Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA KALI KE-35,


SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST 2,
440-B, JALAN TENGKERA 75200, MELAKA.

1.0  PENDAHULUAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan,
murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam
pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang
cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial. Atas kesedaran inilah, maka  SK (P)
Methodist 2, Melaka akan mengadakan satu  Kejohanan Sukan Olahraga kali ke-35, menjurus kepada
kemenjadian murid yang seimbang dan optimum. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat
menggalakkan pembangunan diri murid-murid SK (P) Methodist 2, Melaka sekaligus mencapai ke
arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

2.0 RASIONAL
Rasional Kejohanan Sukan Olahraga ini diadakan adalah seperti berikut :

i) Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid SK (P) Methodist 2, Melaka


dalam meyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan sukan
olahraga.
ii) Mencungkil bakat - bakat baru dalam kalangan murid dalam acara - acara sukan
olahraga.
iii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas daripada segi mental dan fizikal.
iv) Menerapkan nilai-nilai disiplin, kepimpinan, persahabatan dan semangat mencapai
kemenangan dalam bidang sukan olahraga untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.

3.0 MATLAMAT
Kejohanan Sukan Olahraga ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid SK (P) Methodist 2,
Melaka dengan acara - acara sukan olahraga serta memberikan pengalaman sebenar dalam
menjayakan misi dan visi murid dalam mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. Selain itu,
kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat sedia ada murid - murid mahupun bakat baharu dalam
acara sukan olahraga bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

1
4.0 OBJEKTIF
Melalui Kejohanan Sukan Olahraga ini, diharapkan murid dapat:
i) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat.
ii)        Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan inginkan kejayaan.
iii)        Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
iv)       Memupuk semangat persahabatan, setiakawan dan disiplin dalam kalangan murid.
v)         Menggilap bakat semulajadi mahupun baharu dalam bidang sukan untuk diserlahkan
ke peringkat yang lebih tinggi.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh : 28 MAC 2018
Hari : RABU
Masa        : 2.00 PETANG – 5.30 PETANG
Tempat  : PADANG SMK (P) METHODIST, MELAKA

6.0 SASARAN
Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2, guru-guru dan ibu bapa SK (P) Methodist 2, Melaka.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


1) MEDAL DAN CENDERAMATA

BIL ACARA ANGGARAN KOS


(RM)
1 SUKANEKA: TAHUN 1 (P)- 10 MURID SETIAP RUMAH SUKAN
 LARI DALAM GUNI & ISI AIR DALAM BOTOL RM 5.00 X 30 = RM 150.00
(MEDAL)

2 SUKANEKA: TAHUN 2 (P)- 10 MURID SETIAP RUMAH SUKAN


 TARIK BOLA DENGAN GELUNG & BALING PUNDI KACANG MASUK RM 5.00 X 30 = RM 150.00
GELUNG
(MEDAL)

3 SUKANEKA: TAHUN 3 (P) - 10 MURID SETIAP RUMAH SUKAN


 LARI BERGANTI-GANTI TUKAR BATON 50 METER RM 5.00 X 30 = RM 150.00
(MEDAL)

4 ACARA BALAPAN: TAHUN 4 (P)


 100 METER RM 5.00 X 3 = RM 15.00
 200 METER RM 5.00 X 3 = RM 15.00
 4X100 METER RM 5.00 X 12 = RM 60.00
 4X200 METER RM 5.00 X 12 = RM 60.00
(MEDAL) TOTAL = RM 150.00

2
5 ACARA BALAPAN: TAHUN 5 (P)
 100 METER RM 5.00 X 3 = RM 15.00
 200 METER RM 5.00 X 3 = RM 15.00
 4X100 METER RM 5.00 X 12 = RM 60.00
 4X200 METER RM 5.00 X 12 = RM 60.00
(MEDAL) TOTAL = RM 150.00

6 ACARA BALAPAN: TAHUN 6 (P)


 100 METER RM 5.00 X 3 = RM 15.00
 200 METER RM 5.00 X 3 = RM 15.00
 4X100 METER RM 5.00 X 12 = RM 60.00
 4X200 METER RM 5.00 X 12 = RM 60.00
(MEDAL) TOTAL = RM 150.00

7 ACARA PADANG: TAHUN 4 (P)


 LOMPAT JAUH RM 5.00 X 3 = RM 15.00
 LONTAR PELURU RM 5.00 X 3 = RM 15.00
(MEDAL) TOTAL = RM 30.00

8 ACARA PADANG: TAHUN 5 (P)


 LOMPAT JAUH RM 5.00 X 3 = RM 15.00
 LONTAR PELURU RM 5.00 X 3 = RM 15.00
(MEDAL) TOTAL = RM 30.00

9 ACARA PADANG: TAHUN 6 (P)


 LOMPAT JAUH RM 5.00 X 3 = RM 15.00
 LONTAR PELURU RM 5.00 X 3 = RM 15.00
(MEDAL) TOTAL = RM 30.00

10 ACARA BALAPAN: JEMPUTAN SEKOLAH-SEKOLAH (P)


 4X100 METER JEMPUTAN RM 5.00 X 12 = RM 60.00
(MEDAL)

11 ACARA BALAPAN: TERBUKA (L/P) GURU & IBU BAPA


(BERPASUKAN 4 ORANG)
 4 X 100 METER (P) RM 5.00 X 12 = RM 60.00
 4 X 200 METER (L) RM 5.00 X 12 = RM 60.00
RM 3.00 X 48 = RM 144.00
(MEDAL & CENDERAMATA) TOTAL = RM 264.00

12 OLAHRAGAWATI RM20.00 X 1 = RM 20.00


(PIALA)

13 PERBARISAN RUMAH SUKAN TERBAIK PIALA SEDIA ADA


(PIALA PUSINGAN)

14 JOHAN KESELURUHAN PIALA SEDIA ADA


(PIALA PUSINGAN)

JUMLAH RM 1334.00

3
2) PERSIAPAN PADANG & KELENGKAPAN

1 MINYAK HITAM KOTOR - 5 TONG RM30.00 X 5 = RM 150.00

2 TONG SIMPANAN MINYAK HITAM - 4 UNIT RM25.00 X 4 = RM 100.00

3 PENYEMBUR WARNA (2 PUTIH, 4 KUNING & 4 MERAH) - 10 TIN RM 6.00 X 10 = RM 60.00

4 KAIN BENDERA HAKIM ACARA BALAPAN & PADANG - 8 METER RM 2.00 X 8 = RM 16.00

5 BATERI HEALER - 4 UNIT RM10.00 X 4 = RM 40.00

6 BATERI STOPWATCH - 2 UNIT RM12.00 X 2 = RM 24.00

7 GAS AIR HORN - 1 SET RM 50.00 X 1 = RM 50.00

JUMLAH RM 440.00
3) JAMUAN MURID (PAGI) RM 1.20 X 471 = RM565.00
4) CENDERAMATA PERASMI RM 30.00 X 1 = RM 30.00
5) KHEMAH & KELENGKAPAN RM150.00 X 6 = RM900.00
6) PERBARISAN & HIASAN KHEMAH RM100.00 X 4 = RM400.00
7) BUNTING RM 50.00 X 1 = RM 50.00
8) PELBAGAI = RM300.00

JUMLAH PERBELANJAAN:

 MEDAL DAN CENDERAMATA RM 1334.00


 PERSIAPAN PADANG & KELENGKAPAN RM 440.00
 JAMUAN MURID RM 565.00
 CENDERAMATA PERASMI RM 30.00
 KHEMAH & KELENGKAPAN RM 900.00
 PERBARISAN & HIASAN KHEMAH RM 400.00
 BUNTING RM 50.00
 PELBAGAI RM 300.00

JUMLAH RM 4019.00

4
8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
AHLI JAWATANKUASA
KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA KALI KE-35
SK (P) METHODIST 2
TAHUN 2018
JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Lim Li Lian (Guru Besar)


Pengerusi Bersama : En. Riduwan b. Mohd Said (YDP PIBG SKPM2)
Naib Pengerusi I : Pn. Intan Shafina bt. Abdul Halim (GPK Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi II : Pn. Hayati bt. Mohd Yusof (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi III : Pn. Rohana bt. A. Hamid (GPK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : En. Mohd Asrul b. Hj. Yahya (Setiausaha Sukan)
Naib Setiausaha : Ustaz Mansor b. Abdul Wahid (Penolong Setiausaha Sukan)
Bendahari : Pn. Hjh. Zaleha bt. Kechut (Pegawai Tadbir Kewangan)
Ahli Jawatankuasa : Pn. Hazlinah bt. Yaakop (Ketua Rumah Biru)
Pn. Noor Zilawati bt. Abdullah (Ketua Rumah Merah)
En. Muhammad Afif b. Noor Azman (Ketua Rumah Kuning)
En. Hazral b. Ghazali (Ketua Rumah Hijau)
JAWATANKUASA KERJA

KATEGORI NAMA PETUGAS CATATAN


Juri Rayuan 1. Pn. Lim Li Lian (Guru Besar)
2. Pn. Intan Shafina bt. Abdul Halim (GPK)
3. En. Riduwan b. Mohd Said (YDP PIBG)

Urusetia / Pendaftaran / 1. Pn. Nurain bt. Bujang


Penyelia Peserta 2. Pn. Nurul Solehah bt. Zakari
3. Pn. Gooh Mo Lee

Jemputan & Sambutan 1. Pn. Lim Li Lian (Guru Besar)


2. Pn. Intan Shafina bt. Abdul Halim (GPK Koku)
3. Pn. Hayati bt. Mohd Yusof (GPK Kurikulum)
4. Pn. Rohana bt. A. Hamid (GPK HEM)

Teknikal & Peralatan 1. Ustaz Mansor b. Abdul Wahid


2. En. Mohd Asrul b. Hj. Yahya

Hakim Penamat 1. Pn. Rashidah bt. Sehak (K)


2. Pn. Noraisah bt. Md Tan

5
3. Pn. Norazilawati bt. Ismail
4. Pn. Nor Fazila bt. Saari

Hakim Lorong 1. Pn. Norliza bt. Dualan (K)


2. En. Mohamad Zahlan b. Abu Hassan
3. En. Rozman b. Saad
4. Wakil ibu/bapa (2 orang)

Penjaga Masa 1. Pn. Suriati bt. Mohamad Said (K)


2. Pn. Noor Zilawati bt. Abdullah
3. Pn. Siti Maria bt. Harun
4. En. Maslan b. Ahmad
5. Wakil ibu/bapa (2 orang)

Pencatat Keputusan 1. Pn. Siti Khalijah bt. Mohamad


2. Murid Tahun 6 (Pembantu)

Statistik / Papan Markah 1. Cik Nurul Naim bt. Omar


2. Pn. Nurain bt. Bujang
3. Pn. Nurulazwa bt. Norshamsuddin Lim
4. Murid Tahun 5 (Pembantu)

Pelepas & Penolong Pelepas 1. Ustaz Mansor b. Abdul Wahid


2. En. Mohd Asrul b. Hj. Yahya

Keselamatan & Pertolongan 1. Pn. Gooh Mo Lee


Cemas 2. Ahli BSMM (murid)

Hadiah / Pengelola 1. Pn. Noor Ilyani bt. Razali (K)


Penerimaan hadiah / 2. Pn. Saffanah bt. Mahadami
Cenderamata VIP 3. Pn. Suraiya bt. Jafar
4. Pn. Suzannah bt. Ahmad

Sukaneka 1. Cik Choong Wei Sian (K) Tahun 1, 2 & 3


2. En. Muhammad Afif b. Noor Azman
3. Pn. Siti Nor Fathiah bt. Zulkafli *
4. Murid-murid Tahun 4 (Pembantu)

Buku Program / Publisiti 1. Pn. Nur Shahida bt. M. Asmawi (K)*


2. Pn. Norfatiha bt. Mohd Kassim *

Jamuan Minuman 1. Pn. Norlia bt. Jaamat (K)


VIP / Pegawai / Murid 2. Pn. Norliza bt. Dualan
3. Pn. Zaleha bt. Kechut
Persiapan Padang / Khemah 1. En. Mohamad Zahlan b. Abu Hassan (K)
2. En. Maslan b. Ahmad
3. En. Izman b. Ismail
4. Pn. Siti Maria bt. Harun
5. Pn. Noraisah bt. Md Tan
6. Pn. Norul Badariah bt. Mohamad *
7. Semua Ketua Rumah Sukan

6
Juruacara Pn. Salehah bt. Hat

Bacaan Doa Ustaz Mansor b. Abdul Wahid

PA System / Siaraya 1. En. Ahmad Faizal b. Abdul Karim


2. Murid Tahun 6 (Pembantu)

Fotografi 1. En. Izman b. Ismail

Kawalan Disiplin Murid / 1. Pn. Azimah bt. Abdul Aziz (K)


Kebersihan 2. En. Mohamad Zahlan b. Abu Hassan
3. Semua Ketua Rumah Sukan & Guru
4. Pekerja Pembersihan

Dokumentasi En. Mohd Asrul b. Hj. Yahya

 9.0  TENTATIF PROGRAM

 1.45 petang

 Semua murid  dan staf SK (P) Methodist 2 berkumpul di padang SMK (P) Methodist.
 Semua ibu bapa / penjaga mengambil tempat di khemah khas yang disediakan.

2.00 petang

 Kontinjen mengambil tempat di padang

2.15 petang

 Ketibaan VIP / Tetamu Jemputan Khas

2.30 petang

 Perbarisan Lintas Hormat


 Perarakan masuk bendera Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan
 Nyanyian lagu "Negaraku" dan "Melaka Maju Jaya"
 Ikrar Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan
 Bacaan Doa
 Ucapan Alu-aluan Guru Besar - Pn. Lim Li Lian
 Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG - En. Riduwan b. Mohd Said
 Gimik Perasmian
 Pemeriksaan Barisan dan Sesi Suai Kenal Kontinjen
 Sesi Fotografi Khas bersama Kontinjen
 Persembahan Murid Silat & Taekwondo
 Penyampaian Pingat Acara Awal
 Penyampaian Cenderamata

7
 Perarakan Keluar Kontinjen
 Persediaan Acara Balapan

3.30 petang

 Pegawai bertugas mengambil tempat


 Acara 100m (Tahun 4, 5 & 6)
 Sukaneka Lari Dalam Guni (Tahun 1)
 Acara 200m (Tahun 4, 5 & 6)
 Sukaneka Tarik Bola Guna Gelung (Tahun 2)
 Penyampaian hadiah
 Acara 4x200m (Tahun 4, 5 & 6)
 Sukaneka Lari Berganti-ganti Tukar Baton 50m (Tahun 3)
 Acara 4x100m (Tahun 4, 5 & 6)
 Penyampaian hadiah
 Acara Jemputan 4x100m (P12)
 Acara Terbuka (P) 4x100m
 Acara Terbuka (L) 4x200m

5.00 petang

 Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan 2018


 Penyampaian Hadiah
- Perbarisan Rumah Sukan Terbaik
- Olahragawati 2018
- Juara Keseluruhan

8
10.0 PENUTUP
Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan ini diharapkan dapat memberi peluang kepada semua
murid Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist 2, Melaka merasai sendiri pengalaman
menyertai mahupun mengambil bahagian dalam sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini
juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid
serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara - acara olahraga di
peringkat yang lebih tinggi. Natijahnya, matlamat pendidikan negara untuk melahirkan
murid yang holistik dan seimbang bukan sahaja dalam bidang akademik malah turut
cemerlang dalam bidang ko-kurikulum akan dapat dicapai.
MAJULAH SUKAN UNTUK SK (P) METHODIST 2, MELAKA!

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________________ ________________________________
(EN. MOHD ASRUL B. HJ. YAHYA) (PN. INTAN SHAFINA BT. ABDUL HALIM)
Setiausaha Sukan, GPK Ko-Kurikulum,
SK (P) Methodist 2, Melaka. SK (P) Methodist 2, Melaka.

Disahkan oleh,
_____________________
( PN. LIM LI LIAN )
Guru Besar,
SK (P) Methodist 2, Melaka.

9
SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST 2
440-B JALAN TENGKERA,
75200, MELAKA.

KERTAS KERJA
KEJOHANAN
SUKAN OLAHRAGA
TAHUNAN 2018
(KALI KE-35)

TARIKH :
28 MAC 2018 (RABU)

MASA :
2.00 PETANG – 5.30 PETANG

TEMPAT :
PADANG SMK (P) METHODIST, MELAKA

PERASMIAN OLEH :
EN. RIDUWAN B. MOHD SAID
YANG DI-PERTUA PIBG
SK (P) METHODIST 2, MELAKA
10

Anda mungkin juga menyukai