Anda di halaman 1dari 4

Doa Kem Bestari Solat

Pada petang yang berbahagia ini, kami berhimpun bersama sebagai meraikan penutupan
kem bestari solat yang telah kami adakan pada pagi ini. Semoga kem ini dapat diteruskan
lagi pada tahun hadapan, berjalan dengan lancar dan diredhai oleh Mu. Kami mengharapkan
semoga kem ini dapat membantu kami serta anak-anak murid kami untuk melakukan
ibadat solat dengan betul dan sempurna.


Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu. Perteguhkanlah
ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jadikanlah kami bangsa yang taat kepada
perintahMu, kuat berusaha, kuat beribadat dan mampu menghadapi segala cabaran serta
ingin terus maju ke hadapan sesuai dengan peredaran zaman. Jauhilah kami dari segala
sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana
kepada kami.

.

.
..
Doa Jamuan Akhir Tahun


Pada hari yang berbahagia ini, kami memanjatkan kesyukuran kehadratMu yang
telah memberikan kami kesempatan untuk berhimpun bersama dalam majlis (tajuk
jamuan) SKC 2013. Mudah mudahan majlis ini akan mendapat barakah dariMU
seterusnya menjadi majlis untuk kami merapatkan silaturrahim antara kami.

Ya Rahman ya rahim Ya Rabbal alamin, kami memohon dariMu, Makmurkanlah


kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan
ukhuwwah dan silaturrahim di antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat
mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana
kepada kami.

Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Berilah kami keberkatan dalam segala gerak laku
kami. Kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan kami dan jadikan kami
sebagai Muslim sejati yang sentiasa dahagakan ibadat dan ketakwaan padaMu.
Penuhilah diari kehidupan kami dengan amal ibadat sebagai bekalan kami untuk
menuju akhirat Mu.



Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri,
dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah
keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.





















.

Doa Jamuan Akhir Tahun Murid

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas
kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa
bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada
kami . Mudah mudahan majlis ini akan mendapat barakah dariMU seterusnya menjadi
majlis untuk kami merapatkan silaturrahim antara kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang
sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.

Ya Rahman ya rahim Ya Rabbal alamin, kami memohon dariMu, Makmurkanlah


kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan
silaturrahim di antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki,
fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.

Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Berilah kami keberkatan dalam segala gerak laku kami.
Kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan kami dan jadikan kami sebagai Muslim
sejati yang sentiasa dahagakan ibadat dan ketakwaan padaMu. Penuhilah diari kehidupan
kami dengan amal ibadat sebagai bekalan kami untuk menuju akhirat Mu.

Anda mungkin juga menyukai