Anda di halaman 1dari 4

lOMoARcPSD|25251672

1.0 PENGENALAN

Bulan Mei merupakan bulan yang sungguh bermakna bagi para guru. Hari Guru disambut
pada 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan para guru di Malaysia dalam
mencapai misi dan visi negara. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah
warga negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara
Malaysia yang berjaya.
Sumbangan suci dan murni guru sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual
beli dengan apa jua sekalipun. Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta,
Kelab Guru dan Kakitangan SKPP turut tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Hari
Guru peringkat sekolah tahun 2023.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat sekolah adalah untuk meraikan dan
membalas jasa guru-guru dan pekerja SKPP di samping dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara guru-guru.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meraikan guru-guru dan pekerja sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei.

3.2 Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti kepada murid-
murid SKPP
3.3 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

3.4 Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru SKPP

3.5 Mewujudkan sikap kerjasama antara guru.

4.0 TEMA
GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI
5.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT
Tarikh :16 Mei 2023
Hari : Selasa
Masa : 7.30 pg – 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan SRI NONA SKPP

6.0 ANJURAN
Kelab Guru dan Kakitangan SKPP

7.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN


BI PERKARA KUANTITI HARGA 1 KOS
L UNIT
1 Persiapan Majlis
- Banner 1 RM 50 RM 50
1 RM 100
- Hiasan Pentas RM 100
2 Hadiah Guru 40 RM 20 RM 800
3 Hadiah Sukaneka (Berkumpulan)

- Radio Rosak Hamper x 3 RM 30 RM 90

- Pancing Botol Hamper x 3 RM 30 RM 90

- Teka Kuih Raya Hamper x 3 RM 30 RM 90

- Kupas Kulit Epal Hamper x 3 RM 30 RM 90

- Bola Tampar Medal x 20 RM 5.00 RM100

5 - Anugerah Guru Hamper x 6 RM 30 RM 180

6 Jamuan Hari Guru 40 RM 20 RM 800


7 Kek Hari Guru 1 RM 100 RM 100
8 Sewa Gelanggang Bola 2 hari RM 50 RM 100
Tampar
Jumlah RM 2 590
8.0 PENUTUP
Semoga program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SKPP ini dapat mencapai
objektif terutama bagi meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada warga
SKPP. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan semangat silaturahim yang
erat dan kerjasama yang padu daripada semua pihak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________________ __________________________

(Pn Nur Saadah Jafar) (Pn Zailiana Yusof)


Setiausaha Kelab Guru dan Kakitangan Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan
SK PASIR PANJANG SK PASIR PANJANG

Anda mungkin juga menyukai