Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PERMOHONAN SUMBANGAN BAIK PULIH INFRASTRUKTUR


DAN MENAIK TARAF SURAU AR – RAUDHAH SEKOLAH
KEBANGSAAN KAMPUNG JEBUNGAN MUKAH

TAHUN 2023/’1444H

1. TUJUAN
Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan serta sumbangan sama
ada dari aspek barangan yang dipohon atau secara sumbangan kewangan dari pihak
YB N.57 TELLIAN

2. LATAR BELAKANG
SK Kg Jebungan merupakan salah satu sekolah yang tidak mempunyai
bangunan surau khusus seperti yang terdapat di sekolah lain di daerah Mukah.
Namun demikian, dengan wujudnya kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di sekolah
ini, pİhak pengurusan sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk dijadikan
surau sekolah bagi memudahkan murid (KAFA) melaksanakan kelas dengan lebih
selesa dan kondusif lebih- lebih lagi pada waktu amali solat. Bukan itu sahaja, surau ini
juga sering digunakan oleh guru-guru di sekolah untuk menunaikan solat.
Surau SK Kg Jebungan ini telah diberi nama sebagai Surau Ar- Raudhah oleh
guru pendidikan islam di sekolah ini suatu ketika dahulu, yang membawa maksud
taman – taman syurga. Meskipun bersaiz kecil, namun ini merupakan satu rasa
tanggungjawab serta keperihatinan pihak pengurusan sekolah memberi kemudahan
kepada murid dalam melahirkan insan yang berguna.

3. OBJEKTIF
 Mengimarahkan surau dengan program yang bermanfaat dan berilmiah
 Memupuk minat murid untuk menjalankan ibadah sunat dan wajib dengan
memanfaatkan kemudahan yang ada disamping mengerjakan ibadah
 Melatih murid untuk menghargai peralatan dan infrastruktur yang disediakan
 Melaksanakan pengurusan pentadbiran surau dengan lebih sistematik
dengan suasana yang kondusif
 Meningkatkan mutu perkhidmatan surau sama ada dari aspek pusat ilmu
pengetahuan serta pusat rujukan bagi warga sekolah.
 Meluaskan peranan surau untuk kegunaan semua warga sekolah, PIBG
serta para pelawat yang hadir ke sekolah.

4. MATLAMAT
Melahirkan murid yang berpengetahuan dalam bidang agama, mempunyai jati diri
serta menjadi insan yang berguna kepada keluara, masyarakat dan negara.

5. PIAGAM PELANGGAN SURAU

 Memastikan surau sebagai tempat penyampaian ilmu pengetahuan yang


berkesan.
 Surau yang menitikberatkan budaya ilmu dan membina modal insan yang
sempurna dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)
 Memastikan surau sebagai satu tempat ibadah yang kondusif.
 Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh murid dalam melahirkan modal
insan yang sempurna.

6. ANGGARAN KOS

6.4 NAIK TARAF FASILITI ( TEMPAT WUDHU’)

BIL. KETERANGAN ITEM ANGGARAN HARGA


(RM)
1. 20 BATANG KAYU BERLIAN SAIZ 1X6X6 20 X RM 55.00 = RM1100

2. 6 KEPING ASBESTOS SIMEN 6 x RM50.00 = RM 300.00


3. 1 KEPING PINTU PLASTIK RM500.00
4. 10 BATANG KAYU BERLIAN SAIZ 2x4x6 10 x RM70.00 = RM 700.00
5. 8 BATANG TIANG SAIZ 2x3x6 8 x RM105.00 = RM 840.00
6. KOS UPAH (20 HARI X RM150) RM3000.00
JUMLAH RM 6440.00

6.3 KELENGKAPAN ASAS SURAU


BIL. KOMPONEN ANGGARAN KOS
1 PA Sistem x 1 set RM 2000.00
2 Kipas angin berdiri X 3 Unit RM 540.00
3 Bahan Bacaan agama RM 300.00
4 Rehal RM 400.00
5 Telekung X 5 Unit RM 200.00
6 Karpet (20x30) RM 6000.00
7 Rak Kasut (2X8 kaki) RM 300.00
8 Smart TV 55” inch RM 2450.00
9 Jam Dinding Solat RM 300.00
10 Pendingin Hawa / Penyaman Udara RM2950.00
11 Sejadah x 5 gulung RM 1000.00
12 Cat RM 3000.00
13 Whiteboard RM 500.00
14 Meja Dan Kerusi RM 2000.00
15 Sapat -
JUMLAH RM21440.00

JUMLAH KESELURUHAN RM21440.00 + RM 6440.00

=RM27,880.00
7.0 PENUTUP
Naik taraf surau ini memang ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua
warga muslim sekolah ini, serta ibu bapa. Ini kerana, dengan adanya tempat
wudhu’ khas bagi golongan perempuan, semua pihak dapat menunaikan
kewajiban dengan selesa. Sumbangan dari pihak Tuan amatlah dialu-alukan
demi mencapai impian warga sekolah ini. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan
sedaya upaya berusaha agar naik taraf surau ini dapat disiapkan dengan seberapa
segera demi kemudahan semua murid muslim khususnya dan warga sekolah
amnya. Pihak jawatan kuasa mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini. Adalah
diharapkan segala sumbangan yang disalurkan mendapat kerahmatan dan
keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

............................................... .......................................................
(FAEZAH BINTI GHAZALI) (MUHAMMAD EFFENDI BIN ABD
RAHIM)
Setiausaha Surau Pengerusi Surau,
SK KG JEBUNGAN, MUKAH SK KG JEBUNGAN, MUKAH

Diluluskan oleh:

----------------------------------
(EN. JUPITER AK ATA)
Guru Besar
SK KG JEBUNGAN, MUKAH
Gambar di atas menunjukkan rehal yang rosak dan rak
buku yang terlalu kecil untuk memuatkan semua bahan
bacaan
Gambar di atas menunjukkan dinding yang memerlukan cat
yang baru. Keadaan dinding kelas yang muram dan gelap
perlu diberi nafas baru.. Pendawaiaan elektrik turut perlu di
baiki kerana keadaan bilik yang gelap menyukarkan murid
untuk belajar dengan selesa.
Gambar di atas menunjukkan keadaan kasut murid yang tidak dapat disusun
disebabkan ketiadaan rak kasut
Gambar di atas menunjukkan tempat wudhu’ di surau Ar-Raudhah yang terbuka
dan memerlukan sedikit penambahbaikan agar ruang wanita untuk mengambil
wudhu’ dapat disediakan. Hal ini bagi menjaga aurat para muslimah.

Anda mungkin juga menyukai