Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PANITIA PENDIDIKAN MORAL


DAN PENDIDIKAN ISLAM
SK SIMPANG KUDA
2020

NAMA PROGRAM:
SAMBUTAN HARI KANAK – KANAK 2020
1. TAJUK PROGRAM
SAMBUTAN HARI KANAK – KANAK 2020

2. PENGENALAN

Hari Kanak-kanak telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak-kanak
Sedunia dan meminta semua Negara meraikannya setiap tahun sebagai“ Satu
Hari Bagi Persaudaraan Dunia dan Persefahaman Dalam Kalangan Kanak-
kanak ”. Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang menyambut Hari Kanak- kanak
Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan
keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak,
pihak sekolah turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah setiap
tahun. Pada tahun ini, pihak sekolah meraikan murid-murid bersama aktiviti yang
dilaksanakan.

3. MATLAMAT

Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan


kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk
menentukan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak mereka
sentiasa dipelihara.

4. OBJEKTIF PROGRAM

i) Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak dengan


menghiburkan mereka dengan beberapa aktiviti yang dirancang.
ii) Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
iii) Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan
masa depan kanak-kanak.

5. RASIONAL PROGRAM

i) Mewujudkan suasana keseronokan dan bergembira sepanjang program ini dijalankan.


ii) Melatih murid – murid berdisiplin dan bersungguh – sungguh serta meningkatkan daya
kreativiti ketika merancang dan membuat persembahan.
iii) Memupuk sikap kerjasama ketika aktiviti dijalankan.

6. TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh: 22 Oktober 2020/Khamis
Masa: 7.30 – 11.30 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna SK Simpang Kuda
7. PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN MORAL DAN PENDIDIKAN ISLAM

a) Pertandingan Karaoke Bahasa Melayu dan Bahasa English Tahap 1 dan 2


b) Pertadingan Pakaian Beragam
c) Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Tahap 2
d) Sukaneka Tahap 1 dan Tahap 2

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

NO PERKARA JUMLAH PERBELANJAAN


1.
Pertandingan Karaoke BM dan BI Tahap 1:

Johan RM30
Naib Johan RM20
Tempat ke-3 RM15
Saguhati RM10 x 3 = RM30

Jumlah = RM 95.00
2.
Pertandingan Karaoke BM dan BI Tahap 2:

Johan RM30
Naib Johan RM20
Tempat ke-3 RM15
Saguhati RM10 x 3 = RM30

Jumlah = RM 95.00
3. Pertandingan Pakaian Beragam Tahap 1:

Johan RM30
Naib Johan RM20
Tempat ke-3 RM15
Saguhati RM10 x 3 = RM30

Jumlah = RM 95.00
4. Pertandingan Pakaian Beragam Tahap 2:

Johan RM30
Naib Johan RM20
Tempat ke-3 RM15
Saguhati RM10 x 3 = RM30

Jumlah = RM 95.00
5. Pertandingan Mewarna Tahap 1

Johan RM15
Naib Johan RM10
Tempat ke-3 RM8
Saguhati RM5 x 5 = RM 25.00

Jumlah = RM 58.00
6. Pertandingan Mewarna Tahap 2:

Johan RM15
Naib Johan RM10
Tempat ke-3 RM8
Saguhati RM5 x 5 = RM 25.00

Jumlah = RM 58.00
7. Sukaneka Tahap 1 (Berkumpulan):

Johan RM 50
Naib Johan RM 40
Tempat ke-3 RM 30
Saguhati RM 20 x 3 = RM 60.00

Jumlah = RM 180.00
8. Sukaneka Tahap 2 (Berkumpulan):

Johan RM 50
Naib Johan RM 40
Tempat ke-3 RM 30
Saguhati RM 20 x 3 = RM 60.00

Jumlah = RM 180.00
9. Cenderamata Tokoh Kanak – Kanak 2020

Tokoh Kanak – kanak Lelaki RM50.00


Tokoh Kanak – kanak Perempuan RM50.00
10. Peralatan Sukaneka RM100.00
11. Hiasan Pentas RM150.00

Sumber Kewangan:

Peruntukan PCG (RM324.23 + RM876.54) = RM1200.77

9. PENUTUP

Adalah diharapkan semoga program ini mendapat kerjasama semua warga sekolah dan
dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(PN. GETRUDE ANAK KUEH) (PN. LIMI AK IJON)

Ketua Panitia Pendidikan Moral Penolong Kanan Pentadbiran

SK SIMPANG KUDA, BAU. SK SIMPANG KUDA, BAU

Diluluskan oleh,

(EN SIMON KUEK ANAK NOKEP)


Guru Besar

SK SIMPANG KUDA, BAU.

Anda mungkin juga menyukai