Anda di halaman 1dari 1

,

Ya Allah Ya Karim ,
Ya Allah, sempena Majlis Tilawah al-Quran pada kali ini, kami menadah tangan memohon rahmat
dan keberkatan serta petunjuk al-Quran yang sentiasa Engkau pelihara di bawah kebesaran dan
keagungan-Mu. Berilah dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam semua urusan hidup untuk
kebahagiaan dunia dan juga akhirat.

Ya Allah , yang bersifat sempurna dan penuh kemuliaan. Kami memohon ehsan dari-Mu,
kurniakanlah kepada kami nikmat kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan. Lindungilah kami
dari segala keburukan dan keaiban. Hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan
kemaksiatan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang Engkau redhai buat selama-lamanya.

Ya Rahman Ya Rahim ,

Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara, selamatkanlah kami daripada
kenistaan hidup di dunia dan seksaan di hari akhirat. Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami
ketakutan kepada-Mu yang dapat menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu,
ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memberikan
kami kesabaran di dalam menghadapi musibah-Mu, berikanlah kenikmatan kepada kami dengan
pendengaran, penglihatan dan akal fikiran yang sempurna selama hidup kami.

Ya Allah, kami memohon daripada-Mu dengan penuh harap agar majlis dan segala program pada
hari ini berjalan dengan baik dan lancar.

Anda mungkin juga menyukai