Anda di halaman 1dari 11

ANJURAN

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR


EXCO KOLEJ KEDIAMAN DAN EXCO KESENIAN DAN
BUDAYA DENGAN KERJASAMA WADEN KOLEJ
KEDIAMAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
Tuan,
Permohonan Kelulusan Mengadakan Perlawanan Persahabatan Antara Kolej
Kediaman Dan Pertandingan Permainan Tradisional

Saya dengan hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2. Bersama-sama ini saya mengemukakan kertas cadangan untuk pertimbangan


dan kelulusan pihak tuan.

Sekian terima kasih,

Yang benar,

(AINUN NASIBAH BINTI JOHAR)


Setiausaha projek,
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

s.k
Timbalan Pengarah

TUJUAN KERTAS KERJA DIBUAT


Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk menunjukkan perancangan dan
perjalanan projek bagi mendapatkan pengesahan dan kelulusan dari pihak atasan
institut.

1.TAJUK

Perlawanan Persahabatan dan Permainan Tradisional antara Kolej Kediaman IPG KSAH

2. DIKEMUKAKAN OLEH

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR


(EXCO KOLEJ KEDIAMAN DAN EXCO KESENIAN DAN BUDAYA)
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Sulatan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani, Kedah

3. PENGENALAN

Perlawanan persahabatan antara kolej kediaman merupakan salah satu aktiviti yang
dirancang semasa perjumpaan antara ketua blok dan ketua paras. Program ini diadakan
dengan kerjasama antara JPP Kolej Kediaman Dengan Waden. Program ini melibatkan
semua guru pelatih IPG KSAH.

4. RASIONAL:

Guru pelatih terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bakat. Adalah perlu diadakan
satu program yang boleh mengetengahkan bakat mereka. Disamping itu, program ini
dapat mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi untuk mewakili institut pada masa
kelak. Selain itu, program ini dapat memperkenalkan permainan tradisional dan rakyat
yang semakin dilupakan oleh generasi kini.

5. MATLAMAT:

Memartabatkan sukan rakyat dan meneruskan warisan budaya bangsa

6. OBJEKTIF:

I. Mengeratkan hubungan antara guru pelatih.

II. Memupuk semangat berpasukan untuk memenangi sesuatu pertandingan

III. Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan guru pelatih

IV. Mewujudkan semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab antara


satu sama lain

V. Memperkenalkan semula permainan tradisional sebagai alat kemahiran berfikir.

7. KUMPULAN SASARAN

 Melibatkan semua guru pelatih dari pelbagai kaum sesuai dengan konsep 1
Malaysia.

 Setiap kolej kediaman perempuan wajib menghantar satu pasukan yang terdiri
daripada sepuluh orang pemain. Manakala bagi permaianan tradisional pula setiap
kolej kediaman wajib menghantar tiga orang peserta.

 Kolej kediaman lelaki wajib menghantar dua pasukan yang terdiri daripada lima
belas orang pemain bagi setiap pasukan.

 Kuarters lelaki wajib menghantar satu pasukan


8. PELAKSANAAN

Tarikh : 19 Februari 2011 dan 20 Februari 2011

Tempat: Padang IPG KSAH

Masa : 3.30 p.m

9. JADUAL AKTIVITI

TARIKH MASA AKTIVITI


19 Februari 3.30 p.m Semua guru pelatih dan waden berkumpul di padang
2011
3.40 p.m Senaman Aerobik

4.00 p.m Semua permaianan bermula:

 BOLA JARING

Saringan1:
4.00-4.20 p.m Blok A lwn Blok B

4.20-4.40 p.m Saringan 2:


Blok C lwn Blok D

4.40-5.00 p.m Rehat

5.00-5.20 p.m Semi Final 1:


Pemenang saringan 1 lwn Blok E
5.20-5.40 p.m Semi Final 2:
Pemenang saringan 2 lwn Blok H

5.40-6.00 p.m Final:


Pemenang semifinal 1 lwn pemenang semifinal 2

 BOLA SEPAK

4.00-4.30 p.m Saringan 1:


Blok F(A) lwn Blok G (B)

4.30-5.00 p.m Semifinal 1:


Blok G (A) lwn kuartes

5.00-5.15 p.m Rehat

5.15-5.45 p.m Semifianal 2:


Blok F (B) lwn pemenang saringan 1

5.45-6.15 p.m Final:


Pemenang semifinal 1 lwn pemenang semifinal 2

20 Februari 5.00-5.15 p.m Semua guru pelatih dan waden berkumpul di padang
2011
5.15-5.30 p.m Senaman Aerobik

5.30- 6.30 p.m  Batu Seremban


 Tuju Selipar
 Galah Panjang
 Zero Point
 Tuju tin botol
 Kabadi

Penyampaian hadiah

6.30-6.45 p.m Bersurai

6.45 p.m

10. ORGANISASI JAWATANKUASA PERLAWANAN PERSAHABATAN


DAN PERMAINAN TRADISIONAL ANTARA KOLEJ KEDIAMAN
PERINGKAT IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Penasihat; Semua waden Kolej Kediaman IPG, Kampus Sultan Abdul Halim

AJK PENGURUSAN:

Pengerusi : Muhammad Naim B Hasan


Penolong Pengerusi : Mohd Aidil Firdaus B Mohd Sok
Setiausaha : Ainun Nasibah BT Johar
Penolong Setiausaha : Muhd Syafiq B Azzmi
Bendahari : Karthikesan a/l Sandasewam
Penolong Bendahari : Toh Yong Chun

AJK : Semua ketua Blok dan Ketua Paras Kolej Kediaman, IPG
Kampus Sultan Abdul Halim
11. PERBELANJAAN:
Mohon peruntukan institut untuk membiayai hadiah bagi pemenang dan minuman bagi
semua peserta.
PERTANDINGAN PERKARA KOS JUMLAH
PERBELANJAAN
BOLA SEPAK HADIAH MEDAL- MEDAL- (15 X RM
Tempat 2- RM 7.00 7.00) + (15 X RM 7.00)
Tempat 1- RM 7.00 =
RM 210.00

BOLA JARING HADIAH MEDAL MEDAL- (10 X RM


Tempat 3- RM 7.00 7.00) + (10 X RM 7.00)
Tempat 2- RM 7.00 + (10 X RM 7.00) =
Tempat 1- RM 7.00 RM 210.00

PERMAINAN HADIAH
TRADISIONAL-

Batu Seremban TROFI TROFI- (10X RM 4.00)


Tempat 3- RM 4.00 = RM 40.00
Tempat 2- RM 4.00
Tempat 1- RM 4.00
Saguhati – RM 4.00

Tuju Selipar HAMPER HAMPER- RM 10.00 +


Tempat 3- RM 10.00 RM 15.00 + RM 20.00 =
Tempat 2- RM 15.00 RM 45.00
Tempat 1- RM 20.00

Galah Panjang HAMPER HAMPER- RM 10.00 +


Tempat 3- RM 10.00 RM 15.00 + RM 20.00 =
Tempat 2- RM 15.00 RM 45.00
Tempat 1- RM 20.00
Zero Point TROFI TROFI- (5X RM 4.00)=
Tempat 3- RM 4.00 RM 20.00
Tempat 2- RM 4.00
Tempat 1- RM 4.00
Saguhati – RM 4.00

Tuju tin botol HAMPER HAMPER- RM 10.00 +


Tempat 3- RM 10.00 RM 15.00 + RM 20.00 =
Tempat 2- RM 15.00 RM 45.00
Tempat 1- RM 20.00

Kabadi HAMPER HAMPER- RM 10.00 +


Tempat 3- RM 10.00 RM 15.00 + RM 20.00 =
Tempat 2- RM 15.00 RM 45.00
Tempat 1- RM 20.00

- PERALATAN Getah- RM 1.00 PERALATAN- RM


Tepung- RM 2.50 3.00+ RM 10.00+ RM
Pita pelekat- RM 2.50 10.00 = RM 23.00
MINUMAN Minuman satu tong - MINUMAN 2 TONG-
-
RM 15.00 RM 30.00

Jumlah perbelanjaan Perlawanan Persahabatan dan Permainan

Tradisional = RM 210 + RM 210.00 +RM 40.00 + RM 45.00 + RM 45.00 + RM


Mohon peruntukan institut untuk mengambil beberapa barang dari stor
20.00 + RM 45.00 + RM 23.00 + RM 30.00 + RM 45.00 = RM 713.00
seperti:

Bil Item Kuantiti


1 Buku nota 20
2 Pen IPG KSAH 30
3 Kertas A4 1 Rim
4 Air Mineral 3 kotak
5 Sijil penghargaan 50
6 Sijil Penyertaan 150
7 Plastik sampah 1 bungkus

12. PENUTUP

Program ini dapat melahirkan ramai bakat-bakat baru dan dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara satu sama lain serta menyemai semangat berpasukan dikalangan guru
pelatih.

Kami amat berharap agar pihak tuan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya,
meluluskan permohonan dan memberi peruntukan untuk melaksanakan projek ini.
Kerjasama daripada tuan amat dihargai.

Disediakan oleh,
__________________
(AINUN NASIBAH BT JOHAR)
Setiausaha Projek

Anda mungkin juga menyukai