Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BATU BATU 4 1/2,

JALAN SULTAN AZLAN SHAH, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM MURID BINTANG
SEJARAH
2021

ANJURAN:
PANITIA SEJARAH,
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BATU
1.0 PENDAHULUAN

Sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu dan mencungkil bakat bakal
pemimpin negara di masa akan datang. Pelbagai program diadakan bagi mencapai
hasrat tersebut. Namun begitu, dunia yang dilanda wabak Covid – 19 kini
membuatkan segalanya terbatas dan sukar untuk ditangani. Proses pengajaran dan
pembelajaran kini diadakan secara atas talian sahaja tanpa bersemuka di sekolah
melalui pelbagai medium sosial dan gajet yang sedia ada. Semua subjek disusun
atur mengikut jadual proses pembelajaran cara baharu yang dikenali sebagai
Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah iaitu, PdPr. Begitu juga subjek Sejarah
yang diajarkan oleh para guru secara atas talian. Pelbagai respon dan keterbatasan
murid – murid semasa menjalani sesi PdPr ini bukanlah sesuatu yang mudah dan
memerlukan usaha serta kesungguhan dalam menuntut ilmu walau apa pun
rintangannya.
Justeru, pihak panitia Sejarah mengambil inisiatif untuk memberi sedikit
penghargaan kepada murid – murid yang berjaya menunjukkan kesungguhan dalam
menuntut ilmu semasa kelas atas talian subjek Sejarah secara berterusan.Murid –
murid yang terpilih sebagai murid bintang ini dinilai bermulanya sesi PdPr daripada
bulan Mei sehingga Oktober 2021. Adalah menjadi harapan, agar pengiktirafan ini
dapat menjadi motivasi kepada setiap murid untuk mencontohi atau mengulangi
kejayaan yang sama atau membuat yang lebih baik pada masa akan datang.

2.0 MATLAMAT
2.1 Memberi penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan
kesungguhan berterusan semasa menjalani sesi kelas PdPr subjek Sejarah.
2.2 Memupuk emosi murid-murid agar berazam ingin maju, berkeinginan
bersaing secara sihat menuju kejayaan.
2.3 Menggalakkan pembelajaran dan kecemerlangan sepanjang hayat
dalam norma baharu
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah berusaha
bersungguh – sungguh sepanjang kelas PdPr Sejarah.
3.2 Melahirkan tokoh murid bintang sebagai role model kepada murid lain
untuk lebih maju.
3.3 Memberi penghargaan kepada kesungguhan murid dan kerjasama ibu
bapa juga yang prihatin terhadap pembelajaran anak – anak.
3.4 Mengeratkan silaturrahim dan hubungan baik antara ibu bapa dan
warga sekolah.

.4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahap 2 SK Kampung Batu

5.0 TARIKH

Sepanjang sesi PdPr Mei hingga November 2021

6.0 TEMPAT

SK Kampung Batu

7.0 PENGANJUR
Panitia Sejarah SK Kampung Batu

8.0 STRATEGI PERLAKSANAAN


8.1 Pembentangan Kertas cadangan
8.2 Pembentukan Jawatan kuasa Kerja
8.3 Permohonan Kebenaran Guru Besar
8.4 Pengagihan tugas
8.5 Tindakan
8.6 Pelaksanaan
8.7 Penilaian dan pelaporan
9.0 SUMBER KEWANGAN
Sumber
Bil Perkara Kos (Pan Sejarah, Pan Muzik,
Pan. PSV)

1. Hadiah Tahun 4 RM 20 X 6 = RM 120.00


(RM 20.00 x 6) RM 20 X 6 = RM 120.00
1) Murid Bintang Sejarah Tahun 4
Tahun 5 RM 20 X 10 = RM 200.00
2) Murid Bintang Sejarah Tahun 5
(RM 20.00 x 6) JUMLAH : RM 440.00
3) Murid Bintang Sejarah Tahun 6 Tahun 6
(RM 20.00 x 10)

2. Cenderahati Kuiz Kebangsaan


Tahun 4 RM 10 X 10 = RM 100.00
1) Tahun 4 (RM 10.00 x 10) RM 10 X 10 = RM 100.00
Tahun 5 RM 10 X 10 = RM 100.00
2) Tahun 5 (RM 10.00 x 10) JUMLAH : RM 300.00
Tahun 6
3) Tahun 6 (RM 10.00 x 10)

3. Master of Sejarah (Kajian Kes)


Tahun 4 RM 10 X 3 = RM 30.00
1) Master Tahun 4 (RM 10.00 x 3) RM 10 X 3 = RM 30.00
Tahun 5 RM 10 X 3 = RM 30.00
2) Master Tahun 5 (RM 10.00 x 3) JUMLAH : RM 90.00
Tahun 6
3) Master Tahun 6 (RM 10.00 x 3)

JUMLAH RM 830.00
10.0 JAWATANKUASA

Penaung : Badarul Ihsan Bin Bhujang @ Buyong


Penasihat : Norsiah Binti Ibrahim
Pengerusi : Oslan bin Mohd Husin
Penyelaras : Ain Zawani Binti Mohd Zaki
Setiausaha : Vinoothini a/p Mannogaran

12.0 KESIMPULAN

Inisiatif penghargaan kepada murid – murid ini adalah sebagai salah satu
rangsangan dan pembakar semangat kepada murid – murid supaya terus kekal
bersemangat meneruskan usaha menuntut ilmu walau apa jua cabaran yang
dihadapi. Adalah diharapkan juga semoga ia menjadi contoh kepada murid – murid
lain dalam bersaing secara sihat demi mencapai kemajuan dan kejayaan di masa
hadapan kelak. Usaha murni ini hanya akan berjaya dengan kerjasama
daripada semua pihak di sekolah serta sokongan kuat daripada Persatuan Ibu,
Bapa, dan Guru (PIBG), murid – murid dan juga ibu bapa.

Disediakan oleh,

……………………………………………
(AIN ZAWANI BT MOHD ZAKI)
Ketua Panitia Panitia Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Kampung Batu

Disemak oleh,

………………………………………………
(NORSIAH BINTI IBRAHIM)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Kampung Batu
Diluluskan oleh,

..............................................................

(BADARUL IHSAN B. BHUJANG @ BUYONG)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kampung Batu

Ulasan :
…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai