Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

GOTONG ROYONG
&
JAMUAN
AKHIR TAHUN 2016

Anjuran:

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SMK KENERING

Dengan Kerjasama

BADAN PERMUAFAKATAN IBUBAPA


PENDIDIKAN KHAS SMK KENERING

TARIKH : 22 NOVEMBER 2016 (SELASA)

MASA : 8.00 PAGI- 1.00 PETANG

TEMPAT : SEKITAR BLOK PENDIDIKAN KHAS SMK KENERING


1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan
dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu
faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan
persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh
sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan


sekolah melalui pettandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
SMK Kenering, telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong bersama
pihak ibubapa bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar
pendidikan khas tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah
terutamanya kelas pendidikan khas. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan sekitar pendidikan khas yang kondusif serta identiti sekolah sebagai
institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa,
pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

3.0 TARIKH ,TEMPAT,MASA AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN


Tarikh cadangan : 22 /11/2016 (SELASA)
Tempat : Kawasan sekitar blok Pendidikan Khas
Masa : 8.00 pagi – 1.00 ptg

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

4.1 Saliran longkang garaj cuci kereta/Perpaipan

 Tugas membuat saliran longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran
air yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat.

 Membaiki kemudahan yang rosak seperti lampu,paip sinki,pintu tandas dll.

4.2 Kolam Hiasan

 Tugas membina kolam ikan mini dilakukan untuk proses terapi mata pelajar.

4.3 Taman Mini Herba

 Membina taman herba untuk projek taman mini herba yang merupakan salah satu
projek pertanian .

5.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN


MENGIKUT AGIHAN TUGAS

BIL. AKTIVITI KETUA DAN KUMPULAN YANG


TERLIBAT

Encik Azmi (K)


1. Encik Zainal
KOLAM HIASAN
Encik Norsaini

Encik Kamal (K)


2. TAMAN HERBA Encik Zulkifli
Encik Syuib

LALUAN/SALURAN AIR
(GARAJ KERETA) En.Mat Supawi (K)
3. Encik Yahaya
(REPAIR) Encik Isa
PERPAIPAN,LAMPU DLL Encik Ahmad Azan

6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

8.00 pagi Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah


Taklimat agihan tugas/Tandatangan
8.15 pagi
RPI/PPT/PAT
8.30 pagi Gotong–royong bermula
Acara sambutan hari lahir/Penyampaian hadiah
12.30 ptg
dan Jamuan Akhir Tahun
1.00 ptg Majlis bersurai

7.0 ANGGARAN PENDAPATAN

SUMBER PENDAPATAN JUMLAH (RM)


WAJIB PENDIDIKAN KHAS RM 100.00

B&K PENDIDIKAN KHAS


RM60.00
LPBT PENDIDIKAN KHAS
RM90.00
Jumlah
RM250.00

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERUNTUKAN PERKARA JUMLAH


Makan Tengahari RM 100
WAJIB Makan/minum = Nasi putih +ayam kari
+sayur+sirap
( 20 x RM5.00)
B&K Hadiah Hari Lahir RM60.00
Hamper 3 x RM20
Peralatan
LPBT Bata ( 300 biji ) RM81.00
Kapur (3 beg x RM3 ) RM9.00

Jumlah RM250.00

9.0 PENUTUP

Di harap program gotong royong ini dapat menjadikan blok dan kelas Program Pendidikan Khas
Integrasi SMK Kenering lebih ceria dan kondusif, seterusnya menyediakan persekitaran yang
menarik minat murid untuk belajar.Di samping itu program ini juga dapat memupuk sikap tolong
menolong di antara Badan permuafakatan ibubapa pendidikan khas dangan guru-guru serta
melatih murid pendidikan khas bersosialisasi dengan masyarakat selaras dengan domain ke-tiga
PRISMA iaitu elemen hubungan komuniti.

Di sediakan oleh, Di sahkan oleh,

……………………………… ………………………………..

Anda mungkin juga menyukai