Anda di halaman 1dari 2

.

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan


kami untuk berada dan menghadiri Majlis Makan Akhir Tahun Guru dan
Kakitangan Sekolah____________________________________pada
ketika ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki ,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut


nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan
yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami ,


ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-
anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang
pendidikan . Kami mohon kepadaMu agar Engkau permudahkan segala
urusan dalam kehidupan kami.

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai


salah satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-
membantu di kalangan kami dan juga demi membangunkan dan
memartabatkan sekolah kami di persada arus perdana kecemerlangan
pendidikan negara.
Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para pendidik , kakitangan
sekolah dan ibu bapa pelajar di sekolah ini, agar menjadikan kejayaan dan
kecemerlangan anak-anak didik kami sebagai matlamat kami yang utama
dan bersama .
Dalam kesempatan ini kami memohon kepadaMu Ya Allah agar
Engkau kurniakan kesejahteraan dan kesihatan kepada En / Tn/ Pn
________________________________________ di atas perlantikan
beliau menjadi ________________________________di tempat yang
baru .Moga-moga Engkau anugerahkan kepada beliau kekuatan dan
kecekalan untuk menerajui pentadbiran tersebut dengan jayanya . Juga
kepada sesiapa yang berkenaan mendapat rezeki naik pangkat dan tidak
lupa juga kepada guru-guru yang sedang menanti saat kelahiran insan
istimewa semoga selamat melahirkan anak . Amin Ya Rabbalalamin
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami
dalam kerja berpasukan ;

Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami


nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ululazmi ;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami ,
maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara
seagama kami dan sahabat sejawatan kami sebagaimana Kekasih-Mu
mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai ,
maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa
untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi
mungkar .
Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang
diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini
sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan
keburukan.

Anda mungkin juga menyukai