukan sahaja bakal menjadi seorang pendidik dan graduan
malah mempunyai kemahiran dalam praktikal kehidupan kendiri. Kami sebagai pihak
penganjur berharap, pertandingan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim,
memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan peserta kerana setiap
peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang. Di samping itu juga, program ini dapat
meningkatkan kefahaman dan kemahiran pihak penganjur. Pihak penganjur dapat
mempelajari cara-cara untuk mengelola dan menguruskan pertandingan ini dengan baik.

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

5.1 Tema : Sarapan Pagi


5.2 Tarikh : Selasa & Khamis
5.3 Hari : 4 & 6 Julai 2018
5.4 Masa : 7.40 Pagi Hingga 8.40 Pagi
5.5 Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Felda Lepar Utara 1.

6.0 BILANGAN PESERTA

Jumlah peserta : 60 orang


Jumlah kumpulan : 30 buah kumpulan
Jumlah ahli kumpulan : Satu kumpulan 2 orang ahli

7.0 MAKLUMAT PESERTA

Terdiri daripada pelajar-pelajar kelas Tahun 5 Fatonah dan 5 Arif

8.0 TENTATIF PROGRAM

7.40 Pagi - 8.00 Pagi - Pendaftaran peserta dan persediaan


tempat.

8.00 Pagi - 8.20 Pagi - - Pertandingan memasak bermula


8.20 Pagi – 8.40 Pagi - Penjuriaan
- Penyampaian Hadiah
- Bersurai
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Butiran Harga (RM) Jumlah (RM)


1 Roti Sandwiches 6 buku roti x 6 24.00
2 Sos 1 kg 10.00
3 Mayonis 1 kg 15.00
4 Tembikai 6 kg 20.00
5 Teh 2 pack x 30 uncang 16.00
6 Gula 1 kg 4.00
7 Tomato 1 pack 3.00
8 Salad 1 pack 5.00
9 Pisau 30 bilah 85.00
10 Papan Pemotong 30 keping 85.00
11 Sudu dan Galfu 30 set 85.00
12 Extension 1 set 25.00
13 Heater 2 set 100.00
14 Pingan 30 set 85.00
15 Mangkuk 30 set 85.00
16 Dulang 30 set 85.00
17 Cawan 30 set 85.00
18 Sarung tangan 1 kotak 20.00
19 Plastik sampah 1 set 6.00
20 Sabun basuh pingan 4 botol 12.00
21 Span basuh pingan 30 unit 20.00
22 Kotak simpanan besar 2 unit 100.00
23 Kotak simpanan kecil 1 unit 25.00
JUMLAH 1000.00

Sumber kewangan adalah daripada peruntukan Panatia Reka Bentuk & Teknologi.

10.0 PENUTUP
Pertandingan memasak yang bertemakan “Sarapan Pagi” ini dapat menunjukkan
kerjasama antara ahli kumpulan yang terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan. Tambahan
lagi, peserta dapat memupuk daya saing yang sihat dalam kalangan pelajar. Kami
berharap pihak pentadbiran SK FELDA Lepar Utara 1 dapat mempertimbangkan dan
meluluskan kertas cadangan untuk program ‘Pertandingan Masakan’ ini, seterusnya
memberi bantuan kewangan untuk menjayakan program ini. Kami sebagai pihak
penganjur yang mengetuai program ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
atas kerjasama yang pihak pentadbiran berikan kepada kami. Sebarang keputusan yang
diputuskan oleh pihak pentadbiran akan kami terima dengan berbesar hati serta ribuan
terima kasih kami ucapkan kerana sudi mempertimbangkan kertas kerja ini.
Disediakan oleh : Muhammad Akmal Bin Zawi
Pengarah,
Pertandingan D Penganjur Pertandingan Masakan,
Panatia Reka Bentuk dan Teknologi,
SK FELDA Lepar Utara 1,
26400 Jengka, Pahang.

Tandatangan: ...................................

Tarikh : ...................................

Disemak oleh : Fairuzamizi Bin Dermawi

Guru Penolong Kanan Kurikulum,


SK FELDA Lepar Utara 1,
26400 Jengka, Pahang.

Tandatangan : ...................................

Tarikh : ...................................

Disahkan oleh : Zaiminudin Bin Kasim

Guru Besar,
SK FELDA Lepar Utara 1,
26400 Jengka, Pahang.

Tandatangan : ...................................

Tarikh : ..................................

Anda mungkin juga menyukai