Anda di halaman 1dari 4

[ KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU ] SMKDHAK 2017

1.0 PENDAHULUAN

Hari Guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para
guru dan para pendidik diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat
bakti. Justeru itu, sambutan Hari Guru SMKDHAK dijadikan satu program tahunan bagi
menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Guru adalah
aset penting dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang
unggul selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini juga amat bermakna
bagi guru agar terus berusaha memartabatkan profesion perguruan selaras dengan salah
satu teras utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu memartabatkan profesion
perguruan.

2.0 RASIONAL

Sambutan Hari Guru peringkat SMKDHAKyang bertemakan “Guru Pembina Negara


Bangsa” ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mengangkat tahap kemeriahan sambutan Hari Guru di setiap sekolah. Sambutan ini juga
dirancang bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap peranan, jasa dan
pengorbanan guru serta dapat mengeratkan hubungan dikalangan guru-guru dan mengenali
sesama rakan sekerja serta menenangkan minda dari beban tugas yang dipikul selama ini di
sekolah.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif sambutan hari guru SMKDHAK tahun 2017 adalah seperti berikut :

 Menghargai jasa para pendidik yang telah banyak berkorban untuk memastikan
kecemerlangan para pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah.

 Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta menyedarkan golongan pendidik
bahawa peranan mereka adalah besar dalam pembangunan modal insan dan negara.

 Menyampaikan hasrat dan harapan pengurusan dan pentadbiran sekolah kepada semua
guru.

 Menyampaikan hasrat dan harapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Menteri
Pelajaran Malaysia

 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

 Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

 Mendidik pelajar supaya menghargai dan menghormati guru.

4.0 TARIKH

16 hb Mei 2017 (Isnin)

5.0 TEMPAT

DEWAN REFFLESIA, SMK DATUK HAJI ABDULKADIR

6.0 AKTIVITI

* Rujuk lampiran.
1
[ KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU ] SMKDHAK 2017

7.0 TENTATIF PROGRAM

* Rujuk lampiran.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA SUMBER KEWANGAN JUMLAH


Bayaran tambahan guru RM 3000.00
Jamuan Makan Tengahari
dan staf (RM 30 X 100)
Yuran Kelab guru dan
Peralatan Program RM 200.00
staf
Sumbangan PIBG dan
Hadiah Saguhati kepada guru RM 600.00
Kutipan pelajar

Hadiah Sukaneka Sumbangan Koperasi RM 200.00


JUMLAH RM 4000.00

Bahan dan peralatan sukaneka

1. Belon :
2. Buah epal :

JUMLAH = RM

Bahan persiapan tempat

Kertas warna :
Polisterin warna :
Belon :
JUMLAH = RM

Hadiah sukaneka

Baling bola berkembar : Tempat 1 - RM 40.00

Boling klasik : Tempat 1 - RM 40.00

Pancing botol : Tempat 1 - RM 10.00


: Tempat 2 - RM 10.00

Potong kulit epal terpanjang : Tempat 1 - RM 10.00


: Tempat 2 - RM 10.00

Chopstick challange : Tempat 1 - RM 10.00


: Tempat 2 - RM 10.00

2
[ KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU ] SMKDHAK 2017

Bola ping pong : Tempat 1 - RM 10.00


: Tempat 2 - RM 10.00
= RM

Twins of the Day = RM

JUMLAH KESELURUHAN = RM

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

10.0 PENUTUP
Program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi keakraban dikalangan guru-guru,
ibu bapa dan pelajar-pelajar SMKDHAK. Selain itu, sambutan hari guru ini juga diharap
dapat memotivasikan diri guru serta meningkatkan rasa kesedaran terhadap peranan dan
tanggung jawab guru dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………….. ..............................................
(AZIAH BINTI ZAKARIA)
Pengerusi Kelab Guru dan Staf
SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR

3
[ KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI GURU ] SMKDHAK 2017

Lampiran
TENTATIF PROGRAM
SAMBUTAN HARI GURU
SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR 2017

16 Mei Sambutan Hari Guru

7 40 – 9 00 pagi : Peperiksaan Sivik


900 – 9 30 pagi : Rehat Pelajar
9 30 – 9 40 pagi : Guru dan pelajar bergerak ke tempat sukaneka
9 40 – 10 40 : Sukaneka

10 40 – 10 45 pagi : Guru berkumpul di MPV


10 45 – 11 00 pagi : Perarakan guru ke Dewan Refflesia
11 00 – 1 30 tgh hari : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan doa
: Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
: Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia
: Ucapan wakil pelajar
: Ucapan YDP PIBG
: Ucapan Pengetua
: Bacaan Ikrar Guru
: Nyanyian Lagu Guru Malaysia
: Persembahan drama
: Persembahan dari Guru-guru Pelatih

: Persembahan Nasyid pasukan sekolah


: Nyanyian 3 Generasi
: Penyampaian Hadiah
1 30 – 1 40 ptg : Bersurai dan pelajar dibenarkan pulang
2 00 – 3 00 ptg : Jamuan Guru dan Staf di Restoran, Hotel Sri Malaysia

Anda mungkin juga menyukai